BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mei 31, 2007

Nur Qistina Hayani - Suffering From Liver Cancer

Qistina
Full Name : Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz
Date of Birth : 28 October 2006
Age : 6 months
Gender : Female

Nur Qistina Hayani is suffering from liver cancer or hepatoblastoma. What can a 6 months baby knows about this disease. She is right now going through the Chemotherapy process. The costs for Chemotherapy and Surgery will takes around RM 100,000.00 ( Ringgit Malaysia One Hundred Thousands). She looks very healthy from the outside and for sure she does not understands what she is going through! We need your help to donate to us so we can help Qistina to live happily as any other childrens!

More Info: http://qistina.org

Guru kerja 66.24 jam

Guru kerja 66.24 jam
Oleh Azrina Ahzan

Masa bertugas atasi 45 jam ikut ketetapan ILO

PUTRAJAYA: Tempoh purata bertugas 66.24 jam seminggu guru di negara ini lebih tinggi daripada purata 45 jam tempoh bertugas seorang pekerja mengikut ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain mendidik, guru perlu melaksanakan tanggungjawab di luar waktu sekolah merangkumi kegiatan kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, hal ehwal murid serta pembangunan kakitangan, fizikal dan pejabat.

"Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha (KSU), Tan Sri Ambrin Buang menyiapkan laporannya tahun lalu selepas kajian setahun.

"Kajian itu mendedahkan jumlah masa bertugas guru membabitkan semua aspek pengajaran dan pembelajaran, perancangan, penyediaan bahan dan nota, penilaian penyemakan latihan, ujian, peperiksaan, kelas tambahan, kelas ganti dan mesyuarat akademik.

"Beban tugas ini menyebabkan penggunaan masa guru amat tinggi hingga melebihi jumlah purata jam pekerja yang ditetapkan ILO," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini semalam.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementerian akan mengkaji semula sukatan pelajaran di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya hasrat melahirkan lebih banyak guru kreatif dan komited tercapai.

Sumber: Berita Harian

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU... begitu juga kepada Gitar Tong, AminBakish, Allahyarham Pak Teh dan kepada sesiapa sahaja blogger warga pendidik tidak kira yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia...

Rabu, Mei 30, 2007

Udara Pijar Di Jerman

Udara di Jerman tidak sebaik udara di Malaysia. Kulit terasa kering dan kasar. Air yang hendak diteguk terasa pijar, seolah-olah tidak menentu nilai PH-nya.

Zzz... Zzz...

Aku merindui anak-anak murid aku... yang ada di sini cuma Eldon. Dahulu ketinggiannya cuma pada paras dada aku, sekarang ketinggiannya makin bertambah. Melihat anak-anak ini semakin membesar...

bagi seorang guru, ini adalah pengalaman yang paling menyentuh hati. Cepat pulang!

Rabu, Mei 23, 2007

Kembali ke Tanah Tumpah Darah


Apakah perkara yang paling membosankan dalam hidup? Cuti sekolah. Barangkali ini perkataan yang baik bagi seorang guru seperti aku. Cuti sekolah pada minggu terakhir boleh jadi perkara yang paling menyeronokkan, tetapi cuti pada pertengahan tahun kurang memuaskan.

Mungkin aku adalah manusia dari jenis workaholic yang suka bekerja. Bukan. Sebenarnya kebimbangan aku mengatasi kepenatan aku sebagai seorang guru. Banyak perkara yang belum memuaskan hati aku sebagai seorang guru.

Barangkali perkataan seangkatan dengan perfectionist juga sesuai dengan diri aku. Di sini aku berkenalan dengan seorang pendidik bernama Imtiaz. Kami berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana sudah semestinya Imtiaz tidak boleh berbahasa Melayu. Imtiaz, usianya sekitar 40 tahun.

Imtiaz suka berbual dengan aku. Setiap kali kami makan di kafe, dia akan mengajak aku berbual-bual dengannya. Topik-topik utama selalunya berkisar mengenai pelajar-pelajar, mengenai kemanusiaan. Imtiaz suka dengan prinsip dan falsafah kemanusiaanku.

Dua minggu lepas, Imtiaz ada membuka Google Earth, untuk menunjukkan lokasi kediamannya. Bangunan di situ bumbungnya rata-rata, seperti deretan papan kekunci.

Ya, ada seorang pelajar bermasalah di sekolah ini. Namanya Bob. Dia sepatutnya dibuang sekolah tetapi pihak sekolah tidak dapat berbuat demikian. Walau kehadiran Bob kadangkala boleh menjadi ancaman terhadap pelajar-pelajar lain, namun, aku rasa, apa perkara yang penting ialah mengubah dirinya. Ini, perkara yang sukar. Sebab, cuma Bob yang boleh mengubah Bob. Bob cuma berusia 13 tahun. Biarpun badannya besar dan tinggi, tetapi Tragedi Virginia Tech tidak sepatutnya diungkit di sini.

Ah, tidak elok aku bercerita mengenai keburukan anak murid di sekolah aku. Biar pun aku bukan mengajar di kelasnya setakat ini.

Bulan Ogos ini ramai warga sekolah akan berangkat ke Thailand. Kebetulan, ketika itu musim panas. Namun, apa yang aku mahu, ialah melihat salji turun pada bulan Disember.

Aku akan pulang ke rumah tidak lama lagi, untuk bertemu dengan keluarga aku, pada pertengahan tahun ini. Sementara waktu sebelum berangkat semula ke tempat yang jauh dari keluarga aku ini.

Semoga Tuhan menetapkan hati aku, agar terus kekal ikhlas untuk berbakti sebagai seorang guru. Oh, ya. Tidak lama lagi menu makanan di sekolah akan berubah. Akan ada menu baru kegemaran aku. Aku sangat menyukai stew biri-biri muda.

Khamis, Mei 17, 2007

Sambutan Hari Guru

Sekejap lagi, aku akan masuk ke kelas. Untuk seketika, aku mencari ruang untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Semalam Hari Guru, semua orang tahu. Namun, perasaannya, jangan samakan aku dan kamu. Setiap guru mempunyai persepsi yang unik mengenai Hari Guru.

Sebab kita adalah manusia yang melalui hari-hari kita dengan roh yang berbeza. Dunia ini sungguh menarik.

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Aku akan pulang ke kampung barang seketika. Telefon bimbit aku sudah rosak sepenuhnya. Jadi sekarang, aku cuma bergantung kepada Yahoo Messenger untuk berhubung dengan orang lain.

YM pengganti SMS. Teknologi harus dimanfaat dengan sebaik-baiknya. Semakin hari, semakin banyak pengalaman yang aku perolehi. Rasanya aku sudah boleh mula mencatat kisah-kisah untuk dibukukan tidak lama lagi.

Ini... adalah perasaan menjadi seorang guru, di sebuah sekolah yang unik. Pelajar-pelajar di sini, ada yang berperingkat antarabangsa.

Cabaran... perlu dikemaskinikan.

Khamis, Mei 10, 2007

Sementara Waktu... Aku Tiada Di Lapangan Siber

Sudah beberapa hari aku berada di sekolah ini. Aku sekarang menjadi seorang guru di sebuah sekolah ternama di dunia. Jangka masa dua bulan. Untuk sementara ini, aku akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab aku sebagai seorang guru.

Aku akan pulang dengan cerita-cerita menarik. Cerita-cerita ini akan mengisi ruang-ruang pengajaran dalam mencari erti sebenar kehidupan manusia.

Aku sangat gembira di sini. Bercakap dengan teman-teman pelbagai bangsa. Aku memahirkan lagi penguasaan aku dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, aku mempunyai ruang untuk perjuangan aku.

Aku mahu membentuk mereka, mengenal apa itu erti memberi sumbangan dan kenapa ia lebih penting berbanding pencapaian kendiri. Perjuangan aku yang seterusnya...

...berlangsung di sini. Aku pergi dahulu.

Generasi akan datang harus mengatasi pencapaian generasi terdahulu. Bukan sekadar dari kepakaran dan kehandalan tetapi dari segi nilai-nilai kemanusiaan.

Salam kejayaan!

Yang benar,
Amiene Rev AKA Cikgu Amien

Sabtu, Mei 05, 2007

Kepingan Puzzle: Berangkat ke KOREA

"Life is an examination, the result is EITHER hell or heaven." - Amiene Rev

Jalan menjadi novelis aku lalui dengan penuh liku. Jejak kakiku semakin banyak tertapak di segenap anak tangga yang semakin meninggi. Menjejak asal usulku, menjejak masa depanku, dan di depanku terbentang lautan yang maha luas.

"Amiene, you've got a call."

"Who is?"

"I don't know, just answer the phone, dear."

"Hello?"

"Hi...."

"Can I know who is this?"

"Don't you remember me?"

"Hm?"

"It's me. I am your mother..."

...

..

.

... dan aku akan meninggalkan dunia Internet buat sementara waktu. Menyelesaikan baki-baki misteri yang mungkin...

yang terakhir dalam hidupku.

"We must meet..."

"You've got amnesia..."

"...but when you reach that time, you will remember..."

"Almost... EVERYTHING..."

your past...

your ancestor...

yourself...



Suara hati itu terus berbisik. Dalam ruang hati aku...

"Forget your past, but you cannot..."

"Go, and step forward, but... one day, you will desperate to go backward."

"To find your origins... to find, what was belong to you."


"My name is..."


Jumaat, Mei 04, 2007

Tanda-tanda Bersalin dan Petua Mudah Bersalin

Tanda-tanda mengandung termasuk:
  1. Tidak datang haid
  2. Payudara membengkak
  3. Rasa loya dan muntah-muntah
  4. Kerap membuang air kecil
  5. Sakit belakang dan sakit pada tulang rusuk
  6. Cepat letih

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro


PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Petua Mudah Bersalin : Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

Set Sebelum Bersalin:

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.

B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Anda juga digalakkan mengunjungi laman web:

Free Blogger Beta XML Template- Hijau Graf by Amiene Rev

Template Name: Amiene Rev's Hijau Graf
(actually is taken from the definition caligraph even it is sound none sense)
Designer: Amiene Rev
Preview: Click here
Download: Right click here and Save As

NOTE: This free blog template is for Blogger Beta only. XML code avaiable.
TIPS: Do not put anything on the footer since this is an Anti-Footer XML code.

Masih Ada Pelajar Tidak Boleh Membaca?

Berdasarkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), atas kajian yang telah dijalankan ke atas 70 buah sekolah menengah, 73,858 pelajar telah dianalisis dan 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca.

Kajian ke atas 143 buah sekolah rendah pula, seramai 75,699 murid telah dianalisis dan didapati 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca.

SAYA mempunyai seorang anak saudara yang kini belajar di tahun dua. Walaupun kini belajar di tahun dua, dia masih gagal untuk membaca dalam bahasa Melayu dengan baik.

Anak saudara saya hanya mampu untuk membaca perkataan-perkataan mudah dua suku kata seperti ‘nama’, ‘saya’, ‘sudu’, ‘kota’ dan sebagainya.

Perkataan-perkataan yang panjang dan sukar langsung tidak boleh dibacanya. Masalah yang dihadapinya ini berlarutan sejak dia di tahun satu lagi.

Untuk pengetahuan, dia telah dihantar ke tadika ketika usianya enam tahun dan turut mengikuti program membaca.

Menurut rakan saya seorang guru, memang terdapat agak ramai murid yang menghadapi masalah ini termasuk di tahun dua hingga enam.

Fenomena ini bukan sahaja melanda sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, malah di bandar termasuk di Kuala Lumpur sendiri. Lebih memeranjatkan saya, ada sejumlah pelajar di sekolah menengah turut dikenal pasti sebagai buta huruf.

Secara umumnya pelajar-pelajar yang gagal membaca ini akan turut tercicir dalam pembelajarannya.

Petikan Surat Pembaca: Utusan Malaysia

Free Blogger Beta XML Template- 2nd Leaves by Amiene Rev

Template Name: Amiene Rev's 2nd Leaves Anti-Footer
Designer: Amiene Rev
Preview: Click here
Download: Right click here and Save As

NOTE: This free blog template is for Blogger Beta only. XML code avaiable.
TIPS: Do not put anything on the footer since this is an Anti-Footer XML code.

Free Blogger Beta XML Template- Leaves by Amiene Rev

Template Name: Amiene Rev's Leaves Anti-Footer
Designer: Amiene Rev
Preview: Click here
Download: Right click here and Save As

NOTE: This free blog template is for Blogger Beta only. XML code avaiable.
TIPS: Do not put anything on the footer since this is an Anti-Footer XML code.

Brain Test: Your Brain is Green

Of all the brain types, yours has the most balance.

You are able to see all sides to most problems and are a good problem solver.

You need time to work out your thoughts, but you don't get stuck in bad thinking patterns.

You tend to spend a lot of time thinking about the future, philosophy, and relationships (both personal and intellectual).

Selasa, Mei 01, 2007

Sempena Hari Bapa - English Version


"Bulan Mei adalah himpunan hari-hari penghargaan kepada ramai orang, tetapi bulan Mei bukan satu-satunya bulan untuk kita menitiskan air mata mengenangkan jasa orang-orang tertentu, kerana jasa tidak ada hujung hayatnya, sehingga ke syurga." - Amiene Rev.

Filem Jangan Pandang Belakang Julang Bahasa Melayu Ke Luar Negara

SYABAS DAVID TEO!
SYABAS AHMAD IDHAM!
SYABAS PIERRE ANDRE!

Syabas kepada semua krew-krew filem Jangan Pandang Belakang.
Perkenalkan Bahasa Melayu Menerusi Filem Seram Anda!
Bawa Bahasa Melayu Hingga ke Luar Negara!

Filem Jangan Pandang Belakang kini berangkat ke Filipina.
David berkata, tiada sebarang perubahan pada filem JPB kecuali hanya memasukkan sari kata dalam bahasa Tagalog.

“Saya meletakkan syarat kepada pihak pengedar di Filipina sebarang perubahan filem ini tidak dibenarkan. Ini termasuk tidak memberi izin mengalih suara dari bahasa Melayu ke Tagalog.

“Saya hendak filem ini kekal dalam bahasa Melayu. Kerana filem seram seharusnya bersifat universal, tidak ada sempadan negara dan bahasa. Mereka bersetuju dengan syarat saya ini.

“Lagipun dengan bahasa Melayu, barulah filem ini boleh dikenal pasti sebagai filem dari Malaysia. Kalau filem Thai masuk ke sini tidak ditukar bahasanya, kenapa pula filem bahasa Melayu hendak dialih bahasa ke bahasa negara lain apabila dibawa keluar,” katanya lagi.

“Pada mulanya kita hendak tayang di lima pawagam di Singapura, lebih sikit dari filem Cicak-Man yang ditayang tiga pawagam. Semuanya adalah kawasan Melayu.

“Tetapi dengan 12 pawagam, bermakna penonton bukan Melayu di Singapura juga mahu menonton filem ini,” katanya sambil menjelaskan di Singapura nanti filem itu ditayangkan serentak dengan Spider-man 3.

Selepas Singapura dan Filipina, JPB turut menarik minat pengedar filem dari Korea Selatan dan Jepun selain Amerika Syarikat, Kanada dan benua Asia Tengah iaitu India, Nepal, Pakistan, Bhutan dan Sri Lanka.

Pengedar filem dari Korea Selatan dan Jepun mengetahui filem JPB berdasarkan salinan cakera padat digital (DVD) pembikinan filem itu yang diedarkan oleh David sendiri semasa menyertai Film Mart di Hong Kong pada Mac lalu.

“Ketika menyertai pasaran filem di sana, saya edarkan 50 salinan DVD mengandungi ‘the making of... Jangan Pandang Belakang’. Saya tidak kisah apabila pengedar filem di sana agak sinis saya berikan DVD itu.

“Daripada 50 itu, pengedar Korea Selatan dan Jepun yang menyatakan minat mereka. Cerita mengenai filem ini turut dilaporkan oleh sebuah akhbar luar negara. Daripada situ, pengedar dari Kanada, Amerika dan India juga turut menyatakan minat yang sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, David mengakui kurang berminat untuk menyertai festival filem antarabangsa kerana tidak memadai hanya sekadar sesuatu anugerah dan diketahui oleh segelintir penonton saja.

“Menyertai festival filem antarabangsa memang ada kebaikannya baik. Tapi lebih baik filem saya ditonton lima juta penonton daripada lima atau enam juri. Keputusan juri tidak mewakili keseluruhan penduduk di negara terbabit.

“Kita mahukan reaksi dari penonton setempat, dari situ barulah orang filem kita tahu apa sebenarnya yang orang luar hendak daripada filem kita.

“Lagipun mereka (rakyat atau penonton umum) adalah pasaran yang baik, yang menentukan filem kita bagus atau tidak, bukan sekadar sekumpulan juri sesuatu festival saja,” katanya.

Filem JPB mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatatkan kutipan kasar lebih RM6 juta sehingga Rabu lalu (25 April).

Filem ini masih ditayangkan walaupun jumlah dan saiz panggung serta waktu tayangannya dikurangkan kerana memberi laluan kepada penayangan filem lain.

Kata David, sejak ditayangkan pada 5 April lalu, lebih 700,000 orang sudah menonton JPB, satu jumlah tontonan yang agak tinggi bagi sebuah filem Melayu.

Sumber: Berita Harian Online.

Ulasan Filem Jangan Pandang Belakang Di Sini.