Sabtu, Oktober 01, 2011
Khamis, September 29, 2011
Bini-Biniku Gangster Cecah RM3 Juta Dalam Tempoh 6 Hari
Berikut adalah petikan dari HMETRO:
WALAUPUN ditayangkan bukan pada musim cuti umum manakala kemeriahan Aidilfitri juga sudah berada di penghujungnya, sambutan terhadap filem Bini-Biniku Gangster (BBG) tidak mengecewakan apabila mencecah RM3 juta dalam tempoh enam hari.
Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dibintangi Shaheizy Sam, Yana Samsuddin dan Intan Ladyana itu membuka tirai tayangan pada 22 September lalu dengan kutipan RM450,000 kemudian meningkat pada hujung minggu kepada RM800,000 pada Sabtu dan RM650,000 (Ahad) menjadikan jumlah kutipannya mencecah RM3 juta sehingga semalam.
Produsernya, David Teo berkata, kutipan yang dicatatkan BBG arahan Ismail Bob Hasim ini cukup membanggakan dan yakin mampu mencapai RM5 juta sekali gus mencapai sasaran untuk kutipan box-office bagi filem terbitannya.
“Kalau ikutkan sasaran, memang tidak berjaya kerana saya harap mampu cecah RM8 juta sebagaimana kejayaan filem pertama arahan Bob, Ngangkung, yang ditayangkan pada November tahun lalu.
“Saya tetap puas hati kerana kutipannya membanggakan kalau dilihat dari segi tarikh tayangannya yang tiada faktor penarik seperti cuti sekolah atau musim perayaan.
“Kalau hari-hari biasa, angka itu cukup membanggakan. Mungkin kalau tarikh tayangannya pada waktu cuti sekolah atau perayaan, tidak mustahil mencapai sasaran lebih RM8 juta sebagaimana filem Hantu Bonceng mengumpul RM8.6 juta dua minggu tayangan.
“Ini kerana BBG dijayakan pelakon popular, Sam, Yana dan Intan. Maklum balas daripada penonton juga sangat baik dan tiada yang mengatakan filem itu membosankan,” katanya.
BBG mengisahkan Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (Shaheizy Sam) pasangan suami isteri. Pasangan ini sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Manja seorang suri rumah yang rajin dan pandai melayan suami di mata Herry.
Tanpa pengetahuan Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai ketua kumpulan samseng. Di pejabat, Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun sudah dua tahun Herry dan Manja bernikah, mereka belum dikurniakan zuriat. Ini kerana Manja mengalami kecederaan di perut suatu masa lalu.
Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencarikan seorang wanita untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry.
Manja melamar Reanna (Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru bekerja untuk menjadi madunya. Walaupun reda dengan perkahwinan suaminya, jauh di sudut hatinya dia cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry.
Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna di rumah.
Tanpa pengetahuan Herry dan Manja, Reanna rupanya seorang samseng dan mempunyai agenda tersendiri.
Dalam keadaan kelam kabut dan pergaduhan antara Manja dan Reanna, tiba-tiba Herry menghilangkan diri. Kedua-dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat.
Sementara itu, filem yang ditayangkan pada hari raya, Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham dan edaran MIG, mencatat kutipan RM8.6 juta manakala satu lagi filem arahan Hafsham, Karipap Karipap Cinta yang ditayangkan serentak dengan Hantu Bonceng, hanya mengumpul RM290,000.
Filem Raya Tak Jadi? arahan A Razak Mohaideen yang menyusul selepas itu pada 15 September, mencatat kutipan RM4.3 juta untuk 12 hari tayangan. Malah kutipan pada hari pembukaan juga membanggakan dengan RM700,000 diikuti RM900,000 pada hari kedua dan cecah RM1 juta pada hari ketiga.
Kejayaan filem terbitan Grand Brilliance ini menjadi penanda aras buat pertama kalinya buat filemnya dan bangga walaupun filem itu tidak mendapat taya–ngan pada Aidilfitri.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 29, 2011
Label: Bini-biniku Gangster
Rabu, September 28, 2011
Bini-Biniku Gangster Full Movie Sinopsis Trailer
Bini-Biniku Gangster yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim, mengisahkan seorang suami yang telah mengahwini dua orang isteri daripada ketua kumpulan gangster yang bermusuhan. Sang suami tidak mengetahui mengenai latar belakang sebenar kedua-dua isterinya itu.
Jadi isterinya akan berperang hanya di belakang suaminya saja. Mereka tidak mahu berdamai sehingga tiba-tiba suaminya hilang. Siapakah dalang disebaliknya? Nampaknya boleh tahan juga filem bini-biniku gangster. Ada kelainan berbanding filem-filem lain?
ACTION romantic comedy Bini-Biniku Gangster is set to repeat the success of Kongsi, a film that collected RM7 million within seven days earlier this year. In fact, based on the hits on its trailer on YouTube (it has more than 400,00 hits), the film might be able to surpass Kongsi's RM8.1 million collection.
Kongsi, directed by Farid Kamil, was the first local action comedy to make big money in the cineplexes. Unfortunately, the film ran out of gas in its second week and could only collect RM1.1 million more at the box office. Kongsi's box-office decline was due to bad reviews from word of mouth. Yet, the film managed to become one of the most profitable films this year.
Fortunately enough, Bini-Biniku Gangster, directed by Ismail Bob Hashim, has an engaging yet simple storyline that movie fans can follow. In fact, the film has a nice balance of humour, drama and action to satisfy movie fans.
Headed by Nurliana Samsuddin, Shaheizy Sam and Intan Ladyana, the film, produced by MIG Productions, is expected to repeat the box-office successes of three other local movies that opened during the Hari Raya season.
Hantu Bonceng which opened on Aug 31 had already collected RM8.5 million, making it the second highest grossing local film behind KL Gangster (RM12 million). Namawee's Nasi Lemak 2.0 that opened a week later, took in RM3 million while Associate Professor Abdul Razak Mohaideen's latest offering, Raya Tak Jadi, which opened last week, collected RM3 million in just four days.
Written by Nurliana, Bini-Biniku Gangster is about Manja who allows her husband to take a second wife, only to realise later that the second wife is a member of a rival gang. Manja herself is the head of a gang who controls an area in Kuala Lumpur.
"This is not a rip-off of a Korean movie," stressed Ismail when asked whether Bini-Biniku Gangster is a Malaysian version of hit Korean film My Wife Is A Gangster. Ismail said there were several "reincarnations" of My Wife Is A Gangster -- from a Japanese version to a Singaporean version.
"My film has no similarity to any of those versions except the title."
He said Bini-Biniku Gangster is an original story that suits the Malaysian culture and is one all Malaysians can relate to.
"What's unique about this film is that this is the first local film that features the leading ladies as action stars."
Both Nurliana and Intan Ladyana did most of the fight sequences themselves.
"Only 10 per cent of the fight sequences were done by a stuntwoman," said Ismail.
Nurliana said the idea for Bini-Biniku Gangster was based on real-life experience. "A few years ago, a woman asked me if I wanted to become her husband's second wife.
"The woman was looking for a second wife for the husband because she could not conceive. Of course I said no and that's the basis for this film.
"However, to make this film work, I turned the wife into the leader of a gang and she has to juggle between being a good wife and a heartless gangster."
Bini-Biniku Gangster was Nurliana's first attempt at script-writing, adding to her current portfolio as an actress, singer and director.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 28, 2011
Sabtu, September 24, 2011
Neutrino Lebih Laju Daripada Cahaya - Teori Einstein Tercabar!
Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.
Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.
Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.
Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.
Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.
"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 24, 2011
Rabu, September 21, 2011
RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA Dr. Fadzilah Kamsah
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 21, 2011
Ahad, September 18, 2011
Anugerah Indusri Muzik 18 - AIM 18 Penuh Kontroversi
- penghapusan kategori album terbaik mengikut genre muzik
- soal kewarganegaraan
Penggubal syarat hendaklah orang yang khusus, dan tidak boleh diberikan kepada sebarangan orang. Begitu juga hakim-hakim dan para juri perlu bijak membuat penapisan semasa memilih calon yang layak.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 18, 2011
Label: Anugerah Industri Muzik, Hiburan
Sabtu, September 17, 2011
NOMBOR KECEMASAN TELEFON BIMBIT - RAHSIA BATERI TELEFON BIMBIT
Nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
KUASA BATERI TERSEMBUNYI TELEFON NOKIA
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 17, 2011
Gambar Kereta Perodua Myvi Extreme 1.5
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 17, 2011
Label: Gambar Kereta, Myvi, Perodua, Perodua Myvi Extreme
Ahad, September 11, 2011
Open House - Rumah Terbuka Hari Raya Johor 2011
First day
- Johor ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar will be holding his open house at Istana Tanjung, Muar today from 9.30am to 12.30am and 2.30pm to 4pm
- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim will be holding an open house at Istana Pasir Pelangi from 9.30am until 12pm.
- Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman will hold an open house at the MB official residence at Saujana, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Baru on Sept 10 from 9.30am until 12.30pm.
- Johor state secretary Datuk Abdul Latiff Yusof will hold an open house at the Official residence of Johor State Secretary, No. 21, Jalan Skudai, Johor Baru on Sept 10 from 10am until 2pm.
Second Day
- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will hold an open house at Umno Sri Pekembar, Pagoh on Sept 11 from 10am until 3pm.
- 12 SEPTEMBER 2011 - 10AM - 3PM, Isnin, Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman will hold an open house at his residence at No. 70, Jalan Raja, Sungai Mati, Muar on Sept 12 from 10am until 3pm.
- 13 SEPTEMBER 2011 - 10AM - 5PM, Selasa, Kempas assemblyman Datuk Osman Sapian will hold an open house at Jalan Sentosa, Kg Dato Onn on Sept 13 from 10am until 5pm.
- 13 SEPTEMBER 2011 - 11AM - 5PM, Selasa, Johor Baru MP Datuk Shahrir Abdul Samad will hold an open house on Sept 13 at Dewan Raya Majidee Baru from 11am until 5pm.
- 14 SEPTEMBER 2011 - 8PM-11.30PM , Rabu, Deputy Youth and Sports Minister Datuk Razali Ibrahim will hold an open house at Dewan Sultan Ibrahim, Tangkak, Ledang on Sept 14 from 8pm until 11.30pm.
- 15 SEPTEMBER 2011 - 9AM - 3PM, Khamis, Jorak assemblyman Datuk Dr Shahruddin Salleh will hold an open house at Pusat Khidmat Adun Jorak, Bukit Pasir, Muar on Sept 15 from 9am until 3pm
- 15 SEPTEMBER 2011 - 10AM - 3PM, Khamis, Bukit Serampang assemblyman Tahir Mohd Taat will hold an open house at Kg Sungai Senduk Gersek, Ledang on Sept 15 from 10am until 3pm.
- 18 SEPTEMBER 2011 - 8AM - 4PM, Ahad, Higher Education Minister Datuk Seri Mohd Khaled Nordin will hold an open house at Dewan Raya Johor Jaya on Sept 18 from 8am until 4pm.
- 18 SEPTEMBER 2011 11AM-4P, Ahad, Kota Tinggi MP Tan Sri Syed Hamid Syed Albar will hold an open house at Bandar Perani, Jalan Mersing, Kota Tinggi on Sept 18 from 11am until 4pm.
- 18 SEPTEMBER 2011 -11AM-3PM, Ahad, Deputy Education Minister Dr Puad Zarkashi will hold an open house at Dewan Senggarang, Batu Pahat on Sept 18 from 11am until 3pm.
- 22 SEPTEMBER 2011 - 11AM-4PM, Khamis, Bukit Permai assemblyman Kamaruzaman Ali will hold an open house at 1289-6, Jalan Mewah, Gate A, Bandar Putera, Kulaijaya on Sept 22 from 11am until 4pm.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 11, 2011
Label: 2011, Aidilfitri, Hari Raya, Hari Raya Rumah Terbuka, Open House, Rumah Terbuka
Jadual Hari Raya Rumah Terbuka 2011
- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, (10 pagi-1 petang)
- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, Wilayah Persekutuan. (1 petang – 6 petang)
- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dataran Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. (11 pagi – 3 petang)
- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di perkarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri Sembilan. (10 pagi- 1 petang)
- Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Istana Bukit Beruang, Melaka. (10 pagi – 3 petang)
- Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Pusat Konvensyen Borneo, Sejingkat, Kuching, (BCCK) Sarawak. (11 pagi – 5 petang)
- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Sejingkat, Kuching. (10 pagi – 3 petang)
- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di No.1, Kampung Tanjung, Rantau. (10 pagi- 6 petang)
- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Anggota Parlimen Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim di Terminal Air Hitam, Jempol. (8 -11 malam)
- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Padang Serbaguna Tampin, Negeri Sembilan. (2- 6 petang)
- Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Permatang Pauh, Pulau Pinang, (11.30 pagi – 1 petang)
- Majlis sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan, di Taming Sari, Ballroom, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. (3 petang – 7 malam)
- Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. (10 pagi – 2 petang)
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 11, 2011
Jumaat, September 09, 2011
KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEMATIAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL !
Asalnya Agendadaily hanya menelefon untuk dapat komen Datuk Azeez Abdul Rahim mengenai misi bantuan kemanusian di Somalia baru-baru ini. Tapi Ketua Kelab Putera 1Malaysia ini, macam biasa, “Kau datang pejabat, aku tunggu, banyak cerita,”katanya. [ gambar oleh Minaq Jinggo - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sedang berbuka puasa dalam pesawat TUDM dalam perjalanan ke Somalia]
Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya di Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.
“Kalau tak boleh bagi manfaat, jangan bawa mudarat,” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.
“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.
“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.
Sebelum itu, kami berbual panjang, banyak rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.
Walaupun teruk kena 'bambu' dengan pembangkang, kata Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.
Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily :
Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?
Ia bermula apabila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.
Sebelum itu kita sudah hantar pasukan peninjau (recce team), ke sana dan dapat semua maklumat, apabila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.
Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.
Apabila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah juga misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.
Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.
Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claimapa-apa…
Sain masa itu sebelum pergi?
Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.
Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.
Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.
Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.
74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.
Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.
ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.
Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.
Tujuh orang itu pasukan peninjau, team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.
Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.
Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.
Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.
Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).
Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)
Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.
Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”
Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.
Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.
Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.
Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.
Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?
Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5.10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar budak you pergi, you duduk di kem, buat story,”
Kemudian, arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”.
Bila arwah kata hendak balik hantar story, saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.
Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”
Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.
Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.
Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai sebab jarak saya dengan tempat kejadian hanya 200 meter.
Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”
Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.
Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan Doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.
Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.
Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he's going, he's going,”,
Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tidak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).
PM tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic, tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.
Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.
Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.
Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….
Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.
Datuk, sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?
Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan Maghrib.
Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,
Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).
Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.
Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.
Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.
Satu peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.
Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.
Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.
Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.
Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.
Boleh Datuk jelaskan kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?
Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.
Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”
Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.
Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”
Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?
Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.
Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.
Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi.
Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.
Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.
Datuk boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?
African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.
Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.
Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.
Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.
Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita.
Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk?
Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.
Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.
Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.
Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.
Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.
Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.
Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.
Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.
Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.
credit to: Agendadaily
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 09, 2011
Isnin, September 05, 2011
Hantu Bonceng - Astro First VS Panggung Wayang
Ahmad Idham ketika dihubungi Jumaat lalu, meluahkan rasa gembiranya dengan sambutan terhadap karya terbarunya ini hingga ada yang mengatakan dirinya sudah kembali ke dunia box office selepas beberapa filemnya sebelum ini sekadar boleh tahan saja.
Senjakala sekadar RM1.1 juta manakala Damping Malam lebih RM2 juta tetapi itu dikatakan ada kaitan dengan tayangan eksklusif di rumah terus dari panggung melalui Astro First. Damping Malam menjadi filem Melayu pertama ditayangkan di Astro First menyebabkan minat orang untuk menonton Astro First mengatasi sambutan di panggung.
Bagaimanapun, kali ini Ahmad Idham berbincang dengan Astro First bahawa sambutan penonton terhadap Astro First bergantung kepada sambutan penonton di panggung. Kalau sambutan di panggung laris, bermakna akan diteruskan di Astro First dan begitulah sebaliknya.
Apapun, agak sedih juga kerana kali ini tiada filem yang ada mood raya ditayangkan di pawagam, sebaliknya filem yang ada kena mengena dengan raya, Raya Tak Jadi Terbitan LineClear Motion Pictures ditayangkan pada 15 September nanti.
Ada yang berpendapat, tidak perlu ada filem berkaitan raya ditayangkan di panggung pada musim raya kerana risikonya tinggi. Sebabnya, stesen televisyen sudah menyiarkan program menarik mengenai raya beberapa hari sebelum raya hingga seminggu raya. Begitu juga dengan juadah pada hari raya penuh dengan rendang dan ketupat.
Jadi, lebih baik filem di panggung lari daripada mood raya kerana sudah menjadi adat, orang suka berubah selera. Malah Hantu Bonceng juga bukanlah filem seram tetapi lebih banyak komedi dan seramnya hanya 20 peratus saja.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 05, 2011
Khamis, September 01, 2011
Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok
Hisap Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok
Sumber: Beritah Harian
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
![]() |
| Shisha Amat Berbahaya! |
Aktiviti Sosial Shisha Mengundang Penyakit Batuk Kering
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
The Effects of Smoking Shisha
What is Shisha? Shisha refers to the flavoured tobacco used in the smoking process using a hookah, also commonly known as ‘hubble bubble’ and ‘narghile’. It is believed to have originated in Turkey over 500 years ago while others claim it came from Syria and India.
The tobacco is soaked in fruits shavings such as apples, grapes and strawberries. A hookah consists of a base, pipe, bowl and hose or a mouthpiece. Tobacco is placed in the bowl, which is at the top of the pipe structure. An aluminium foil covers the bowl and small charcoal pieces are then placed on the foil, which is punctured using a pin to gently heat the tobacco. When smoked using the hose, smooth, sweet-smelling vapour is filtered through the base containing water. It also comes in floral flavours such as coconut, vanilla and rose.
Is Shisha harmful? While many may argue that Shisha smoking is not harmful, medical experts say otherwise as tobacco product in any form contains nicotine and nicotine is addictive. Tobacco products are dangerous as it contains chemicals which are toxic and carcinogenic.
The common belief is that smoke is filtered by the water when in actual fact, nicotine is not water-soluble. The water filter is a gimmick hence the smoke is inhaled by a smoker.
Reuters reported last week that the World Health Organisation (WHO) announced that a single session of smoking Shisha yields a nicotine intake equivalent to more than one pack of cigarettes.
It is also reported that Shisha smoke retained all the carcinogens of cigarette smoke while adding more carbon monoxide and a separate set of carcinogens from the use of burning coals to keep the nicotine flowing, coupled with the risk of infection with tuberculosis or hepatitis from shared mouthpieces.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 01, 2011









