BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 07, 2010

Surat Pembaca - Kena Tipu

Surat daripada Haslan:

Saya ni peminat baru blog Duke Amiene Rev. Saya selalu jugalah jenguk-jenguk ke mari. baru sekarang saya nak ceritakan masalah saya ni. Saya sebenarnya banyak masalah. Saya pun tak tahu kenapalah saya ni selalu bermasalah. Kadang-kadang saya ingat dah buat benda yang betul, tapi tak juga.

Saya ni berkerja sendiri, pelbagai dugaan saya hadapi... terutama sekali dengan kawan-kawan, bila senang semua orang datang dekat dengan saya, tapi bila susah semuanya tiada....semua gara-gara duit. Saya ni seorang marketing, alhamdulillah selalunya apa yang saya nak selalunya dapat terutama sekali pasal projek kerajaan, bila dapat saya rajin berkongsi dengan kawan-kawan, maklumlah modal tak cukup.....

Yang jadi masalahnya sekarang bila kerja dah siap, saya selalu kena tinggal, duit tak dapat, semuanya tak dapat, macam mana saya nak selesaikan masalah saya ni tuan....selalu sangat ditipu oleh kawan-kawan saya.


Jawapan daripada Amiene Rev:
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh En. Haslan ini, saya cuma cadangkan satu perkara. Bagi setiap projek yang disertai, pastikan ada hitam putihnya. Pastikan ada surat kontrak dan dokumen-dokumen yang sah. Semoga selepas ini, En. Haslan tidak lagi ditipu oleh orang lain.

Ahad, September 05, 2010

Surat Pembaca - Badan Kawan Berbau Masam

Surat kiriman daripada Sally:

Kawan saye bername X. saye bukan nak mengutuk die tapi saye mahu die berbau wangi ke sekolah. kerana apabila die datang ke sekolah badannya bau sgt... sampai kawan2 lari & tdk mahu kawan dengan die... so, ape perlu saye buat untuk saye jadikannya sempurne mcm orang lain... kadang2 baru dtg ke sekolah bajunye sudah lecun basah.. berbau sangat... saye tdk berani menegur die takut kalaw die kecik hati dengan saye... saye kesian tengok die... apakah yang harus saya buat untuk tangani masalah ini????

Jawapan daripada Amiene Rev:
Apa kata jika Cik Sally mencadangkan kepada dia agar menggunakan deodorant yang banyak terdapat di pasaran. Mungkin juga Cik Sally boleh memberikan deodorant tersebut sebagai hadiah untuknya dan apabila dia datang ke sekolah dengan memakai deodorant, Cik Sally berilah pujian atau komen positif untuknya berkenaan bau badannya yang sudah hilang.

Sebenarnya, adalah lebih baik jika Cik Sally menegur dia. Ingatlah, kawan yang baik akan menegur biarpun teguran itu pahit sama sekali, demi kebaikan seorang kawan.

Selasa, Ogos 31, 2010

Surat Pembaca - Stres dan Ingin Melupakan Si Dia

Surat daripada Baby Wan:

saya ada 1mslh besr skrg... sy terlalu stress smpaikn sy da msok hospital.. ble org tnye knp..sy xtahu nk cte cam ner sbb xde srg pn yg sudi dgr mslh sy..tmbh2 mslh sy mengenai seorg lelaki.. mslh sy mcm nie...pjg kisahnye..harap sudi la dengar...

sy ada keksh nme wan..sy berumor 20thn..dye pulk 19 thn..kmi 1 kolej n uma sewa pn dlm tmn yg sme..mlh blok uma dye dpn blok uma sy je.. klau pergi mne2..gerenti la terserempak,..kmi bercinta xde la terlalu lme sgt..kjap je..dlm 4bln cam tu..tp skrg nie..dye tbe3 berubh hti dan ckp nk single..n nk lpskan sy...

sy xleh lpaskn dye sbb sy terllu cinta dan sygkn dye..sy da merayu n menangis kat dye..jgnla tingglkan sy..sy mengis smpai 3hri xmkn..dye xsggup tgk sy demikian smpai la dye dtg cuapkn sy mknn..then bru la sy mkn..tuhan je tahu..bile sy ckp..sy xleh lupakan dye..dye ckp boleh lupakn dye punya..dan dye tahu yg apa yg pnh sy rse sbb dlu pn dye pnh kne cam nie..dan sy tnye dye..so?dye nk bls dendam kat sy la..

sy lak jnis manusia yg cam nie..bile da sygkn seseorg..mmg sy akan cygkn dye..tp sebelum nie..sy break dgn pkwe yg len..sedih tu mmg la sedih tpi mereka len sbb lpas kmi break..kami da berjauhan..da xjumpa..tp mslhnye dgn dye..kami 1 kolej n 1tempat tggal event uma berlainan pun..jd...sy xthu da nk buat cam ner nie..perlu ke sy lpaskn dye then life sy mmg hancur n sy da xde semangat nk truskn hidup kat tempat stdy ag..sy ada merayu kat dye..klau nk break pn..blh..tp tggu la sy lpas stdy..sy msih ada 3 sem ag..setahn setgh ag..dlu dye ckp blh tp skrg dye ckp lmbt pulak..sy mmg menangis semahu2 nye..dpn dye..sy xpnh mengis cam nie dpn org laki..sy da xpeduli semua tu..ble sy nk luahan kat mmber2 sy..dyeorg ambik remeh sbb dyeorg ckp..sy xpe klau break pn..sbb sy comel dan rmai laki nk..then mmg la xnfikan..msh ad laki yg tggu sy sekarng nie..dalam 5 org tp dtg la sejuta org laki tggu sy pn..sy xnk..sbb sy nk wan tu je.. tolong la sy..sy da penat dn terllu penat tuk mngis..sampai kn kdg2 sy blh jd stress dan mula la migrain sy dtg... sy da dekatkn diri kpd tuha..selalu sembahyg tok bg ketenangan..tp hanya sekejp itu sj..ble da abeh solat..jiwa sy sedih kmbali..

Jawapan daripada Amiene Rev:
Pertama, saya juga berasa stres apabila membaca e-mel anda yang dipenuhi dengan Bahasa SMS dan titik-titik "...". Apa pun yang boleh saya simpulkan daripada luahan saudari, ialah, jangan bersedih kerana tidak ada jodoh dengan seseorang. Jodoh adalah ketentuan Tuhan. Cinta sesama manusia tidak kekal kerana manusia akan mati. Namun Allah kekal abadi. Cintailah Tuhanmu. Hanya Tuhan sahaja yang paling memahami dirimu, perasaanmu dan pemikiranmu. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk saudari, kerana Allah sedang mengatur pertemuan saudari dengan lelaki yang lebih baik. Berdoalah agar cepat dipertemukan dengan insan tersebut.

Cara yang paling baik untuk mententeramkan diri adalah dengan berzikir. Selepas selesai solat, eloklah saudari banyakkan berzikir. Semoga ketenteraman dan ketenangan akan mula mengalir dalam hati saudari yang sedang tenat itu.

Surat Pembaca - Masalah Dalam Komunikasi

Surat daripada Anis:
Saya ada masalah dengan cara saya berkomunikasi dengan orang ramai. Kadang-kadang saya susah untuk bercakap dan menyebut perkataan dengan betul dan saya juga lambat untuk menghafal.

Jawapan daripada Amiene Rev:
Anda boleh berlatih bercakap di hadapan cermin untuk meningkatkan kemahiran bercakap. Berdasarkan keterangan anda, saya berpendapat anda memiliki masalah dari aspek Kecerdasan Verbal. Namun, ada hati, dengan izin Allah, semua boleh jadi. Berusaha dan berdoa sentiasa, semoga anda akan berjaya memperbaiki kelemahan anda.

Surat Pembaca - Sukar Tidur Awal

Surat daripada Chibi:
Hye . saya sukar nak tidur awal . sa slalu mencuba untuk tido awal tetapi sa tidak boleh . sa slalunya dapat tido seperti jam 11.30 lebih . sa nak tido awal sperti jam 10 tp mata sa tak ble ttutup . setiap kali sa asik ttido kat sekolah kerana tak cukup tido . apa yang cikgu ajar pun tak masuk otak kerana tak cukup tido , asik rasa ngantuk saja.


Jawapan daripada Amiene Rev:
Berdasarkan keterangan dalam surat di atas, saya dapati Saudari Chibi menghadapi masalah sukar tidur awal kerana saudari Chibi sering tidur pada siang hari. Terdapat pelbagai cara atau petua untuk tidur awal pada waktu malam. Antaranya dengan menggunakan lampu yang kurang terang atau redup di bilik tidur. Selain itu, saudari Chibi juga boleh minum susu untuk mempercepatkan rasa mengantuk. Pastikan pada waktu petang, saudari ada melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang boleh membantu saudari untuk berpeluh. Pasti selepas penat beriadah, saudari akan berasa cukup selesa untuk tidur pada waktu malam. Jangan biarkan perut kosong. Makanlah sebagaimana saudari makan pada ketika berbuka puasa.

Belajar Main Saham!

If you're studying in a Malaysian university or college, you probably already have many friends paying this game. If not, check it out!

Jumaat, Ogos 27, 2010

Surat Pembaca - Tidak Faham Dengan Diri Sendiri

Surat daripada Mataku:
Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami telah banyak kali berpisah tetapi sambung kembali. Saya masih mencintainya walaupun saya rasa dia sudah tidak menyintai saya. Sekarang saya di Institut Pendidikan Tinggi, kami sekelas. Saya telah cuba untuk melupakan dia tetapi tidak boleh. Setiap hari saya perlu menghadap mukanya. Kadang-kadang saya cuba untuk membencinya. Egonya terlalu tinggi dan suka marah saya walaupun kami dah berpisah. Saya sedih sangat. Tolong saya. Saya tidak tahu untuk mengambil apa-apa tindakan.


Jawapan daripada Amiene Rev:
Saudari Mataku perlu sedar bahawa di dunia ini, ketentuan jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekiranya saudari sukar untuk melupakannya, saudari pergilah menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan diredhai Allah. Rapatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, semoga mendapat kebahagiaan dalam hidup.

Saudari tidak selamanya akan berada di IPT. Satu hari nanti saudari pasti akan menamatkan pengajian juga (Insya-Allah). Buat masa ini, tumpukan perhatian terhadap akademik saudari, dan carilah rakan-rakan yang beriman. Dekatilah ceramah-ceramah keagamaan dan sertailah mana-mana program motivasi. Semoga dengan ini, saudari akan mendapat kekuatan diri untuk memotivasikan diri sendiri.

Surat Pembaca - Kerjaya Dalam Aliran Perdagangan

Soalan daripada MOHD HAFIFI BIN TUPARMAN:
Saya MOHD HAFIFI BIN TUPARMAN. Saya sekarang brada d Tingkatan 4PD1,tpe saya tidak mengambil subjek matematik tamabahan dan prinsip perakaunan. Adakah aliran Perdagangan ini akan memberi masa depan kpd saya dalam memilih kerjaya selepas tamat SPM nanti...?

Jawapan daripada Amiene Rev:
Setiap kombinasi subjek yang En. Hafifi ambil di sekolah mempunyai laluannya yang tersendiri. Namun begitu, biar apa pun perbezaannya, subjek-subjek teras yang En. Hafifi ambil sudah pasti sama seperti mana-mana pelajar dalam aliran yang lain.

Aliran Perdagangan, seperti namanya adalah tiket untuk En. Hafifi menceburi bidang-bidang yang berkaitan dengan ekonomi, perdagangan, perniagaan, pemasaran dan seumpamanya.

En. Hafifi boleh mendapatkan prospektus berkenaan bidang Perdagangan di universiti daripada kaunselor sekolah En. Hafifi.

Surat Pembaca - Musuh

Surat daripada Zazza:
salam,...saya x taw la mcm mne nk mulakan..mungkin org lain akan ckp perkare saye nie remeh saja tpi bg saya ia sesuatu yg besar bg saya sbb saya x pernah ada musuh..musuh pertama saya ialah cikgu saya..saya x taula knape dia anti sangat dgn saya ni..setiap kali watu pembelajaran cikgu tu,mesti dia nak malukan saya depan kelas ataupun marah2 saya x tentu pasal..bencinya!!musuh kedua saya plak ialah kengkawan saya,suka mengumpat sana sini..menyampah saya tengok diorg ni..tp saye terpaksa kawan ngan diorg ni klaw x,diorg akn sisihkan saya nie mcm smph..msuh ke3 saya plak makcik van saya yang suke makan gaji bute jer..dahla ayah saya byar tambang bas,tpi bukannyer nk amik saye dari sekolah..biler saye mengadu jer kat ayah saya,mcm2 alasan yg dia bg smpai ayah saye marah saya balik..saper yg x TENSIO! N giler kan..pastu mak saya plak suka sangat marah2 kat saya drpd adik beradik saya yg lain..saper saya nak kongsi citer suka duka saya kalaw x der org yg nk perdulikan saya..Tolongla,saya merayu tolong saya bagi motivasi mcm mne dgn masalah yg saya hadapi nie


Jawapan daripada Amiene Rev:
Sebelum saya memberi maklum balas berkenaan masalah Cik Zaty, saya ingin memberitahu Cik Zaty atau Zazza, bahawa penggunaan Bahasa SMS tidak digalakkan di sini.

Berkenaan dengan masalah Cik Zaty, saya berpendapat Cik Zaty perlu berhenti mengkritik orang lain terlebih dahulu (tidak kira siapa pun yang salah). Apa yang Cik Zaty perlu lakukan ialah bermuhasabah diri, atau mengenal diri sendiri. Cuba renungkan kembali, kenapa ramai orang menyalahkan Cik Zaty. Tentu Cik Zaty akan temui jawapan untuk masalah Cik Zaty setelah Cik Zaty melakukan muhasabah diri setiap hari. Mungkin hari ini tidak ada petunjuk, esok lusa, Cik Zaty akan dapat petunjuk.

Seperkara lagi, berdasarkan pengakuan Cik Zaty, saya mendapati Cik Zaty berkawan dengan sekumpulan kawan yang memiliki tabiat yang buruk. Tidak ada salahnya untuk Cik Zaty meninggalkan mereka kerana daripada Cik Zaty terus berkongsi dosa mendengar umpatan mereka.

Kesimpulannya, lakukan muhasabah diri setiap hari, dan pasti, Cik Zaty akan menemui cara untuk mengubah diri sendiri. Rajin-rajinkan diri mengunjungi guru kaunseling biarpun tidak dipinta. Semoga Cik Zaty dapat berpuas hati dengan jawapan ini.

Surat Pembaca - Tidak Tahu Cara Masuk Ke IPTA

Soalan daripada esyhagudgurl:
Saya bakal menduduki SPM pada hujung tahun ini. Saya mengambil aliran Sains. Masalahnya, saya tidak tahu macam mana nak minta masuk ke IPTA.

Jawapan daripada Amiene Rev:
Rujuklah kaunselor di sekolah anda. Kaunselor sekolah anda bersedia untuk membantu anda dalam hal-hal kemasukan ke IPTA.

Doa Ibu - Bayi Mati Hidup Semula Selepas 2 Jam Dipeluk Ibunya

Doa Ibu - Bayi Mati Hidup Semula Selepas 2 Jam Dipeluk Ibunya
Sumber: Kosmo!

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Khamis, Ogos 26, 2010

Bonus Raya 2010 - Berita Dari Putrajaya


Kakitangan Kerajaan Dapat 'Duit Raya'

PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Bonus Raya 2010 - Melaka dan Perak Dapat Duit Raya

Kakitangan awam Perak dapat duit raya RM500


IPOH 25 Ogos – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 7,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

Langkah itu katanya, diambil selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang memberikan bonus sama kepada kakitangannya.

“Saya harap dengan pemberian bonus raya ini, ia akan dapat meringan beban kakitangan kerajaan khususnya di kalangan kakitangan sokongan yang memerlukan sedikit bantuan.

“Mereka akan mendapat bonus ini sebelum Syawal dan boleh digunakan untuk perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bubur lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim serta barisan Exco kerajaan negeri.

Penjawat awam Selangor turut terima duit raya RM500

SHAH ALAM 26 Ogos – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembayaran khas sempena Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas,” katanya.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta.

Semalam kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Ia kemudian diikuti dengan pengumuman oleh kerajaan negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. – Bernama