Isnin, September 23, 2013
Sejak kebelakangan ini, aku sangat berminat untuk mendapat bahan bacaan berbentuk travelog. Hakikatnya aku suka menulis travelog, berjalan ke tempat orang dan mencatat pandanganku. Namun, sekali-sekala aku juga ingin baca travelog yang ditulis oleh penulis lain.
Aku berangkat ke sebuah buku. Aku temui Travelog Haji, aku beli. Kemudian aku terbaca tentang buku travelog yang ditulis oleh Nisah Haron, aku berminat. Aku mencari. Aku tidak menemuinya. Buku itu sudah habis dijual di kedai buku yang aku kunjungi.
Walau bagaimana pun, aku akan tetap berusaha mencarinya. Apakah yang menyebabkan Amiene Rev bersungguh-sungguh untuk mendapatkan buku travelog Nisah Haron itu? Sudah semestinya ada sesuatu yang menarik.
Rabu, September 11, 2013
Petua Untuk Menjimatkan Petrol
Petua Untuk Menjimatkan Petrol
1. Cuba elakkan daripada menekan brek jika tidak diperlukan kerana
penggunaan petrol akan meningkat dengan untuk meningkatkan kelajuan pada
tahap yang biasa. Bukan itu sahaja, tayar juga akan cepat haus.
2. Selalulah memeriksa tayar kereta anda, adakah cukup angin ke tidak
kerana kekurangan angin akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol
sehingga 5% dan tayar juga cepat rosak.
3. Selalu melakukan servis ke atas kereta yang mana akan membantu enjin
kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutaman untuk
perjalanan yang jauh.
4. Pastikan kereta anda di'tune' oleh
pakar kerana kesilapan dalam melakukan 'tuning' akan menyumbang kepada
peningkatan penggunaan petrol sehingga 50%.
5. Praktikkan selalu menukar spark plug sewaktu servis, kerana ia akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.
6. Elakkan menggunakan klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan.
7. Gunakan gear neutral sewaktu berada di situasi lampu isyarat merah.
Anda juga boleh mematikan kenderaan sekiranya pertukaran lampu isyarat
terlalu lama.
8. Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan.
9. Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang (dalam roof rack)
akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% melalui
pemanduan di lebuh raya.
10. Jika roof rack kereta anda tidak
berisi, lebih tanggalkannya kerana, jika menanggalkannya, anda dapat
menjimatkan minyak anda sehingga 1%.
11. Cuba elakkan
memusingkan stereng kereta anda dengan tanpa keperluan kerana setiap
kali anda lakukannya, akan menyebabkan penggunaan petrol.
12. Pastikan anda selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan.
13. Kalau boleh jangan dihidupkan penyaman udara semasa kereta pada kelajuan rendah.
14. Jangan hidupkan enjin kereta anda sebaik sahaja anda mematikannya
kerana ia akan meningkatkan penggunaan minyak dan malah boleh merosakkan
enjin.
15. Dengan pemanduan pada kelajuan 90 km/j berbanding 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga 10%.
Ditulis oleh Amiene Rev pada 1:47 PG |
Label: Petrol, Petua, Petua Menjimatkan Petrol
Selasa, September 10, 2013
Dewa Dewi dan Mergastua Mesir
Pada zaman Mesir purba, terdapat kepercayaan bahawa wujudnya dewa-dewi dan mergastua misteri. Misalnya Sphinx adalah mergastua penjaga harta karun. Shu pula adalah dewa langit. Isis adalah dewi yang menetapkan hukum dan peraturan. Osiris adalah dewa yang menguasai dunia bawah tanah. Amun adalah dewa yang membangunkan dunia. Hathur adalah dewa langit dan bumi. Pheonix adalah unggas kehidupan dan kebangkitan. Anubis adalah penjaga dunia bawah tanah. Thoth adalah dewa ilmu dan penulisan. Horus adalah dewa matahari. Wadjet adalah dewi ular tedung. Sekhmet adalah dewi peperangan.
Masyarakat manusia, tidak kira di mana-mana pun, percaya akan kewujudan dewa-dewi. Ini adalah salah satu naluri asas manusia, mahu tunduk pada yang maha berkuasa. Mereka mencipta dewa-dewi untuk dpertanggungjawabkan segala doa, perlindungan dan ketaatan. Dewa-dewi menjadi medium untuk mereka menetapkan peraturan dalam kehidupan.
Jumaat, September 06, 2013
Kisah Manusia Yang Menjadi Buaya
Di Bunohan, ada banyak kisah berkenaan manusia menjadi buaya. Buaya menjadi manusia, jarang-jarang. Ada pun, kisah manusia yang bertukar menjadi buaya ini, adalah kerana amalan ilmu hitam. Ilmu yang tidak diterima langit, dan setiap pengamalnya akan menerima azab dan seksa di akhirat kelak.
Salah satu kisah cinta unik mengenai manusia yang menjadi buaya, salah satunya adalah kerana mahu mengekalkan cinta terhadap pasangannya. Si pengamal ilmu hitam enggan berpisah dengan pasangannya, boleh jadi kekasihnya, suaminya atau isterinya. Buaya jadian ini juga akan melindungi anak cucunya daripada sebarang ancaman. Adalah tidak dapat dipastikan sama ada buaya jadian ini mampu menyelamatkan umat manusia daripada ancaman bom nuklear atau fitnah Dajjal.
Kisah buaya, sering berkait rapat dengan sungai atau paya. Jarang ada kisah buaya di tasik atau di padang golf. Namun ada kisah buaya yang menarik pernah berlaku di Malaysia seperti di Tasik Puchong dan Padang Golf A Famosa di Melaka.
Kisah buaya yang paling terkenal selalunya berasal dari Sarawak. Nama gelaran yang sering dilekatkan dengan nama buaya biasanya 'Bujang'. Sesetengahnya berkait rapat dengan kepahlawanan. Pahlawan mati menjelma menjadi buaya. Ada juga satu kisah di mana dua beradik kembar, satunya manusia dan satunya buaya juga datang dari satu etnik yang ada di Sabah.
Aku pernah membaca satu kisah buaya, tentang dua beradik yang menjadi pemimpin. Si abang seorang pemimpin yang terbilang dan adil, manakala adiknya sering berlaku zalim kepada pengikut-pengkutnya. Satu hari si abang memerangkap si adik lalu mengurungnya di dalam satu keranda yang cantik. Si adik akhirnya menjelma menjadi buaya. Kedua-dua beradik ini masih ada seorang adik perempuan. Si adik yang telah menjelma menjadi buaya menetapkan satu hari khusus untuk menemui adik perempuannya yang dirinduinya. Namun salah seorang pengikut si abang telah tersalah kira bilangan hari lalu mengatur satu upacara sehari lebih awal dan mendatangkan marah kepada si adik yang telah menjelma menjadi buaya. Selepas itu, si adik berdendam dengan manusia yang memungkiri janji, lalu berjanji akan memakan mana-mana manusia yang mengganggu hidupnya.
Kisah manusia menjadi buaya selalunya berakhir dengan tragis. Kehidupan buaya itu sendiri kita lihat seolah-olah penuh dengan kesunyian dan keseraman. Hidup sebagai buaya sudah pasti membosankan, bagi setiap manusia yang ada cita-cita dan matlamat. Hidup tanpa matlamat, umpama hidup seperti buaya. Lebih tepat lagi, seorang manusia yang degil, panas baran dan pendiam jika ia hidup tanpa matlamat, maka kehidupannya adalah sama sahaja seperti seekor buaya.
Ditulis oleh Amiene Rev pada 12:46 PG |
Label: Buaya, Buaya Jadian, Legenda
Langgan:
Comment Feed (RSS)