BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Februari 16, 2013

Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati

Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati
Kisah si kucing yang bernama Scarlett, yang sebelumnya merupakan kucing jalanan menunjukkan kasih tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya. Walaupun kisah ini telah lama berlaku dan Scarlett telahpun tiada lagi. Ini adalah kisah seekor ibukucing yang sanggup meredah api demi menyelamatkan anak-anaknya. Berikut adalah gambar-gambar Scarlett dan anak-anaknya, pemilik Scarlett, dan orang-orang yang merawatnya.







Kejadian Kebakaran

Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku. Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan terbiar di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.

Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia beberapa minggu.

David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum jatuh pengsan.

Kasih seekor ibu kucing

Kredit:
http://www.purr-n-fur.org.uk/famous/scarlett.html
http://www.twotuttles.com/scarlet.html

HADIS MENOLONG ORANG SUSAH

"Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan diakhirat. Siapa yang menutup aib orang Islam di dunia, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (HR.Muslim)