BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, November 29, 2012

Hilang di mata, tidak di hati

Hilang Di Mata, Tidak Di Hati
Lagu/Lirik oleh Amiene Rev (C) 2012
 
Pada malam itu, aku seorang diri. 
Dingin salji ini, turun membasahi diriku. 
Aku seorang diri, mencari-cari teman. 
Kurakamkan lirik ini, untukmu, 
semoga kau dapat dengari isi hati aku.

Walau kita jauh,
 tetap aku dengari suara-suara kenangan hatimu di sisi jantungku ini. 
Di sisi jantungku ini.

Teman, hilang di mata tidak di hati. 
Teman, hilang di mata, tidak di hati.

Kita pasti berjumpa lagi. 
Kita pasti akan ketemu lagi.

Pada malam itu, aku seorang diri. 
Dingin salji ini, turun membasahi diriku. 
Aku seorang diri,, mencari-cari teman. 
Kurakamkan lirik ini, untukmu, 
semoga kau dapat dengari isi hati aku.

Walau kita jauh, 
tetap aku dengari suara-suara kenangan hatimu di sisi jantungku ini.
Di sini.

Teman, hilang di mata tidak di hati. 
Teman, hilang di mata, tidak di hati.

Kita pasti berjumpa lagi. Kita pasti akan ketemu lagi.

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013 sudah dikeluarkan. Turut sama diterbitkan ialah Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri 2013 | Malaysia School Holiday and Malaysia Public Holidays 2013 Calendar. Tarikh yang dipaparkan di sini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Pentingnya mengetahui kalendar cuti umum dan cuti sekolah Malaysia 2013 adalah untuk memudahkan kita membuat perancangan pada tahun hadapan di mana persediaannya memerlukan masa yang panjang iaitu mulai sekarang. Dengan adanya Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2013, akan memudahkan semua pihak untuk merancang aktiviti penting pada tahun depan dengan lebih baik. 
KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
Date
Holiday
Applicable to
1 Jan (Tue)
New Year
All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)
Sultan of Kedah's Birthday
Kedah only
24 Jan (Thu)
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)
Chinese New Year
National
11 Feb (Mon)
Chinese New Year (2nd Day)
National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)
Sultan of Perak's Birthday
Perak only
1 May (Wed)
Labour Day
National
7 May (Tue)
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May (Fri)
Raja Perlis' Birthday
Perlis only
24 May (Fri)
Vesak Day
National
30 May (Thu)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
31 May (Fri)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat)
Agong's Birthday
National
1 Jun (Sat)
Hari Gawai
Sarawak only
2 Jun (Sun)
Hari Gawai
Sarawak only
6 Jun (Thu)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)
Georgetown World Heritage City Day
Penang only
10 Jul (Wed)
Awal Ramadan *
Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)
Penang Governor's Birthday
Penang only
20 Jul (Sat)
Sultan of Terengganu's Birthday
Terengganu only
26 Jul (Fri)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)
Hari Raya Puasa *
National
9 Aug (Fri)
Hari Raya Puasa *
National
31 Aug (Sat)
National Day
National
8 Sep (Sun)
Sarawak Governor's Birthday
Sarawak only
16 Sep (Mon)
Malaysia Day
National
5 Oct (Sat)
Sabah Governor's Birthday
Sabah only
12 Oct (Sat)
Malacca Governor's Birthday
Malacca only
15 Oct (Tue)
Hari Raya Haji *
National
16 Oct (Wed)
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)
Sultan of Pahang's Birthday
Pahang only
3 Nov (Sun)
Deepavali
National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
National
11 Nov (Mon)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
12 Nov (Tue)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
22 Nov (Fri)
Sultan of Johor's Birthday
Johor only
10 Dec (Tue)
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
11 Dec (Wed)
Sultan of Selangor's Birthday
Selangor only
25 Dec (Wed)
Christmas
National

* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa


Rabu, November 28, 2012

KWSP Hadkan Caruman Maksimum Sukarela RM60,000 Setahun

KWSP hadkan caruman maksimum sukarela
28/11/2012 4:10pm


KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengenakan had maksimum RM60,000 setahun kepada semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, mulai 1 Januari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan.

"Caruman sukarela dalam konteks KWSP merujuk kepada caruman diterima daripada golongan bekerja sendiri, pemilik tunggal perniagaan, rakan kongsi atau mereka yang tiada pendapatan tetap bulanan termasuk suri rumah,” katanya.

Menurut beliau, caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

"Kedua-dua borang tersebut boleh didapati di cawangan KWSP yang terdekat atau boleh dimuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my,” katanya.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan. — BERNAMA

Cara Memasak Sardin Di Dalam Tin

Cara memasak ikan sardin di dalam tin sememangnya senang. Masih ramai yang tak dapat bezakan antara ikan sardin dengan ikan mackerel yang masing-masing sama-sama dijual di dalam tin yang berkuahkan tomato. Namun, buat masa ini, pedulikan semua itu. Sardin telah berjaya membayangi semua ikan di dalam tin, kecuali ikan tuna yang berjaya membayangi ikan salmon di dalam tin. Sama juga seperti Maggi yang berjaya membayangi hampir semua mi segera di Malaysia walaupun masih ada jenama lain seperti Indomie, Maggi, Mi Segera Cintan dan lain-lain, Maggi masih muncul sebagai nama lazim bagi mi segera. Ya, nama lazim. Ikan Sardin atau sardin lebih merupakan nama lazim bagi kebanyakan jenama ikan berkuah tomato di dalam tin. Berikut adalah cara memasak ikan sardin di dalam tin untuk rujukan para pembaca:

Resepi Sardin 1: Sardin Tin Masak Kari
Bahan-bahan Masakan Sardin Masak Kari

*Santan
*Ikan sardin dalam tin = 2 tin bersaiz besar
*Bawang merah = 2 biji
*Bawang putih = 3 ulas
*Sedikit halia
*Serbuk ikan kari = 2 pek bersaiz kecil
*Sejemput herba campur
*2 keping asam jawa atau asam gelugur atau asam keping
*tomato = jika perlu
*kentang = 6 biji dan potong beberapa bahagian kecil
*minyak sebagai bahan tumis

Cara-cara memasak kari ikan sardin
1)Kisar bawang putih, bawang merah dan halia secara berasingan.
2)Masukkan serbuk kari dan daun kari ke dalam mangkuk lain. Tambahkan air dan gaul rata.
3)Kemudian, minyak dimasukkan ke dalam periuk dan tumiskan herba campur sehingga naik bau sedikit
4)Bawang merah dan halia dimasukkan. Tumis sehingga naik bau dan masukkan bawang putih. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
5)Kentang dimasukkan dan biarkan sehingga kentang betul-betul empuk.
6)Setelah empuk, masukkan asam keping dan sardin bersama kuahnya. Masukkan santan dan biarkan merenih.
7)Tambahkan garam jika perlu dan boleh masukkan tomato jika suka.

Resepi ini dipetik dari http://zawaniamirah.blogspot.com

Seterusnya kita tengok pula resepi kedua.

RESEPI 2: Resepi Masak Lemak Ikan Sardin
Masak Lemak Ikan Sardin


BAHAN-BAHAN :
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1) Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3) Masukkan semua ikan sardin mackerel dan kuahnya sekali, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.

Sebenarnya ikan sardin adalah ikan sardin dan ikan mackerel adalah ikan mackerel, namun inilah yang seperti saya katakan tadi, nama ikan sardin sudah popular hingga menenggelamkan nama ikan mackerel. Resepi di atas ini pula adalah dari blog http://resepinannie.blogspot.com

Sekarang mari kita rujuk resepi Ikan Sardin yang ketiga

RESEPI 3: SARDIN MASAK KICAP PEDAS
SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan:
  • 1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima - guna tin besar
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dimayang
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 5 - 7 sudu besar kicap manis
  • 5 biji cili api ~ diketuk
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • 1 biji limau kasturi
  • sedikit garam
  • minyak

Cara memasak ikan sardin di dalam tin seperti ini:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
  • Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
  • Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
  • Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
  • Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Seperti biasa, bawang putih dan bawang merah merupakab bahan rasmi dalam masakan ikan sardin. Benar, kedua-dua bahan ini adalah bahan yang dapat meningkatkan rasa masakan ikan sardin, tidak kira dalam bentuk dimasak atau pun mentah.

RESEPI 4: Ikan Sardin Tin Yang Lebih Sedap!
Resepi yang ringkas dan mudah disediakan. Petua: Elakkan mengunakan bawang besar biasa, gunakan Bawang Merah Besar lebih sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
  •     1 Tin kecil Ikan Sardin (brand apa-apa pun boleh)
  •     2 Cili Besar (Belah panjang)
  •     1 Bawang Merah Besar (Belah halus)
  •     3 Ulas Bawang Putih (Cincang)
  •     2 Sudu Sos tiram dan kicap manis atau kicap masin
  •     2 Sudu teh asam jawa tanpa biji
  •     Air putih ikut sukatan tin sardin penuh
  •     3 sudu besar Minyak Masak

Cara-cara memasak ikan sardin di dalam tin
  • Panaskan minyak panas,masukan bawang putih hingga naik wangi (jangan biarkan bawang putih menjadi kuning). Masukan sardin ikan dan pastikan api dapur dikecilkan
  • Agak2 sardin ikan mendidih, masukkan asam jawa dan air mengikut sukatan 1 tin penuh sardin.
  • Setelah kuah ikan sardin mulai pekat, masukan sos tiram dan kicap 2 sudu besar kicap manis (masin pun boleh).
  • Akhir sekali, masukan bawang merah dan cili besar. Biarkan 2 minit dan angkat sebelum bawang merah menjadi lembik (nanti kurang sedap pula) Selamat Mencuba.
Sebenarnya banyak lagi resepi sardin yang mungkin boleh dicipta sendiri mengikut selera sendiri. Pendek kata, begitulah sedikit-sebanyak resepi cara memasak sardin di dalam tin yang dapat saya kongsikan pada hari ini.

Selasa, November 27, 2012

Doa Hilangkan Keinginan Untuk Berzina

Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membersihkan hati anak-anak daripada terjerumus ke perbuatan zina atau seks bebas. Keinginan seks boleh jadi sesuatu yang sukar untuk dikawal, oleh itu, doa untuk menghapuskan niat untuk berzina ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara-cara yang dijelaskan seperti berikut:

Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina

Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan). - Majalah Gen-Q

Kerap Kemaskini Sistem Geolocation Bawa Bahaya - Pemilik Telefon Pintar Berisiko Kena Rompak

Pemilik telefon pintar berisiko kena rompak
Kuala Lumpur: Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem geolocation mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan dan aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada jenayah pecah rumah dan rompakan.

Ramai penggemar laman sosial suka kemas kini atau check in lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti Foursquare, Facebook untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

Namun, tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka melalui alam siber, katanya.

Syed Ismail berkata, ada juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan itu mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.

Syed Ismail berkata, tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.

Ada pihak cuba mencari maklumat menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu, katanya.

Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data perniagaan dalam usaha mensabotaj pesaing, katanya.

Syed Ismail berkata, meskipun setakat ini belum ada maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan aplikasi demikian serta memahami fungsinya.

Katanya, sebanyak 24 kes kegiatan menggodam mengakibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia, Mohd Anwer Mohamed Yusoff, berkata negara kerugian RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan.

BERNAMA