BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 27, 2011

TEMUBUAL: Shaheizy Sam, Noorkhiriah Shapie dan Eman Manan

Ikutilah temubual yang menarik antara Kosmo! dengan tiga pelakon berkualiti tanah air.

KUALITI ATASI POPULARITI
Sumber: Kosmo!

TIGA anak seni berjiwa besar milik persada lakonan tanah air, sama ada Sam, Noor dan Eman, mereka disanjung kerana kredibiliti bukannya sekadar populariti.

TIGA anak seni kesayangan ramai Eman Manan, Noorkhiriah Shapie dan Shaheizy Sam bergandingan secara tidak sengaja sempena meraikan sambutan jubli perak penganjuran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Memanfaatkan ruang serta peluang yang bukan mudah untuk menyatukan bintang berjiwa besar itu, secara santai mereka diajak bersembang. Bercerita soal populariti dan kualiti yang berlingkar dalam rutin seni masing-masing, ketiga-tiga mereka saling menyanjung sesama sendiri.

Lebih manis, Eman, Noor dan Sam, mereka itu jatuh dalam kelompok artis yang bersinar di layar seni lebih awal sebelum popular di mata ramai.

Ceritakan detik terawal tatkala anda mula dilimpahi populariti?

EMAN MANAN (E): Masa tahun pertama menyambut hari raya sebagai artis, waktu itu sekitar 1984 masa saya berlakon filem Matinya Seorang Patriot. Masa awal-awal puasa, bila balik rumah, ada kad raya untuk saya, setiap hari pasti ada kad raya tapi setakat sekeping atau dua keping, jadi saya rasa saya tak popular macam artis yang dapat berguni-guni kad raya. Masuk dua atau tiga hari sebelum raya, saya terkejut besar apabila ada seguni kad raya depan pintu rumah saya, masa itu baru saya sedar, ini barangkali impaknya daripada kredibiliti filem itu.

SHAHEIZY SAM (S): Sejak 3 April lalu, selepas menang Anugerah Bintang Popular tapi saya tetap percaya bahawa saya hanya dikenali bukan bermaksud semua orang kenal saya.

NOORKHIRIAH (N): Memang saya pernah menang anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular tiga tahun berturut-turut tapi sebelum itu saya tak pernah rasa bahawa saya ini pelakon popular. Cuma selepas tersiarnya drama Kerana Cintamu Saerah, saya rasa impak yang besar, dapat buka mata orang, orang mula tegur saya, saya dapat banyak respons serta lebih murah rezeki selepas itu.

Bila sudah popular, bagaimana pembawaan diri serta keyakinan berdepan umum?

S: Saya masih sama seperti Sam yang dikenali sebelum ini. Sebelum ini pun ramai artis sudah melalui zaman populariti masing-masing, saya cukup sedar hakikat itu jadi tak selamanya kita akan akan berada di mana kita berada sekarang. Saya cukup sayangkan penyokong saya jadi saya akan sesuaikan diri dengan apa sahaja situasi. Bagi saya peminat itu ikhlas jadi saya juga ikhlas.

N: Tak ada apa yang berubah, selagi orang tegur, pandang dan berikan senyuman, saya akan buat buat perkara yang sama. Kalaulah ada yang tidak berkenan tengok saya pun, saya tetap kena terima. Saya seorang yang simple tapi dalam masa yang sama cepat paranoid, terlalu memikirkan sesuatu secara lebih-lebih.

Kontroversi paling memuncak barangkali bila?

E: Mungkin semasa pernikahan saya dengan bekas isteri, Fauziah Ahmad Daud dulu. Ketika itu terlalu banyak hati yang harus dijaga, hormat perasaan keluarga sementelah Ogy anak orang besar-besar, tapi mujur media zaman itu belum banyak seperti sekarang. Saya juga tidak ambil pusing tentang gosip dan majalah. Saya hanya baca surat khabar.

S: Sejak kecil saya hidup dalam dunia saya sendiri, dan selalu rasa diri saya tidak menarik, jadi tiada apa untuk dihebohkan.

N: Suam-suam sahaja, tak ada yang besar. Kalau ada cerita panas pun masa awal-awal dululah, zaman pakai skirt pendek dalam majalah Mangga.

Pernah terasa hilang privasi akibat populariti?

E: Dulu bila sudah popular, saya jadi tidak selesa. Saya hilang kawan baik dan kawan sekolah sebab masing-masing ada kehidupan berbeza, saya pula jadi seorang yang eksklusif. Bila fikirkan semua itu, saya mula buka ruang untuk bergaul dan dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat kecuali media. Sebab itu dulu, apa sahaja hebahan tentang saya, banyak tentang kerjaya, bukan hal peribadi.

S: Paling saya jaga ialah perasaan orang lain, jadi sedaya upaya saya bercerita tentang kerja sebab bukan semua orang mahu tahu hal peribadi kita. Kalau kerap sangat baca tentang kisah peribadi artis lain, terdetik juga, baik simpan sahaja kisah begitu.

N: Tak ada sangat, tak ramai pun orang teruja nak tahu kisah peribadi saya.

Populariti artis terdahulu dan artis sekarang pula bagaimana?

E: Dulu acara-acara penganugerahan tidak banyak, tidak sebesar hari ini. Acara penganugerahan dulu juga lebih ikhlas, tiada penyelewengan, artis juga tidak perlu melobi diri sendiri untuk menang.

S: Saya lebih pandang tinggi usaha artis terdahulu, mereka lebih patut dipuji. Orang dulu popular kerana hasil kerja dan ketika itu mereka tidak terdesak pun untuk popular. Saya sendiri lebih baik tidak popular jika tiada hasil kerja yang berkualiti.

RIAK teruja terpancar daripada wajah Noorkhiriah apabila diajak oleh Eman (kanan) untuk berlakon bersama. Sam yang berada dalam situasi berkenaan turut berbangga jika mereka dapat berkolaborasi dalam dunia lakonan.

Pentingkah populariti itu?

E: Kalau populariti itu hanya kerana kisah peribadi, saya jadi kasihan.

S: Kerja yang baik akan mendatangkan dan mengekalkan populariti.

N: Bila popular, rezeki seseorang itu lebih lebat, makin banyak tawaran. Tapi saya bersyukur sangat, walaupun bukan artis ‘panas’ saya diterima baik oleh media. Popular memang boleh tambah rezeki jadi murah, tapi rezeki itu daripada Allah.

Nilai sentimental di sebalik sebuah trofi?

E: Ada orang kata, dapat anugerah bukan dapat duit, tapi trofi itu mustahak. Momen diberi dan menerima trofi itu seolah-olah, ‘inilah detiknya’. Tapi trofi itu menjadi lebih berharga jika sehabisnya sesebuah pesta penganugerahan tidak berlaku apa-apa kekecohan.

S: Trofi hanya penghargaan diberikan tanda kenangan tetapi tidak menjanjikan saya untuk kekal dalam liga terbaik atau popular.

N: Trofi itu pengiktirafan, bernilai tapi suami dan anak-anak lebih bernilai rasanya buat saya. Trofi itu bukti saya kepada keluarga bahawa saya pernah dihargai dalam kerja lakonan ini. Ada lima trofi dalam almari saya, tapi ia tidak menjanjikan apa-apa, terutama dalam bab bayaran berlakon.

Jangka hayat dalam bidang lakonan?

E: Saya tiada jawapan untuk soalan itu, tapi kalau seseorang itu pemimpin yang hebat, dia sendiri tahu di mana titik ‘matinya’, tahu waktu harus undur. Pengertian heroism di Malaysia tidak sama dengan pengertian heroism di Barat.

S: Saya setuju dengan pegangan abang Eman. Bagi saya berundur tidak bermaksud hilang daripada dunia seni itu, mungkin harus beralih ke perjuangan lain, sebab, di mana kita berhenti, di situlah orang akan mengingati kita.

N: Soal hayat dalam industri, rasanya sudah tinggal tak berapa lama lagi. Saya sudah ada sasaran lagipun saya sudah berhijrah begini (bertudung), kalau rezeki lakonan bukan untuk saya lagi, saya reda. Sebenarnya saya rindu hendak berteater, cuma masa dan peluang belum ada.

Ulasan Maharaja Lawak Mega Minggu 3 - Baru Selesai Menonton

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai menonton Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3. Memandangkan Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-4 sudah pun tersiar di Astro, maka ulasan yang bakal saya berikan untuk Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3 ini mungkin agak terlambat atau sudah terlambat kerana ada peserta yang telah disingkirkan.

Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sememangnya seorang tukang masak yang bukan sahaja mampu memasak masakan yang sedap-sedap tetapi mampu memasak para peserta Maharaja Lawak Mega dengan sedap sekali. Cukup masin mulut Chef Wan apabila berjaya mengagak pemergian kumpulan Maharaja Lawak Mega Anje pada minggu ke-3.

Adlin Aman Ramli Terus Berani Mati
Adlin Aman Ramli sememangnya seorang peserta Maharaja Lawak Mega yang berani mati. Beliau menggunakan hukum agama dan hukum talak sebagai bahan persembahannya. Bahan persembahan dan bahan lawak mungkin kedengaran sama tetapi jika diteliti, 'ceramah' agama yang disampaikan oleh Adlin Aman Ramli memiliki garis sempadan antara sensitiviti agama dengan fakta benar. Adlin Aman Ramli menyampaikan fakta tentang hukum agama tetapi watak ulama yang dibawa oleh Adlin Aman Ramli sememangnya satu isu.

Perkara seperti ini sebenarnya memerlukan kepakaran yang tinggi kerana Adlin Aman Ramli perlu memisahkan antara soal mempersendakan agama dengan kehormatan agama. Saya meneliti video Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3 dan sememangnya saya rasa agak kurang senang melihat watak ulama yang ditampilkan oleh Adlin Aman Ramli. Seketika saya teringatkan pula kisah Bob Lokman yang diburu polis kerana beliau dikatakan memberi ceramah tanpa permit. Mungkin sekiranya Bob Lokman menyertai Maharaja Lawak Mega dan berbuat demikian, ini tidak akan jadi satu isu. 

Adakah Adlin Aman Ramli akan menjadi penakluk ala-ala Hitler, Pol Pot atau Khmer Rouge kerana cuba meluaskan jajahan takluknya menerusi cara yang boleh mencetuskan provokasi terhadap masyarakat? Persembahan Adlin Aman Ramli banyak menimbulkan isu keagamaan seperti 'haram' atau 'menyentuh sensitiviti agama'. Haram kerana menyerupai wanita, sensitif kerana berani berjenaka dengan menggunakan isu agama. Isu talak yang dicetuskan oleh Adlin Aman Ramli mungkin secara tidak sedar akan menyinggung perasaan atau menimbulkan kebimbangan atau rasa tidak senang bagi mana-mana pasangan yang telah bercerai, belum bercerai atau hampir bercerai. Pandangan Chef Wan supaya Adlin Aman Ramli tidak lagi menjadikan hukum agama sebagai bahan persembahan sememangnya tepat. Bak kata Sobri dan Bob Kuman, malam ini kita tengok siapa kena kongkang.

Boboi Konsisten
Kumpulan Maharaja Lawak Mega Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik yang merupakan Presiden SENIMAN, sememangnya sentiasa unggul dalam persembahannya. Dua tokoh seniman ini berjaya menarik perhatian penonton. Kumpulan Maharaja Lawak Mega turut mengambil peluang ini untuk mempromosikan filem Misteri Jalan Lama. Kehebatan watak Boboi yang dilakonkan oleh Harun Salim Bachik bukan sekadar pada pembawaan wataknya tetapi juga pemakaiannya. Untuk memastikan watak Boboi kelihatan seperti kanak-kanak, Harun Salim Bachik menggunakan teknik menipu mata dengan mengangkat seluarnya ke paras atas pusat supaya badannya kelihatan lebih kecil. Taktik ini sememangnya menjadi.

Osbon Perlu Lebih Peka Dengan Kehendak Penonton
Kumpulan Maharaja Lawak Mega Osbon yang diwakili oleh Mr. Os dan Abon pada minggu ketiga masih menggunakan lawak berunsurkan definisi atau perkataan. Orang Beruk dan Beruk Orang merupakan dua kata kunci penting dalam lawak mereka. Penampilan Osbon dikatakan sangat bagus pada minggu ke-4, saya belum dapat menonton Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-4, oleh itu saya tidak mahu komen kumpulan Osbon dengan lebih lanjut.

Jalil Hamid - Otai Lawak Yang Tercabar
Jalil Hamid selaku salah seorang daripada dua peserta tunggal dalam Maharaja Lawak Mega mula merasai bahang cabaran pertandingan. Kritikan yang diterimanya pada minggu ke-2 yang lalu, menyebabkan Jalil Hamid kini bangkit sebagai penanding. Masa sememangnya batasan hebat dalam Maharaja Lawak Mega. Kemunculan AC Mizal sebagai pengacara kadangkala kelihatan cacat di mata para penonton tetapi itu sememangnya tugas AC Mizal untuk memastikan peserta-peserta Maharaja Lawak Mega tidak membuat persembahan melebihi masa yang ditetapkan sehingga menjejaskan jadual waktu rancangan program televisyen Astro yang lain.

Persembahan Bawel Power Mampu Cetus Tekanan Darah Tinggi
Kumpulan Maharaja Lawak Mega Bawal Power sebenarnya merupakan nama restoran Bob Kuman. Lakonan Bob Kuman dan Sobri kali ini kelihatan agak tegang. Watak pesakit mental yang dibawakan oleh Sobri menjadi dan penonton kadangkala berada dalam dilema sama ada mahu gelak atau mahu tercengang. Bob Kuman juga kelihatan tercungap-cungap dan kelihatannya seperti mahu rebah ke bumi. Kesungguhan Bob Kuman memang menambat hati.

PIMAI Mantap!
Kumpulan Maharaja Lawak Mega PIMAI pula sekali lagi mempamerkan aksi lawak yang hebat. Watak-watak nostalgia Sam dalam Sitcom 2+1 masih diteruskan oleh Imuda. Satthiya seperti biasa tetap seorang lagenda lawak. Mat Over kali ini nampak semakin aktif melawak. Ini petanda yang bagus untuk Kumpulan Maharaja Lawak Mega PIMAI. Salah sebuah kumpulan kegemaran saya dalam Maharaja Lawak Mega.

HIRO Bijak Menyampaikan Mesej Tersirat
Kumpulan Maharaja Lawak Mega HIRO yang dianggotai oleh Ilya, Hamdan dan Ropie Cecupak tampak semakin serasi walaupun ketiadaan anggota asal kumpulan Senario iaitu Wahid. Kumpulan Maharaja Lawak Mega HIRO juga tidak kurang hebatnya apabila membawa tema rakyat tempatan yang menyamar sebagai warga Bangladeh atau warga asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Sememangnya ada mesej tersirat yang boleh dilihat menerusi karya sketsa Kumpulan Maharaja Lawak Mega HIRO ini. Kumpulan Maharaja Lawak Mega HIRO sebenarnya telah berjaya menjadikan rancangan Maharaja Lawak Mega untuk berkongsi pandangan mereka tentang nasib rakyat Malaysia yang menganggur pada ketika warga asing berpeluang mendapat pekerjaan di Malaysia. Saya pernah bertanya kepada satu keluarga pasangan seorang doktor di mana pendapatan sebulan pemandu rumah seorang warga Indonesia ialah RM6000 (enam ribu ringgit Malaysia) sebulan. Mengejutkan bukan? Betapa kayanya pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia.

3G Makin Menyengat
Kumpulan Maharaja Lawak Mega 3G juga semakin berjaya menghimpun peminat. Watak hantu yang mahu menghadiri uji bakat dengan pembaharuan tentang konsep Pocong yang terdedah kakinya berjaya menarik perhatian penonton. Nampaknya Maharaja Lawak Mega Ke-3 adalah permulaan bagi para peserta Maharaja Lawak Mega untuk mula serius bertanding. Tidak ada lagi main-main.

Syok Syok Sendiri?
Kumpulan Maharaja Lawak Mega Syok mungkin dikatakan sesetengah pihak sebagai syok sendiri. Aduh, pedas betul lontaran kritikan ini. Sememangnya ada kesan khas yang hebat yang digunakan oleh Kumpulan Maharaja Lawak Mega Syok tetapi aksi mereka mungkin kurang sesuai dengan budaya ketimuran atau budaya di Malaysia. Saya dapati lawak-lawak yang dibuat oleh para peserta dari Singapura kurang dapat diterima oleh penduduk tempatan. Lakonan anggota-anggota Kumpulan Maharaja Lawak Mega Syok sebenarnya sangat hebat. Saya mengakui kehebatan lakonan kumpulan Syok, tetapi kelemahan mereka adalah dalam menggubah karya mereka supaya dapat diterima oleh warga Malaysia. Kumpulan Maharaja Lawak Mega Syok sepatutnya menjadikan penyertaan mereka dalam Maharaja Lawak Mega ini sebagai peluang untuk mengkaji apakah jenis pasaran yang sesuai bagi seniman Singapura di Malaysia.

Saehu, Syok dan Bawel Berkomitmen Sebagai Penanding
Kumpulan Saehu pula tampil dengan lawak berkonsepkan guru dengan anak murid. Saya ingin memuji persembahan peserta-peserta dari luar negara seperti Syok, Bawel dan Saehu. Ketiga-tiga Kumpulan Maharaja Lawak Mega ini ternyata membuat persediaan yang cukup rapi dan serius semasa bertanding.

Begitulah ulasan ringkas yang dapat saya buat bagi peserta-peserta Maharaja Lawak Mega Minggu ke-3. Pada saat ini, sudah lewat malam, dan saya juga masih ada tugas yang perlu dilaksanakan pada pagi esoknya. Justeru, saya memohon diri untuk menangguhkan ulasan bagi rancangan Maharaja Lawak Mega, dan saya juga memohon maaf kepada semua pihak jiikalau ada mana-mana ulasan saya ini menyinggungkan perasaan. Sekian, beransur dulu.

Sabtu, November 26, 2011

Misteri Jalan Lama - Sinopsis dan Ulasan

 POSTER FILEM MISTERI JALAN LAMA

Moral Dalam Filem Misteri Jalan Lama
Dalam Filem Misteri Jalan Lama, dua adik beradik kembali berdamai setelah 15 tahun berpisah. Indra yang pada mulanya sangat benci pada bapanya, berubah hati selepas menemui satu folio atau buku skrap yang mengandungi segala artikel tentang dirinya. Dalam erti kata lain, biarpun sudah 15 tahun Indra melarikan diri dari rumah, ayahnya masih tetap mencari berita tentang dirinya. Indra kembali berbaik dengan Ilya dan cuba menunaikan hajat bapanya yang terakhir.

Afdlin Pegang Watak Jahat
Apakah perkara yang menarik tentang filem Misteri Jalan Lama?  Perkara pertama yang menarik tentang filem Misteri Jalan Lama ialah apabila Afdlin Shauki memegang watak jahat dan tidak menunjukkan wajah sebenarnya melainkan bertopeng, kostum dan solekan yang langsung tidak menunjukkan rupa sebenarnya. 

Rock 2 Filem Terakhir Lakonan Que Haidar?
Perkara yang kedua yang menarik tentang filem Misteri Jalan Lama ialah kemunculan semula Que Haidar selepas lama tidak berlakon. Que Haidar sebenarnya sudah mengumumkan persaraannya dalam bidang lakonan. Filem terakhir lakonannya ialah Rock 2 arahan Mamat Khalid.

Kenapa Que Haidar Tidak Mahu Promosi Filem Misteri Jalan Lama?
Perkara ketiga yang menarik tentang filem Misteri Jalan Lama ialah filem Misteri Jalan Lama sebenarnya sudah terperap sejak dua tahun lalu. Que Haidar juga dikatakan tidak berminat untuk mempromosikan filem Misteri Jalan Lama ini kerana ada satu babak yang tidak disenangi oleh Que Haidar.

Babak Seks Dalam Filem Misteri Jalan Lama Tidak Menyenangkan Penonton
Di dalam filem Misteri Jalan Lama ini terdapat satu adegan babak seks yang bertapis pada malam perkahwinan Ilya dan Sara di perkampungan Niyan. Pada mulanya ramai penonton berpendapat bahawa Ilya telah berzina dengan Sara, gadis Niyan, dengan dialog berbentuk sindiran yang keluar dari mulut Ilya "Semua orang kampung kat sini macam ni ke?" merujuk kepada perbuatan zina tanpa segan silu yang bakal dilakukan oleh Ilya dan Sara. Namun, selepas itu, ketika Ilya pergi bertemu Ratu Dewata untuk meminta maaf atas keterlanjurannya berzina dengan Sara, barulah Ilya sedar bahawa dia telah pun melalui majlis perkahwinan dengan Sara pada malam majlis kenduri yang diadakan oleh orang Niyan. Rupa-rupanya malam tersebut ialah malam perkahwinan antara Sara dengan Ilya.

Adakah Persamaan Antara Filem Misteri Jalan Lama dengan Filem Libas?
Memandangkan penggunaan CGI dalam filem Misteri Jalan Lama ialah teknologi sekitar dua tahun lalu, maka kelemahan teknik CGI yang kurang realistik, khususnya bahtera terbang yang mendarat di jalan raya, dan beberapa lagi kesan khas yang lain adalah setara dengan teknik CGI dalam filem Cicakman 2. Ini bukan satu masalah besar, namun babak Que Haidar terbang ke langit kelihatan agak kelakar kerana walaupun tidak ada tali, Que Haidar seolah-olah diangkat oleh sesuatu dalam keadaan tidak bersedia atau ragu-ragu.

Begitu juga kostum yang dipakai oleh Que Haidar menyebabkan penonton ketawa kerana babak-babak ini mengingatkan para penonton pada filem Power Ranger. Lakonan yang hebat dengan kesan khas janaan komputer yang kurang realistik menyebabkan saya teirngatkan filem Libas. Lakonan Rosyam Nor dalam filem Libas memang hebat, tetapi kesan khasnya kurang memuaskan. 

Babak beberapa orang halus tanpa wajah yang ketawa terbahak-bahak semasa menonton filem seram di sebuah gerai misteri juga tidak memuaskan. Kenapa mesti wajah mereka dikaburkan seperti ditapis?

Namun begitu, cuba imbas kembali watak beruang yang tidak realistik dalam Papadom. Adakah kostum beruang tersebut mencacatkan jalan cerita Papadom? Bagi yang serius tentang teknik CGI atau realistik dalam filem, pasti itu akan menjadi satu kritikan berat. Namun, hakikatnya filem-filem Afdlin Shauki tampak lebih mengutamakan mesej dan lakonan watak untuk menyampaikan mesej berbanding kesan khas, kostum dan sebagainya. Pedulikan tentang CGI, hayati mesej filem Misteri Jalan Lama. Layan!

Penamat Filem Penuh Persoalan
Filem Misteri Jalan Lama ditamatkan dengan pemergian Que Haidar atau Ilya bersama orang-orangnya untuk membuat persiapan bagi menghadapi serangan daripada orang-orang Harak pada kemudian hari. Sementara itu, Hans Isaac atau Indra pula berjalan kaki kerana keretanya telah dirampas oleh Botak sebagai bayaran hutangnya kerana kalah judi semasa Indra berjudi dengan Botak. Persoalan yang timbul ialah adakah Filem Misteri Jalan Lama ada sambungannya? Bagaimanakah kesudahan perang antara Ilya dan Harak? Adakah Indra betul-betul bebas dari cengkaman botak? Bagaimana pula dengan majlis pengkebumian ayah Indra? Adakah Indra akan menghadiri majlis tersebut? Adakah Que Haidar akan berlakon dalam sambungan filem Misteri Jalan Lama sekiranya ada sambungannya?

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah Filem Misteri Jalan Lama sememangnya filem yang benar-benar misteri. Saksikan lakonan hebat Que Haidar, Hans Isaac, Vanidah Imran, Afdlin Shauki dan ramai lagi dalam filem Misteri Jalan Lama di panggung, dan jangkalah sendiri jawapan bagi setiap persoalan dalam filem ini.

Sinopsis: 
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Misteri Jalan Lama 
Pengarah : Afdlin Shauki 
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd. 
Bahasa : Bahasa Melayu 
Kategori : Filem Cereka 
Genre : Keluarga, Drama Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum 
Tarikh Tayangan : 24 November 2011 
Audio : Surround Sound Format : 35mm 

Penulis: 
Afdlin Shauki : (Cerita Asal) 
Afdlin Shauki : (Lakon layar) 
Afdlin Shauki : (Scriptwriter) 

Lakonan: 
Que Haidar : Ilya (Pelakon Utama) 
Hans Isaac : Indra (Pelakon Utama) 
Datuk Ahmad Tamimi Siregar : Iskandar (Pelakon Utama) 
Vanidah Imran : Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu) 
Sabrina Mohammed Hassan : Sara ( Isteri Indra ) (Pelakon Pembantu) 
Namron : Botak (Pelakon Pembantu) 
Adam Corrie : Zak (Pelakon Pembantu) 
Sobri Anuar : Zaidi (Pelakon Pembantu) 
Afdlin Shauki : Harak (Pelakon Pembantu) 
Nasir Bilal Khan : Old Man / King Dewata (Pelakon Pembantu) 
Yalal Chin : Pemilik Gerai (Pelakon Pembantu)
Liyana Jasmay : Awek Botak (Pelakon Pembantu) 
Sufian Mohamed : (Pelakon Pembantu) 

Krew: 
Helmi Yusof : (Pengarah Fotografi) 
Pacai : (Muzik)
Azlan Suhaimi : (Jurukamera) 
Ahmad Reedzuan Rahmad : (Gaffer) 

Penerbit: 
Gayatri Su-Lin : (Penerbit Eksekutif) 
Noraini Ridzuan : (Penerbit Bersama)

Khamis, November 24, 2011

24 NOVEMBER 2011 - SELAMAT HARI LAHIR - AMIENE REV

Hari ini aku menerima banyak ucapan Selamat Hari Jadi, aku berasa sangat gembira dan bersyukur. Ucapan yang datangnya dari dalam dan luar negara. Dari seberang lautan, merentas benua.

Dalam hidup ini kita selalu cuba untuk menyenangkan hati orang tetapi kita rasa kita tidak mampu berbuat demikian. Namun, apabila tiba Hari Lahir, dan ramai orang mengucapkan Selamat Hari Lahir, kita akan berasa terharu, kerana rupanya ramai orang yang menyenangi kita. Biarpun kesibukan dengan jadual kerjaya dan aktiviti harian, namun rupanya kita masih sentiasa diingati orang. Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui.

Ucapan Hari Lahir wujud dalam pelbagai bentuk. Sama ada kata-kata, tulisan, grafik, bahasa badan, sentuhan, audio, elektronik dan banyak bentuk. Namun, apakah bahan yang terkandung dalam Ucapan Selamat Hari Lahir yang menyebabkan setiap manusia berasa tersentuh. Mesej yang menyebabkan kewujudan kita di dunia ini diterima.
Bagi setiap manusia, satu-satunya perkara yang paling mampu membuatkan manusia terharu, barangkali adalah perasaan kewujudan dirinya dihargai. Itulah mesej yang paling kuat dalam ucapan Selamat Hari Jadi.

Selasa, November 22, 2011

Surah Yasin Kini Dalam Bahasa Dusun

PTS telah mengedarkan secara percuma Yasin dalam Bahasa Dusun di Sabah untuk Asnaf Muallaf

  1. Pusat Zakat Sabah: 500 maskah untuk diagihkan pada asnaf mualaf
  2. Masjid Negeri: 100 naskah
  3. Masjid & Surau sekitar Tambunan: 200 naskah
  4. Masjid & Surau sekitar Kota Belud: 100 naskah
  5. Masjid An Nur Kg Cenderakasih: 20 naskah
  6. Surau Airport KK: 10 naskah
  7. Surau SMKA Tun Mustapa: 30 naskah
  8. Masjid UMS: 50 naskah
  9. Surau Putrajaya: 20 naskah
  10. Masjid Pirasan: 30 naskah
  11. Masjid Lokkawi: 20 naskah
  12. Masjid Sembulan: 25 naskah
Dengan ini, diharapkan lebih ramai orang Dusun akan masuk Islam.

HOTLINE PUSAT PEMUTIHAN - SENARAI PEKERJA ASING SAH KINI BOLEH DISEMAK ONLINE

SENARAI PEKERJA ASING SAH KINI BOLEH DISEMAK SECARA ONLINE 

“KEPADA MAJIKAN YANG MENDAFTARKAN PATI BAGI PROGRAM 6P MENERUSI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, SENARAI PEKERJA ASING SAH KINI BOLEH DISEMAK DI 


MENGGUNAKAN NAMA SERTA NOMBOR DOKUMEN. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI HOTLINE PUSAT PEMUTIHAN : 
03-88801157/ 03-88801184”

IMIGRESEN BEROPERASI SETIAP HARI UNTUK PROSES PERMOHONAN PASPORT KETIKA CUTI SEKOLAH

KENYATAAN MEDIA

Y.BHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai

IMIGRESEN BEROPERASI SETIAP HARI UNTUK PROSES PERMOHONAN PASPORT KETIKA CUTI SEKOLAH

21 NOVEMBER 2011
  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi agensinya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengambil segala langkah perlu bagi menangani jumlah permohonan tinggi bagi kelulusan pasport yang kebiasaannya berlaku pada setiap cuti persekolahan hujung tahun.
  2. Hal ini berikutan jumlah permohonan pasport yang kebiasaannya naik mendadak berbanding tempoh biasa, khususnya bagi tiga lokasi kritikal iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  3. Pada November dan Disember tahun lalu (2010), sejumlah 131,582 permohonan pasport diuruskan pejabat JIM di tiga lokasi tersebut. Berdasarkan statistik, angka paling tinggi dicatatkan Selangor dengan rekod 69,301 permohonan; diikuti Kuala Lumpur, (49,232); dan Putrajaya (13,049).
  4. Sehubungan itu, bagi melancarkan urusan permohonan pasport yang dijangka meningkat berikutan cuti sekolah yang bermula hari ini, 21 November 2011, semua 12 pejabat cawangan di tiga lokasi ini akan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Bagaimanapun, pejabat tidak akan dibuka pada cuti umum dan makluman akan dibuat menerusi hebahan di laman web JIM.
  5. Urusan permohonan ini boleh dibuat di mana-mana JIM Selangor cawangan Shah Alam, Subang, Pelabuhan Klang, Kajang, Sungai Pelik, dua di Kuala Selangor, Puchong dan Kuala Kubu Baru. Tiga lagi ialah di Presint 15, Putrajaya dan cawangan Jalan Duta serta Wangsa Maju di Kuala Lumpur.
  6. Bagaimanapun, untuk mengelak kesesakan dan tempoh menunggu yang lama, orang ramai dinasihat supaya tidak bertumpu kepada pejabat cawangan utama sahaja.

#####
Disediakan :
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No. Telefon : 03 – 8886 8000

Apa Maksud Levi Pekerja - Definisi Levi

APA MAKSUD LEVI ?

MAKSUD LEVI IALAH SEPERTI BERIKUT:
levy; the sum of money payable to the authorities as tax. 

PETIKAN BERITA BERKAITAN DENGAN LEVI 

Levi Tinggi Untuk Pekerja Asing 
21 May 2010 
KDN Sana Sini Salah satu kaedah untuk mengawal kemasukan pekerja asing ialah pembayaran levi yang tinggi khususnya kepada pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran. Cadangan itu diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali yang ke-3 di Putrajaya pada 20 Mei 2010. Cadangan berkenaan adalah penemuan yang dikemukakan Makmal Pengurusan Pekerja Asing yang telah dijalankan pada 23 Mac sehingga 23 April yang lalu. “Kita bercadang untuk mengenakan levi yang lebih besar. Bagi pekerja yang tiada kemahiran, maka lebih besar levi yang akan dikenakan. Pekerja yang ada kemahiran maka lebih rendahlah levinya. Dan mengikut tempoh masa yang tertentu, levi akan dinaikkan dari satu peringkat ke satu peringkat,” katanya. Sehubungan itu semua kementerian dan agensi yang terlibat dengan sektor-sektor yang memerlukan pekerja asing digesa untuk meneliti cadangan makmal berkenaan secara mendalam dalam tempoh dua minggu. TPM menambah kadar levi yang dinaikkan itu adalah pada kadar munasabah dan penguatkuasaannya ialah pada awal 2011. “Sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, sektor pembinaan, sektor perladangan, sektor pertanian adalah sektor yang terlibat dengan kenaikan levi ini. Levi itu akan berbeza mengikut sektor-sektornya dan juga dari segi peratusan pekerja yang ada. Lebih tinggi bilangan pekerja, lebih besar levinya. Selain itu, berdasarkan kelayakan juga. Lebih tinggi kelayakannya, lebih besar levinya,” katanya. –team berita IKDN

Levi buruh asing RM3,600 
Oct 14, 2009 
PETALING JAYA: Majikan dikehendaki membayar levi RM3,600 bagi setiap pekerja asing yang diambil bekerja berbanding RM1,800 ketika ini jika keadaan ekonomi global kembali pulih, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Beliau berkata, ketika ini kerajaan menetapkan majikan hanya membayar separuh iaitu RM1,800 bagi setiap pekerja asing bertujuan membantu majikan berdepan krisis ekonomi global. Kira-kira 12,000 majikan sepatutnya membayar levi berjumlah RM300 juta setiap tahun sebagai satu jaminan mereka akan memberi peluang pendidikan berterusan kepada pekerja mereka. Akan tetapi pada tahun ini, bagi membantu majikan menangani krisis ekonomi, kerajaan membenarkan majikan membayar separuh saja kadar levi menyebabkan pendapatan kerajaan merosot RM150 juta. Jika keadaan ekonomi kembali normal, majikan perlu membayar levi pekerja asing pada kadar asal, katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2009 di Bandar Sunway, semalam. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah PSMB, Hasnah Ismail. Pada 10 Mac lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri, ketika membentangkan bajet mini di Dewan Rakyat menggariskan langkah menaikkan bayaran levi pengambilan pekerja asing di semua sektor kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Kadar kenaikan yang diputuskan adalah daripada RM1,800 menjadi kepada RM3,600 seorang. Bagaimanapun, beberapa persatuan majikan merayu kerajaan supaya tidak melaksanakan langkah itu bagi membantu mereka mengharungi kegawatan ekonomi global. Berikutan itu, kerajaan mensyaratkan majikan menghantar pekerja mengikuti kursus dan latihan sebagai usaha meningkatkan pengetahuan. Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, kementerian menjangkakan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja disebabkan krisis ekonomi global akan menurun menjelang tahun depan. 
Kredit: bharian.com.my

“Program 6P dan kaitannya dengan matlamat pemantapan pengurusan warga asing serta agenda menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia

Kenyataan Akhbar 
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein 
Menteri Dalam Negeri 

“Program 6P dan kaitannya dengan matlamat pemantapan pengurusan warga asing serta agenda menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia” 

Putrajaya, 5 September 2011 

1. Proses Pendaftaran Pekerja /Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu komponen pertama dalam Program 6P telah berakhir pada 31 Ogos 2011. Untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat, sukacita saya ingin memberi penekanan bahawa Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P merupakan sebuah pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA). Antara elemen penting dan rasional strategik Program 6P adalah seperti berikut: 
  • 1.1. Program 6P adalah berbeza dengan program pengampunan atau pemutihan yang dilaksanakan Kerajaan secara berasingan dan tersendiri sebelum ini. Sebaliknya program ini adalah satu mekanisme komprehensif melibatkan enam komponen yang akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran. 
  • 1.2. Program kali ini berbeza kerana ia melibatkan pendaftaran biometrik setiap PATI yang akan mengelakkan berlakunya pemalsuan identiti dan dokumen untuk mereka yang tidak berdaftar secara sah memasuki atau berada di dalam negara. Data biometrik yang didaftarkan akan membantu meningkatkan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan bagi menangani keberadaan PATI di dalam Negara. 
  • 1.3. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan merentasi Kementerian dengan matlamat memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia melalui Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ia adalah agenda nasional yang digerakkan secara 2 kolektif melibatkan 14 buah Kementerian selain Kerajaan Negeri Sabah dan Sawarak serta agensi-agensi berkaitan yang lain. 
  • 1.4. Program ini juga adalah sebahagian daripada strategi dan pendekatan dalam agenda besar menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Mobiliti penduduk dunia khususnya dalam konteks penawaran peluang pekerjaan kepada warga asing dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Situasi ini berlaku apabila wujudnya kelemahan dalam pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan dalam proses pengambilan dan penghantaran pekerja asing yang telah membuka ruang kepada manipulasi sindiket yang mengaut keuntungan yang besar. 

2. Setelah berakhirnya proses pendaftran, statistik rasmi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Mingguan Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri menunjukkan seramai 2,320,034 pekerja asing dan PATI yang telah membuat pendaftaran. Jumlah ini meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah (tidak termasuk pembantu rumah yang dikecualikan) dan seramai 1,303,126 PATI. Melalui proses pendaftaran ini, kita juga mengambil perhatian terhadap beberapa senario berikut:
  • 2.1. Terdapat beberapa negara yang status keberadaan warganegara mereka di negara ini sebagai PATI lebih tinggi berbanding sebagai Pekerja Sah. Antara negara utama ialah Indonesia iaitu Jumlah PATI seramai 640,609 berbanding Pekerja Sah seramai 405,312. Bagi negara Bangladesh pula, jumlah PATI adalah seramai 267,803 berbanding Pekerja Sah seramai 132,897. Keadaan yang berbeza untuk negara Nepal apabila jumlah Pekerja Sah adalah lebih tinggi iaitu seramai 221,617 berbanding PATI seramai 33,437. 
  • 2.2. Sungguhpun risikan dan pemantauan mendapati terdapat sejumlah PATI yang boleh dikategorikan sebagai PATI tegar yang tidak keluar mendaftar, tetapi secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan jumlah PATI yang tampil memberikan kerjasama. Kita telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada PATI untuk mendaftar yang kemudiannya akan dipertimbangkan 3 penukaran status keberadaan mereka sebagai pekerja asing sah. Ini termasuklah melalui pendaftaran secara percuma di Pejabat-Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seluruh negara dan pengawalan kadar caj perkhidmatan yang cukup minimum sekiranya menggunakan khidmat syarikat pengurus. Sehubungan itu, kita telah memutuskan PATI tegar yang tidak keluar mendaftar akan diuruskan melalui Proses Penguatkuasaan dan Proses Pengusiran apabila tiba masanya kelak.
  • 2.3. Syarikat-syarikat Pengurus telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam membantu proses pendaftaran. Statistik mencatatkan daripada jumlah 1,141,578 PATI yang mendaftar di Semenanjung Malaysia yang melaksanakan dua pilihan iaitu Pendaftaran di JIM atau melalui Syarikat Pengurus, seramai 888,471 atau seramai 78 peratus PATI berdaftar melalui Syarikat Pengurus berbanding pendaftaran PATI melalui JIM seramai 253,107. Kerajaan akan terus mengiktiraf peranan syarikat-syarikat dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia. Namun begitu, melalui Program 6P ini juga pemantauan akan dibuat terhadap operasi setiap syarikat untuk mengenal pasti senarai syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan dan mempunyai komitmen tinggi dalam membantu Kerajaan memantapkan pengurusan pekerja asing di dalam negara dan senarai syarikat yang hanya ingin terlibat untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam masa singkat. Rekod operasi dan prestasi syarikat akan diguna pakai kelak dalam proses pembersihan/pemutihan syarikat-syarikat berkaitan pengurusan pekerja asing/tenaga kerja. 
  • 2.4. Mengambil kira keunikan masalah dan program regularisasi yang telah dilaksanakan di Sabah pada tahun 2008 dan 2009, pendekatan yang berbeza dilaksanakan bagi negeri berkenaan. Kerajaan akan melaksanakan Program 5P di Sabah iaitu tanpa proses pemutihan. Sepanjang proses pendaftaran PATI di Sabah yang berlangsung pada 18 Julai hingga 10 Ogos 2011, seramai 161, 548 PATI telah didaftarkan. Bagi PATI yang ingin bekerja secara sah di Sabah, mereka tetap perlu untuk keluar kembali ke negara asal sebelum dipertimbangkan semula untuk bekerja secara sah. Ini bersesuaian dengan pendekatan “flushing out” untuk memastikan semua PATI di Sabah keluar meninggalkan negeri berkenaan sebelum masuk semula melalui 4 proses yang sah. Kerajaan akan memberikan fokus kepada masalah PATI di Sabah dengan mengguna pakai strategi dan pendekatan yang agak berbeza dengan Semenanjung Malaysia. 
3. Komponen selanjutnya/kedua dalam Program 6P iaitu Proses Pemutihan akan hanya dimulakan setelah tarikh ditetapkan oleh Mesyuarat JKKPA-PATI yang akan diadakan dalam masa terdekat dan akan dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri selaku pengerusi JKKPA-PATI. Pemutihan adalah suatu proses untuk memberi ruang kepada PATI untuk dijadikan sebagai pekerja asing yang sah dengan majikan-majikan yang berdaftar. 

4. Selain daripada menentukan tarikh pelaksanaan Proses Pemutihan, Mesyuarat JKKPA-PATI juga akan membuat penetapan dasar berhubung beberapa perkara penting untuk pelaksanaannya seperti definisi kadar keperluan sesuatu syarikat, jenis pekerjaan dan majikan yang dibenarkan mengguna pakai pekerja asing, kesesuaian negara asal pekerja asing untuk diambil bekerja di sesuatu subsektor dan lain-lain. Secara ringkasnya, keputusan dasar yang diperlukan untuk pelaksanaan Proses Pemutihan ini adalah sama ada pertimbangan akan dibuat mengguna pakai dasar dan kriteria semasa/sedia ada penggajian pekerja asing ataupun sama ada Kerajaan akan memperkenalkan dasar dan kriteria khas yang hanya dikhususkan untuk Program 6P. Pertimbangan dasar ini akan ditentukan oleh semua kementerian yang bertanggungjawab bagi setiap sub sektor selain mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan (stakeholder).

LEBIH SEJUTA WARGA INDONESIA TELAH DIDAFTARKAN - 24 OGOS 2011

KENYATAAN MEDIA
DATO’ ALWI IBRAHIM Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri 

LEBIH SEJUTA WARGA INDONESIA TELAH DIDAFTARKAN 
24 OGOS 2011 
  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendaftarkan lebih sejuta atau 1,002,736 rekod biometrik warga Indonesia, sekali gus mengekalkan negara tersebut sebagai pendahulu atau 46 peratus daripada 2,222,636 jumlah keseluruhan warga asing yang didaftarkan sehingga jam 8.30 pagi hari ini (Rabu, 24 Ogos 2011).
  2. Daripada keseluruhan warga Indonesia yang berdaftar, 610,328 atau 61 peratus daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program 6P, manakala selebihnya adalah pekerja asing sah yang pendaftarannya akan diteruskan sehingga hujung tahun 2011.
  3. Berada pada kedudukan kedua selepas Indonesia adalah Bangladesh yang mencatatkan 383,982 (254,428 PATI, 129,561 sah); Nepal, 247,504 (30,804 PATI, 216,700 sah); Myanmar, 236,117 (125,124 PATI, 111,005 sah); India, 101,291 (47,767 PATI, 53,522 sah); Filipina, 51,120 (46,571 PATI, 4,542 sah); Vietnam, 53,869 (12,213 PATI, 41656 sah); Pakistan, 31,492 (19,714 PATI, 11,773 sah); Kemboja, 28,938 (22,613 PATI, 6,325 sah); Thailand, 12,537 (8,146 PATI, 4,399 sah); China, 8,651 (2,746 PATI, 5,904 sah); Sri Lanka, 7,195 (4,572 PATI, 12,625 sah); dan lain-lain, 4,559 (3,281 PATI, 1,236 sah). 2 
  4. Berdasarkan pecahan perbandingan antara PATI dan pekerja sah, lapan (8) daripada 12 kewarganegaraan didapati merekodkan jumlah PATI lebih tinggi berbanding pekerja asing sah. 
  5. Peratus paling besar dicatatkan Filipina yang merekodkan 91 peratus PATI berbanding pekerja asing sah, diikuti Kemboja (78 peratus); Bangladesh (66 peratus); Thailand (65 peratus); Sri Lanka (64 peratus); Pakistan (63 peratus); Indonesia (61 peratus); dan Myanmar (53 peratus). 
  6. Sementara itu, baki empat kewarganegaraan lain didapati merekodkan jumlah pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI. Mendahului senarai ini ialah Nepal yang mencatatkan 88 peratus pekerja asing sah yang lebih tinggi berbanding PATI; diikuti Vietnam (77 peratus); China (68 peratus) dan India (53 peratus). 
  7. Dalam perkembangan lain, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula semalam telah mula keluar ke lapangan untuk mendaftarkan PATI bagi Program 6P di lokasi tertentu sekitar pedalaman. Sebelum ini, JIM hanya menumpukan pendaftaran di kaunter dalam pejabat, manakala urusan pendaftaran di luar dilakukan oleh 336 syarikat pengurus menerusi lebih 1,900 kaunter di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, susulan jumlah pendaftaran yang semakin menurun selepas tempoh tiga minggu sejak 1 Ogos 2011 mendorong Imigresen untuk turun ke lapangan dan masuk ke lokasi pedalaman bagi memujuk PATI yang masih berdegil untuk tampil mendaftar. 
  8. Menerusi Program 6P, KDN berusaha sedaya upaya untuk mendaftar seramai mungkin PATI di Negara ini. Justeru, bagi yang masih belum mendaftar, mereka diminta bertanggungjawab terhadap apa juga bentuk penguatkuasaan yang bakal diambil selepas tempoh pendaftaran ini berakhir pada 31 Ogos 2011 ini. 3 
  9. Sementara itu, mengulas laporan di akhbar The Star hari ini (Rabu, 24 Oktober 2011) di halaman 6, bertajuk “6P Registration at Pos Malaysia”, KDN ingin menegaskan bahawa kenyataan itu tidak ada kena mengena dengan kementerian ini. 
  10. Laporan tersebut memetik bahawa sehingga 28 Ogos 2011 ini, pendaftaran bagi Program 6P untuk PATI boleh dilakukan di tujuh (7) cawangan pejabat pos terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pahang. 
Tamat/.

LEBIH SEJUTA JAWATAN KOSONG UNTUK DIISI RAKYAT MALAYSIA SEBELUM DITAWARKAN KEPADA PATI MENERUSI PROGRAM 6P

KENYATAAN MEDIA DATO’ ALWI IBRAHIM 
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri 

LEBIH SEJUTA JAWATAN KOSONG UNTUK DIISI RAKYAT MALAYSIA SEBELUM DITAWARKAN KEPADA PATI MENERUSI PROGRAM 6P 
23 OGOS 2011 
  1. Lebih sejuta atau 1,051,427 jumlah keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya, Program 6P. 
  2.  Daripada statistik tersebut, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan; diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000); Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041); dan Kementerian Pengangkutan (963). 
  3. Statistik ini diperolehi hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam. 
  4. Kekosongan jawatan bagi lebih sejuta keperluan tenaga sumber ini membabitkan lima sektor utama yang dikenal pasti banyak menggunakan khidmat tenaga pekerja asing iaitu perkilangan, pembuatan, perladangan, pertanian dan pembinaan. 
  5. Susulan daripada itu, semua kekosongan berkenaan akan diiklankan di beberapa akhbar tempatan secara berperingkat-peringkat bermula Khamis ini, dan rakyat Malaysia khususnya yang masih menganggur digesa mengambil peluang tersebut, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara kepada pekerja asing.
  6. Peringkat seterusnya ialah pemadanan antara permintaan keperluan majikan dengan senarai PATI yang berdaftar dengan Program 6P yang akan dibuat berdasarkan baki jumlah kekosongan tenaga kerja yang tidak diisi penduduk tempatan. 
  7. Sementara itu, jumlah pekerja asing sah dan PATI yang direkodkan sehingga 8.30 pagi ini (Selasa, 23 Ogos 2011) telah mencapai 2,210,235 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,215,004 adalah PATI yang didaftarkan menerusi Program 6P yang telah dilanjutkan tempoh pendaftarannya kepada 31 Ogos 2011.
  8. Susulan lanjutan tersebut, KDN sekali lagi menggesa supaya semua PATI dan majikan mengambil kesempatan ini untuk keluar berdaftar kerana selepas 31 Ogos 2011, fasa program akan masuk kepada proses pemutihan. 
  9. Selain itu, KDN juga sekali lagi menegaskan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap PATI yang berdaftar dengan Program 6P.
Tamat/.

Senarai Pejabat Imigresen Yang Buka Pada Hujung Minggu

Pasport Malaysia Antarabangsa Laman web imigresen Malaysia


Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak
SABTU-AHAD : 8.00 pagi - 1.00 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Melaka (Ayer Keroh), Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam, Subang, Kajang, Pelabuhan Kelang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Damansara, Wangsa Maju), Johor (Wisma Persekutuan, Pekan Rabu), Pulau Pinang (Seberang Jaya), Sarawak(Kuching, Miri), Sabah (Kota Kinabalu) Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pejabat Passport Presint 15)

Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu

Waktu Operasi Urusan Selain Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak

Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu

Maklumat daripada http://www.imi.gov.my berdasarkan kemaskini 16 NOVEMBER 2011

Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Kelayakan
Warganegara Malaysia.

Tempat Memohon
Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.

Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Bayaran Pasport
  • RM100.00 untuk 2 Tahun
  • RM300.00 untuk 5 Tahun
Bayaran Separuh Harga

RM150.00 untuk 5 tahun

Kelayakan Bayaran Separuh Harga
  1. Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
  2. Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.
Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
i. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
ii.  Mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, tsunami dan gempa bumi yang telah kehilangan pasport atau pasport rosak semasa bencana tersebut diberi gantian secara gratis dengan syarat tempoh sahlaku pasport baru bersamaan dengan tempoh sahlaku pasport yang dilaporkan hilang/rosak dalam bencana. Permohonan mestilah disertakan bersama laporan polis/bomba sebagai bukti pasport hilang/rosak ketika bencana.

Bentuk Bayaran
  1. Tunai
  2. Wang pos atau bank draf yang dipalang
  • Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
  • Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.

Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
  • Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon Jika Syarat-syarat
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • MyKad pemohon
  • Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pajabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan anggota tentera
  • Kad Tentera
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota polis
  • Kad Polis
  • Sijil lahir pemohon
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil kematian ibu/bapa
  • Surat sumpah hak penjagaan anak / surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa bercerai
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
  • MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah.
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon adalah anak angkat
  • MyKad pemohon
  • Sijil Anak Angkat
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon telah berkahwin
  • MyKad pemohon
  • Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm

Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.

Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
  • Bukan kes hilang atau rosak
  • Bukan kes dalam siasatan
  • Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun
Kategori Dokumen yang diperlukan
Pemohon bawah 18 tahun
  • Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecualisijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
  • Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
  • MyKad Pemohon
  • Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm

Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
Kes Kehilangan
BIL KATEGORI  HILANG / ROSAK
1
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya
  • bukti bencana alam (surat Pegawai Daerah / Penghulu . Ketua Kampung ./ Perwakilan Malaysia di luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
2
Kehilangan akibat kecurian,rompakan,diragut dan seumpamanya
  • Perlu laporan polis
3
Kehilangan . / rosak akibat kebakaran
  • Perlu laporan pihak bomba
  • kehilangan akibat tercicir, hilang dalam simpanan, hilang waktu pindah rumah dan seumpamanya tidak perlu buat laporan polis.
 
Kes Kehilangan
i.   Hendaklah membuat Laporan Polis secepat dan laporkannya ke Jabatan Imigresen bersama Laporan Polis.
ii.  Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan borang permohonan (IMM.42-Pin.1/97) beserta dokumen-dokumen sokongan (asal dan salinan) seperti berikut :
  • Kad Pengenalan (KPT)
  • Sijil Lahir
  • Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm dan berlatar belakang warna biru muda.
  • 1 salinan Laporan Polis atau dokumen lain yang berkaitan beserta Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
  • Salinan pasport yang hilang juga perlu jika ada.
Tatacara di atas digunapakai kepada kes di mana pasport hilang masih ada tempoh sahlaku. Bagi kes pasport hilang di mana tempoh sahlaku telah tamat memadai menyertakan borang pasport (IMM.42-Pin.1/97) beserta Laporan Polis dan dua (2) keping gambar terbaru.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
  • Basah
  • Diconteng / terconteng
  • Dikoyak / Terkoyak
  • Dibakar / terbakar
  • Dimakan anai-anai/serangga
  • Gambar pudar / luntur
  • Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan borang permohonan (IMM.42-Pin. 1/97) beserta dokumen-dokumen sokongan. (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT), Sijil Lahir dan dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm bertalat belakang warna biru muda.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

Maklumat Am
  • Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
  • Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
  • Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
  • Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru  berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm), Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
  • Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.

SAJAK RAKYAT MALAYSIA TERHADAP INDONESIA


Sajak: Malaysia-Indonesia
Daripada Penulis Yang Tersinggung: Amiene Rev (C) 2011

Bukan sekali Indonesia menghina Malaysia
Bukan sekali Indonesia lupa jasa Malaysia
Indonesia lupa mendidik bangsanya
erti sebenar persaudaraan dan kemanusiaan
Indonesia lupa mendidik bangsanya
erti sebenar maruah dan tuan rumah

Di Malaysia,
kami melayan anak-anak dari ibu pertiwi Indonesia seperti bangsa sendiri
kami benarkan anak-anak Indonesia mencari pekerjaan yang halal
kami benarkan anak-anak Indonesia berhibur pada waktu lapang
kami benarkan anak-anak Indonesia menuntut ilmu
kami benarkan anak-anak Indonesia menerima wang 100
kami benarkan anak-anak Indonesia melalak berkaraoke
kami benarkan anak-anak Indonesia berkawan dengan anak-anak kami
kami menatang Indonesia seperti minyak yang penuh
walaupun kadangkala ada juga seekor dua biawak terpikul


Namawee,
ciptakan satu lagu untuk Indonesia,
bagi menyedarkan mereka yang lupa,
akan jasa dan budi jiran tetangga
yang tidak serik membantu mereka
biarpun madu berbalas tuba

Indonesia
Lagu Negaraku kami langsung tidak kau hormati,
oleh para penonton dan penyokong di gelanggang persahabatan
apa maknanya bersatu dan bangkit
jika apa yang kami lihat ialah bercerai dan bedebab
moral-moral orang Indonesia
dengan sorak mengejek serta provokasi menghina
serta kartun mengejek Malaysia di akhbar
serta laungan "Malaysia Maling!"


Itu semua juadah basi yang kau hidangkan
buat tetamu

Mulia lagi Arab Jahiliah
Nama Indonesia, nama Jakarta
kian buruk di mata jurnalis
kian busuk di hati dunia


Datangnya atlit dari Malaysia ke Indonesia
bak mengunjungi tempat pembuangan sampah dan loji najis
bak masuk ke sarang lebah dan binatang buas
terpaksa menaiki kereta kebal?
dan pesawat yang ditempah khas?
di mana maruah Indonesia
sebagai tuan rumah satu temasya persahabatan Asia Tenggara?

Geleng...
gelengkan kepala beramai-ramai
mengenang sikap Indonesia
seperti tuba dan bisa

Inikah, Indonesia, jiran kami?

Isnin, November 21, 2011

MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA KE-26

Malaysia kini juara! Keputusan terkini bola sepak akhir yang menyaksikan pertembungan antara Malaysia vs Indonesia dalam salah satu kategori Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Palembang Indonesia 2011.

MALAYSIA [5 GOL VS INDONESIA [4 GOL]

TAHNIAH MALAYSIA!!

Charging Battery Using USB Port - ICD-UX200F

FULL CHARGING TIME: It takes about 3 hours and 30 minutes to fully charge an exhausted battery for ICD-UX200/UX300/UX400/UX200F/UX300F/UX400F. 

Is it possible to charge the battery using a USB port on the computer? 
Question: Charging the battery using a USB port on the computer. 

Answer: Yes, it is possible. Using AAA Nickel hydride rechargeable battery, the battery will be charged when the IC recorder is connected to the computer. However, even though the computer is turned on, you cannot charge the batteries while your computer is in the sleep, standby or hibernation mode. In such cases, change the settings on your computer so that your computer will not go into sleep, standby or hibernation mode. This is an approximate time it takes to charge from an empty battery power to a fully battery power at room temperature. It varies depending on the remaining power and the condition of the battery. It also takes more time if the temperature of the battery is low, or if the battery is charged while you are transferring data to the IC recorder. Notes In case USB CHARGE in the DETAIL MENU is set to OFF, the battery will not be charged even though the IC recorder is connected to the computer. While HOT or COLD is being displayed on the display window, the batteries cannot be charged. Charge the battery in an environment with a temperature range between 5 Celsius degree to 35 Celsius degree. It takes about 3 hours and 30 minutes to fully charge an exhausted battery for ICD-UX200/UX300/UX400/UX200F/UX300F/UX400F. 

Why does not the battery charge start even though the IC recorder is connected to a USB port on the computer? Article ID:352461(modified 23 Feb 2011) 
Applicable Models Question Battery charge does not start even though the IC recorder is connected to a USB port on the computer. Answer In the following cases, it will not be possible for you to charge the battery. The computer is turned off. After turning on the computer, connect the IC recorder. However, even when the computer is turned on, you will not be able to charge the IC recorder if your computer is in the sleep, standby or hibernation mode. In such cases, please change the settings on your computer so that your computer will not go in the sleep, standby or hibernation mode. The battery is inserted with incorrect polarity. Please check the polarity of the battery and insert it with correct direction. USB CHARGE of DETAIL MENU in the menu is set to OFF. To charge the batteries using your computer, set it to ON. System requirements of the computer have not been met. For the necessary system requirements, please refer to - System requirements of the computer for using IC recorder as a USB mass storage device. A USB hub or a USB extension cable is used. Connecting the IC recorder with a USB hub or a USB extension cable is not guaranteed. Connect the IC recorder directly to the computer. More than two USB devices are connected to the computer Connecting more than two USB devices to the computer is not guaranteed. Connect only the IC recorder to the computer. Playing back messages or files using the built-in speaker While playing back messages or files using the built-in speaker, you cannot charge the battery. Stop the play back, and then connect the IC recorder to the computer. HOT or COLD is flashing on the display window on the IC recorder. While HOT or COLD is flashing instead of the remaining battery/charging indicator, the battery cannot be charged. Charge the battery in an environment with a temperature range between 5 Celsius degree to 35 Celsius degree. Alkaline battery is used. To charge the battery, use the nickel hydride rechargeable battery. If the battery charge does not start even after checking the above, a connection error might be a cause. Please check the connection to the computer with the steps below. Remove the IC recorder from the computer and connect it again. When the computer has two or more USB connectors, try to connect to another USB connector. Remove the IC recorder from the computer, restart the computer and connect it again. Note: While charging the battery, CONNECTING and the charging indicator are displayed in an animation. When the charging indicator indicates FULL HOT, battery charge is completed. Charging time is approximately 3 hours and 30 minutes.

DURATION OF BATTERY LIFE - ICD-UX200F

Duration of the battery life.

The battery life is as follows.
(FM reception and FM recording are for ICD-UX200F/UX300F/UX400F only)

When using Sony NH-AAA rechargeable battery *1
Products ICD-UX200/UX300/UX400/UX200F/UX300F/UX400F
Recording mode Recording Playback through speaker *2 Playback using the headphones FM recording FM reception
ST Approx. 11 hr. Approx. 20 hr. Approx. 42 hr. Approx. 3 hr. 30min. Approx. 6 hr.
STSP Approx. 11 hr. 30min. Approx. 20 hr. 30 min. Approx. 43 hr. 30min. Approx. 4 hr. 30min.
STLP Approx. 14 hr. Approx. 22 hr. Approx. 49 hr. 30 min. Approx. 4 hr.
SP Approx. 12 hr. Approx. 21 hr. 30min. Approx. 50 hr. Approx. 4 hr.
LP Approx. 14 hr. 30min. Approx. 21 hr. Approx. 53 hr. 30min. Approx. 5 hr.
Music file *3 - Approx. 20 hr. 30min. Approx. 43 hr. 30min. -

When using Sony LR 03 (SG) (size AAA) alkaline battery *1
Products ICD-UX200/UX300/UX400/UX200F/UX300F/UX400F
Recording mode Recording Playback through speaker *2 Playback using the headphones FM recording FM reception
ST Approx. 11 hr. Approx. 26 hr. 30 min. Approx. 63 hr. Approx. 3 hr. 30min. Approx. 7 hr. 30 min
STSP Approx. 12 hr. Approx. 27 hr. 30 min. Approx. 67 hr. Approx. 4 hr. 30min.
STLP Approx. 15 hr. Approx. 29 hr. Approx. 75 hr. 30min. Approx. 4 hr.
SP Approx. 12 hr. 30 min. Approx. 28 hr. 30min. Approx. 75 hr. Approx. 4 hr.
LP Approx. 15 hr. Approx. 30 hr. Approx. 83 hr. Approx. 5 hr.
Music file *3 - Approx. 27 hr. 30 min. Approx. 67 hr. -

*1 The battery life is measured in testing using methods proprietary to Sony. The battery life may shorten depending on how you operate the IC recorder.

*2 When playing back through the built-in speaker with the volume level set to 15.

*3 128kbps/44.1KHz