BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 22, 2006

Ke Arah Menjadi Pengkritik Blog

Baru beberapa hari saya membuka blog ini, saya menerima jemputan daripada MrShai:

"apa kata aku cadangkan kau jadi pengkritik tetap blog2 member Msjbox.. muahahaha.. ada setuju?? atau membangkang.. sila khabarkan padaku... kerana akulah offical Msjbox dan event offical Msjbox.. muahahaha.. jwb jgn tak jawab " .


Kemudian saya menanti pendapat dan sokongan daripada beberapa orang blogger yang lain berdasarkan kesudian untuk dikomen atau sokongan terhadap menjadi pengkritik blog atau kedua-duanya. Berikut adalah antara maklum balas yang telah diterima melalui ruangan komen dan peti mesej:

azuna: azuna sedia untuk dikritik... sedang menunggu komen dari anda....bila ye??

mrKay: wah, kerja yg bagus dan mulia.. aku sokong mrshai.. dan seterusnya aku rela dan sedia untuk dikritik

beckzaidan: silalah komen... nanti aku komen yg ko nye lak. ahahha... sila sila. tambah nasik.

hafizx: memacam ek dah ada pengkritik blog ker..isk isk bagus ler tu...tingkat usaha pengkritik...

carney: Salam en. Pengkritik nampaknya ada kelainan dari blog2 yg lain teruskan usaha

chot: 1st time aku jumpa blog bersifat 'pengkritik blog'...idea dan nafas baru ko bawa la..bagus2...yg nyata ko lain dr yg lain..

Ayu: nanti bleh kritik blog saya juga ya

Misya: Hai..you boleh lawat blog I and bagi kritikan you.. Thanks. Hai Suka Amiene. Ulasan awak terhadap blog saya amat membina..terima kasih kerana sudi membuat beberapa komen about my blog..kawan saya (deeba) pun mahu anda bagi ulasan tentang blog dia.

Deeba: i baru je join this blogging activity..need someone who can comment

nashrex: canggih tul idea ko.. bila nak kritik blog ku.. haha. cuba ko buat gaya kritikan yg lebih tegas sket.. hentam abis2.. baru nampak garang sket pakar kritik blog ni.

kujie: nk komen blog aku? silakan..tp tk der ape ko nk belek..asas sgt2...as a DE, kira oklah tu.

bardy: hoh inilah blog pengkritik blog itu..sungguh banyak informasi..

acai: slm weekend bro...waaa,congrate for make some diff on our blogging activity..it such a new thing to make a blog who can critisize others..*smile...emmm,rasenye kena taruk link bg blog yg dikritik juga just my 2 cent..

noamie: wahhh dlm bnyk2 blog..blog akak ko pilih yer...terima kasih diatas kritikan yg membina... akak lagi suka krn kritikan ini akan membuat akak lebih berusaha utk membaiki diri sendiri dan akak tahu masih ada kekurangan pada diri akak krn kita mmg tidak dpt lari dari melakukan kesilapankan..

amirahsyuhada: assalamualikum, hmm 1st time saya jumpa blog yg mengulas blog2 lain, ini satu perkembangan yang baik. Teruskan usaha anda!!


Rata-rata pendapat mengatakan ini adalah satu idea baru di mana wujudnya blog yang mengulas dan mengkritik blog lain.

Buat masa ini saya sedang mencari formula untuk menetapkan kriteria dan pemarkahan yang lebih jelas dan terfokus objektifnya.

Baiklah, secara umumnya biar saya terangkan objektif mengulas blog:

1. Ke arah memartabatkan penggunaan bahasa dengan betul. Mengurangkan atau menghapuskan pencemaran bahasa, khususnya untuk Bahasa Melayu.

2. Ke arah menjadikan penulis-penulis blog Malaysia sebagai penulis yang informatif, berani menyatakan pendapat dan prihatin terhadap isu semasa dan diri sendiri. Juga dari kesahihan maklumat yang disampaikan.

3. Membantu penulis-penulis blog untuk melihat dan melakukan refleksi kendiri dengan bantuan orang kedua, seterusnya mengkaji semula blog dan isi kandungannya untuk dipertingkatkan lagi.

4. Meningkatkan kualiti isi kandungan dan kreativiti penyampaian blog, khususnya di kalangan penulis-penulis blog berbahasa Melayu. Semoga blog-blog yang berbahasa Melayu akan mendapat tempat dan menjadi wadah perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia!

5. Menekankan aspek rekabentuk blog yang mesra dan mudah dicapai untuk menyenangkan pembacaan dan penyebaran ilmu pengetahuan kepada para pembaca blog.

Kriteria-kriteria akan dibuat berdasarkan tujuan-tujuan di atas. Sekian, majulah blog untuk menjana intelektual dan keprihatinan rakyat Malaysia dan mereka yang tahu memahami Bahasa Melayu.