BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Ogos 19, 2006

BLOG: Noamee: Lukisan Dari Jendela Hati

Klik pada gambar ini untuk menziarahi Blog Noamee Belum pernah hati saya tersentuh apabila berkunjung ke blog orang lain. Tersentuh dan tersayat hati. Kali ini kunjungan saya menemui perasaan itu. Membuai hati yang dingin dengan kerinduan kasih dan sayang. Dapat saya hayati menerusi blog ini, satu perasaan sayang yang amat kukuh dan padu.

Saya bercakap mengenai pemergian seseorang. Blog ini bukan sahaja menginsafkan pembaca dengan kematian, tetapi isi kandungannya juga boleh membuka hati seseorang. Ingin saya selitkan korus lagu Terlalu Istimewa nyanyian Kak Adibah Noor.

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa

Ingin ku lihat mu dewasa

Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu


Namun tugas sebagai seorang pengulas blog, biar pun tidak rasmi ketika ini, tetap akan saya teruskan. Berikut adalah ulasan saya:

REKABENTUK BLOG: Bagus
Lancar semasa dilayari. Rekabentuk blog yang memaparkan imej kucing dan warna merah jambu. Ini memberi ekspresi kemanjaan - iaitu perasaan rindu terhadap kasih sayang. Kasih sayang terhadap orang yang telah tiada? Saya rasa pernah lihat di mana-mana rekaan blog ini. Tak silap saya dari laman web khusus untuk rekaan blog. Grafik dari Blogskin? Hm, barangkali Noamee ini juga salah seorang penyumbang grafik untuk blogger. Terima kasih.

BAHASA DAN PENULISAN: Sangat Bagus
Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu dan ada juga entri dalam Inggeris. Saya puji blog ini kerana bahasa yang digunakan. Tahniah! Anda telah memartabatkan Bahasa Melayu dengan cukup baik menerusi blog ini.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Noamee memberi tumpuan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keagamaan dan kekeluargaan. Satu topik yang amat baik. Namun saya masih meragui keaslian isi kandungan entri yang dipaparkan. Maafkan saya jika saya terlalu mencurigai. Setiap orang bebas untuk meletakkan apa sahaja di dalam blognya, namun saya rasa adalah lebih terhormat jika rujukan sumber diletakkan bersama. Ini boleh membantu meningkatkan kepercayaan pembaca terhadap apa yang ditulis di dalam blog. Maksud saya, para pembaca tahu bahawa ilmu atau fakta yang dikongsikan bersama itu adalah berasaskan sumber yang sahih dan diiktiraf. Juga dalam hal-hal yang melibatkan hakcipta. Contohnya dalam blog saya ini, apabila saya mengambil apa-apa bahan dari sumber lain, akan saya maklumkan atau jaringkan ke sumber asalnya. Itu satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap tuan punya bahan.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Boleh saja saya katakan harian sebenarnya. Namun setiap orang mempunyai kebebasan sendiri untuk menulis dan juga untuk keluarga dan kerjaya.

JARINGAN UMUM: Banyak
Terdapat banyak jaringan umum di sini. Juga laman web khas yang menyediakan material untuk rekabentuk dan penghias blog. Termasuk tutorial. Tahniah sekali lagi. Noamee memang seorang yang murah hati. Banyak perkara dikongsikan bersama, maksud saya dari aspek ilmu dan kemahiran.

JARINGAN BLOGGER: Banyak
Banyak ikon-ikon web blogger. Juga terdapat jaringan blogger. Banyak yang dapat saya pelajari dari blog ini. Berkaitan rekabentuk.

KOMEN PEMBACA: Sangat rendah.
Hampir tidak ada komen. Namun itu bukan satu masalah. Saya tidak pasti sama ada setiap komen telah ditapis terlebih dahulu atau pun memang jarang orang memberi komen. Lagi pun isi kandungan blog ini berbentuk penyampaian ilmu agama, jadi tidak hairanlah kalau orang ramai agak keberatan untuk meninggalkan komen. Itu pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu melainkan mereka kongsikan bersama.

Begitulah komen saya untuk blog Noamee ini. Semoga sentiasa tabah dan berbahagia selalu. seorang penulis? Saya rasa ya! Salam sastera.