BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Ogos 18, 2006

BLOG: Ais Putih

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan mengulas dan mengkritik mana-mana blog yang saya akan ulas. Sebenarnya ada formula yang saya gunakan untuk mencekup blog untuk diulas. Siapa agaknya dapat membongkar rahsia tersebut? Apakah mesej yang akan dapat didedahkan menerusi pembongkaran mesej tersebut. Ini adalah permainan yang akan memakan masa yang sangat-sangat panjang, sebelum roh bercerai dengan jasad. Klik pada gambar ini untuk menziarahi blog Ais Putih.

Yo! Ais Putih. Izinkan saya mengulas blog saudara. Alamak, dah mula ulas pun. Apa boleh buat? Saya terpaksa teruskan usaha murni saya untuk mengulas blog anda. Saya tidak pernah kenal anda sebagaimana anda juga tidak mengenal saya. Kalau kenal tak apa, tak kenal pun tak apa. Sebab saya bukan nak mengulas anda tetapi apa yang anda tulis dalam blog anda. Juga saya culik sekeping foto dari blog anda (konon-kononnya sebagai kulit depan blog anda untuk promosi blog anda).

The American Cancer Society says:Another hoax uses a chain letter claiming the American Cancer Society (ACS) will donate three cents to cancer research for every letter forwarded to someone else. The ACS has no connection to the letter and regrets people are fooled into thinking they are helping the organization by perpetuating this e-mail message...

Ais Putih di dalam blognya menunjukkan keprihatinannya terhadap isu semasa. Termasuk apa yang sampai dalam e-melnya juga akan disiasat. Ternyata saudara Ais Putih seorang yang teliti. Rekaan blog saudara yang disemak pada tarikh 18 Ogos 2006 menunjukkan bahawa blog anda sangat menarik. Warna hitam menjadi pilihan.

Blog Ais Putih ni boleh dianggap sebagai diari dalam talian. Ais Putih banyak membongkar kisah dirinya, aktiviti dirinya.

Berikut adalah ulasan yang sempat dibuat:

REKABENTUK BLOG: Bagus
Menarik. Tak kiralah rekaan sendiri atau ambil daripada template sedia ada.
Kelancaran semasa melayari blog dapat dirasai.

BAHASA DAN PENULISAN: Rendah
Bukan Bahasa Melayu Rasmi.
Ada bahasa SMS.
Ada ejaan yang tidak menepati ejaan Bahasa Melayu Rasmi
Bahasa Inggeris turut diselitkan.
Bahasa percakapan harian menguasai blog.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Agak global. Ada diari ada isu semasa.
Bagus. Prihatin.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Mingguan. Kadangkala rapat hari. Kadangkala selang beberapa hari baru dikemaskini.
Ambil masa anda. Penulisan blog bukan suatu paksaan tetapi adalah suatu kebebasan.
Suara dan pandangan kita mampu mengubah dunia.

JARINGAN UMUM: Bagus
Blog ini menyediakan banyak jaringan untuk pelbagai laman web yang boleh dijadikan rujukan.

JARINGAN BLOGGER: Ramai
Ada senarai blogger yang lain. Bagus untuk memudahkan saya mencekup blog-blog yang lain untuk diulas pada masa akan datang.

KOMEN PEMBACA: Rendah
Tidak banyak pembaca meninggalkan komen. Saya tidak menilai jumlah pengunjung sebab tidak semestinya jumlah pengunjung yang terpapar di sesuatu blog itu menunjukkan pembaca. Sebab ada sesetengah pengunjung yang bersifat "Touch And Go".

Sekian sahaja untuk hari ini. Ini adalah blog pertama yang saya ulas. Jika ada kelemahan yang boleh diperbaiki, sila maklumkan kepada saya. Saya mengalu-alukan komentar daripada anda semua.