BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 16, 2006

Rekabentuk Blog

Rekabentuk blog ini masih dalam proses pembangunan. Belum muktamad. Saya masih menguji keupayaan rekabentuk ini untuk memaparkan apa yang saya rasa patut dipaparkan.

Buat masa ini saya mengguna warna dominan biru dan putih. Biru sejuk. Kod untuk rekabentuk blog ini saya rujuk daripada hasil kerja Isnani. Memandangkan saya suka warna biru sejuk dan putih untuk pembacaan saya, maka saya mengubahsuai rekabentuk tersebut dan menambah fungsi-fungsi tertentu supaya serasi dengan penggunaan saya.