Definisi Merdeka Erti Kemerdekaan Berubahkah Maksudnya?
Untuk setiap kenyataan di bawa, cuba anda buat pemarkahan mengikut skor berikut:
4: Sangat Setuju (Semua Orang Begitu)
3: Setuju (Ramai Orang Begitu)
2: Tidak pasti (Ada Yang Begitu, Ada Yang Tidak Begitu)
1: Tidak Setuju (Sedikit/Tak Ramai Yang Begitu)
0: Sangat Tidak Setuju (Tidak Ada Orang Begitu)
Kenyataan-kenyataan adalah seperti berikut. Orang dalam nilai skor di atas merujuk kepada masyarakat di Malaysia.
Malaysia adalah merdeka apabila:
- Malaysia tidak dijajah oleh bangsa asing.
- Malaysia tidak berada di bawah naungan negara atau kuasa lain.
- Malaysia masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Budaya bangsa kita masih kekal dan diamalkan.
- Bahasa Melayu masih menjadi bahasa rasmi.
- Rakyat Malaysia masih kelihatan seperti orang tempatan.
- Rakyat Malaysia ramai yang tahu berbahasa Melayu.
- Lauk pauk tradisional bangsa kita masih menjadi makanan pilihan utama.
- Rakyat Malaysia sensitif terhadap kesalahan dalam ejaan dan penggunaan bahasa kebangsaan di papan tanda dan papan kenyataan.
- Rakyat Malaysia masih menjaga adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan.
- Rakyat Malaysia masih berpakaian serba sopan dan beradab.
- Rakyat Malaysia berbudi bahasa apabila bercakap dengan orang lain.
- Rakyat Malaysia tahu menghormati orang yang lebih tua.
- Rakyat Malaysia masih mengagung-agungkan Bahasa Melayu.
- Rakyat Malaysia sering menulis dengan Bahasa Melayu yang betul biarpun secara tak rasmi.
- Rakyat Malaysia yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghadapi sesuatu cabaran.
- Rakyat Malaysia sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.
- Rakyat Malaysia tidak suka berhibur malah lebih mementingkan akademik untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang.
- Rakyat Malaysia tahu berdikari, tidak suka bergantung kepada sumber atau orang luar.
- Rakyat Malaysia akan sentiasa bersatu padu apabila menghadapi masalah besar.
- Rakyat Malaysia mampu membantu dan menanggung negara lain apabila berlaku masalah di negara lain seperti bencana alam, kegawatan ekonomi dan peperangan.
- Malaysia mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
- Malaysia dihormati oleh negara-negara asing.
- Malaysia mempunyai status ekonomi yang kukuh.
- Malaysia mampu mengatasi masalah dalaman negara tanpa campur tangan negara lain.
- Malaysia pandai berunding dalam segala hal seperti ekonomi, pembangunan dan politik.
- Semua kaum di Malaysia saling tolong menolong dan prihatin terhadap persekitaran.
- Semua kaum di Malaysia sedia menyumbang tenaga untuk kedamaian negara.
- Semua kaum di Malaysia mengamalkan budaya Malaysia yang asli.
- Semua kaum di Malaysia saling hormat menghormati dan sayang menyayangi.
- Agama Islam kekal sebagai agama utama di Malaysia.
- Pemimpin Malaysia adil dan saksama.
- Rakyat sedar dan faham betapa pentingnya mematuhi undang-undang negara.
- Rakyat Malaysia akan berasa sangat marah apabila imej dan budaya Malaysia dicemar.
- Rakyat Malaysia tahu menyanyikan lagu Negaraku.
- Rakyat Malaysia lebih suka budaya tempatan berbanding budaya asing.
- Rakyat Malaysia lebih suka berbahasa Melayu berbanding bahasa asing.
- Rakyat Malaysia lebih suka makanan tempatan berbanding makanan asing.
- Rakyat Malaysia lebih suka penampilannya kelihatan tempatan berbanding kelihatan rupa rakyat di negara asing.
- Rakyat Malaysia tidak rasa menulis blog dalam Bahasa Melayu yang betul itu sebagai satu tekanan atau bebanan.
- Rakyat Malaysia seronok menulis blog dalam Bahasa Melayu yang rasmi.
- Rakyat Malaysia rasa bersalah apabila mencemar Bahasa Melayu ketika menulis.
- Rakyat Malaysia tidak senang hati melihat Bahasa Melayu tercemar.
- Rakyat Malaysia sentiasa memperbaiki penulisan Bahasa Melayunya.
- Rakyat Malaysia lebih mahir berbahasa Melayu berbanding berbahasa asing.
- Rakyat Malaysia mahu orang Malaysia sentiasa maju.
- Rakyat Malaysia suka memberi sumbangan terhadap negara dalam apa cara bidang dengan identiti orang Malaysia.
- Rakyat Malaysia sentiasa menghayati sejarah kemerdekaan sehingga berasa terharu mengenangkan perjuangan orang-orang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.
- Rakyat Malaysia sentiasa berdoa kesyukuran setiap kali jam menunjukkan 12.00 tengah malam pada setiap 31 Ogos.
- Rakyat Malaysia sentiasa berani mempertahankan kedaulatan sehingga ke titisan darah terakhir apabila negara diancam oleh kuasa luar atau negara asing.
Buat masa ini saya paparkan 50 kenyataan untuk dinilai. Terlalu banyak dan luas erti kemerdekaan untuk dihayati. Namun apa yang saya lihat, definisi kemerdekaan itu makin lama makin sempit. Sudah berubah dari menjadi kemerdekaan negara kepada kemerdekaan individu.
100 ke 149 = Malaysia masih Merdeka
50 ke 99 = Kemerdekaan Malaysia terancam
Bawah 50 = Malaysia tidak merdeka.
|