BLOG: Resepi Chetam
Sudah beberapa hari saya tidak mengulas blog, nampaknya ramai pembaca yang dah mula mengkritik saya di atas tindakan saya itu. Sebenarnya, ada masalah teknikal server pada waktu siang hari, di mana pada waktu pejabat, banyak laman web seperti chat, blog, Myspace dan Friendster disekat. Ini menyukarkan kerja-kerja untuk menguji kelajuan dan kelancaran blog. Saya tidak dapat buka mana-mana laman blog sekitar waktu siang tadi. Saya juga sedar ada sedikit kesilpan teknikal pada server Blogger. Hal ini telah pun diatasi oleh pihak Blogger.
Malam ini saya berkesempatan meneliti satu blog yang agak menarik. Anda semua dijemput singgah ke Teratak Chetam - Kita Kongsi Resepi! Itulah tajuk blog ini. Oh,ya. Gambar yang menjadi simbolik untuk entri ini, seperti biasa adalah salah satu gambar paling menarik dalam blog Akak Chetam. Nama model kanak-kanak yang kelihatan profesional (tukang ambil gambar pun tampak profesional juga) ialah Chenul. Tuan punya blog ini sayang sama Chenul. Banyak gambar-gambar comel dan enak (saya maksudkan makanan, jangan makan budak, ya kawan-kawan) menghiasi blog serba merah jambu ini.
Apa pun, saya dapati, Kak Chetam ini adalah seorang yang sangat penyayang dan sentiasa mengingati orang tersayang. Melalui resepi, kita juga dapat mengingati orang tersayang. Apatah lagi jika resepi tersebut kita warisi dari orang tersebut.
Maafkan saya sekiranya ulasan saya ini adalah secara mengejut dan tidak diundang. Namun inilah kejutan untuk semua. Harap para pembaca setia dapat berpuas hati.
REKABENTUK BLOG: Bagus
Secara keseluruhannya, susunan blog ini kelihatan kemas, dan storan gambar yang digunakan adalah dari imageshack.us. Saya sebenarnya suka imageshack kerana kewibawaannya dalam menyimpan imej untuk kegunaan awam. Kelemahannya cuma dari segi saiz fail yang hendak disimpan. Namun Chetam telah membuat pilihan yang bijak memandangkan gambar-gambar yang digunakan bersaiz kecil. Storan Photobucket yang saya gunakan sering menghadapi masalah di sini (gangguan server atau memang sengaja disekat kerana ada kaitan dengan Friendster, barangkali).
Saya suka dengan susunan resepi berdasarkan bulan. Saya mempelajari sesuatu dari teknik ini. Namun saya mencadangkan agar resepi-resepi ini dapat disusun secara kategori-kategori masakan. Contohnya kategori pencuci mulut, kategori kek, kategori lauk dan sebagainya.
BAHASA DAN PENULISAN: Baik
Saya kurang faham istilah dapur dan tukang masak. Namun para surirumah pasti tidak bermasalah dari segi ini. Secara keseluruhannya, ayat yang digunakan adalah lancar dan baik biarpun ada unsur-unsur rojak Inggeris dan kenegerian. Ada juga sedikit kesilapan ejaan, namun saya beranggapan bahawa itu adalah kesilapan teknikal yang sangat halus dan kecil. Contohnya ejaan aiskrim salah eja sebagai ais kerim. Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.
Panduan cara-cara memasak yang diberikan mudah difahami. Saya rasa saya mahu cuba pergi ke dapur.
ISI KANDUNGAN: Sangat Bagus
Secara keseluruhannya, saya memuji isi kandungan blog ini. Gambar-gambar menjadi pelengkap resepi dan juga panduan untuk sesiapa yang ingin mencuba resepi ini.
Rata-rata gambar adalah ditangkap sendiri oleh kak Chetam. Bagus! Tak macam saya, asyik kutip gambar dalam blog orang saja. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan Kak Chetam.
Cuma tidak ada resepi bagaimana untuk memasak anak yang comel. Oho, saya bergurau lagi. Kak Chetam juga ada menunjukkan motivasi diri dalam usaha untuk memperbaiki penyampaiannya dalam blog ini. Itu satu sifat terpuji dalam diri seorang blogger. Kak Chetam ada penghayatan dalam menjadi seorang blogger resepi. Tahniah!
TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Saya anggarkan secara mingguan, tetapi kemaskini mingguan yang sangat bermotivasi. Ya, sungguh bersemangat! Apabila menulis blog, selalunya lebih dari entri akan diposkan.
JARINGAN UMUM: Macam tak ada
Tidak ada jaringan umum. Jika ada pun secara tidak langsung. Namun terpulanglah kepada tuan punya blog untuk hal-hal seperti ini. Lebih kepada memenuhi keperluan pembaca. Jika perlu Kak Chetam akan letakkan. Itulah dari apa yang boleh saya katakan berdasar sudut pandangan saya.
JARINGAN BLOGGER: Macam tak ada
Saya dapati kebanyakan jaringan yang ada adalah milik Kak Chetam juga. Saya anggap Chetam mungkin mempunyai kumpulan pembacanya sendiri yang sudah tahu mengenai blog ini. Mungkin rakan-rakan yang lain dan menerusi blog-blog Kak Chetam yang lain. Banyak juga blog Kak Chetam ni ya. Memang seorang blogger!
KOMEN PEMBACA: Macam tak ada
Tidak ada tanda-tanda maklum balas pembaca. Namun Kak Chetam telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruangan maklum balas daripada pembaca. Ini satu langkah yang terpuji. Saya anggap Kak Chetam sebagai seorang yang bersemangat dan bermotivasi.
Setakat ini sahaja ulasan saya terhadap blog Kak Chetam berdasarkan sudut pandangan saya. Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu. Harap jika ada apa-apa komen berkaitan dengan ulasan blog ini, bolehlah dikomen pada ruangan komen untuk entri ini. Kerjasama para pembaca amat saya hargai.
Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya blog ini. Para pembaca, dijemput berkunjung ke blog Teratak Chetam. Banyak resepi yang disediakan. Bila lagi nak cuba resepi Kak Chetam ya?
Selamat berkunjung dan selamat mencuba...
tidak lupa juga ucapan selamat malam.

|