BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Ogos 25, 2006

TAKZIAH: Nazari Omar Bakri - Pelagak Ngeri

Sekitar jam 5.30 pagi (semalam), seorang stuntman terbunuh kerana gagal terjun ke atas longgokan kotak yang disusun sebelum terhempas ke atas tanah dari tingkat tiga. Aksi tersebut dilakukan untuk filem seram berjudul "Jangan Pandang Belakang", arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, terbitan Metrowealth Movie Sdn. Bhd.

Allahyarham Nazari, 42 tahun menggantikan watak Pierre Andre dan penggambaran tersebut adalah aksi terakhir bagi filem itu sebelum pembikinannya selesai. Allahyarham Nazari bernaung di bawah Rentak Tuah Sdn. Bhd. adalah pelagak ngeri profesional dan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun, pernah terbabit dalam pembikinan aksi lagak ngeri dalam filem Remp-it dan drama bersiri Gerak Khas.

Dia cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk di kepala sehingga tidak sedarkan diri, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Nazari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak petang semalam, meninggalkan seorang balu, Nur Asmah (berusia 30-an) dan seorang anak perempuan, Nurfazilah, 7 tahun.

Sebelum keluar rumah pagi itu, Allahyarham Nazari ada meminta surah Yasin untuk dibawa ke tempat kerja.