BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Ogos 21, 2006

Apa Pendapat Aiman Mengenai...

Ya, inilah dia Aiman yang terkenal dengan iklan yang menyeru orang ramai supaya tidak mendikriminasikan pesakit AIDS. Jika kanak-kanak sekecil Aiman pun tidak mendikriminasikan para pesakit HIV pof.. positif, begitu juga sepatutnya yang dilakukan oleh kita semua. Berikut adalah temubual saya dengan Aiman.

Amiene Rev: Nampaknya Kak Siti Nurhaliza dah kahwin dengan Datuk K? Patutkah Siti berkahwin dengan Datuk K. Sensitifnya soalan ni. Kenapalah aku tanya dekat budak ni. Apa pandangan Aiman?

Aiman: Aiman tak kisah.

Amiene Rev: Pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman berkata, 'Mat Rempit' atau kaki lumba haram akan dijenamakan semula ke arah yang lebih baik dengan nama yang lebih sesuai misalnya 'Mat Cemerlang'. Ada beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada kumpulan Mat Rempit, antaranya ikatan keanggotaan yang sangat kuat dan mempunyai jumlah keahlian lebih kurang 5,000 orang bagi sesebuah kelab. Aiman sanggup tak berkawan dengan Mat Rempit supaya Mat Rempit tu nanti jadi baik bila berkawan dengan Aiman?

Aiman: Aiman tak kisah.

Amiene Rev: Masalah gula masih berterusan di Johor. Sebahagian besar kedai dan pasar raya tidak mempunyai gula. Aiman sanggup tak berkawan dengan orang yang kena diabetes?

Aiman: Aiman tak kisah.

Amiene Rev: Konon-kononnya bila gula kurang, pemborong hantu ambil peluang untuk jual dengan harga yang lebih tinggi. Bila bercakap mengenai hantu ni, teringat pula, sekarang ni dekat UTM Kuala Lumpur ada toyol cilik. Toyol mencuri basikal budak-budak yang belajar dekat UTM. Aiman takut tak dengan toyol? Jenglot?

Aiman: Aiman tak kisah.

Amiene Rev: Pontianak Maya tetap hebat. Cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2 menang 13 kategori dalam Anugerah Oskar Malaysia. Rusdi Ramli turut dipilih sebagai pemenang kategori Karektor Jahat Lelaki Pilihan, begitu juga Shuhaimi Baba dipilih sebagai Pengarah Filem Pilihan. Aiman kisah tak terpilih sebagai pemenang?

Aiman: Aiman tak kisah.

Amiene Rev: Baiklah Aiman. Ini soalan terakhir. MRShai kata nak pilih manusia yang bernama Amiene Rev tu jadi pengkritik blog tetap untuk MsjBox. Apa pendapat Aiman?

Aiman: Aiman tak kisah.


Perhatian: Temubual di atas adalah rekaan semata-mata. Aiman tak kisah.