BLOG: MUSIC @ MISYA
Pertama kali, ada seorang blogger yang meminta saya untuk mengulas blognya. Ya, inilah dia blog tersebut. Music @ Misya... Malatop!
Seperti tabiat anda sebelum ini (jika belum, maka jadikanlah ia tabiat anda), anda boleh menziarah blog wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini menerusi gambar di sebelah.
Dalam blog ini disediakan gambar mulut seorang wanita yang menggigit subang berbentuk hati. Astagfirulahalazim. Ganas juga tuan punya blog ni. Saya gurau sahaja.
Penulisan blog ini lebih berlandaskan pada dunia hiburan. Semasa saya membuat rondaan untuk membuli blog ini, saya ternampak gambar Mawi yang botak itu tercongok di entri teratas blognya.
Selain itu, kotak-kotak undi kelihatan memenuhi blog ini. Nampaknya blog ini adalah blog yang suka menerima pendapat orang. Pelbagai topik yang dibincangkan menerusi peti undi tersebut seperti peristiwa kekurangan atau kelebihan ajar si Sharifah Amani, musim Akademi Fantasia paling hangat dan persepsi para pengunjung terhadap Tun Dr. Mahathir.
Tidak juga gambar bekas isteri Datuk K dan anak-anaknya. Misya nampaknya telah tersangkut dengan salah seorang anak Datuk K. Muda lagi agaknya budak Misya ni, ya?
Tanpa membuang masa lagi, berikut adalah ulasan yang dapat saya buat untuk blog Misya:
REKABENTUK BLOG: Bolehlah
Dari segi kelancaran, rasanya rekabentuk dan susun atur dalam blog ini tidak begitu mendatangkan masalah kepada saya. Kod-kod Filmloop memenuhi bahagian atas blog ini. Dari segi kekemasan, saya rasa agak kurang kemas. Bahan-bahan bergrafik banyak didapati dalam blog ini.
BAHASA DAN PENULISAN: Boleh tahan
Bahasa yang digunakan adalah bahasa campuran Melayu dan Inggeris.
Pendek kata blog penulisan rojak dan bahasa percakapan harian.
Namun saya bersyukur kerana setakat ini, berdasarkan pemeriksaan muka depan blog ini, saya dapati tidak ada penggunaan bahasa SMS. Bagus, tingkatkan usaha anda untuk menggunakan bahasa sepatutnya digunakan.
ISI KANDUNGAN: Sederhana
Isu-isu hiburan adalah agenda utama blog ini. Fokus utama adalah album dan lagu. Boleh dikatakan memang blog khas untuk dunia muzik. Namun begitu, didapati apa yang diposkan di sini terlalu ringkas. Lebih kepada mempromosikan album artis tempatan. Itu boleh dipuji kerana Misya secara tidak langsung menyokong industri muzik tempatan dan bukan tempatan. Misya digalakkan untuk menghuraikan dengan lebih meluas lagi mengenai apa yang dibincangkan dalam blog Misya supaya pengunjung akan dapat sesuatu apabila singgah di blog Misya.
TAHAP KEMASKINI: Harian
Boleh dikatakan hari-hari ada saja entri yang diposkan. Rajin juga Misya ni ya? Boleh jadi wartawan.
JARINGAN UMUM: Sederhana
Blog ini menyediakan beberapa jaringan laman web umum untuk kegunaan para pengunjung.
JARINGAN BLOGGER: Sederhana
Senarai blogger di sini agak sedikit atau saya yang tidak terjumpa. Mana si Misya ni sorok senarai blogger ya?
KOMEN PEMBACA: Rendah
Setiap entri ada komen pada jumlah yang sangat sedikit. Namun, jangan kecil hati. Teruskan usaha anda untuk menulis blog.
Begitulah Misya. Saya sudah pun selesai membuat ulasan terhadap blog Music @ Misya. Harap saudari Misya dapat menerima apa yang saya ulaskan. Ya, sekian sahaja ulasan saya untuk detik ini. Semoga kita bertemu lagi pada lain masa di dalam blog yang sama. Blog apa?
AWAS! Blog Anda Mungkin akan dikritik walaupun tidak popular...

|