BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Ogos 19, 2006

Rekabentuk MySpace VS Friendster

Saya tahu ramai di kalangan anda memiliki laman web cari kawan seperti Friendster atau MySpace. Perkembangan sosial dan interaksi menerusi internet disokong kuat oleh kedua-dua laman web berkonsepkan cari kawan ini. Dahulu kita menggunakan surat untuk mencari sahabat pena dan kenalan dari seluruh rantau asia dan antarabangsa, sekarang sudah lebih canggih. Daripada penggunaan e-mel, IRC, teknologi video internet dan kini menerusi laman web peribadi.

MySpace boleh dikatakan nombor satu setakat ini dalam dunia mencari sahabat secara dalam talian. Bagusnya Friendster dan MySpace ialah membantu anak-anak sekolah untuk mempelajari asas-asas HTML dan kaedah asas membina laman web sendiri, juga membantu meluaskan pandangan. Namun ada juga keburukannya di mana anak-anak terdedah kepada pelbagai pendedahan yang tidak sihat. Ibu bapa dan guru-guru boleh mengawasi anak-anak dengan membuat sendiri akaun misteri untuk mengintip tindak tanduk anak-anak anda. Saya sendiri memiliki akaun khas untuk tujuan pengawasan ini.

Oh, ya. Rekabentuk-rekabentuk khusus untuk MySpace lebih banyak berbanding Friendster. Ini kerana banyak fungsi dan fleksibiliti yang terdapat dalam MySpace jika hendak dibandingkan dengan Friendster. Berikut adalah antara laman-laman web yang menyediakan rekabentuk khusus untuk MySpace dan Friendster.

Anda juga boleh mencari sendiri dengan menggunakan kata kunci seperti: MySpace Layout, MySpace Template, MySpace Design, MySpace Support, MySpace Code, MySpace Script, MySpace Tools, MySpace Editor, MySpace Skin, MySpace Background, Free Layout, Free Template, Premade Layout, Premade Template, MySpace Theme, MySpace Background, MySpace Image, MySpace AddOn. Untuk Friendster, gantikan saja perkataan 'MySpace' dengan perkataan 'Friendster'.

Biasanya kod-kod yang diberikan untuk mengubahsuai rekabentuk MySpace perlu diletakkan di bahagian About Me, manakala untuk Friendster perlu diletakkan di bahagian 'Customize' yang boleh ditemui di bahagian 'Edit Profile.'

Berikut adalah senarai laman web rekabentuk MySpace dan Friendster yang menarik perhatian saya:


Free Web Layout
Laman web ini menarik minat saya sebab walaupun dikatakan sebagai laman web rekabentuk khusus untuk MySpace, namun saya dapati kod-kodnya sesuai untuk digunakan dalam Friendster. Itu dulu, sekarang saya tidak pasti. Anda boleh mencubanya sendiri. Terdapat ratusan rekabentuk dan pelbagai tema yang boleh dipilih. Anda juga boleh meminta perekabentuk grafik mencipta tema khusus untuk anda menerusi fungsi 'Request'. Selain itu, anda juga boleh mencipta rekabentuk MySpace anda sendiri.


MySpace Layout Us
Dikatakan sebagai laman web koleksi rekabentuk khusus untuk MySpace yang terbesar. Jika anda pandai merekabentuk web dan mahu menyumbangkan hasil rekaan MySpace anda, anda boleh berbuat demikian menerusi fungsi 'Submit Layout'.


Doobix
Laman web ini dikemaskini setiap bulan. Juga menyediakan maklumat menarik seperti Top 10 MySpace Code dan Top 10 MySpace Generator. Jika kebanyakan laman web lain menggunakan istilah 'Layout Stealer', Doobix menggunakan istilah 'Layout Snatcher'.


MySpace Layout Plus
Dunia rekabentuk MySpace memang memeningkan. Laman web ini mendakwa bahawa kebanyakan rekabentuk MySpace yang disediakan di sini adalah asli dan banyak yang telah dicuri oleh laman web-laman web rekabentuk MySpace yang lain. Laman web ini menyediakan MySpace Profile Editor untuk memudahkan anda mengubahsuai rekabentuk MySpace anda.


MyPsace
Barangkali kerana terdapat lebih dari satu juta web berkaitan MySpace, ada sesetengah laman web menggunakan nama yang lebih unik untuk menarik pengguna MySpace ke laman web mereka. Cuba perhatikan ejaan 'MySpace' dieja menjadi 'MyPsace'. Namun, saya tetap menyukai laman web ini kerana kekemasannya. Juga disediakan carta kod warna, kod-kod asas, Tweak dan Funny Video.


ProfileMix
Lebih kepada konsep Profile Generator. Laman web ini lebih menonjol dengan fungsi-fungsi berkaitan Generator.


MyGirlySpace
Khusus untuk anak gadis. Itulah tema laman web koleksi rekabentuk MySpace ini. Warna dominan hijau terang dan merah jambu menguasai laman web ini. Sekiranya kelajuan atau memori komputer anda rendah, berhati-hati ketika melayari laman web ini sebab dikhuatiri kelancaran sistem komputer anda akan tersekat-sekat.


MySpace Support
Persaingan antara laman-laman koleksi rekabentuk MySpace memang tinggi. Kebanyakan laman web menggunakan nama-nama yang menarik perhatian seperti Cool MySpace Layout, Best MySpace Layout dan Unique MySpace Layout. Laman web ini pula menyediakan Support Forum untuk para pengguna MySpace.


Skize
Terdapat banyak kategori seperti dan kod-kod kelengkapan khas untuk MySpace seperti tulisan berkelip dan kod-kod undian. Nampaknya setiap laman web menyediakan fungsi yang hampir sama untuk MySpace.


PureLayout
Banyak jaringan berkaitan rekabentuk MySpace disediakan di sini. Saya menemui satu jaringan yang agak pelik dipanggil MySpace Layout Stealer.



Setakat ini sajalah dulu untuk carian berkaitan dengan MySpace. Seterus kita lihat pula senarai laman web khusus untuk pengguna Friendster. Anda boleh mengubahsuai profil Friendster anda dengan laman-laman berikut:

Friendster-Tweaker
Jika anda ingin memasukkan kesan khas ke dalam profil anda, atau menghantar testimoni yang menarik kepada rakan-rakan Friendster anda, ini adalah salah satu laman web yang menarik untuk dikunjungi.


Pinoy-Designz
Mungkin anda seorang yang sangat sibuk, atau tidak mahu mengubahsuai sendiri rekabentuk profil Friendster anda. Maka anda mempunyai pilihan lain iaitu dengan menyertai komuniti khas untuk meminta orang lain membuat rekabentuk profil Friendster anda.


Friendster Layouts
Terdapat banyak kategori tema yang boleh anda pilih untuk mengubahsuai profil Friendster anda.


Testi Flash
Selain menyediakan rekabentuk siap sedia untuk Friendster, terdapat juga koleksi kesan khas untuk menghantar komen atau testimoni untuk rakan-rakan anda.


Friendster Forum
Jika anda ingin mempelajari atau mengakses lebih banyak lagi fungsi di dalam Friendster, anda boleh menyertai Friendster Forum.


Setakat ini sahaja ulasan ringkas saya berkaitan MySpace dan Friendster. Sekiranya anda ingin mencari apa-apa lagi maklumat berkaitan dengan fungsi Friendster, anda boleh mencarinya dengan menggunakan kata kunci seperti: Pimp, Hacker, Glitter, Tweak, Code, Script, Embed, Tutorial dan sebagainya.

Setakat ini didapati bilangan jaringan web sumber untuk MySpace masih mengatasi Friendster. Apa pun berhati-hati semasa melayari web-web sumber ini kerana dikhuatiri terdapat musuh-musuh komputer seperti spyware, adware, trojan, virus dan sebagainya.

Selamat Mengubahsuai Laman Peribadi Anda.