BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 23, 2006

Kaedah Kritikan Terbaru

Saya telah memikirkan formula gabungan untuk mengkritik dengan pelbagai cara. Kemudian, saya menemui kaedah tiga gaya serentak. Melalui kaedah ini blog yang dikritik akan dikritik secara membina, secara menghentam dan secara tak kisah.

Saya telah memilih nama empat orang selebriti tempatan untuk diabadikan dalam empat gaya yang baru dicipta. Cara kritikan tidak semestinya meniru atau menepati orang yang diwakili. Katakan menerusi gaya Adlin, saya mengkritik dengan agak keras manakala menerusi gaya Aiman, saya mengkritik secara santai. Berikut adalah gaya-gaya yang telah saya cipta namun cuma dua sahaja gaya yang akan digunakan untuk mengiringi ulasan dan kritikan saya pada masa akan datang. Jika blogger itu 'bernasib baik', keempat-empat gaya gaya pilihan akan digunakan.

Gaya Paul:
Kecewa dan Rawak. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.

Gaya Roslan:
Pedas dan Emosional. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.

Gaya Adlin:
Tajam dan Membina. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Akademi Fantasia.

Gaya Aiman:
Santai dan ringkas. Pilihan. Bersempena nama seorang kanak-kanak berbakat yang suaranya sering kedengaran dalam iklan di radio.

Gaya Amiene Rev:
Macam biasa. Wajib.

Siapa agaknya calon-calon untuk kritikan yang seterusnya. Saya berikan panduan di sini.

"lalu pungguk terus menanti,
dan terus menanti..."

Maafkan saya jika entri saya nanti mengandungi ulasan dan kritikan yang agak pedas. Saya tidak sampai hati untuk menujukan kata-kata ulasan tersebut kepada anda, tetapi atas permintaan pembaca, saya mesti lakukan juga.

Bila-bila masa sahaja ulasan akan dimuatkan ke dalam blog ini.

Awas! Blog anda mungkin akan dikritik walaupun tidak popular.