BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Ogos 18, 2006

BLOG: Catatan Si Kenit - AminBakish

Blog Catatan Sikenit atau AminBakish merupakan blog yang lebih bersifat peribadi. Ya, peribadi dan merupakan blog kedua yang saya komen dalam blog ini. Seperti biasa, klik pada gambar banner di atas untuk mengunjungi blog tersebut.

Penulis blog ini adalah seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Saya ada firasat bahawa penulis blog ini seorang guru. Dia juga seorang yang agak bagus dari segi sosialnya. Ini boleh diteliti menerusi cara penulisannya. Ada terpancar jiwa seorang guru. Saya tahu. Sebab saya pun seorang guru juga. Maafkan saya, kalau saya tersalah teka.

Saya suka dengan keikhlasan yang terpapar dalam setiap penulisan dalam blog ini. AminBakish memaparkan pandangannya dengan baik dan dalam bahasa percakapan harian yang boleh difahami. Bagi saya, saya fahamlah. Orang lain saya tak tahu.

Blog ini memaparkan banyak cerita mengenai tempat-tempat yang dikunjungi oleh penulis blog ini. Juga mengenai kawan-kawan atau orang-orang yang mempunyai pertalian dengan dirinya. Baiklah, mari kita lihat apa yang boleh saya ulaskan mengenai blog ini. Perhatian, setiap ulasan blog yang saya buat adalah berdasarkan pada tarikh saya melayari blog tersebut. Mungkin pada masa akan datang akan jadi lebih baik atau sebaliknya. Kita tidak tahu.

Berikut adalah ulasan yang dapat saya buat:

REKABENTUK BLOG: Bagus
Berdasarkan rekabentuk asasi yang paling popular dalam Blogger.
Tidak ada apa-apa masalah semasa membuka blog ini.

BAHASA DAN PENULISAN: Sederhana
Tidak seratus peratus dalam Bahasa Melayu Rasmi.
Ada ejaan yang tidak menepati ejaan Bahasa Melayu Rasmi tetapi boleh diterima.
Bahasa Inggeris turut diselitkan.
Bahasa percakapan harian menguasai blog tetapi kebanyakannya dalam format yang betul.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Lebih kepada peribadi dan aktiviti semasa. Berdasarkan apa yang saya perhatikan, isi kandungannya agak kemasyarakatan. Juga terselit gambar-gambar yang berkaitan dengan entri yang diposkan. Kebanyakan entrinya mencuit hati. Saya suka baca kisah-kisah yang dipaparkan di sini.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Penulis blog ini boleh dikatakan aktif dalam dunia nyata. Namun dia masih berkesempatan untuk berkongsi apa yang dialaminya di luar sana di dalam blog ini.

JARINGAN UMUM: Bagus
Blog ini menyediakan banyak jaringan untuk pelbagai laman web yang boleh dijadikan rujukan.

JARINGAN BLOGGER: Ramai
Ada senarai blogger yang lain. Bagus, sikap keterbukaan seperti ini saya suka.

KOMEN PEMBACA: Rendah
Sekejap ada komen. Sekejap tidak ada komen. Tidak mengapa. Apa yang penting adalah apa yang kita sampaikan. Tidak semestinya entri yang tidak berkomen itu tidak bagus. Teruskan menulis. Saya suka penyampaian anda.

Ini adalah blog kedua yang saya ulas. Sehingga ke saat ini saya belum memaklumkan kepada empunya blog bahawa saya telah mengulas blog mereka. Saya mahu lihat dalam beberapa hari ini jika mereka dapat mengesan blog mereka telah diulas.

Jika ada kelemahan dalam blog ini yang boleh diperbaiki, sila maklumkan kepada saya. Saya mengalu-alukan komentar daripada anda semua. Terima kasih kerana membaca.