BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Ogos 21, 2006

BLOG: Nashrex - Kaca Kehidupan Seorang Lelaki...

Klik pada gambar untuk ke blog Nashrex Kita kembali dengan ulasan blog. Selepas satu hari bercuti (semalam saya bertemu dengan seorang sifu boling di satu tempat yang rahsia untuk menuntut ilmu bermain boling).

Si Nashrex ni pakar pencipta gambar komposit. Lihat saja gambar di sebelah ni. Kalau nak ziarah blog dia, bolehlah klik pada gambar di sebelah ni. Macam biasa.

Nashrex ni berperibadi mulia. Ya, dia seorang pencinta kucing. Kasih sayangnya terhadap kucing terpancar sehingga ke dalam blognya. Sama-sama kita doakan agar kucing si Nashrex ni cepat sembuh. Semalam dalam blog dia ada dimaklumkan mengenai kucing dia, Chiki sedang sakit tenat... buasir? Klinik boling, eh... klinik kucing pula cuti sebab kelmarin hari Ahad.

Selain memiliki kepakaran dalam bidang grafik, Nashrex juga pakar dalam mengukur berat badannya. Ya, berdasarkan fakta yang ditunjukkan, saya rasa ketinggian si Nashrex ni sekitar 180-184 cm. Itu cuma jangkaan saja, tapi dari profilnya pula mengatakan dirinya ni tidak begitu tinggi. Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tak tahu.

Jadi, apa ulasan saya terhadap blog Nashrex ini. Jom kita baca.

REKABENTUK BLOG: Bagus
Lancar semasa dilayari. Susun atur blognya kemas. Ada material ciptaan sendiri.

BAHASA DAN PENULISAN: Sederhana
Bahasa yang digunakan tidak 100% Bahasa Melayu Rasmi. Ada ejaan yang tidak menepati ejaan Bahasa Melayu Rasmi tetapi masih boleh diterima. Bahasa percakapan harian dan kelihatan hidup. Nashrex ni pandai bercerita. Gaya penulisannya menarik. Ada perkataan Inggeris dirojakkan dalam blog ni, tetapi masih berada pada tahap kesesuaian penulisan.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Sebagaimana tajuk blognya, Nashrex memberi pandangannya dalam pelbagai perkara. Blog ini banyak memuatkan pendapat Nashrex mengenai dunia nyata yang dilalui atau dibacanya. Cukup prihatin dengan isu-isu semasa.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Walau pun mingguan, namun saya dapat kadangkala dalam satu hari si Nash (Nashrex) ni ada membuat lebih dari satu entri. Nampaknya si Nash ni suka menulis, saya dapat lihat identiti sebagai seorang penulis dalam dirinya.

JARINGAN UMUM: Sedikit
Tidak banyak jaringan umum yang ditemui.

JARINGAN BLOGGER: Banyak
Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya. Seperti bongkah ais di lautan. Nampak sahaja sedikit, tapi sebenarnya banyak lagi pautan blogger yang disembunyikan dalam entri bertajuk "Link Member".

KOMEN PEMBACA: Banyak.
Cukup banyak komen pembaca. Blog yang telah diasaskan sekitar tahun 2004. Entri-entri yang dimuatkan dalam blog ini sememangnya menarik.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekarang tiba masanya untuk membuat sedikit ulangkaji dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

PST: Nash, blog tidak pernah bercuti. Hanya tuannya yang bercuti. Blog boleh bercuti jika dia mendapat cuti sakit 404. (merujuk kepada entri Nash bertarikh 18 Julai 2006).