Definisi Kemerdekaan - Erti Pemikiran Merdeka atau Pemikiran Di Luar Kotak
Adakah kita, rakyat Malaysia benar-benar memahami apakah maksud perkataan merdeka dan apakah definisi kemerdekaan buat kita semua sebagai warga Malaysia? Mari kita teliti dan fahami beberapa jenis kemerdekaan yang boleh dicapai.
Kemerdekaan dari segi sikap: Minda kita adalah merdeka apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sikap-sikap negatif seperti malas, bekerja kerana terpaksa (tidak bersungguh-sungguh atau tidak ikhlas), lambat bertindak, sering menangguhkan kerja, tidak fokus terhadap pekerjaan dan kabur dengan matlamat perjuangan hidup.
Kemerdekaan dari segi pemikiran: Pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang tidak terkongkong dan bebas daripada nilai-nilai negatif. Pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang mencetus pembaharuan dan idea-idea bernas yang memberi sumbangan terhadap masyarakat.
Untuk mencapai kedua-dua jenis kemerdekaan di atas, kita harus membebaskan diri daripada pemikiran dan sikap mementingkan diri, sikap suka mempertahankan status quo kepada keinginan untuk berubah mengatasi masalah dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Pemikiran merdeka atau pemikiran "out of the box" boleh dianggap sebagai jalan pemikiran seorang wira atau hero. Dr. Frank Crane pernah berkata, "Sahabat kita yang terbaik dan juga musuh kita yang terketat ialah pemikiran kita. Sesebuah fikiran berkemungkinan memberi faedah kepada seorang doktor, pegawai bank atau sahabat yang setia. Pada masa yang sama ia juga boleh mencederakan kita, lebih teruk berbanding seketul batu."
Orang yang berfikir di luat kotak bermaksud dia mampu berfikir d luar batasan pemikiran dan amalan biasa, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut yang berbeza dan melampaui nilai norma yang sedang diikuti. Pemikiran orang seperti ini adalah imaginatif, fleksibel dan percaya ada sesuatu perkara baru yang belum dibuat dan masih boleh dilakukan.
Menurut Ed. Bernacki, lima ciri atau sikap orang yang berfikir di luat kotak ialah:

- Mengambil perspektif baru dalam melaksanakan tugas-tugas harian.
- Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup melaksanakan sesuatu secara berlainan.
- Memberi tumpuan kepada mencari idea-idea baru dan bertindak ke atas idea-idea tersebut.
- Berusaha mencipta nilai melalui kaedah-kaedah baru.
- Memberi perhatian, menghormati dan menyokong idea-idea yang dikemukakan oleh orang lain.
Sementara itu John F. Kennedy pernah mengatakan bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan hanya dengan menghadkan pemikiran dan penglihatan kepada realiti semata-mata. Seseorang itu perlu mampu untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
|