BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Ogos 24, 2006

BLOG: Azuna - Dayang Senandung

Klik pada gambar ini untuk mengunjungi blok AzunaPungguk merayu lagi,
memanggil bulan,
agar turun ke bumi,
lalu pungguk terus menanti,
dan terus menanti...

Sajak di atas dipetik dari salah sebuah karya milik Azuna yang berjudul Pungguk Rindukan Bulan. Sebelum ini Azuna telah berkali-kali menghantar mesej meminta saya untuk mengulas dan mengkritik blognya. Saya rasa petikan ini ada kenanya antara saya dengan Azuna. Jika saya adalah bulan, maka Azunalah pungguk yang merindukan bulan. Sebab Azuna sedang menunggu saya untuk mengulas dan mengkritik blognya. Ngeh heh he. (Ketawa gaya Naruto versi Bahasa Jepun). Baiklah, saya tidak mahu menghampakan Azuna.

Berikut adalah ulasan dan kritikan dengan menggunakan format baru. Masih dalam peringkat eksperimental, jadi saya harap ada pembaca akan memberi komen terhadap cara ulasan dan kritikan yang saya gunakan di bawah. Saya harap agar Azuna tidak berkecil hati jika ada kenyataan di bawah yang menyinggung perasaan Azuna. Anggaplah cara penyampaian yang kasar itu sebagai satu bentuk permainan yang serius dalam usaha memberi pandangan terhadap blog Azuna.

Sebagai satu penghormatan untuk menguji kaedah kritikan yang terbaru ini, saya menjemput semua gaya pengkritikan yang telah saya maklumkan sebelum ini untuk mengulas dan mengkritik blog Azuna, Dayang Senandung. Perlu saya maklumkan, setiap gaya mempunyai kriteria dan cara penilaian yang tidak semestinya sama. Mungkin dalam gaya satu akan kata baik, gaya yang kedua akan kata tidak baik.


REKABENTUK BLOG: Baik

Gaya Paul:
Can you use a bigger image on your blog? Do not answer me. It is just an ironic question that I mean to ask you. I think your blog have some senses of being turtle. You work hard on it but it's terrible. Your design wastes me some times but I think the images you used are suitable with your items. I should say, yes.


Gaya Roslan:
Saya tak mahu cakap panjang mengenai rekabentuk. Namun saya rasa awak patut lebih berhati-hati dalam penggunaan warna. Mungkin bagi awak tak ada masalah. Namun bagi orang lain, mungkin ada masalah dengan warna yang awak gunakan dalam blog awak.

Cuma saya tak puas hati sebab blog awak tak ada pautan untuk pergi ke tarikh-tarikh tertentu. Tidak ada arkib sebagaimana blog-blog lain. Saya tak begitu suka dengan konsep "Next Page - Previous Page" yang digunakan dalam blog awak. Awak kena fikirkan jangka panjang untuk blog awak dan juga untuk memudahkan orang lain untuk akses blog awak.


Gaya Adlin:
Baiklah, Azuna. Saya rasa saya tak ada masalah dengan rekabentuk blog awak. Kadar kelajuan internet yang digunakan untuk melayari blog awak berbeza bagi setiap rumah. Mungkin di rumah awak, awak rasa cepat dan pantas bila awak buka blog awak. Mungkin kelajuan internet di komputer awak lebih pantas berbanding komputer pengkritik. Harap awak boleh pertimbangkan soal kelajuan apabila memasukkan isi kandungan. Rekabentuk awak patut lebih ke arah itu. Tak semua orang sanggup tunggu untuk buka web jika laman web tu mengambil masa yang terlalu lama. Kalau dah panas hati, ada sesetengah orang akan tutup terus blog awak. Awak kena berjaga-jaga dalam aspek ini.


Gaya Aiman:
Bila Aiman buka blog Kak Azuna, Aiman tengok gambar keluar lambat-lambat. Aiman tak kisah. Aiman tahu nanti tulisan dalam blog akan dapat Aiman baca biarpun tersekat-sekat. Aiman tak kisah. Aiman rasa mengantuk bila baca apa yang Kak Azuna tulis. Bukan sebab tidak menarik, tetapi sebab warna blog gelap sangat. Warna tulisan pun agak gelap. Mata Aiman letih bila baca lama-lama tapi Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Secara keseluruhannya, saya mengakui perlu tunggu beberapa saat sebelum paparan keluar. Saya cuba uji kelajuan pada waktu malam, petang dan pagi. Di situ saya dapat purata kelajuan yang diperlukan untuk buka blog Azuna. Boleh dikatakan agak lancar. Gambar yang Azuna gunakan, iaitu gambar rama-rama yang besar itu saya anggap mungkin boleh dikatakan kulit depan blog Azuna. Saya tak ada masalah dari segi itu.

Elemen multimedia yang disertakan dalam blog ini nampaknya tidak begitu mengganggu kelancaran blog. Susunan blog adalah kemas.



BAHASA DAN PENULISAN: Baik

Gaya Roslan:
Azuna, saya nak tanya awak, awak tahu tak bezakan antara sajak dengan lirik lagu? Apa yang awak tulis dalam blog awak tu semuanya tak layak dipanggil sajak. Bagi saya, apa yang awak tulis tu hampir semuanya tak ada unsur-unsur sajak yang jelas. Kabur. Awak ingat senang-senang boleh tulis sajak dan kata itu sajak. Awak kena tahu apa itu sajak dan apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sajak. Awak patut menimba lebih banyak ilmu untuk mencari perbezaan antara sajak dengan lirik lagu.


Gaya Adlin:
Saya tak tahu kenapa, orang-orang muda zaman sekarang anggap kalau menulis puisi atau sajak tu, mesti sama dengan menulis lirik lagu. Ini tanggapan yang salah! Saya lihat sajak awak begitu langsung. Susunan ayatnya tak mencerminkan itu adalah sajak. Tak ada lenggok-lenggok bahasa. Penulisan sajak awak langsung. Apa yang awak tulis tu adalah lebih ke arah lirik lagu. Awak perlu perbaiki aspek ini terlebih dahulu sebelum boleh iktirafkan blog awak ini blog sajak. Saya tak iktiraf blog awak sebagai blog sajak buat masa ini.


Gaya Aiman:
Kalau orang lain tak beritahu. Aiman mungkin ingat inilah puisi. Sekarang baru Aiman tahu rupanya ini bukan betul-betul puisi. Kak Azuna pandai tulis lirik lagu. Aiman suka baca cara Kak Azuna tulis. Walaupun Kak Azuna tulis apa pun Aiman akan tetap suka. Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Sebelum itu saya ingin mengucapkan takziah kepada Azuna kerana pemergian ayahanda Azuna. Maafkan saya jika saya tersilap, sebab ada sajak yang ditulis oleh Azuna yang bertemakan kematian ayahanda Azuna. Saya rasa Azuna berbakat dalam penulisan lirik lagu. Ini satu kebolehan. Mungkin suatu hari nanti Azuna boleh menjadi lebih hebat daripada Loloq? Siapa tahu.

Kebanyakan gaya penulisan Azuna adalah gaya yang terikat. Berakhir dengan huruf vokal yang sama. Saya tidak anggap ini satu masalah.

Saya cuba baca puisi Azuna dalam gaya Hip Hop (cuba rujuk lagu-lagu Too Phat), saya dapati boleh diserasikan. Tahniah. Ini adalah pengakuan secara jujur daripada saya. Sekiranya blog ini adalah blog lirik lagu. Saya akan kata sangat baik. Namun saya rasa gaya penulisan Azuna adalah baik. Bahasanya boleh difahami dan rata-rata mesej yang disampaikan adalah jelas. Azuna seorang guru?


Gaya Paul:
(harap maaf, Paul sudah lari.)



ISI KANDUNGAN: Sederhana

Gaya Roslan:
Isi kandungan awak secara keseluruhannya baik. Mungkin awak patut kembangkan lagi bakat awak untuk menyajakkan isu-isu semasa. Pandangan awak terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran awak. Dunia awak.


Gaya Adlin:
Ada kepelbagaian. Saya rasa isi kandungan awak menarik. Sekejap awak cakap mengenai diri awak, keluarga awak dan ada juga sedikit hal yang global. Kandungannya baik.


Gaya Aiman:
Aiman suka baca puisi Kak Azuna. Ada cerita. Kak Azuna pandai tulis cerita dalam bentuk puisi. Kadang-kadang ada puisi yang cerita yang hampir-hampir sama dengan puisi yang lagi satu, tetapi tetap sedap dibaca. Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Azuna telah memiliki aset yang baik untuk kembangkan penulisan dengan gaya tersendiri. Jika Azuna seorang guru, ya Cikgu Azuna. Saya rasa Cikgu Azuna boleh gunakan blog ini sebagai laluan untuk mengembangkan bakat, menceritakan pengalaman Cikgu Azuna, pengalaman mengajar, harapan terhadap anak murid dan sebagainya. Ini satu bentuk refleksi kendiri yang baik untuk dikongsi bersama.

Dari aspek motivasi dan psikologi, kaedah ini akan membantu Cikgu Azuna untuk membentuk jati diri yang baik, meningkatkan keyakinan diri. Ya. Itu kekuatan yang akan dimiliki oleh Cikgu Azuna selaku seorang penulis blog.

Apa yang Cikgu Azuna tulis nanti, bukan sahaja akan membawa kebaikan kepada diri sendiri malah kepada orang lain juga. Pendapat cikgu Azuna boleh digubah dalam bentuk sajak atau lirik lagu. Rasalah kelainannya nanti.


TAHAP KEMASKINI: Harian
Apa pun, saya boleh kata minat Azuna dalam penulisan sajak dan puisi adalah di tahap yang membanggakan. Boleh kata setiap minggu, hampir setiap hari Azuna ada menulis sesuatu yang patut dikatakan sebagai lirik lagu. Rajin. Semakin rajin.

JARINGAN UMUM: Sedikit
Tidak banyak jaringan umum yang ditemui tetapi adalah memadai. Azuna boleh gunakan jaringan yang disediakan dalam blog ini untuk meneliti hal-hal semasa untuk dikaitkan dengan penulisan jika ada kelapangan.

JARINGAN BLOGGER: Banyak
Blog yang bagus. Banyak jaringan blogger di sini. Saya juga memerhatikan identity saya di sini sebagai pengkritik blog.

KOMEN PEMBACA: Hantu
Macam tidak ada komen. Tapi dekat Msjbox penuh. Macam blog saya juga. Kita ni senasiblah.

Sekian sahaja komen saya untuk blog Azuna. Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu. Jika ada apa-apa pandangan yang lain dari yang lain, maka saya harap para pembaca sekalian boleh mengisi ruangan komen untuk entri ini. Terima kasih atas kerjasama anda.