BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 16, 2006

AWAS! Blog anda mungkin akan dikritik!

Selepas ini saya akan meneruskan pengembaraan dan 'penaklukan' terhadap berjuta-juta blog yang terdapat dalam realiti maya ini. Saya akan cekup, ulas dan kritik berdasarkan pandangan saya.

Setakat ini sudah ada beberapa blog yang saya lihat menarik untuk diulas, saya akan membaca beberapa entri menarik dari blog-blog tersebut sebelum mengulas. Ulasan saya mungkin agak teruk, mungkin boleh diterima atau mungkin akan menimbulkan tekanan emosi kepada empunya blog, namun hakikat tetap hakikat.

Tujuan saya mengulas blog, lirik lagu, drama, buku novel hanya untuk mengisi masa lapang saya. Selepas baca, saya ulas dan tulis dalam blog ini. Anda juga boleh mengulas ulasan saya. Saya tidak kisah. Mungkin anda lebih baik daripada saya.

Jom... cari!!!