Perang Peminat Datin Siti VS Mawi: Stesen TV Adalah Panglima, Peminat Adalah Soldadunya
Malam tadi, saya keluar makan di luar dan sempat melihat reaksi masyarakat tempatan mengenai peperangan antara TV3 dengan Astro+RTM. Malam tadi juga berlaku peperangan antara peminat Datin Siti dengan peminat Mawi.
Peperangan bermula dengan rancangan perkahwinan Datin Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Kemudian, tuan punya kedai makan menukar ke Astro untuk melihat rancangan Mawi dan Ina. Seorang pelanggan wanita yang marah-marah mencabut wayar Astro, dan menukar ke rancangan Datin Siti. Para pelayan di kedai makan bersorak-sorak.
Sebenarnya terlalu ramai penyokong Datin Siti malam itu. Saya cuma dapat melihat rancangan Mawi sekitar beberapa minit. Namun perkembangan ini menarik perhatian saya untuk membuat analisis mengenai perang rating antara kedua-dua stesen televisyen.
Ada peminat Datin Siti yang dengan bangganya menayangkan cenderamata perkahwinan yang diperolehinya semasa hadir ke majlis akad nikah Datin Siti dengan Datuk K baru-baru ini. Coklat, beg berwarna merah jambu, lilin, kad dan sebagainya. Bangga betul dia, cuba menghayati dan menyelami suasana perkahwinan Datin Siti dengan begitu khusyuk.
Tidak beberapa lama selepas itu, tuan punya kedai makan datang lagi dengan isterinya. Menukar kembali kepada rancangan Mawi. Para peminat Datin Siti memberontak lagi. Akhirnya tuan punya kedai menyerah kalah. Peminat Mawi malam itu telah dikalahkan oleh para peminat Datin Siti Nurhaliza. Saya ketawa dalam diam. Kelakar melihat reaksi para peminat.
Malam itu Datin Siti adalah Maharani, Datuk K adalah Maharaja, dan Tuan Panglima TV3 berjaya menakluki kedai makan itu, mengalahkan para tentera Raja Mawi, Tuan Panglima RTM dan Tuan Panglima Astro.
Masih ada beberapa reaksi yang melucukan selepas itu. Terutamanya pengunjung wanita. Gelagat mereka jauh lebih hebat jika dibandingkan ketika mereka menonton konsert Akademi Fantasia. Seolah-olah Datin Siti dan Datuk K berada di depan mereka.
Apabila kamera mengfokus ke arah Datuk K, para peminat wanita menjerit-jerit seolah terkena histeria. Ada pula yang menjerit,"Aku tak nak tengok Datuk K! Aku tak nak tengok Datuk K!" sambil menutup matanya.
Tak kurang pula yang berkata, "Hensemnya Datuk K! Ouuuwww! Euuuuuw! Auwww!"
Lemah saya mendengar suara kaum hawa yang menonton siaran langsung itu. Kelakar juga rasanya. Ikut suka kamulah cik kak dan cik adik, eh. Berbahagialah anda semua menonton rancangan ini. Anda telah menang peperangan. TV3 mendapat rating kerana anda semua.
Ketika Datin Siti dan Datuk K saling menyuap kek dan pulut. Sekali lagi para peminat Datin Siti kecoh-kecoh.
"Euuuu!" "Oooohhh!" "Auuwww!" Nasib baik tak ada yang mengaum malam itu.
Saya paling suka melihat Hetty Koes Endang. Boleh kata persembahan yang paling menarik perhatian saya pada malam itu. Protege Datin Siti Nurhaliza, Kat turun muncul memberi persembahan pada malam itu. Wah, ini satu pengalaman buat Kat, mengadakan persembahan di depan ribuan para hadirin yang terdiri daripada golongan elit, raja-raja dan pemimpin negara.
Malam perkahwinan Datin Siti dengan Datuk K telah menjadi satu malam kebudayaan. Malam yang mengeratkan hubungan antara dua negara. Datin Siti pada malam itu tidak terlepas dari tanggungjawabnya sebagai penghibur, turut menyanyikan sebuah lagu pada malam itu. Saya rasa tersayat hati melihat Datin Siti, seolah-olah rapat pula dengan dia. Seolan-olah melihat majlis persandingan adik-beradik sendiri.
Inilah yang dikatakan, apabila kita memberi sumbangan besar, jasa kita akan sentiasa dikenang. Namun untuk menjadi sehebat Datin Siti Nurhaliza, anda perlu menyemak diri sendiri sama ada anda memiliki Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Intrapersonal dan Kecerdasan Interpersonal. Jika ada, anda boleh teruskan niat anda, jika tidak cuba lihat dan majukan kebolehan lain dalam diri anda.
Anda tetap boleh memberi sumbangan dalam bidang lain. Sebagai seorang arkitek, animator atau pelukis terunggul barangkali (Kecerdasan Spatial), atau sebagai seorang ahli matematik atau pakar pengaturcaraan komputer (Kecerdasan Logik Matematik), atau sebagai seorang bintang sukan (Kecerdasan Kinestatik), atau sebagai seorang pakar motivator (Kecerdasan Intrapersonal dan Interpersonal), atau sebagai seorang pakar biologi dan tumbuhan (Kecerdasan Naturalis), atau sebagai seorang ulama (Kecerdasan Spiritual), atau seorang sasterawan (Kecerdasan Verbal) dan sebagainya. Gabungkan kecerdasan yang anda miliki, dan itulah hala tuju anda sebagai seorang yang bakal memberi sumbangan besar untuk negara tercinta.
Apa pun ada sesuatu yang menarik perhatian saya mengenai perang rating. Apakah kekuatan yang membolehkan TV3 menang pada malam itu, di kedai makan tersebut?
Pertama, Datin Siti Nurhaliza adalah bintang terkenal dan disanjung ramai. Kita sedia maklum akan hal ini. Siti memiliki bilangan peminat sudah lebih satu dekad. Pelbagai usia. Lebih ramai berbanding Mawi sendiri. Tambahan pula perkahwinan adalah sesuatu yang positif, manakala kisah Mawi dan Ina agak sensitif. Rakan ketawa senang dicari, rakan menangis sukar ditemui.
Kedua bilangan artis dan pengunjung yang ramai. Mungkin ada di kalangan ahli keluarga dan saudara mara artis yang ingin melihat persembahan artis tersebut di majlis yang dianggap sebagai satu legenda. Artis-artis yang turun padang membuat persembahan bukan calang-calang. Saya sendiri mengakui sudah lama merindui persembahan Hetty Koes Endang yang ketika masa kecil saya, dia menghiburkan saya dengan lagu-lagu yang merdu dan menyejukkan jiwa. Juga kehebatan Nora, Ziana Zain dan lain-lain artis. Sedangkan rancangan Mawi lebih berpusatkan Mawi dan Ina semata-mata. Maaf, Maharani Siti telah menang malam itu, saya tidak dapat mengulas rancangan Mawi dalam entri ini sebab kekurangan bahan.
Ketiga, majlis perkahwinan Siti boleh dianggap sebagai satu promosi budaya Malaysia. Ada acara-acara yang berkaitan adat istiadat Melayu, tarian dan sebagainya.
Keempat, majlis perkahwinan Siti boleh dianggap sebagai jambatan pengerat persahabatan antara dua negara. Artis-artis jemputan dari negara jiran turut memberi sumbangan. Ini turut menyentuh hati saya. Pada hari perkahwinannya, Datin Siti masih mampu memberi sumbangan kepada negara. Saya harap saya juga begitu pada masa akan datang.
Kesimpulannya, siaran perkahwinan Siti Nurhaliza oleh TV3 lebih rasional diadakan jika dibandingkan dengan rancangan Mawi. Apa kata RTM dan Astro?
Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tak tahu. Silalah berkongsi pandangan anda semua. Saya tak dapat lihat rancangan Mawi pada malam itu, mungkin ada sesiapa yang boleh melengkapkan bahagian tersebut? Jasa anda amat saya hargai.
Maafkan saya jika saya ada menyinggung mana-mana perasaan peminat-peminat Mawi. Saya sekadar mengucapkan apa yang saya rasa betul. Saya tak menyalahkan anda jika anda membangkang pandangan saya. Mungkin ada hikmah dan kelebihan yang lain pula dari sudut pandangan anda. Sekian terima kasih.

|