BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 29, 2006

BLOG: Keseimbangan Fasa

Pernahkan anda menemui catatan harian seorang blogger yang sering mengaitkan penulisannya dengan unsur-unsur kimia. Ya, ini adalah keunikan yang terdapat dalam sebuah blog. Penulis ini menggelar dirinya Zwitterion. Nama blognya cukup panjang. Blog semacam ini bagus diulas.

Bagi blogger yang belum diulas blognya, janganlah berkecil hati. Ada sebabnya saya tidak dapat mengulas blog anda walaupun telah diterima jemputan. Sebab-sebabnya ada banyak. Pertama, sebab saya mencari kelainan dalam blog anda. Kedua, blog anda berada pada tahap yang tinggi. Saya belum dapat mencari kriteria yang sesuai untuk mengulas blog anda. Ketiga, blog anda belum terkena kiraan formula saya.

Seperti yang pernah saya beritahu pada awal penubuhan blog pengkritik blog ini (cuba rujuk entri-entri terawal blog saya, dalam bulan Ogos 2006 juga), saya mempunyai formula untuk mencari blog untuk menjadi mangsa. Pertama, saya beri anda klu menerusi labah-labah dan lalat. Kedua menerusi Msjbox, ketiga menerusi kiraan blog yang terdapat dalam senarai blogger. Saya mengulas apa sahaja. Bukan terhad kepada blog. Cuba rujuk diskripsi blog saya. Formula ini digabungkan dalam penulisan blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, dan saya dapati blog saya kini sudah mencatat lebih 1000 orang walaupun belum cukup sebulan dilancarkan. Terima kasih para pembaca. Tanpa anda siapalah saya. Terima kasih kepada sesiapa yang rajin memberi pandangan di ruangan komen, saya akan adakan ruangan khas untuk anda sebab komen yang bermakna. Wah, panjang saya tarik ayat. Berbalik semula kepada ulasan blog.

"ZWITTERION-molekul yang mempunyai cas positif dan cas negatif. Begitu jualah diriku yang mempunyai sifat kebaikan dan keburukan yang tersendiri."
Blog ini mempunyai identiti yang cukup kuat. Zwitterion adalah seorang wanita. Blog ini lebih kepada aktiviti hariannya. Berikut adalah ulasan pendek saya. Tidak begitu panjang, sebab saya rasa blog ini baik.

REKABENTUK BLOG: Biasa
Rekaan blog adalah berdasarkan rekaan asasi blogger. Tidak ada-apa ubahsuaian yang ketara. Ringkas. Hijau. Warna hijau terang yang digunakan untuk ruangan tajuk, membawa makna yang rapat terhadap unsur-unsur kimia. Selalu kita lihat dalam kartun, unsur sisa toksik yang berwarna hijau sebegitu bukan? Pilihan rekabentuk asasi blogger yang sepadan dengan gaya penulisan.

BAHASA DAN PENULISAN: Baik
Bahasa percakapan harian. Ada unsur rojak Bahasa Inggeris dan Bahasa SMS. Lotter, boleh bagi apa-apa komen untuk blog ini?

Gaya Lotter:
Wah! Saya minta maaf Kak Zwitterion. Saya mahu komen blog akak ni. Akak punya blog sudah terlekat di hati saya. Tekniknya sungguh unik. Pertama kali saya rasa seperti masuk ke makmal komputer. Oh, bukan. Makmal petroleum dan tangki air. Sekian. Saya rasa sudah terkena radioaktif!

Gaya Amiene Rev:
Zwitterion telah menggunakan unsur kiasan saintifik dengan cukup menarik dalam blog ini. Saya cukup tertarik. Blog anda boleh dicalonkan dalam senarai Anugerah Amiene Rev, kategori Identiti Blog Terbaik. Eh, siapa saya nak bagi orang lain anugerah ni. Maafkan saya. Saya berangan sahaja. Namun, ikhlas, saya suka penyampaian anda.

Anda boleh jadi seorang guru, seorang pendidik. Kaedah analogi yang baik.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Saya puji cara penulisan. Saya harap fakta yang dijahit dengan kisah kehidupan anda adalah fakta yang betul. Maaf, saya kurang arif dalam ilmu kimia. konsep-konsep saintifik yang dikaitkan dalam blog ini telah menguatkan lagi blog anda. Blog anda mempunyai identiti. Berulang-ulangkali saya sebut perkataan "beridentiti" dalam ulasan blog anda. Aiman?

Gaya Aiman:
Aiman rasa macam nak jadi saintis kimia lepas ni. Aiman tak faham apa pun tapi Aiman rasa macam menarik. Aiman tak kisah.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Blog ini dikemaskini secara mingguan. Ini boleh diterima berdasarkan kesibukan harian anda.

Aha, saya pula akan sibuk menulis novel selepas ini. Aktiviti blog akan dikurangkan jika perlu.

JARINGAN UMUM: Macam tak ada
Tak kisahlah. Bukan penting sangat. Namun sekiranya ada, itu boleh membantu saya memberi pandangan yang serba lain untuk blog ini.

JARINGAN BLOGGER: Sedikit
Kawan-kawan blogger sahaja.

KOMEN PEMBACA: Banyak
Rata-rata adalah kawan kepada blogger. Tak kisahlah. Komen yang banyak tidak semestinya membawa maksud blog itu teruk atau baik.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Anda boleh klik pada gambar yang berwarna kuning hitam macam penyengat tu untuk pergi ke Blog Keseimbangan Fasa ini. Jika anda ada apa-apa pandangan yang ingin dikongsi berkaitan dengan blog ini, bolehlah tulis dalam ruangan komen supaya pandangan anda itu kekal seadanya.