BLOG LEGENDA: Sera Honeybiru
Saya masih baru dalam arena blog. Tujuan asal saya menulis blog, adalah untuk menguji keupayaan blog dalam menyampaikan ilmu. Namun, beberapa minggu kemudian, saya menemui sesuatu.
Ramai orang ada menulis sesuatu dalam blog mereka. Honeybiru. Sera. Sera bagus. Siapakah Sera? Maka saya menjadi pemburu blog. Mencari dan mencari blog ini.
Ini adalah blog dalam legenda. Kerana orang ramai sering menyebut-nyebut mengenainya. Saya tertanya-tanya adakah Sera juga mempunyai sejarah silam yang sama seperti saya? Atau... apakah masalah sebenarnya?
Saya terus mencari dan mencari blog ini. Saya menemui beberapa nukilan Sera dalam beberapa enjin pencari laman web. Namun itu tidak dapat membongkar sepenuhnya kisah Sera.
Akhirnya saya memutuskan. Sera mempunyai satu kisah, yang mendera jiwanya. Kisah yang perlu dicari penyelesaiannya. Penyelesaian.
Maka saya terus memburu blog ini.
Hari ini saya telah menemuinya. Pemburuan blog ditamatkan serta merta.
Sera...
Sera telah kembali... ada sesuatu... lupakan... itu terlalu peribadi...
Ini adala blog kedua yang tidak dapat saya ulas dengan lebih lanjut. Saya tahu blogger-blogger senior tentu mengenali Sera dan Honeybiru.
Sayang sekali, saya tidak dapat mengetahui kisah silam Sera.
Namun kisah silam adalah untuk dilupai... walaupun berat. Walau pun sakit hati itu tidak mungkin dapat dihilangkan. Walau pun luka dan kepedihan terus menyerang mental dan fizikal. Cabaran hidup itu harus diteruskan...
... hingga ke saat terakhir. Hingga tidak bernafas lagi.
Masa semakin singkat. Allah akan menentukan segalanya. Keajaiban. Kita nantikan.

|