BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, November 26, 2010

Surat Pembaca - Teruna Kesepian Mencari Cinta Sejati

Surat kiriman daripada Teruna Kesepian:
Saya orangnya memang serious dalam bercinta..tapi saya ingin mencari cinta yang ikhlas dan setia..saya pernah bercinta dengan seorang gadis tapi tidak kekal lama..saya memang sayang gila dekat dia.. Saya pun sudah serahkan sepenuh hati saya untuk dia..

Jadi suatu hari dia minta putus atas beberapa sebab yang saya sendiri pun tak berapa nak tau..kami sudah putus dekat 2 tahun lebih tapi perasaan saya terhadap dia masih sama..selepas saya putus dengan dia, saya telah jadi fobia dan tidak percaya lagi dan perempuan..saya ni memang serious dalam bercinta..kalau saya dah saya, suka, cinta ataupun apa-apa lagi memang sampai bila-bila..tapi saya sampai sekarang still berhubung lagi tapi cuma sebagai kawan..

Saya ni macam terlalu berharap sangat pada dia..tapi diikutkan saya, saya memang tak nak couple balik dengan dia..tapi kalu dah jodoh nak buat cam ne..saya tak pernah couple selepas putus dengan dia sebab saya fobia..saya teringin nak ada awek.. Malahan saya cemburu tengok member-member ada awek..apa pendapat, nasihat ataupun apa-apa lah..????

Maklum balas daripada Amiene Rev:

Sejujurnya ingin saya beritahu kepada Encik Teruna Kesepian, betapa seksanya untuk menyunting ayat-ayat yang Encik Teruna Kesepian tulis. Di sini saya mengambil kesempatan kepada semua pembaca, tulislah surat dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau sekurang-kurangnya ejaan dan susunan ayat yang betul, bukan Bahasa SMS dan struktur ayat yang salah. Surat Encik Teruna Kesepian ini telah disunting dari struktur ejaan perkataan-perkataannya untuk memudahkan kefahaman pembaca.

Perlu diingatkan, bahawa percintaan Encik Teruna Kesepian hendaklah berlandaskan niat untuk mencari keredhaan Allah, bukan sebab cemburu atau terpengaruh dengan kawan-kawan. Apabila bercinta, tidak perlulah mencintai seseorang sampai gila-gila, cukup-cukup sajalah. Jangan cinta melebihi tanggungjawab, biar tanggungjawab melebihi cinta.

Buatlah solat istikharah dan mohon kepada Allah S.W.T sama ada Encik Teruna Kesepian sudah sampai masa atau cukup syarat untuk mendirikan rumah tangga atau pun belum. Itu lebih baik dam semestinya Allah akan memberikan petunjuk yang terbaik untuk hamba-Nya. Sekian.