Resepi Singgang Daging Kelantan - Kelantan Beef Stew
Resepi Daging Singgang Kelantan Ulam Raja
Kelantan Beef Stew (menurut kata sesetengah orang)
Oleh Amiene Rev
Kelantan Beef Stew (menurut kata sesetengah orang)
Oleh Amiene Rev
Bulan November nanti, umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Di Kelantan, ada tradisi di mana pihak yang menjual lembu yang hendak dikorbankan akan memasak sedikit (bukan sedikit juga), daging-daging yang segar untuk jadikan tiga jenis lauk. Salah satu lauk yang paling popular ialah Singgang Daging Kelantan. Singgang Daging Kelantan sangat mudah dimasak. Oleh sebab itu menu Singgang Daging Kelantan ini menjadi salah satu menu pantas yang disediakan untuk mereka yang turut bergotong-royong dalam aktiviti korban sempena Hari Raya Aidil Adha.
Resepi Singgang Daging Kelantan memerlukan bahan-bahan seperti berikut:
- Daging lembu yang telah dihiris nipis-nipis
- Lengkuas (bahan masakan utama dalam mana-mana menu singgang)
- Halia (boleh letak sekiranya perlu, tapi jarang-jarang digunakan)
- Asam keping (jika suka masam, tambah lebih sedikit)
- Bawang putih dipotong nipis-nipis (supaya rasanya merebak)
- Bawang merah dipotong nipis-nipis (supaya rasanya merebak)
- Ketumbar yang telah ditumbuk sedikit (supaya aromanya sedap)
- Cili kering (boleh ditumbuk atau dilumatkan)
- Gula melaka (letak sedikit sahaja
- Budu (inilah identiti Singgang Daging Kelantan)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa (satu lagi identiti masakan Kelantan)
Cara-cara memasak Singgang Daging Kelantan
- Pastikan daging yang hendak dimasak singgang tadi telah dihiris senipis-nipisnya. Semakin nipis, semakin sedap rasanya, semakin lembut dan enak untuk dikunyah.
- Masukkan semua bahan, gaulkan dengan daging dan perap seketika. Jika tidak mahu perap pun tidak apa sebab kita mahu masak singgang, sudah pastilah semua perisa akan menyerap masuk ke dalam daging (jika daging sudah dihiris nipis-nipis, tak perlu perap).
- Renehkan daging sehingga masak dan empuk. Hidangkan dengan nasi putih. Singgang Daging Kelantan sangat sedap dimakan dengan nasi putih dan Ulam Raja.
|