Surat Pembaca - Bingung Dalam Hidup Remaja
Surat kiriman daripada Firdaus yang berasa bingung dalam kehidupannya:
Saya amat sukar untuk menempuh alam remaja yang penuh onak dan duri, saya kurang bersemangat dengan apa yang saya buat. Apakah yang patut saya lakukan?
Panduan kehidupan remaja daripada Amiene Rev:
Zaman peralihan daripada kanak-kanak ke remaja memang menyukarkan bagi kebanyakan remaja, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas pendidikan kemanusiaan yang kukuh atau tidak ada model atau individu yang boleh dicontohi semasa remaja. Pengaruh rakan sebaya yang semakin kuat menghasut diri seseorang remaja itu untuk bertindak di luar batas fikiran.
Bagi Firdaus yang baru melalui zaman remaja, perkara-perkara yang membingungkan seperti perubahan bentuk badan, ketinggian, suara dan lain-lain perkara adalah perkara biasa. Malah, adalah menjadi perkara biasa bagi remaja yang sudah akil baligh untuk dilarang atau ditegaskan supaya menjaga pergaulan antara lelaki dengan perempuan, tidak boleh bermain-main seperti kanak-kanak, perlu memikul tanggungjawab, perlu berdikari dan diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri bagi sesetengah perkara.
Ibu bapa juga biasanya akan menganggap, apabila sudah masuk ke alam remaja, anak mereka boleh berfikir sendiri dan boleh melakukan sendiri. Justeru, sudah pasti bagi seorang anak remaja seperti Firdaus, akan merasa sunyi, terpinggir dan terasing lantaran sikap ibu bapa yang sudah tidak lagi memanjai Firdaus seperti pada zaman kanak-kanak dahulu.
Firdaus juga mungkin bingung sebab dalam kebanyakan hal, Firdaus dibiarkan bertindak sendiri dan kadangkala apabila melakukan satu-satu perkara, ditegur pula. Sebenarnya ini perkara biasa. Firdaus sebenarnya sedang diberi peluang untuk berdikari dan membina keyakinan kendiri. Apabila ibu bapa menegur, maknanya mereka melihat kesalahan yang mungkin tidak memberi kesan pada masa kini, tetapi kesan jangka panjang atau kesan pada masa akan datang. Terimalah teguran seadanya.
Tentang fizikal pula. Perubahan rupa paras dan suara tentunya kadangkala menimbulkan rasa malu kepada diri seseorang anak remaja itu kerana mereka tidak dapat menerima perubahan seperti itu. Mereka mahu kembali ke alam kanak-kanak yang comel. Mereka mahu kembali ke alam kanak-kanak di mana ibu bapa dan orang-orang dewasa yang lain memanjai mereka. Kebanyakan ibu bapa beranggapan, apabila anak-anak sudah menjadi remaja maka mereka seharusnya bijak berfikir sendiri dan sebab itulah selalunya anak-anak remaja dimarahi apabila tidak melakukan satu-satu perkara dengan betul. Ini juga perkara biasa.
Laluilah segala onak dan duri itu dengan tabah. Cuba lihat setiap perkara itu secara positif dan jangan bersangka buruk biarpun kadangkala tindakan orang dewasa terhadap diri Firdaus itu dianggap kasar, tidak memahami, menuduh dan suka menyalahkan Firdaus. Anggaplah mereka sebenarnya cuba mendidik Firdaus. Mungkin cara penyampaian mereka mengguris perasaan Firdaus, lalu menyebabkan Firdaus tidak berpuas hati dengan mereka. Biarkan. Tidak perlu memberontak, menjawab atau berlaku kurang ajar.
Dunia remaja belum serumit dunia orang dewasa. Dunia orang dewasa memerlukan daya fikiran yang lebih kompleks. Dalam dunia orang dewasa, ada perkara yang kelihatan buruk tetapi sebenarnya baik. Ada benda yang pahit tetapi sebenarnya ubat. Jadi, alam remaja adalah pengenalan terhadap dunia manusia yang sebenarnya. Pelajarlah selok-belok kehidupan manusia menerusi alam remaja secara sabar dan tabah. Maka Firdaus akan mendapati ada sesuatu yang sangat bermakna. Sesuatu yang kita panggil sebagai pengalaman hidup. Pengajaran dan teladan.
Selamat menghadapi dunia remaja!

|