BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, November 17, 2010

Bom Perang Dunia Ke-2 Ditemui Di Pulau Galapagos

Kredit Foto: www.kqed.org

Kura-Kura Galapagos dan Bom Perang Dunia Kedua
Sebuah Karya Amiene Rev

Usiaku sudah menjangkau ratusan tahun
Aku telah lihat di sini
suatu masa
pernah menjadi medan pertempuran

Kini
aku lihat semua sudah aman damai
namun aku tetap rindu
sama saudara-saudaraku yang telah pergi

Dan kini
aku melihat lagi
beberapa butir bom
ditemui semula di sini
dan ramai manusia mencari gali di sana sini

Apakah mereka mahu kembali berperang?
Aku gementar
aku cuma seekor kura-kura
di Pulau Galapagos ini.