BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, November 30, 2010

Kenapa Anjing Haram Dalam Agama Islam? - Soalan Daripada Pengunjung Bukan Islam

Kenapa anjing dan babi haram bagi orang-orang Islam? Kenapa air liur anjing haram untuk umat Islam?

Jawapan untuk kenapa anjing diharamkan untuk umat Islam:
Anjing dan babi, kedua-dua ini dalam Islam dikategorikan sebagai najis mughalazah (mughalazoh). Babi atau khinzir atau 'pig' atau 'nangoi' atau kerbau pendek ini mengandungi banyak virus dan cacing pita serta boleh mengundang penyakit-penyakit berbahaya.

Menurut Kamus Perubatan Laros Medical, antara penyakit yang merbahaya ialah penyakit yang berasal dari telur benih sejenis cacing yang banyak didapati di dalam usus anjing, cacing disemai di setiap pelusuk melalui najisnya di rumah-rumah dan pada setiap tempat ia berulang-alik kepadanya.

Penyakit tersebut boleh berpindah kepada manusia melalui sentuhan anjing kepada bekas makanan atau bekas air yang diminumnya, kerana hidung, mulut dan sekitarnya sebagai tempat membawa penyakit.

Kematian Akibat Jangkitan Daripada Air Liur Anjing
Jangkitan daripada anjing berlaku sewaktu sedang bermain-main dengannya tanpa berhati-hati untuk menjaga kulit dari air liurnya. Di India terdapat orang-orang yang mati disebabkan penyakit anjing dianggarkan lebih daripada 15 ribu orang setahun. Di Sri lanka 30 orang dari setiap juta orang dari jumlah penduduk. Di Filipina 12 dari setiap juta penduduk. (Dr al Saiyid Salman a Saqa dalam tulisannya “Air Liur Yang Membunuh” dalam majalah Manar al Islam Mac 1986).

Antara penyakit yang dibawa oleh anjing kepada manusia ialah penyakit kulit disebabkan kuman-kuman tersebut meresap ke kulir, ia menjadi kudis dan calar-calar di kulit. – Menurut Dr Hisyam Ibrahim al Khatib dalam bukunya “Kemudaratan Kesihatan Akibat Pemeliharaan Anjing”.

Sumber : Mukjizat Ilmiah Dalam Islam (Sunnah Nabawiah) – Muhammad Kamel Abd Samad.

Hadis-hadis dan ayat-ayat Quran berkenaan anjing

Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

Ayat-ayat Al-Quran Berkenaan Pengharaman Babi atau Khinzir:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173)

Ayat-ayat Al-Quran berkenaan Anjing Sebagai Binatang Buruan:
Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)

TERJEMAHAN DAN TAFSIR:
[1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

[3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.