BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, November 01, 2010

Anak-Anak Yatim Anak-Anak Orang Miskin

Antara Mahasiwa dan Guru dengan
Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Orang Miskin - Siri 1
Penulis: Amiene Rev (C) 2010

Sejak di universiti, aku sudah mempunyai semacam satu perikatan dengan anak-anak yatim ini. Mereka bagaikan anak-anakku. Bila-bila masa sahaja aku akan muncul, membantu mereka. Maksud aku, mengajar mereka, tentang ilmu dan persediaan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Semasa di universiti dahulu, aku menghabiskan wang biasiswa untuk berulang-alik menemui mereka. Menanggung sendiri tambang bas dan teksi untuk pergi dan balik. Sehinggakan pada satu ketika, aku sendiri tidak ada wang untuk diriku sendiri. Mungkin ada orang kata, kerja yang aku lakukan ini gila. Naluriku pula mengatakan tidak.

Tahun-tahun dulu aku melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswa, aku melihat transaksi kehidupan yang berbeza dan semakin berbeza tiap-tiap tahunnya. Aku melihat perlahan-lahan adab dan akhlak, moral dan iman luntur dalam diri kebanyakan anak muda. Lantas, hati aku semakin kuat diselubungi kebimbangan.

BERSAMBUNG...