BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, November 10, 2010

Surat Pembaca - Tertekan Kerana Tidak Ada Peluang Menyambung Pelajaran

Surat kiriman daripada Pavi yang tertekan kerana tidak ada peluang melanjutkan pengajian:
Sekarang saya 18 tahun.saya dapat keputusan yang amat teruk. Sebenarnya saya target 7A dalam SPM tetapi saya dapat 7D. Oleh itu saya tidak dapat menyambung pelajaran saya. Selain itu,ibu bapa dan saudara mara bagi tekanan. Kata-kata yang digunakan mereka menghancurkan hati saya. Mereka tidak boleh faham perasaan saya. So,saya nak support to continue my studies. Thanks.

Jawapan daripada Amiene Rev yang memberikan sokongan:
Kehadapan Pavi. Sesungguhnya hidup ini bak kata, tidak seindah yang diharapkan, tidak seburuk yang disangkakan. Pavi perlu tabah menerima kenyataan, bahawa hidup ini bukan mudah untuk diharungi, tidak susah untuk dirintangi.

Jika Pavi mahu menyambung pelajaran, sambunglah. Sambunglah mengikut apa yang Pavi mampu. Sambunglah pelajaran mengikut kemahiran dan kebolehan yang Pavi ada. Belajarlah merangkak, berdiri, berjalan dan kemudiannya berlari.

Kadangkala akan ada orang yang memandang rendah kepada diri Pavi, lantaran pencapaian akademik yang sangat tidak memuaskan. Jangan peduli semua pandangan rendah itu. Mereka semua memandang rendah Pavi, jika Pavi terus membiarkan diri Pavi di atas lantai atau tanah selepas tersungkur di medan perjuangan SPM. Jika Pavi bangkit dan bangun, berdiri atau memanjat tangga, pokok atau apa-apa benda yang tinggi, sudah tentu mereka akan memandang tinggi ke atas diri Pavi.

Maksud yang tersirat daripada ayat-ayat di atas ialah, jika Pavi tidak mahu berusaha untuk maju, akur dengan kata-kata orang lain, maka Pavi tidak akan maju. Percayakah Pavi, semakin kuat Pavi menekan tanah semasa hendak melompat, maka semakin tinggilah Pavi dapat melompat. Daya atau tekanan yang semakin berat ketika dilepaskan akan menghasilkan kuasa momentum yang hebat, bak kata, lompatan saujana.

Pavi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan menjadikan tekanan orang lain itu sebagai dorongan untuk maju, maka nescaya, suatu hari nanti, Pavi akan berjaya. Selamat berusaha dan maju jaya! Pavi pasti boleh!