BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Ogos 31, 2006

Definisi Merdeka Erti Kemerdekaan Berubahkah Maksudnya?

Hari ini sudah 49 tahun negara kita Malaysia merdeka. Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Adakah 49 tahun merdeka atau 43 tahun? Bukankah Sabah dan Sarawak adalah dua negeri di bawah Malaysia? Malaysia sudah merdeka selama 49 tahun. Apakah maksud kemerdekaan itu telah tercapai? Untuk tujuan itu saya telah membuat penilaian seperti ini. Ini adalah penilaian kemerdekaan berdasar Skala Kemerdekaan Amiene Rev.

Untuk setiap kenyataan di bawa, cuba anda buat pemarkahan mengikut skor berikut:

4: Sangat Setuju (Semua Orang Begitu)
3: Setuju (Ramai Orang Begitu)
2: Tidak pasti (Ada Yang Begitu, Ada Yang Tidak Begitu)
1: Tidak Setuju (Sedikit/Tak Ramai Yang Begitu)
0: Sangat Tidak Setuju (Tidak Ada Orang Begitu)


Kenyataan-kenyataan adalah seperti berikut. Orang dalam nilai skor di atas merujuk kepada masyarakat di Malaysia.

Malaysia adalah merdeka apabila:
  1. Malaysia tidak dijajah oleh bangsa asing.
  2. Malaysia tidak berada di bawah naungan negara atau kuasa lain.
  3. Malaysia masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  4. Budaya bangsa kita masih kekal dan diamalkan.
  5. Bahasa Melayu masih menjadi bahasa rasmi.
  6. Rakyat Malaysia masih kelihatan seperti orang tempatan.
  7. Rakyat Malaysia ramai yang tahu berbahasa Melayu.
  8. Lauk pauk tradisional bangsa kita masih menjadi makanan pilihan utama.
  9. Rakyat Malaysia sensitif terhadap kesalahan dalam ejaan dan penggunaan bahasa kebangsaan di papan tanda dan papan kenyataan.
  10. Rakyat Malaysia masih menjaga adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan.
  11. Rakyat Malaysia masih berpakaian serba sopan dan beradab.
  12. Rakyat Malaysia berbudi bahasa apabila bercakap dengan orang lain.
  13. Rakyat Malaysia tahu menghormati orang yang lebih tua.
  14. Rakyat Malaysia masih mengagung-agungkan Bahasa Melayu.
  15. Rakyat Malaysia sering menulis dengan Bahasa Melayu yang betul biarpun secara tak rasmi.
  16. Rakyat Malaysia yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghadapi sesuatu cabaran.
  17. Rakyat Malaysia sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.
  18. Rakyat Malaysia tidak suka berhibur malah lebih mementingkan akademik untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang.
  19. Rakyat Malaysia tahu berdikari, tidak suka bergantung kepada sumber atau orang luar.
  20. Rakyat Malaysia akan sentiasa bersatu padu apabila menghadapi masalah besar.
  21. Rakyat Malaysia mampu membantu dan menanggung negara lain apabila berlaku masalah di negara lain seperti bencana alam, kegawatan ekonomi dan peperangan.
  22. Malaysia mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
  23. Malaysia dihormati oleh negara-negara asing.
  24. Malaysia mempunyai status ekonomi yang kukuh.
  25. Malaysia mampu mengatasi masalah dalaman negara tanpa campur tangan negara lain.
  26. Malaysia pandai berunding dalam segala hal seperti ekonomi, pembangunan dan politik.
  27. Semua kaum di Malaysia saling tolong menolong dan prihatin terhadap persekitaran.
  28. Semua kaum di Malaysia sedia menyumbang tenaga untuk kedamaian negara.
  29. Semua kaum di Malaysia mengamalkan budaya Malaysia yang asli.
  30. Semua kaum di Malaysia saling hormat menghormati dan sayang menyayangi.
  31. Agama Islam kekal sebagai agama utama di Malaysia.
  32. Pemimpin Malaysia adil dan saksama.
  33. Rakyat sedar dan faham betapa pentingnya mematuhi undang-undang negara.
  34. Rakyat Malaysia akan berasa sangat marah apabila imej dan budaya Malaysia dicemar.
  35. Rakyat Malaysia tahu menyanyikan lagu Negaraku.
  36. Rakyat Malaysia lebih suka budaya tempatan berbanding budaya asing.
  37. Rakyat Malaysia lebih suka berbahasa Melayu berbanding bahasa asing.
  38. Rakyat Malaysia lebih suka makanan tempatan berbanding makanan asing.
  39. Rakyat Malaysia lebih suka penampilannya kelihatan tempatan berbanding kelihatan rupa rakyat di negara asing.
  40. Rakyat Malaysia tidak rasa menulis blog dalam Bahasa Melayu yang betul itu sebagai satu tekanan atau bebanan.
  41. Rakyat Malaysia seronok menulis blog dalam Bahasa Melayu yang rasmi.
  42. Rakyat Malaysia rasa bersalah apabila mencemar Bahasa Melayu ketika menulis.
  43. Rakyat Malaysia tidak senang hati melihat Bahasa Melayu tercemar.
  44. Rakyat Malaysia sentiasa memperbaiki penulisan Bahasa Melayunya.
  45. Rakyat Malaysia lebih mahir berbahasa Melayu berbanding berbahasa asing.
  46. Rakyat Malaysia mahu orang Malaysia sentiasa maju.
  47. Rakyat Malaysia suka memberi sumbangan terhadap negara dalam apa cara bidang dengan identiti orang Malaysia.
  48. Rakyat Malaysia sentiasa menghayati sejarah kemerdekaan sehingga berasa terharu mengenangkan perjuangan orang-orang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.
  49. Rakyat Malaysia sentiasa berdoa kesyukuran setiap kali jam menunjukkan 12.00 tengah malam pada setiap 31 Ogos.
  50. Rakyat Malaysia sentiasa berani mempertahankan kedaulatan sehingga ke titisan darah terakhir apabila negara diancam oleh kuasa luar atau negara asing.

Buat masa ini saya paparkan 50 kenyataan untuk dinilai. Terlalu banyak dan luas erti kemerdekaan untuk dihayati. Namun apa yang saya lihat, definisi kemerdekaan itu makin lama makin sempit. Sudah berubah dari menjadi kemerdekaan negara kepada kemerdekaan individu.


Skor Kemerdekaan Amiene Rev:

150 ke atas = Malaysia Sememangnya Merdeka
100 ke 149 = Malaysia masih Merdeka
50 ke 99 = Kemerdekaan Malaysia terancam
Bawah 50 = Malaysia tidak merdeka.

Definisi Kemerdekaan - Erti Pemikiran Merdeka atau Pemikiran Di Luar Kotak

Adakah kita, rakyat Malaysia benar-benar memahami apakah maksud perkataan merdeka dan apakah definisi kemerdekaan buat kita semua sebagai warga Malaysia? Mari kita teliti dan fahami beberapa jenis kemerdekaan yang boleh dicapai.

Kemerdekaan dari segi sikap: Minda kita adalah merdeka apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sikap-sikap negatif seperti malas, bekerja kerana terpaksa (tidak bersungguh-sungguh atau tidak ikhlas), lambat bertindak, sering menangguhkan kerja, tidak fokus terhadap pekerjaan dan kabur dengan matlamat perjuangan hidup.

Kemerdekaan dari segi pemikiran: Pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang tidak terkongkong dan bebas daripada nilai-nilai negatif. Pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang mencetus pembaharuan dan idea-idea bernas yang memberi sumbangan terhadap masyarakat.

Untuk mencapai kedua-dua jenis kemerdekaan di atas, kita harus membebaskan diri daripada pemikiran dan sikap mementingkan diri, sikap suka mempertahankan status quo kepada keinginan untuk berubah mengatasi masalah dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Pemikiran merdeka atau pemikiran "out of the box" boleh dianggap sebagai jalan pemikiran seorang wira atau hero. Dr. Frank Crane pernah berkata, "Sahabat kita yang terbaik dan juga musuh kita yang terketat ialah pemikiran kita. Sesebuah fikiran berkemungkinan memberi faedah kepada seorang doktor, pegawai bank atau sahabat yang setia. Pada masa yang sama ia juga boleh mencederakan kita, lebih teruk berbanding seketul batu."

Orang yang berfikir di luat kotak bermaksud dia mampu berfikir d luar batasan pemikiran dan amalan biasa, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut yang berbeza dan melampaui nilai norma yang sedang diikuti. Pemikiran orang seperti ini adalah imaginatif, fleksibel dan percaya ada sesuatu perkara baru yang belum dibuat dan masih boleh dilakukan.

Menurut Ed. Bernacki, lima ciri atau sikap orang yang berfikir di luat kotak ialah:
  1. Mengambil perspektif baru dalam melaksanakan tugas-tugas harian.
  2. Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup melaksanakan sesuatu secara berlainan.
  3. Memberi tumpuan kepada mencari idea-idea baru dan bertindak ke atas idea-idea tersebut.
  4. Berusaha mencipta nilai melalui kaedah-kaedah baru.
  5. Memberi perhatian, menghormati dan menyokong idea-idea yang dikemukakan oleh orang lain.
Sementara itu John F. Kennedy pernah mengatakan bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan hanya dengan menghadkan pemikiran dan penglihatan kepada realiti semata-mata. Seseorang itu perlu mampu untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

LAGU KEMERDEKAAN

NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta

**************

LAGU JALUR GEMILANG (Lagu asal: Benderaku)
Komposer dan lirik oleh Tony Fonseka

Jalur Gemilang ku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Jalur Gemilang oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku


Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia


Jalur Gemilang bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.

**************

JALUR GEMILANG (Lagu Rasmi)
Komposer dan Lirik: Pak Ngah / Siso Kopratasa

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

**************
KERANAMU MALAYSIA
Komposer dan Lirik: Pak Ngah / Siso Kopratasa

Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya


Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara


Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

(ulang dari awal)

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

**************

31 OGOS
Penyanyi: Sudirman
Komposer dan lirik: Ahmad CB



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Rabu, Ogos 30, 2006

BLOG: Abah Mui'zz - Cerita tentang hidup... dan kehidupan

Seperti biasa, klik pada imej ayah dengan bayi ini untuk ke blog abahmuizz. Kita baca apa Abah Muizz tulis. Entah kenapa, bila saya baca entri-entri dalam blog Abah Muizz ini, saya rasa seperti sedang merenung sesuatu. Ya, blog ini penuh dengan kata-kata yang bernada lembut, kata-kata berunsur nasihat yang direfleksikan daripada pengalaman peribadi Abah Muizz sendiri.

Ini adalah blog jurnal peribadi. Saya suka dengan gaya penulisannya. Mesej yang disampaikannya boleh membuatkan kita berfikir. Blog yang penuh dengan pengajaran.

Berdasarkan maklum balas terbaru, saya dapati ada sesetengah pembaca yang tidak suka kalau saya menggunakan gaya-gaya tertentu. Maka bermula daripada entri bertajuk "Kritik Blog Anda?", saya akan menggunakan satu gaya utama untuk mengulas blog-blog anda. Namun tujuannya tetap satu, walaupun anda mahu blog anda dikritik secara pedas, atau cara lembut, saya tetap akan cuba memberi kritikan dan ulasan yang membina. Sebabnya, saya sudah pun memberitahu para pembaca dalam entri-entri sebelum ini mengenai tujuan saya mengkritik blog. Ada sebab-sebab tertentu yang positif untuk kebaikan masyarakat semua. Berbalik semula pada ulasan saya untuk blog ini.


REKABENTUK BLOG: Biasa
Rekabentuk asasi blogger. Tidak ada sebarang ubahsuaian yang ketara.


BAHASA DAN PENULISAN: Bagus
Bahasa dan gaya penulisan Abah Muizz menarik perhatian saya. Gayanya yang bersahaja dan menenangkan. Sejuk. Lembut. Namun dalam sejuk dan lembut itu ada ketajamannya. Kaedah yang digunakan oleh Abah Muiz ialah menyelit isu semasa atau kehidupannya, kemudian dibalut dengan iktibar. Menarik.

Membaca blog ini seolah-olah membaca surat Abah Muizz yang ditujukan kepada saya, mungkin kita. Tulisannya seolah-olah berinteraksi dengan pembaca. Bagus.

Bahasa yang digunakan tidak 100% Bahasa Melayu rasmi, masih ada rojak. Ada juga bahasa singkatan dan bahasa percakapan harian.

Saya tahu saya tidak boleh memaksa para penulis blog untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang betul. Sebab setiap orang mempunyai tujuan penulisan yang berbeza. Ada yang menjadi blogger semata-mata untuk meluahkan perasaan, menghilangkan tekanan atau mengisi masa lapang. Namun, saya benar-benar berharap agar para blogger cuba sedaya upaya untuk menggunakan bahasa kebangsaaan kita dengan sebaik mungkin. Saya juga sedang mencuba ke arah itu untuk diri saya sendiri, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.


ISI KANDUNGAN: Sangat Bagus
Saya memetik entri pertama dari blog Abah Muizz:

"Out of nowhere, tetiba je tergerak hati nak create blog. Abah tahu abah tak reti nak menulis-nulis ni, tapi dah seronok baca blog orang lain, yang masing-masing, ada cerita dan penulisan yang menarik, so, create la satu. Harap-harap bila orang baca, ada la kebaikan/iktibar atau apa sajalah, yang boleh dipelajari. Abah tak tahu lagi pun nak menulis tentang apa,mungkin lebih pada kehidupan seharian abah. Seronok juga berkongsi cerita tentang hidup, dan kehidupan." - Abah.

Di sini saya boleh katakan, Abah Muizz adalah seorang blogger yang fokus terhadap isi kandungannya. Walau pun ada terselit peristiwa-peristiwa lain, namun matlamat penulisan blog Abah Muiz, tercapai. Saya sukakan blogger seperti Abah Muizz. Banyak pengajaran yang boleh saya pelajari dari blog Abah Muizz.


TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Secara puratanya adalah mingguan. Entri yang dipos adakalanya sangat panjang dan adakalanya sederhana. Mungkin bergantung pada masa lapang Abah Muizz. Tidak ada sebarang paksaan dari segi ini. Kita menulis berdasarkan bila kita kelapangan. Ada urusan harian yang realistik perlu diuruskan. Seperti saya, perlu juga meluangkan masa untuk akademik dan sukan selain dari aktiviti penulisan buku dan blog. Gaya hidup yang sihat dan berfaedah. Begitu juga Abah Muizz.

JARINGAN UMUM: Sedikit
Ada beberapa jaringan kegemaran Abah Muizz disertakan dalam blog ini. Saya juga suka laman web Harun Yahya. Salah satu sumber inspirasi penulisan saya.


JARINGAN BLOGGER: Sedikit
Jaringan rakan-rakan blogger tidak begitu banyak. Namun saya percaya blog ini mendapat kunjungan daripada pembaca-pembaca lain juga.


KOMEN PEMBACA: Sedikit
Sekejap ada komen. Sekejap tidak ada komen. Namun komen pembaca tidak penting. Cuma apabila saya melihat jika ada komen, saya boleh melihat apa pandangan pembaca terhadap entri yang ditulis. Adakah sama? Atau berbeza dengan pandangan saya. Komen di Msjbox juga saya teliti. Rata-rata bersetuju blog Abah Muizz ini adalah blog yang menarik dan positif.


Rasanya, tamatlah sudah pemburuan blog untuk hari ini. Saya ada aktiviti lain untuk dilaksanakan. Melihat dunia luar, melihat persediaan sambutan kemerdekaan. Hidup itu tidak perlu terkongkong di depan komputer semata-mata. Penulisan semata-mata. Perlu keluar untuk melihat dunia sebenar.

Ya! Sampai jumpa lagi. Para pembaca yang saya sayangi dan hormati. Tidak lupa juga kepada blogger-blogger yang blognya pernah saya ulas. Saya sentiasa melihat perkembangan blog anda.

Selasa, Ogos 29, 2006

BLOG: Keseimbangan Fasa

Pernahkan anda menemui catatan harian seorang blogger yang sering mengaitkan penulisannya dengan unsur-unsur kimia. Ya, ini adalah keunikan yang terdapat dalam sebuah blog. Penulis ini menggelar dirinya Zwitterion. Nama blognya cukup panjang. Blog semacam ini bagus diulas.

Bagi blogger yang belum diulas blognya, janganlah berkecil hati. Ada sebabnya saya tidak dapat mengulas blog anda walaupun telah diterima jemputan. Sebab-sebabnya ada banyak. Pertama, sebab saya mencari kelainan dalam blog anda. Kedua, blog anda berada pada tahap yang tinggi. Saya belum dapat mencari kriteria yang sesuai untuk mengulas blog anda. Ketiga, blog anda belum terkena kiraan formula saya.

Seperti yang pernah saya beritahu pada awal penubuhan blog pengkritik blog ini (cuba rujuk entri-entri terawal blog saya, dalam bulan Ogos 2006 juga), saya mempunyai formula untuk mencari blog untuk menjadi mangsa. Pertama, saya beri anda klu menerusi labah-labah dan lalat. Kedua menerusi Msjbox, ketiga menerusi kiraan blog yang terdapat dalam senarai blogger. Saya mengulas apa sahaja. Bukan terhad kepada blog. Cuba rujuk diskripsi blog saya. Formula ini digabungkan dalam penulisan blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, dan saya dapati blog saya kini sudah mencatat lebih 1000 orang walaupun belum cukup sebulan dilancarkan. Terima kasih para pembaca. Tanpa anda siapalah saya. Terima kasih kepada sesiapa yang rajin memberi pandangan di ruangan komen, saya akan adakan ruangan khas untuk anda sebab komen yang bermakna. Wah, panjang saya tarik ayat. Berbalik semula kepada ulasan blog.

"ZWITTERION-molekul yang mempunyai cas positif dan cas negatif. Begitu jualah diriku yang mempunyai sifat kebaikan dan keburukan yang tersendiri."
Blog ini mempunyai identiti yang cukup kuat. Zwitterion adalah seorang wanita. Blog ini lebih kepada aktiviti hariannya. Berikut adalah ulasan pendek saya. Tidak begitu panjang, sebab saya rasa blog ini baik.

REKABENTUK BLOG: Biasa
Rekaan blog adalah berdasarkan rekaan asasi blogger. Tidak ada-apa ubahsuaian yang ketara. Ringkas. Hijau. Warna hijau terang yang digunakan untuk ruangan tajuk, membawa makna yang rapat terhadap unsur-unsur kimia. Selalu kita lihat dalam kartun, unsur sisa toksik yang berwarna hijau sebegitu bukan? Pilihan rekabentuk asasi blogger yang sepadan dengan gaya penulisan.

BAHASA DAN PENULISAN: Baik
Bahasa percakapan harian. Ada unsur rojak Bahasa Inggeris dan Bahasa SMS. Lotter, boleh bagi apa-apa komen untuk blog ini?

Gaya Lotter:
Wah! Saya minta maaf Kak Zwitterion. Saya mahu komen blog akak ni. Akak punya blog sudah terlekat di hati saya. Tekniknya sungguh unik. Pertama kali saya rasa seperti masuk ke makmal komputer. Oh, bukan. Makmal petroleum dan tangki air. Sekian. Saya rasa sudah terkena radioaktif!

Gaya Amiene Rev:
Zwitterion telah menggunakan unsur kiasan saintifik dengan cukup menarik dalam blog ini. Saya cukup tertarik. Blog anda boleh dicalonkan dalam senarai Anugerah Amiene Rev, kategori Identiti Blog Terbaik. Eh, siapa saya nak bagi orang lain anugerah ni. Maafkan saya. Saya berangan sahaja. Namun, ikhlas, saya suka penyampaian anda.

Anda boleh jadi seorang guru, seorang pendidik. Kaedah analogi yang baik.

ISI KANDUNGAN: Bagus
Saya puji cara penulisan. Saya harap fakta yang dijahit dengan kisah kehidupan anda adalah fakta yang betul. Maaf, saya kurang arif dalam ilmu kimia. konsep-konsep saintifik yang dikaitkan dalam blog ini telah menguatkan lagi blog anda. Blog anda mempunyai identiti. Berulang-ulangkali saya sebut perkataan "beridentiti" dalam ulasan blog anda. Aiman?

Gaya Aiman:
Aiman rasa macam nak jadi saintis kimia lepas ni. Aiman tak faham apa pun tapi Aiman rasa macam menarik. Aiman tak kisah.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Blog ini dikemaskini secara mingguan. Ini boleh diterima berdasarkan kesibukan harian anda.

Aha, saya pula akan sibuk menulis novel selepas ini. Aktiviti blog akan dikurangkan jika perlu.

JARINGAN UMUM: Macam tak ada
Tak kisahlah. Bukan penting sangat. Namun sekiranya ada, itu boleh membantu saya memberi pandangan yang serba lain untuk blog ini.

JARINGAN BLOGGER: Sedikit
Kawan-kawan blogger sahaja.

KOMEN PEMBACA: Banyak
Rata-rata adalah kawan kepada blogger. Tak kisahlah. Komen yang banyak tidak semestinya membawa maksud blog itu teruk atau baik.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Anda boleh klik pada gambar yang berwarna kuning hitam macam penyengat tu untuk pergi ke Blog Keseimbangan Fasa ini. Jika anda ada apa-apa pandangan yang ingin dikongsi berkaitan dengan blog ini, bolehlah tulis dalam ruangan komen supaya pandangan anda itu kekal seadanya.

The Legendary of Digg - Kevin Rose - Profile and Biodata

Kevin Rose's profile and biodata:

Full name: Robert Kevin Rose
Birthdate: 21 February 1977 in
Birthplace: California USA[)

Achievement: Founding the social-bookmarking site Digg and as former co-host of the TechTV show The Screen Savers (later Attack of the Show! on G4) until his departure from the network in May 2005.

Not so bad day: He attended UNLV for Computer Science, but dropped out to pursue the 90's tech boom. After dropping out, he worked for the Department of Energy, at the Nevada Test Site, where he was a technology advisor and held a Level L security clearance. He later moved to San Francisco, California, and worked for several dot-com startups through CMGI.

Kevin Rose made $60 millions just in 18 months!


The story of legendary Kevin Rose - The Blossomer of Online Tech-Stuff

Kevin Rose build Digg first in October 2004 as an experiment. Actually the concept of dig is about the make it easier for people to seek about the latest and the most popular tech-related stuff.

Digg is actually named after the word "dig" so it is must to be understand why there is also a word "bury" or "buried story". When people come to digg.com, they will actually seek dig for some news, and if they don't like it because of many reason such as spam, piracy or else, they can buried the story.

Digg.com was officially launched at 5 December 2004. Nearly a year later, the site gained a supreme achievements when more than 100,000 members gathered as the users and Digg.com made hi-profit at about $2.8 millions. Nowaday, there are more than 500,000 users and 8.5 million unique visitors per month.


What Amiene Rev said about Kevin Rose? "He's nothing more than on of my special idol!"

Perang Peminat Datin Siti VS Mawi: Stesen TV Adalah Panglima, Peminat Adalah Soldadunya

Malam tadi, saya keluar makan di luar dan sempat melihat reaksi masyarakat tempatan mengenai peperangan antara TV3 dengan Astro+RTM. Malam tadi juga berlaku peperangan antara peminat Datin Siti dengan peminat Mawi.

Peperangan bermula dengan rancangan perkahwinan Datin Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Kemudian, tuan punya kedai makan menukar ke Astro untuk melihat rancangan Mawi dan Ina. Seorang pelanggan wanita yang marah-marah mencabut wayar Astro, dan menukar ke rancangan Datin Siti. Para pelayan di kedai makan bersorak-sorak.

Sebenarnya terlalu ramai penyokong Datin Siti malam itu. Saya cuma dapat melihat rancangan Mawi sekitar beberapa minit. Namun perkembangan ini menarik perhatian saya untuk membuat analisis mengenai perang rating antara kedua-dua stesen televisyen.

Ada peminat Datin Siti yang dengan bangganya menayangkan cenderamata perkahwinan yang diperolehinya semasa hadir ke majlis akad nikah Datin Siti dengan Datuk K baru-baru ini. Coklat, beg berwarna merah jambu, lilin, kad dan sebagainya. Bangga betul dia, cuba menghayati dan menyelami suasana perkahwinan Datin Siti dengan begitu khusyuk.

Tidak beberapa lama selepas itu, tuan punya kedai makan datang lagi dengan isterinya. Menukar kembali kepada rancangan Mawi. Para peminat Datin Siti memberontak lagi. Akhirnya tuan punya kedai menyerah kalah. Peminat Mawi malam itu telah dikalahkan oleh para peminat Datin Siti Nurhaliza. Saya ketawa dalam diam. Kelakar melihat reaksi para peminat.

Malam itu Datin Siti adalah Maharani, Datuk K adalah Maharaja, dan Tuan Panglima TV3 berjaya menakluki kedai makan itu, mengalahkan para tentera Raja Mawi, Tuan Panglima RTM dan Tuan Panglima Astro.

Masih ada beberapa reaksi yang melucukan selepas itu. Terutamanya pengunjung wanita. Gelagat mereka jauh lebih hebat jika dibandingkan ketika mereka menonton konsert Akademi Fantasia. Seolah-olah Datin Siti dan Datuk K berada di depan mereka.

Apabila kamera mengfokus ke arah Datuk K, para peminat wanita menjerit-jerit seolah terkena histeria. Ada pula yang menjerit,"Aku tak nak tengok Datuk K! Aku tak nak tengok Datuk K!" sambil menutup matanya.

Tak kurang pula yang berkata, "Hensemnya Datuk K! Ouuuwww! Euuuuuw! Auwww!"

Lemah saya mendengar suara kaum hawa yang menonton siaran langsung itu. Kelakar juga rasanya. Ikut suka kamulah cik kak dan cik adik, eh. Berbahagialah anda semua menonton rancangan ini. Anda telah menang peperangan. TV3 mendapat rating kerana anda semua.

Ketika Datin Siti dan Datuk K saling menyuap kek dan pulut. Sekali lagi para peminat Datin Siti kecoh-kecoh.

"Euuuu!" "Oooohhh!" "Auuwww!" Nasib baik tak ada yang mengaum malam itu.

Saya paling suka melihat Hetty Koes Endang. Boleh kata persembahan yang paling menarik perhatian saya pada malam itu. Protege Datin Siti Nurhaliza, Kat turun muncul memberi persembahan pada malam itu. Wah, ini satu pengalaman buat Kat, mengadakan persembahan di depan ribuan para hadirin yang terdiri daripada golongan elit, raja-raja dan pemimpin negara.

Malam perkahwinan Datin Siti dengan Datuk K telah menjadi satu malam kebudayaan. Malam yang mengeratkan hubungan antara dua negara. Datin Siti pada malam itu tidak terlepas dari tanggungjawabnya sebagai penghibur, turut menyanyikan sebuah lagu pada malam itu. Saya rasa tersayat hati melihat Datin Siti, seolah-olah rapat pula dengan dia. Seolan-olah melihat majlis persandingan adik-beradik sendiri.

Inilah yang dikatakan, apabila kita memberi sumbangan besar, jasa kita akan sentiasa dikenang. Namun untuk menjadi sehebat Datin Siti Nurhaliza, anda perlu menyemak diri sendiri sama ada anda memiliki Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Intrapersonal dan Kecerdasan Interpersonal. Jika ada, anda boleh teruskan niat anda, jika tidak cuba lihat dan majukan kebolehan lain dalam diri anda.

Anda tetap boleh memberi sumbangan dalam bidang lain. Sebagai seorang arkitek, animator atau pelukis terunggul barangkali (Kecerdasan Spatial), atau sebagai seorang ahli matematik atau pakar pengaturcaraan komputer (Kecerdasan Logik Matematik), atau sebagai seorang bintang sukan (Kecerdasan Kinestatik), atau sebagai seorang pakar motivator (Kecerdasan Intrapersonal dan Interpersonal), atau sebagai seorang pakar biologi dan tumbuhan (Kecerdasan Naturalis), atau sebagai seorang ulama (Kecerdasan Spiritual), atau seorang sasterawan (Kecerdasan Verbal) dan sebagainya. Gabungkan kecerdasan yang anda miliki, dan itulah hala tuju anda sebagai seorang yang bakal memberi sumbangan besar untuk negara tercinta.

Apa pun ada sesuatu yang menarik perhatian saya mengenai perang rating. Apakah kekuatan yang membolehkan TV3 menang pada malam itu, di kedai makan tersebut?

Pertama, Datin Siti Nurhaliza adalah bintang terkenal dan disanjung ramai. Kita sedia maklum akan hal ini. Siti memiliki bilangan peminat sudah lebih satu dekad. Pelbagai usia. Lebih ramai berbanding Mawi sendiri. Tambahan pula perkahwinan adalah sesuatu yang positif, manakala kisah Mawi dan Ina agak sensitif. Rakan ketawa senang dicari, rakan menangis sukar ditemui.

Kedua bilangan artis dan pengunjung yang ramai. Mungkin ada di kalangan ahli keluarga dan saudara mara artis yang ingin melihat persembahan artis tersebut di majlis yang dianggap sebagai satu legenda. Artis-artis yang turun padang membuat persembahan bukan calang-calang. Saya sendiri mengakui sudah lama merindui persembahan Hetty Koes Endang yang ketika masa kecil saya, dia menghiburkan saya dengan lagu-lagu yang merdu dan menyejukkan jiwa. Juga kehebatan Nora, Ziana Zain dan lain-lain artis. Sedangkan rancangan Mawi lebih berpusatkan Mawi dan Ina semata-mata. Maaf, Maharani Siti telah menang malam itu, saya tidak dapat mengulas rancangan Mawi dalam entri ini sebab kekurangan bahan.

Ketiga, majlis perkahwinan Siti boleh dianggap sebagai satu promosi budaya Malaysia. Ada acara-acara yang berkaitan adat istiadat Melayu, tarian dan sebagainya.

Keempat, majlis perkahwinan Siti boleh dianggap sebagai jambatan pengerat persahabatan antara dua negara. Artis-artis jemputan dari negara jiran turut memberi sumbangan. Ini turut menyentuh hati saya. Pada hari perkahwinannya, Datin Siti masih mampu memberi sumbangan kepada negara. Saya harap saya juga begitu pada masa akan datang.

Kesimpulannya, siaran perkahwinan Siti Nurhaliza oleh TV3 lebih rasional diadakan jika dibandingkan dengan rancangan Mawi. Apa kata RTM dan Astro?

Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tak tahu. Silalah berkongsi pandangan anda semua. Saya tak dapat lihat rancangan Mawi pada malam itu, mungkin ada sesiapa yang boleh melengkapkan bahagian tersebut? Jasa anda amat saya hargai.

Maafkan saya jika saya ada menyinggung mana-mana perasaan peminat-peminat Mawi. Saya sekadar mengucapkan apa yang saya rasa betul. Saya tak menyalahkan anda jika anda membangkang pandangan saya. Mungkin ada hikmah dan kelebihan yang lain pula dari sudut pandangan anda. Sekian terima kasih.

BLOG: Resepi Chetam

Klik Gambar Untuk Berkongsi Resepi Dengan ChetamSudah beberapa hari saya tidak mengulas blog, nampaknya ramai pembaca yang dah mula mengkritik saya di atas tindakan saya itu. Sebenarnya, ada masalah teknikal server pada waktu siang hari, di mana pada waktu pejabat, banyak laman web seperti chat, blog, Myspace dan Friendster disekat. Ini menyukarkan kerja-kerja untuk menguji kelajuan dan kelancaran blog. Saya tidak dapat buka mana-mana laman blog sekitar waktu siang tadi. Saya juga sedar ada sedikit kesilpan teknikal pada server Blogger. Hal ini telah pun diatasi oleh pihak Blogger.

Malam ini saya berkesempatan meneliti satu blog yang agak menarik. Anda semua dijemput singgah ke Teratak Chetam - Kita Kongsi Resepi! Itulah tajuk blog ini. Oh,ya. Gambar yang menjadi simbolik untuk entri ini, seperti biasa adalah salah satu gambar paling menarik dalam blog Akak Chetam. Nama model kanak-kanak yang kelihatan profesional (tukang ambil gambar pun tampak profesional juga) ialah Chenul. Tuan punya blog ini sayang sama Chenul. Banyak gambar-gambar comel dan enak (saya maksudkan makanan, jangan makan budak, ya kawan-kawan) menghiasi blog serba merah jambu ini.

Apa pun, saya dapati, Kak Chetam ini adalah seorang yang sangat penyayang dan sentiasa mengingati orang tersayang. Melalui resepi, kita juga dapat mengingati orang tersayang. Apatah lagi jika resepi tersebut kita warisi dari orang tersebut.

Maafkan saya sekiranya ulasan saya ini adalah secara mengejut dan tidak diundang. Namun inilah kejutan untuk semua. Harap para pembaca setia dapat berpuas hati.

REKABENTUK BLOG: Bagus
Secara keseluruhannya, susunan blog ini kelihatan kemas, dan storan gambar yang digunakan adalah dari imageshack.us. Saya sebenarnya suka imageshack kerana kewibawaannya dalam menyimpan imej untuk kegunaan awam. Kelemahannya cuma dari segi saiz fail yang hendak disimpan. Namun Chetam telah membuat pilihan yang bijak memandangkan gambar-gambar yang digunakan bersaiz kecil. Storan Photobucket yang saya gunakan sering menghadapi masalah di sini (gangguan server atau memang sengaja disekat kerana ada kaitan dengan Friendster, barangkali).

Saya suka dengan susunan resepi berdasarkan bulan. Saya mempelajari sesuatu dari teknik ini. Namun saya mencadangkan agar resepi-resepi ini dapat disusun secara kategori-kategori masakan. Contohnya kategori pencuci mulut, kategori kek, kategori lauk dan sebagainya.


BAHASA DAN PENULISAN: Baik
Saya kurang faham istilah dapur dan tukang masak. Namun para surirumah pasti tidak bermasalah dari segi ini. Secara keseluruhannya, ayat yang digunakan adalah lancar dan baik biarpun ada unsur-unsur rojak Inggeris dan kenegerian. Ada juga sedikit kesilapan ejaan, namun saya beranggapan bahawa itu adalah kesilapan teknikal yang sangat halus dan kecil. Contohnya ejaan aiskrim salah eja sebagai ais kerim. Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.

Panduan cara-cara memasak yang diberikan mudah difahami. Saya rasa saya mahu cuba pergi ke dapur.


ISI KANDUNGAN: Sangat Bagus
Secara keseluruhannya, saya memuji isi kandungan blog ini. Gambar-gambar menjadi pelengkap resepi dan juga panduan untuk sesiapa yang ingin mencuba resepi ini.

Rata-rata gambar adalah ditangkap sendiri oleh kak Chetam. Bagus! Tak macam saya, asyik kutip gambar dalam blog orang saja. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan Kak Chetam.

Cuma tidak ada resepi bagaimana untuk memasak anak yang comel. Oho, saya bergurau lagi. Kak Chetam juga ada menunjukkan motivasi diri dalam usaha untuk memperbaiki penyampaiannya dalam blog ini. Itu satu sifat terpuji dalam diri seorang blogger. Kak Chetam ada penghayatan dalam menjadi seorang blogger resepi. Tahniah!


TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Saya anggarkan secara mingguan, tetapi kemaskini mingguan yang sangat bermotivasi. Ya, sungguh bersemangat! Apabila menulis blog, selalunya lebih dari entri akan diposkan.


JARINGAN UMUM: Macam tak ada
Tidak ada jaringan umum. Jika ada pun secara tidak langsung. Namun terpulanglah kepada tuan punya blog untuk hal-hal seperti ini. Lebih kepada memenuhi keperluan pembaca. Jika perlu Kak Chetam akan letakkan. Itulah dari apa yang boleh saya katakan berdasar sudut pandangan saya.

JARINGAN BLOGGER: Macam tak ada
Saya dapati kebanyakan jaringan yang ada adalah milik Kak Chetam juga. Saya anggap Chetam mungkin mempunyai kumpulan pembacanya sendiri yang sudah tahu mengenai blog ini. Mungkin rakan-rakan yang lain dan menerusi blog-blog Kak Chetam yang lain. Banyak juga blog Kak Chetam ni ya. Memang seorang blogger!

KOMEN PEMBACA: Macam tak ada
Tidak ada tanda-tanda maklum balas pembaca. Namun Kak Chetam telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruangan maklum balas daripada pembaca. Ini satu langkah yang terpuji. Saya anggap Kak Chetam sebagai seorang yang bersemangat dan bermotivasi.

Setakat ini sahaja ulasan saya terhadap blog Kak Chetam berdasarkan sudut pandangan saya. Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu. Harap jika ada apa-apa komen berkaitan dengan ulasan blog ini, bolehlah dikomen pada ruangan komen untuk entri ini. Kerjasama para pembaca amat saya hargai.

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya blog ini. Para pembaca, dijemput berkunjung ke blog Teratak Chetam. Banyak resepi yang disediakan. Bila lagi nak cuba resepi Kak Chetam ya?

Selamat berkunjung dan selamat mencuba...

tidak lupa juga ucapan selamat malam.

Isnin, Ogos 28, 2006

Wow! Cuti Indah Permai

Pagi tadi banyak betul laman web kena sekat. Friendster pun kena sekat. Sekarang ni kalau waktu pejabat tak boleh buka blog. Apa nak jadi? Oleh yang demikian, saya terpaksa mengurangkan aktiviti menulis kecuali pada masa yang dibolehkan. Selain aktiviti akademik dan sukan dan banyak lagi benda-benda berfaedah yang boleh dilakukan.

Dalam keadaan yang bernasib baik itu, saya berjaya membuka laman web yang ada kaitan dengan percutian. Maklumlah sekarang ni tengah sibuk promosi percutian, saya pun nak juga tahu apa perkembangannya. Bersempena dengan kempen Cuti-cuti Malaysia ini, maka saya dengan sukacitanya menjemput anda untuk menjenguk pakej-pakej yang ditawarkan dalam laman web ini.

Di bawah ini antara beratus-ratus pakej percutian yang sempat saya teliti. Ada sebabnya kenapa anda boleh bayar RM1 sahaja. Ada banyak lagi yang berharga sekitar RM1 ke RM20, tapi saya rasa elok anda terokai sendiri laman web ni.



Aquaria KLCC, Kuala Lumpur
Member Price : RM1 (satu ringgit)
Normal Price : RM28
Duration : Per Person
Hits: 758




Theme Park Fun Packages, Genting Highland
Member Price : RM20 (dua puluh ringgit)
Normal Price : RM260
Duration : 2D/1N
Hits: 535




Salang Beach Resort, Tioman
Member Price : RM20
Normal Price : RM260
Duration : 3D/2N
Hits: 85



Suria Perhentian, Free N Easy, Terengganu
Member Price : RM46
Normal Price : RM286
Duration : 3D/2N
Hits: 2603



Mutiara Taman Negara, Pahang
Member Price : RM20
Normal Price : RM260
Duration : 3D/2N
Hits: 74


Ada banyak lagi. Di atas ni cuma sampel pakej sahaja. Untuk keterangan lanjut sila klik link di bawah ini:





Aha, saya minta tolong jangan ubah kod ini. Itu satu bentuk penganiayaan kepada diri saya ini. Saya pun nak cari makan juga. Manusia katakan. Apa-apa pertanyaan boleh dilihat menerusi laman web itu. Saya tengok laju benar orang masuk ke laman web ini.

Jika anda benar-benar berminat, pilih akaun A semasa mendaftar untuk mendapat diskaun tersebut. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM150 perlu dilakukan. Wang anda akan dipulangkan semula selepas 90 hari, jika tidak ada apa-apa yang anda boleh lakukan.

KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN WEB PAKEJ PERCUTIAN MALAYSIA - LAWA LAMAN WEB DIA <-klik

Ahad, Ogos 27, 2006

Siti (TV3) VS Mawi (RTM + Astro): Rasionalnya?

Adakah Media Elektronik adalah ruang Untuk Artis dan Hiburan Semata-mata? Ini adalah satu persoalan yang harus berani dijawab oleh pihak stesen televisyen tempatan.

Hari ini kita sekali lagi melihat bagaimana dua kuasa besar dalam dunia penyiaran negara, iaitu RTM dan Astro "berperang rating" dengan TV3 menerusi dua kisah percintaan artis popular tanah air. RTM dan Astro mempertemukan Mawi dengan tunangnya, Ina secara sidang video di udara, sementara TV3 mempertaruhkan liputan secara langsung persandingan Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Apakah sajian-sajian begini dapat membantu dalam membentuk intelektual dan daya fikir kritis di kalangan masyarakat kita? Atau, cuma sekadar meningkatkan rating dan populariti pihak televisyen tempatan supaya dapat diterima ramai?

Dunia hari ini nampaknya semakin terdesak dengan gelombang populariti dan rating. Kita dapat lihat fenomena undi popular dan program realiti TV yang semakin bercambah. Saya menyokong program realiti televisyen sebab dari situ kita dapat cungkil bakat-bakat penduduk tempatan untuk diperbaiki dan diperkembangkan lagi agar dapat memberi sumbangan kepada negara.

Misalnya program televisyen seperti MyTeam adalah satu program yang sangat saya puji. Ini adalah satu bentuk kebijaksanaan yang terbaik setakat ini untuk sukan bola sepak negara. Hasilnya, semua pemain-pemain yang dicungkil bakatnya kini berjuang dalam landasan Piala Malaysia. Tahniah MyTeam! Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penerbitan MyTeam.

Saya tidak nafikan betapa hebatnya gelombang Akademi Fantasia dan Malaysian Idol dalam mencipta bintang-bintang segera untuk memberi sumbangan kepada negara. Jaclyn Victor dan Mawi antara nama-nama pantas menjadi tersohor dalam dunia hiburan negara. Selain mengisi ruang-ruang ikon remaja, mereka membawa mesej dan kempen yang positif untuk mengubah masyarakat kepada lebih baik.

Apakah yang dimaksudkan bintang segera? Ya, inilah yang perlu kita semua sedar. Mawi, Jaclyn, Saiful Apek dan Skuad MyTeam adalah antara mereka yang bernasib baik kerana di negara ini telah disediakan ruang bagi mereka untuk mencipta masa depan yang gemilang menerusi program-program televisyen yang berpusatkan kepada Kecerdasan Pelbagai yang mereka miliki. Ini adalah berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner.

Jaclyn, Mawi dan Saiful Apek masing-masing memiliki kecerdasan muzikal, interpersonal, intrapersonal yang mampu membawa mereka maju terus ke hadapan menyaingi artis-artis sedia ada. Ini yang disebut sebagai pakej. Mereka memiliki pakej kecerdasan tersebut.

Bagaimana pula dengan MyTeam? kecerdasan Kinestatik adalah faktor utama, digabung pula dengan kecerdasan intrapersonal, maka lahirlah satu skuad bola sepak segera yang mampu memberi cabaran terhadap pasukan sedia ada di peringkat kebangsaan.

Ini bukan suatu yang mengkagumkan buat saya. Masalahnya, bila kerajaan mahu sedar? Bila stesen televisyen kita mahu bebas dari kebutaan? Atau mereka belum cukup berani untuk melaksanakan perubahan?

Cuba lihat The Apprentice, apakah elemen kecerdasan pelbagai yang ditumpukan dalam program tersebut? Saya boleh juga berbangga dengan Explorace, Bicara Siswa, Debat Perdana, Nescafe Kick Start dan Akademi Al-Quran. Tidak lupa juga Malaysian Top Host. Kesemua itu menguji kecerdasan pelbagai dalam cabang-cabang yang lain.

Bila lagi mahu adakan program yang menguji cabang kecerdasan yang lain secara fokus seperti logik matematik, spatial, verbal, kinestatik, naturalis, interpersonal dan intrapersonal.

Bangkitkan lebih ramai Adiputra, lebih ramai Nicol David, lebih ramai bakat-bakat baru menerusi program berpusatkan kecerdasan pelbagai. Jangan sekadar mencari penyanyi, artis dan penghibur. Berikan harapan dan keyakinan generasi hari ini bahawa Malaysia mampu melahirkan lebih ramai ikon dalam pelbagai bidang kerjaya untuk memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Juga dunia!


PST: Mat Rempit juga memiliki bakat terpendam yang boleh diperkembangkan. Cari nilai positif dalam diri mereka untuk dikembangkan. Ada jurutera dari luar negara kagum dengan kebolehan Mat Rempit tempatan mengubahsuai enjin motor biasa supaya mampu memecut dengan kelajuan yang di luar jangkaan.

Saya Tak Dapat Ulas Blog Ini... Lebih Lanjut

Pada hari ini, buat pertama kalinya ada sebuah blog yang tidak dapat saya ulas.
Blog ini mengingatkan saya pada suatu kisah silam...
Maafkan saya, saya tidak dapat ulas blog ini...
Harap-harap Tuan Punya Blog ini masih...
masih hidup... dan teruskan kehidupan anda
sehingga detik-detik terakhir.
permintaan anda supaya saya mengulas blog anda
tidak akan dapat saya penuhi...
blog anda hampir-hampir menyamai kisah hidup saya...
dan saya tidak seperti anda...
saya tidak akan berpaling ke belakang...
tidak akan menceritakan kisah itu.
tidak sekali-kali...
dan ia adalah satu yang terlarang untuk disebut-sebut lagi.
Redha dengan ketentuannya.
SAYA MAHU SAMBUNG BERCUTI
untuk perlawanan pada minggu depan.
Eh, adakah kita ditakdirkan untuk bertemu?

PENYAMARAN

Saya bertemu dengan budak yang mengaku dirinya CID. Budak ni memang nak kena. Suka-suka dia nak tangkap Mat Indon. Kisah ini berlaku dalam bas, masa tu saya baru balik selepas latihan di suatu pusat yang berkaitan dengan semangat kesukanan.

Fake CID tu tangkap Mat Indon atas bas. Sebab Mat Indon tu visa dia dah mati satu tahun. Ada dua orang Mat Indon. Dia tangkap dua-dua.

Dia telefon kawan dia. Konon-kononnya CID juga.

"Bang, ini ada dua ekor Mat Indon dengan saya. Abang dapat tangkap berapa orang?"

"8 orang? Abang dekat pusat bandar, saya dekat pinggir ni aje."

"Tadi saya nampak Van Abang lalu. Tak apalah bang, nanti saya bawa dia orang dekat _____."

Mat Indon tu kata nak berhenti dekat Balai Polis tapi Fake CID tak mahu. Dia berhenti dekat satu tempat menunggu bas. Dia suruh Mat Indon tu turun.

Lepas Mat Indon dengan Fake CID tu turun. Dua orang pak cik dekat yang duduk dekat belakang marah-marah.

"Aku rasa budak Indon dua orang tu dah kena 'pau'."

"Apa punya polis itu macam. Mana ada orang tangkap Indon pakai bas."

"Aku kalau ikutkan hati, mahu je aku belasah budak tu. Orang dalam bas ni mesti tolong punya. Buat malu nama polis je!"

"Lagi satu aku tengok masa dia angkat telefon tu. Mana ada orang terus tekan nombor terus cakap. Sekurang-kurangnya kena tunggu 4, 5 saat. Memang kelentong budak tu."

"Dia orang tu datang sini ada permit. Cari rezeki halal, aku memang tak puas hati dengan budak tu. Dah la cakap kasar. Ada ke polis macam tu?"

"Kalau dia polis, dia patut boleh cakap Inggeris. Mana ada polis tak pandai cakap Inggeris."

"Yang aku tengok masa Mat Indon tu suruh dia keluarkan dia punya dompet mahu tengok dia betul-betul polis ke tidak, budak tu teragak-agak. Kalau dia polis dia mesti tunjuk punya. Dasar memalukan polis!"

"Aku memang nak belasah budak tu. Tapi aku diam je. Aku tunggu je dia buat hal tadi."

"Entah mana dia nak bawa budak Indon tu. Memang kena 'pau' punya."


Nampaknya, di dalam bas juga anda boleh jadi pengkritik.


Moral: Renung-renungkan kisah di atas.

Jumaat, Ogos 25, 2006

Milik Siapakah Blog Ini...

Saya memerhatikan sebuah blog yang terdapat gambar dua ekor kucing yang begitu intim.

Ketika saya melayari blognya, saya terdengar sebuah lagu dendangan Once yang berjudul Dealova.

Siapakah tuan punya blog yang meletakkan gambar kucing-kucing ini? Kenapa saya tidak terus menjelaskan siapakah tuan punya blog ini?

Apakah niat saya meletakkan sekeping gambar yang dikutip dari blognya ini? Adakah blog ini adalah mangsa kritikan yang seterusnya atau sekadar gimik semata-mata?

Adakah gaya yang akan saya gunakan nanti melibatkan Gaya Paul, Gaya Roslan dan Gaya Adlin? Pedaskah kritikan itu nanti?

Cuba para pembaca sekalian renung mata kedua-dua ekor kucing di dalam gambar ini. Kedua-duanya sedang memerhatikan seseorang. Adakah orang itu seorang pengkritik blog? Apakah yang sedang difikirkan oleh kucing itu nanti?

Tunggulah. Sekembalinya saya dari cuti,
sesuatu akan berlaku. Ngeh heh heee....

TAKZIAH: Nazari Omar Bakri - Pelagak Ngeri

Sekitar jam 5.30 pagi (semalam), seorang stuntman terbunuh kerana gagal terjun ke atas longgokan kotak yang disusun sebelum terhempas ke atas tanah dari tingkat tiga. Aksi tersebut dilakukan untuk filem seram berjudul "Jangan Pandang Belakang", arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, terbitan Metrowealth Movie Sdn. Bhd.

Allahyarham Nazari, 42 tahun menggantikan watak Pierre Andre dan penggambaran tersebut adalah aksi terakhir bagi filem itu sebelum pembikinannya selesai. Allahyarham Nazari bernaung di bawah Rentak Tuah Sdn. Bhd. adalah pelagak ngeri profesional dan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun, pernah terbabit dalam pembikinan aksi lagak ngeri dalam filem Remp-it dan drama bersiri Gerak Khas.

Dia cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk di kepala sehingga tidak sedarkan diri, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Nazari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak petang semalam, meninggalkan seorang balu, Nur Asmah (berusia 30-an) dan seorang anak perempuan, Nurfazilah, 7 tahun.

Sebelum keluar rumah pagi itu, Allahyarham Nazari ada meminta surah Yasin untuk dibawa ke tempat kerja.

Khamis, Ogos 24, 2006

BLOG: Azuna - Dayang Senandung

Klik pada gambar ini untuk mengunjungi blok AzunaPungguk merayu lagi,
memanggil bulan,
agar turun ke bumi,
lalu pungguk terus menanti,
dan terus menanti...

Sajak di atas dipetik dari salah sebuah karya milik Azuna yang berjudul Pungguk Rindukan Bulan. Sebelum ini Azuna telah berkali-kali menghantar mesej meminta saya untuk mengulas dan mengkritik blognya. Saya rasa petikan ini ada kenanya antara saya dengan Azuna. Jika saya adalah bulan, maka Azunalah pungguk yang merindukan bulan. Sebab Azuna sedang menunggu saya untuk mengulas dan mengkritik blognya. Ngeh heh he. (Ketawa gaya Naruto versi Bahasa Jepun). Baiklah, saya tidak mahu menghampakan Azuna.

Berikut adalah ulasan dan kritikan dengan menggunakan format baru. Masih dalam peringkat eksperimental, jadi saya harap ada pembaca akan memberi komen terhadap cara ulasan dan kritikan yang saya gunakan di bawah. Saya harap agar Azuna tidak berkecil hati jika ada kenyataan di bawah yang menyinggung perasaan Azuna. Anggaplah cara penyampaian yang kasar itu sebagai satu bentuk permainan yang serius dalam usaha memberi pandangan terhadap blog Azuna.

Sebagai satu penghormatan untuk menguji kaedah kritikan yang terbaru ini, saya menjemput semua gaya pengkritikan yang telah saya maklumkan sebelum ini untuk mengulas dan mengkritik blog Azuna, Dayang Senandung. Perlu saya maklumkan, setiap gaya mempunyai kriteria dan cara penilaian yang tidak semestinya sama. Mungkin dalam gaya satu akan kata baik, gaya yang kedua akan kata tidak baik.


REKABENTUK BLOG: Baik

Gaya Paul:
Can you use a bigger image on your blog? Do not answer me. It is just an ironic question that I mean to ask you. I think your blog have some senses of being turtle. You work hard on it but it's terrible. Your design wastes me some times but I think the images you used are suitable with your items. I should say, yes.


Gaya Roslan:
Saya tak mahu cakap panjang mengenai rekabentuk. Namun saya rasa awak patut lebih berhati-hati dalam penggunaan warna. Mungkin bagi awak tak ada masalah. Namun bagi orang lain, mungkin ada masalah dengan warna yang awak gunakan dalam blog awak.

Cuma saya tak puas hati sebab blog awak tak ada pautan untuk pergi ke tarikh-tarikh tertentu. Tidak ada arkib sebagaimana blog-blog lain. Saya tak begitu suka dengan konsep "Next Page - Previous Page" yang digunakan dalam blog awak. Awak kena fikirkan jangka panjang untuk blog awak dan juga untuk memudahkan orang lain untuk akses blog awak.


Gaya Adlin:
Baiklah, Azuna. Saya rasa saya tak ada masalah dengan rekabentuk blog awak. Kadar kelajuan internet yang digunakan untuk melayari blog awak berbeza bagi setiap rumah. Mungkin di rumah awak, awak rasa cepat dan pantas bila awak buka blog awak. Mungkin kelajuan internet di komputer awak lebih pantas berbanding komputer pengkritik. Harap awak boleh pertimbangkan soal kelajuan apabila memasukkan isi kandungan. Rekabentuk awak patut lebih ke arah itu. Tak semua orang sanggup tunggu untuk buka web jika laman web tu mengambil masa yang terlalu lama. Kalau dah panas hati, ada sesetengah orang akan tutup terus blog awak. Awak kena berjaga-jaga dalam aspek ini.


Gaya Aiman:
Bila Aiman buka blog Kak Azuna, Aiman tengok gambar keluar lambat-lambat. Aiman tak kisah. Aiman tahu nanti tulisan dalam blog akan dapat Aiman baca biarpun tersekat-sekat. Aiman tak kisah. Aiman rasa mengantuk bila baca apa yang Kak Azuna tulis. Bukan sebab tidak menarik, tetapi sebab warna blog gelap sangat. Warna tulisan pun agak gelap. Mata Aiman letih bila baca lama-lama tapi Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Secara keseluruhannya, saya mengakui perlu tunggu beberapa saat sebelum paparan keluar. Saya cuba uji kelajuan pada waktu malam, petang dan pagi. Di situ saya dapat purata kelajuan yang diperlukan untuk buka blog Azuna. Boleh dikatakan agak lancar. Gambar yang Azuna gunakan, iaitu gambar rama-rama yang besar itu saya anggap mungkin boleh dikatakan kulit depan blog Azuna. Saya tak ada masalah dari segi itu.

Elemen multimedia yang disertakan dalam blog ini nampaknya tidak begitu mengganggu kelancaran blog. Susunan blog adalah kemas.



BAHASA DAN PENULISAN: Baik

Gaya Roslan:
Azuna, saya nak tanya awak, awak tahu tak bezakan antara sajak dengan lirik lagu? Apa yang awak tulis dalam blog awak tu semuanya tak layak dipanggil sajak. Bagi saya, apa yang awak tulis tu hampir semuanya tak ada unsur-unsur sajak yang jelas. Kabur. Awak ingat senang-senang boleh tulis sajak dan kata itu sajak. Awak kena tahu apa itu sajak dan apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sajak. Awak patut menimba lebih banyak ilmu untuk mencari perbezaan antara sajak dengan lirik lagu.


Gaya Adlin:
Saya tak tahu kenapa, orang-orang muda zaman sekarang anggap kalau menulis puisi atau sajak tu, mesti sama dengan menulis lirik lagu. Ini tanggapan yang salah! Saya lihat sajak awak begitu langsung. Susunan ayatnya tak mencerminkan itu adalah sajak. Tak ada lenggok-lenggok bahasa. Penulisan sajak awak langsung. Apa yang awak tulis tu adalah lebih ke arah lirik lagu. Awak perlu perbaiki aspek ini terlebih dahulu sebelum boleh iktirafkan blog awak ini blog sajak. Saya tak iktiraf blog awak sebagai blog sajak buat masa ini.


Gaya Aiman:
Kalau orang lain tak beritahu. Aiman mungkin ingat inilah puisi. Sekarang baru Aiman tahu rupanya ini bukan betul-betul puisi. Kak Azuna pandai tulis lirik lagu. Aiman suka baca cara Kak Azuna tulis. Walaupun Kak Azuna tulis apa pun Aiman akan tetap suka. Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Sebelum itu saya ingin mengucapkan takziah kepada Azuna kerana pemergian ayahanda Azuna. Maafkan saya jika saya tersilap, sebab ada sajak yang ditulis oleh Azuna yang bertemakan kematian ayahanda Azuna. Saya rasa Azuna berbakat dalam penulisan lirik lagu. Ini satu kebolehan. Mungkin suatu hari nanti Azuna boleh menjadi lebih hebat daripada Loloq? Siapa tahu.

Kebanyakan gaya penulisan Azuna adalah gaya yang terikat. Berakhir dengan huruf vokal yang sama. Saya tidak anggap ini satu masalah.

Saya cuba baca puisi Azuna dalam gaya Hip Hop (cuba rujuk lagu-lagu Too Phat), saya dapati boleh diserasikan. Tahniah. Ini adalah pengakuan secara jujur daripada saya. Sekiranya blog ini adalah blog lirik lagu. Saya akan kata sangat baik. Namun saya rasa gaya penulisan Azuna adalah baik. Bahasanya boleh difahami dan rata-rata mesej yang disampaikan adalah jelas. Azuna seorang guru?


Gaya Paul:
(harap maaf, Paul sudah lari.)



ISI KANDUNGAN: Sederhana

Gaya Roslan:
Isi kandungan awak secara keseluruhannya baik. Mungkin awak patut kembangkan lagi bakat awak untuk menyajakkan isu-isu semasa. Pandangan awak terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran awak. Dunia awak.


Gaya Adlin:
Ada kepelbagaian. Saya rasa isi kandungan awak menarik. Sekejap awak cakap mengenai diri awak, keluarga awak dan ada juga sedikit hal yang global. Kandungannya baik.


Gaya Aiman:
Aiman suka baca puisi Kak Azuna. Ada cerita. Kak Azuna pandai tulis cerita dalam bentuk puisi. Kadang-kadang ada puisi yang cerita yang hampir-hampir sama dengan puisi yang lagi satu, tetapi tetap sedap dibaca. Aiman tak kisah.


Gaya Amiene Rev:
Azuna telah memiliki aset yang baik untuk kembangkan penulisan dengan gaya tersendiri. Jika Azuna seorang guru, ya Cikgu Azuna. Saya rasa Cikgu Azuna boleh gunakan blog ini sebagai laluan untuk mengembangkan bakat, menceritakan pengalaman Cikgu Azuna, pengalaman mengajar, harapan terhadap anak murid dan sebagainya. Ini satu bentuk refleksi kendiri yang baik untuk dikongsi bersama.

Dari aspek motivasi dan psikologi, kaedah ini akan membantu Cikgu Azuna untuk membentuk jati diri yang baik, meningkatkan keyakinan diri. Ya. Itu kekuatan yang akan dimiliki oleh Cikgu Azuna selaku seorang penulis blog.

Apa yang Cikgu Azuna tulis nanti, bukan sahaja akan membawa kebaikan kepada diri sendiri malah kepada orang lain juga. Pendapat cikgu Azuna boleh digubah dalam bentuk sajak atau lirik lagu. Rasalah kelainannya nanti.


TAHAP KEMASKINI: Harian
Apa pun, saya boleh kata minat Azuna dalam penulisan sajak dan puisi adalah di tahap yang membanggakan. Boleh kata setiap minggu, hampir setiap hari Azuna ada menulis sesuatu yang patut dikatakan sebagai lirik lagu. Rajin. Semakin rajin.

JARINGAN UMUM: Sedikit
Tidak banyak jaringan umum yang ditemui tetapi adalah memadai. Azuna boleh gunakan jaringan yang disediakan dalam blog ini untuk meneliti hal-hal semasa untuk dikaitkan dengan penulisan jika ada kelapangan.

JARINGAN BLOGGER: Banyak
Blog yang bagus. Banyak jaringan blogger di sini. Saya juga memerhatikan identity saya di sini sebagai pengkritik blog.

KOMEN PEMBACA: Hantu
Macam tidak ada komen. Tapi dekat Msjbox penuh. Macam blog saya juga. Kita ni senasiblah.

Sekian sahaja komen saya untuk blog Azuna. Ini pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu. Jika ada apa-apa pandangan yang lain dari yang lain, maka saya harap para pembaca sekalian boleh mengisi ruangan komen untuk entri ini. Terima kasih atas kerjasama anda.

Rabu, Ogos 23, 2006

Kaedah Kritikan Terbaru

Saya telah memikirkan formula gabungan untuk mengkritik dengan pelbagai cara. Kemudian, saya menemui kaedah tiga gaya serentak. Melalui kaedah ini blog yang dikritik akan dikritik secara membina, secara menghentam dan secara tak kisah.

Saya telah memilih nama empat orang selebriti tempatan untuk diabadikan dalam empat gaya yang baru dicipta. Cara kritikan tidak semestinya meniru atau menepati orang yang diwakili. Katakan menerusi gaya Adlin, saya mengkritik dengan agak keras manakala menerusi gaya Aiman, saya mengkritik secara santai. Berikut adalah gaya-gaya yang telah saya cipta namun cuma dua sahaja gaya yang akan digunakan untuk mengiringi ulasan dan kritikan saya pada masa akan datang. Jika blogger itu 'bernasib baik', keempat-empat gaya gaya pilihan akan digunakan.

Gaya Paul:
Kecewa dan Rawak. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.

Gaya Roslan:
Pedas dan Emosional. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.

Gaya Adlin:
Tajam dan Membina. Pilihan. Bersempena nama salah seorang pengkritik tetap dalam Akademi Fantasia.

Gaya Aiman:
Santai dan ringkas. Pilihan. Bersempena nama seorang kanak-kanak berbakat yang suaranya sering kedengaran dalam iklan di radio.

Gaya Amiene Rev:
Macam biasa. Wajib.

Siapa agaknya calon-calon untuk kritikan yang seterusnya. Saya berikan panduan di sini.

"lalu pungguk terus menanti,
dan terus menanti..."

Maafkan saya jika entri saya nanti mengandungi ulasan dan kritikan yang agak pedas. Saya tidak sampai hati untuk menujukan kata-kata ulasan tersebut kepada anda, tetapi atas permintaan pembaca, saya mesti lakukan juga.

Bila-bila masa sahaja ulasan akan dimuatkan ke dalam blog ini.

Awas! Blog anda mungkin akan dikritik walaupun tidak popular.

BLOG OKU: Nostalgiaku *Hitam Putih Warna Kehidupanku*

Klik pada gambar ini untuk membuka blog Kassim Selamat."Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu..."

Begitulah lirik lagu Biarlah Rahsia dendangan Siti Nurhaliza menjadi permulaan kata untuk ulasan blog kali ini. Sebabnya, bila terpandang sahaja wajah empunya blog, teringat pula saya kepada Datuk K. Ada iras-iras ya? Maaf, Saya bergurau sahaja. Tak marah? Kalau marah nanti kena jual (adaptasi dialog dari salah sebuah filem P. Ramlee).

Seperti biasa, para pembaca boleh klik pada gambar Kassim Selamat aka P.Ramlee yang dimuat kan ke dalam entri ini untuk mengunjungi blog beliau.

Dirinya diperkenalkan sebagai Kassim Selamat, simbolik terhadap pengalaman yang telah mengisi hari-hari lalunya. Kenangan silih berganti dengan renungan terhadap masa depannya. Inilah blog Kassim Selamat, blog yang menceritakan kisah-kisah hidup yang masih kekal dalam ingatannya.

"Aku insan kurang upaya (OKU)
tiada yang istimewa ada pada diriku,
hanya sekujur tubuh kaku yang layu,
sekeping hati yang lesu dan pilu,
secebis kenangan lalu dan sebuah kerusi roda milikku. "
Puisi di atas dipetik dari profil Kassim Selamat.

Benar-benar, jika anda ingin memahami dunia Orang Kurang Upaya, blog ini adalah boleh dianggap sebagai satu sumber rujukan untuk anda. Luahan hati manusia yang tabah menerima takdir ketentuan Tuhan. Ekspresi dan pandangan dari sudut orang kurang upaya, kita yang masih normal dan sihat ini belum tentu dapat melaluinya. Merasai pengalamannya. Menghayati erti penghargaan buat orang yang tersayang, yang telah mengorbankan waktu dan hati untuk dirinya. Ini adalah satu luahan yang tercurah menerusi blog yang perlu anda hayati.

Saudara Kassim Selamat telah lumpuh dari paras dada ke bawah dan disahkan doktor mendapat kecederaan saraf tunjang (SCI) dari C2-T5. Kassim Selamat memiliki Combinya sendiri yang menjaga makan minumnya. Cukup setia wanita tersebut, semoga syurga di akhirat akan menerima jejaknya. Kunjungi blog ini dan sama-sama kita memberi sokongan moral kepada beliau.

Sementara itu, baru-baru ini di dalam surat khabar, ada tersiar mengenai teknologi bionik. Cip-cip ditanam di dalam anggota-anggota badan tertentu untuk membolehkannya digerakkan dengan daya fikiran. Ini adalah suatu harapan untuk mereka yang tidak bernasib baik - lumpuh anggota badannya.

Buat masa ini, proses pemilihan dan pengubahsuaian kriteria belum siap sepenuhnya, maka saya akan ulas blog ini berdasarkan kriteria yang lama. Nampaknya saya cukup teruja untuk mengulas blog ini.

REKABENTUK BLOG: Bagus
Laman Web serba hitam ini dihiasi dengan lagu, membayangkan kesunyian Kassim Selamat dalam hidupnya. Walau pun Combi berada di sisi, namun siapa yang boleh menduga dalamnya kesunyian Kassim Selamat. Kesunyian terhadap masa depannya, gelap, hitam seakan hitam warna blognya.


BAHASA DAN PENULISAN: Sangat Bagus!
Mungkin berdasarkan apa yang ditulisnya, saya patut mengemukakan teori sebegini: Jika ada di kalangan pembaca yang ingin menjadi penulis terbilang, perlu melalui jalan hidup penuh derita dan sengsara, agar kelak akan dapat diwarnakan menerusi kalam tulisan. Mengenai hatimu, jiwamu, pendapatmu menerusi tajamnya mata pena dan lidah yang berkata-kata.

Bahasa dan gaya penulisan yang digunakan oleh penulis adalah Bahasa Melayu yang mengandungi elemen sastera. Saya ada cadangan untuk menemukan penulis ini dengan penerbit buku tempatan yang saya kenal. Harap-harap berjaya. Kisah hidupnya menarik untuk dibukukan.


ISI KANDUNGAN: Sangat Bagus
Kisah hidup yang tragis dan bait-bait kata luahan hati adalah elemen utama yang menjadi kekuatan dan teras yang menyokong blog Kassim Selamat ini. Ada juga kisah-kisah yang berkaitan dengan pahit manis beliau semasa bergiat dalam dunia politik dan reformasi, namun saya rasa tidak ada unsur-unsur hasutan. Gambar-gambar berkaitan dengan dunia politik merupakan antara paparan kegemaran penulis blog ini. Blog ini secara positifnya memaparkan pengalaman-pengalaman tersebut dengan tersiratnya kesedaran dan keinsafan buat para pembaca.

Juga, saya tertarik dengan sisipan beberapa e-mel sokongan moral yang dikirimkan oleh rakan-rakan 'seperjuangan' beliau yang turut tabah menghadapi dunia ini. Pelbagai pengetahuan dan ilham yang dapat saya kutip menerusi entri-entri dalam blog ini.

Fokus blog ini tidak lari dari tema asal blog ini, iaitu kisah hidupnya sebagai OKU. Isu-isu semasa dan peristiwa dunia yang lepas-lepas dikaitkan dengan kehidupan beliau secara bijaksana.

Turut diceritakan usaha-usaha untuk memulihkan dirinya, juga mengenai isterinya yang tabah. Pernahkah anda terfikir, jika anda berada di tempatnya?


TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Boleh dikatakan mingguan. Masalah kesihatan dan kekurangan yang dialaminya tampak bukan penghalang untuk menjadi seorang penulis. Inilah kelebihan menjadi penulis, walau pun buta mata sekali pun (cuba rujuk e-mel salah seorang OKU yang dikirimkan kepada beliau), walau pun lumpuh sekali pun, tidak akan memadamkan mata hati.

Mata hati ini akan menjadi api lilin yang menyala dalam kegelapan, menunjukkan panduan kepada orang ramai. Panduan mengenai kehidupan dari aspek yang penuh derita. Bagaimana, kekuatan hati dan ketabahan diri itu diuji. Kebesaran Tuhan dapat dirasai.


JARINGAN UMUM: Sedikit
Tidak banyak jaringan umum yang ditemui. Saya suka dengan Wikipedia.

JARINGAN BLOGGER: Sedikit
Tidak terdapat banyak jaringan blogger di sini. Mungkinkah yang terdapat di sini adalah teman-teman yang paling rapat dengan diri beliau? Berdasarkan entri-entrinya, saya dapati perkara ini adalah benar. Ini menunjukkan betapa Kassim Selamat menghargai orang-orang yang menjadi temannya. Ada juga blog Azuna - Dayang Senandung yang sedang dalam perhatian saya. Ngeh heh hee...

KOMEN PEMBACA: Sangat sedikit.
Tidak begitu banyak komen oleh pembaca. Namun sokongan moral banyak diberikan dalam entri utamanya yang berjudul "Salam Hormat Daripada Kassim Selamat"

Apa pun, itulah apa yang dapat saya ulaskan mengenai blog ini. Ini pandangan saya, pandangan orang lain saya tidak tahu. Juga saya menyeru jika para pembaca ada komen tambahan untuk entri ini, atau berkaitan dengan blog ini, sila gunakan ruangan komen entri, bukan di Peti Jerit. Peti Jerit untuk pendapat, perbualan atau perbincangan yang tidak ada kaitannya dengan entri. Sebab bimbang komen-komen anda yang berharga untuk dirujuk itu hilang ditelan zaman. Tidak kekal.

Sekian. Selamat malam.

Selasa, Ogos 22, 2006

Ke Arah Menjadi Pengkritik Blog

Baru beberapa hari saya membuka blog ini, saya menerima jemputan daripada MrShai:

"apa kata aku cadangkan kau jadi pengkritik tetap blog2 member Msjbox.. muahahaha.. ada setuju?? atau membangkang.. sila khabarkan padaku... kerana akulah offical Msjbox dan event offical Msjbox.. muahahaha.. jwb jgn tak jawab " .


Kemudian saya menanti pendapat dan sokongan daripada beberapa orang blogger yang lain berdasarkan kesudian untuk dikomen atau sokongan terhadap menjadi pengkritik blog atau kedua-duanya. Berikut adalah antara maklum balas yang telah diterima melalui ruangan komen dan peti mesej:

azuna: azuna sedia untuk dikritik... sedang menunggu komen dari anda....bila ye??

mrKay: wah, kerja yg bagus dan mulia.. aku sokong mrshai.. dan seterusnya aku rela dan sedia untuk dikritik

beckzaidan: silalah komen... nanti aku komen yg ko nye lak. ahahha... sila sila. tambah nasik.

hafizx: memacam ek dah ada pengkritik blog ker..isk isk bagus ler tu...tingkat usaha pengkritik...

carney: Salam en. Pengkritik nampaknya ada kelainan dari blog2 yg lain teruskan usaha

chot: 1st time aku jumpa blog bersifat 'pengkritik blog'...idea dan nafas baru ko bawa la..bagus2...yg nyata ko lain dr yg lain..

Ayu: nanti bleh kritik blog saya juga ya

Misya: Hai..you boleh lawat blog I and bagi kritikan you.. Thanks. Hai Suka Amiene. Ulasan awak terhadap blog saya amat membina..terima kasih kerana sudi membuat beberapa komen about my blog..kawan saya (deeba) pun mahu anda bagi ulasan tentang blog dia.

Deeba: i baru je join this blogging activity..need someone who can comment

nashrex: canggih tul idea ko.. bila nak kritik blog ku.. haha. cuba ko buat gaya kritikan yg lebih tegas sket.. hentam abis2.. baru nampak garang sket pakar kritik blog ni.

kujie: nk komen blog aku? silakan..tp tk der ape ko nk belek..asas sgt2...as a DE, kira oklah tu.

bardy: hoh inilah blog pengkritik blog itu..sungguh banyak informasi..

acai: slm weekend bro...waaa,congrate for make some diff on our blogging activity..it such a new thing to make a blog who can critisize others..*smile...emmm,rasenye kena taruk link bg blog yg dikritik juga just my 2 cent..

noamie: wahhh dlm bnyk2 blog..blog akak ko pilih yer...terima kasih diatas kritikan yg membina... akak lagi suka krn kritikan ini akan membuat akak lebih berusaha utk membaiki diri sendiri dan akak tahu masih ada kekurangan pada diri akak krn kita mmg tidak dpt lari dari melakukan kesilapankan..

amirahsyuhada: assalamualikum, hmm 1st time saya jumpa blog yg mengulas blog2 lain, ini satu perkembangan yang baik. Teruskan usaha anda!!


Rata-rata pendapat mengatakan ini adalah satu idea baru di mana wujudnya blog yang mengulas dan mengkritik blog lain.

Buat masa ini saya sedang mencari formula untuk menetapkan kriteria dan pemarkahan yang lebih jelas dan terfokus objektifnya.

Baiklah, secara umumnya biar saya terangkan objektif mengulas blog:

1. Ke arah memartabatkan penggunaan bahasa dengan betul. Mengurangkan atau menghapuskan pencemaran bahasa, khususnya untuk Bahasa Melayu.

2. Ke arah menjadikan penulis-penulis blog Malaysia sebagai penulis yang informatif, berani menyatakan pendapat dan prihatin terhadap isu semasa dan diri sendiri. Juga dari kesahihan maklumat yang disampaikan.

3. Membantu penulis-penulis blog untuk melihat dan melakukan refleksi kendiri dengan bantuan orang kedua, seterusnya mengkaji semula blog dan isi kandungannya untuk dipertingkatkan lagi.

4. Meningkatkan kualiti isi kandungan dan kreativiti penyampaian blog, khususnya di kalangan penulis-penulis blog berbahasa Melayu. Semoga blog-blog yang berbahasa Melayu akan mendapat tempat dan menjadi wadah perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia!

5. Menekankan aspek rekabentuk blog yang mesra dan mudah dicapai untuk menyenangkan pembacaan dan penyebaran ilmu pengetahuan kepada para pembaca blog.

Kriteria-kriteria akan dibuat berdasarkan tujuan-tujuan di atas. Sekian, majulah blog untuk menjana intelektual dan keprihatinan rakyat Malaysia dan mereka yang tahu memahami Bahasa Melayu.