BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Jun 11, 2011

Video Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke 11 - Lawak Prop

Selain Sepah dan Nabil yang mempunyai jalan cerita yang baik, selain penggunaan prop dengan baik, Jozan juga memuncakkan lagi tahap gelak ketawa dan rasa terhibur para penonton dengan lawak perbandingan kreativiti antara dua prop.

Dalam video Maharaja Lawak Jozan minggu ke 11 ini, Zizan menggunakan penyedut hampagas manakala Johan menggunakan objek yang kelihatannya seperti kerusi kaki tiga sebagai prop untuk menghidupkan sketsa mereka.

Ternyata malam ini, kumpulam Maharaja Lawak Jozan begitu menyerlah. Markah untuk pusingan dan pusingan kedua bagi kumpulan Maharaja Lawak Jozan begitu menarik pada malam ini. Gabungan idea kreativiti yang diadun dengan baik di dalam jalan cerita merupakan tarikah yang kuat apabila persembahan menggunakan prop dibuat.

Lawak menggunakan prop yang disukai penonton ialah kreativiti. Cuba lihat para penonton bertepuk tangan dan bersorak apabila melihat satu demi satu terjemahan idea atau perubahan fungsi prop dilakukan. Semakin banyak perubahan fungsi prop, semakin disukai penonton. Ada jalan cerita, penonton lagi suka. Tingkah laku kelakar peserta, mencuit hati penonton. Inilah lawak prop yang disukai para penonton, bukan sekadar bermain dialog. Bahayanya bermain dialog terserlah di mana kumpulan Jambu dan R2 yang bergantung kepada dialog, begitu juga Nabil, didapati agak kurang menyerlah. R2, jangan mengalah. Nabil, idea sudah banyak tetapi mungkin kurang aksi semasa menggayakan prop pada awal-awal menyebabkan sambutan kurang panas pada permulaannya, namun setelah semakin banyak kreativiti dan perubahan fungsi prop dijanakan oleh Nabil, penonton mula bertepuk tangan dan bersorak-sorak terhibur.

Apabila tiba ke tema menggunakan objek atau prop sebagai resipi lawak, bagi para peserta Raja Lawak atau pun Maharaja Lawak ingin selamat, ingatlah, berdasarkan analisis saya setakat ini, kemiripan, kreativiti dan imaginasi perlulah disokong oleh jalan cerita yang ringkas tetapi menarik selain tingkah laku peserta yang kelihatan comel apabila memanfaatkan kesemua idea, kreativiti dan prop tersebut. Bukan dialog yang ingin dilihat penonton. Banyak dialog, kurang aksi, penonton tidak begitu tertarik. Berikut adalah video Kumpulan Maharaja Lawak Minggu Ke 11 untuk rujukan dan kajian para peserta Raja Lawak atau Maharaja Lawak yang akan datang.


Video Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke 11 Pusingan Ke-2