ULASAN KL GANGSTER - ADA NILAI KEMANUSIAAN DAN PENGAJARAN
Melihat pada judul Filem KL Gangster, dan selepas menonton trailer Filem KL Gangster ini, apa yang tergambar pada ekspresi awal saya ialah satu lagi filem tidak bermoral yang boleh merosakkan minda generasi muda. Namun setelah diteliti sinopsis Filem KL Gangster ini, dan setelah menonton filem ini, saya dapati filem ini ada unsur-unsur kemanusiaan dan pengajaran yang baik. Persepsi saya terhadap Filem KL Gangster mula berubah. Saya mula merasakan filem Filem KL Gangster sebuah filem yang bagus dan menarik. Filem KL Gangster adalah sebuah karya hebat dengan aksi-aksi pertarungan yang mantap, serta jalan cerita yang hidup. Para pelakonnya hebat-hebat dan ada beberapa babak yang menyentuh hati. Filem KL Gangster mula menarik perhatian saya.
Teknik visual dan runut bunyi yang digunakan dalam Filem KL Gangster juga sesuai dengan aliran zaman dan tema Filem KL Gangster. Tidak ada dialog-dialog basi atau percakapan yang entah apa-apa. Plot cerita berjalan dengan pantas, tidak ada babak-babak yang membuang masa atau membazir. Filem ini telah dirancang dengan baik supaya penonton tidak mengantuk. Dari segi markah hiburan, filem ini saya berikan gred A. Maksudnya, menghiburkan dan tidak mengantuk. Ini baru berbaloi dengan harga tiket wayang, bro kerana penonton tidak membayar tiket wayang untuk mengantuk dan tidur.
Terdapat beberapa babak kemanusiaan dalam filem ini yang mungkin juga satu teguran halus buat orang-orang yang bukan gangster. Antara babak yang menyentuh hati ialah babak salah seorang watak gangster yang memang terkenal ganas dan keras hati, tetapi masih mempunyai belas terhadap kanak-kanak liar yang tidur di tepi jalan. Senyap-senyap, gangster tersebut meletakkan beberapa not lima puluh ringgit ke dalam saku seluar budak terbiar yang tidur di jalanan itu.
Watak Malek yang bertaubat dan tidak mahu lagi terlibat dengan dunia gangster merupakan nilai moral dan pengajaran yang utama dalam filem ini. Kerana kejahilannya dulu menyertai dunia gangster, adik perempuannya menjadi liar gara-gara sering menjadi mangsa musuh-musuh Malek semasa Malek dipenjarakan. Adik perempuannya membenci Malek kerana masalah yang telah berlaku itu. Malek juga sedar, sekali dia menjejakkan kaki ke dunia gangster, maka keluarganya menjadi mangsa. Ibunya yang sudah tua pula terpaksa menanggung malu, dan pada usia yang sepatutnya menjadi giliran si anak untuk membalas budi, dia masih terpaksa bekerja menjual kerepek di jalanan.
Watak-watak yang muncul dalam Filem KL Gangster tampil dengan karektor yang sesuai dan harmoni. Kemunculan Zizan Raja Lawak sebagai Fadil juga pasti menaikkan jumlah peminat dan penyokong peminat Zizan di Maharaja Lawak. Watak Fadil di dalam Filem KL Gangster dan Mail Lambung dalam Maharaja Lawak akan sama-sama membantu menaikkan kumpulan Maharaja Lawak Jozan. Saya anggap Filem KL Gangster sebagai satu faktor pembangkit semangat untuk Zizan Raja Lawak untuk meneruskan perjuangan dalam Maharaja Lawak.
Filem KL Gangster tamat dengan kesudahan yang sepatutnya. Kesemua watak petualang dalam Filem KL Gangster menerima pembalasan. King dibunuh oleh anak tirinya, Shark. Shark pula mati dibunuh oleh Dragon. Dragon pula akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Filem KL Gangster memang bertujuan untuk menginsafkan anak-anak muda. Jangan sesekali menjejakkan kaki ke dunia gangster, kelak ahli keluarga juga yang akan menjadi mangsa. Saya anggap karya Filem KL Gangster ini berjaya.
KL GANGSTER INFO:
Producer : Dato’ Yusof Haslam
Director : Syamsul Yusof
Producer (Company) : Skop Production Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Action, Crime, Comedy
Classification : Not Available
Release Date : 09 June 2011
Duration : 81 min
Audio : Stereo
Producer : Dato’ Yusof Haslam
Director : Syamsul Yusof
Producer (Company) : Skop Production Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Action, Crime, Comedy
Classification : Not Available
Release Date : 09 June 2011
Duration : 81 min
Audio : Stereo
Script : Syamsul Yusof (Screenplay), (Original Story)
Cast : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah, Shoffi Jikan, Adam Corrie, Ridzuan Hashim
KL GANGSTER SYNOPSIS
KL Gangster tells the tale of two brothers who get involved in the world of gangsterism. The older brother Malek (Aaron Aziz) was imprisoned for five years after being betrayed by his own gang which was started by Shark (Syamsul), the step brother of the most influential gangster in Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek who leads a normal life after being released, is pulled back into the world he left behind after all those years. Especially since his younger brother Jai (Adyputra) is influenced by the gangsters and decides to work for Shark bringing everything down in chaos.
Sinopsis Filem KL GANGSTER
KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangster.
Sinopsis Filem KL Gangster Versi Penuh - Jalan Cerita KL Gangster
By Amiene Rev
(SPOILER WARNING!)
By Amiene Rev
(SPOILER WARNING!)
Malek, Jai dan Zeti merupakan tiga beradi. Sepanjang lima tahun Malek berada di penjara, Zeti mula menjadi liar gara-gara sering menjadi mangsa musuh-musuh Malek yang masih bebas di luar penjara. Jai pula menganggap dunia gangster sebagai lubuk duit. Jai menyertai kumpulan Dragon. Selain Ajib, Jai juga menjadi salah seorang orang kanan Dragon yang terhandal.
Selepas keluar dari penjara, Malek disambut oleh Ajib dan kemudian Malek tinggal di rumah Fadil yang gila-gila. Peristiwa Malek keluar dari penjara menimbulkan rasa tidak senang di hati Shark, anak tiri King. King merupakan rakan seperjuangan Malek. King banyak terhutang budi dengan Malek. Hubungan Malek dengan King sangat rapat. Oleh itu, Malek masih memberi muka kepada Shark, biarpun Shark sering membuat kacau dan menyusahkan hidup Malek.
Shark yang busuk hati ingin menyakitkan hati Malek dengan menarik Jai, adik Malek supaya menyertai kumpulannya. Peluang itu akhirnya diterima oleh Jai yang kebetulan pada ketika itu mula berenggang dengan Dragon gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian keuntungan wang perlindungan yang dikutip daripada para peniaga dan usahawan di kawasan jajahan mereka.
Malek pula memulakan hidup baru sebagai peniaga sayur-sayuran di sebuah pasar. Malang sekali pasar tersebut di bawah jajahan Shark. Shark menghantar orang-orangnya untuk membuat kacau di premis jualan Malek. Hubungan Malek dengan Shark semakin tegang, dan ini menyebabkan King terpaksa campur tangan.
Jai yang mata duitan akhirnya sanggup menurut permintaan Shark untuk menghapuskan Ajib, rakan seperjuangannya sendiri semasa Jai dan Ajib sama-sama bekerja di bawah Dragon. Malek muncul dan menyelamatkan Ajib. Shark membalas dengan memusnahkan kereta Fadil.
King mula hilang sabar dengan anak tirinya itu, lalu menghalau Shark dari kumpulan gelapnya. Shark berbuat demikian kerana dendam lamanya terhadap King. Shark tahu bahawa King pernah menganiayai ibunya. Selepas dihalau dari kumpulan gelap King, Shark mula menggila. Shark pergi ke rumah Malek dan memusnahkan perabot di rumah Malek serta mengugut ibu kandung Malek. Fadil datang untuk menyejukkan keadaan tetapi ditikam oleh Shark di bahagian perut. Malek yang kebetulan baru pulang ke rumah bergegas menghantar Fadil ke hospital.
Malek mula berdendam dengan Shark. Selepas Shark meracuni fikiran Jai dengan wang supaya membeloti Dragon, kini Fadil pula yang menjadi mangsa tragedi berdarah. Kegilaan Shark tidak berhenti setakat itu, Shark yang gila kuasa kemudiannya menyerang dan membunuh bapa tirinya, King.
Sementara itu, Jai telah ditinggalkan oleh pengikut-pengikutnya. Pengikut Jai pada mulanya memujuk Jai supaya jangan lagi bekerjasama dengan Shark tetapi Jai sudah dipukau dengan duit-duit Shark. Jai kini menjadi orang kuat Shark.
Melihatkan kegilaan Shark yang berterusan, Malek pergi ke tempat Dragon dan mahu menyertai kumpulan Dragon. Dragon membantah, tetapi Ajib berusaha memujuk. Selepas gagal mendapat sokongan Dragon, Malek pergi menyerang Shark secara bersendirian. Pada ketika orang-orang Shark mula mendapat kuasa untuk membelasah Malek, Ajib yang merupakan rakan setiawan Malek datang bersama pengikut-pengikut Dragon untuk membantuk Malek.
Malek akhirnya dipertemukan dengan Shark. Pertarungan berdarah antara Malek dan Shark tidak dapat dielakkan lagi. Sementara itu, Ajib pula bertarung dengan Jai. Dalam pertarungan tersebut, Shark ditewaskan oleh Malek dengan agak mudah, manakala Jai pula menewaskan Ajib. Akhirnya berlakulah babak pertarungan antara adik-beradik.
Malek cuba memujuk Jai kembali menghargai pertalian keluarga mereka, tetapi hati Jai sudah terlalu hitam gara-gara tidak solat, sering pergi ke disko, bermain alatan syaitan dan memakan duit haram sehingga sanggup mengorbankan saudara sendiri. Malek tidak ada pilihan selain membelasah Jai sehingga lembik.
Semasa Malek sedang asyik memujuk Jai yang sudah lembik dibelasahnya, Shark tiba-tiba bangkit dari pengsannya dan cuba menembak Malek. Pada ketika itu Dragon muncul bersama orang-orangnya lalu menembak mati Shark. Malek yang kecewa dengan kekerasan hati Jai meninggalkan Jai. Hubungan antara Malek dan Dragon semakin baik.
Tidak lama selepas itu Malek menjadi buruan polis. Malek dan Dragon akhirnya dipenjarakan. Malek bertaubat nasuha dan mengharapkan pengampunan daripada ibunya dan Tuhan. Sekian, sinopsis dan jalan cerita agak lengkap Filem KL Gangster oleh Amiene Rev (C) 2011.
|