BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Jun 26, 2011

SEPAH Juara Maharajalawak Naib Juara JOZAN

JUARA MAHARAJA LAWAK yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM350,000 beserta trofi sumbangan Astro ialah SEPAH

Komen: Persembahan SEPAH dengan identiti yang konsisten sepanjang Maharajalawak memungkinkan sokongan penuh para peminat Sepah, apa lagi apabila Sepah sentiasa berjaya mencuit hati para peminat.

NAIB JUARA MAHARAJA LAWAK yang menerima hadiah wang tunaiberjumlah RM250,000 beserta trofi sumbangan Astro ialah JOZAN.

Komen: JOZAN dan SEPAH sama-sama berentap. Namun adakah kerana 3 (Sepah) VS 2 (Jozan) merupakan punca kekalahan Jozan di tangan Sepah. Debat antara para penyokong kedua-dua kumpulan Maharaja Lawak ini jelas menunjukkan Jozan dan Sepah sama-sama berpotensi jadi juara. Namun tidak dinafikan, persembahan Sepah lebih konsisten berbanding Jozan.

Pemenang tempat ketiga yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro ialah NABIL

Komen: Sekurang-kurangnya Nabil masih lagi merupakan Peserta Lawak Solo yang terunggul kerana berjaya bertahan ke final Maharaja Lawak. Sebelum ini, sikap kurang ajar Nabil terhadap beberapa peserta Maharaja Lawak yang lain telah mengundang kemunculan anti-Nabil atau 'hater' yang merugikan Nabil dari segi undian.

Pemenang tempat keempat yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro ialah JAMBU.

Komen: Persembahan JAMBU yang dilihat tidak serius sepanjang road tour ke beberapa negeri tempoh hari telah mengundang 'hater' atau anti-Jambu. Anti-Jambu mungkin terdiri daripada bekas peminat atau penyokong Jambu yang beralih arah selepas menyaksikan prestasi persembahan JAMBU yang dilihat seolah-olah tidak bersedia atau bersungguh-sungguh.


Kejayaan Sepah rezeki anak
SUMBER: HMETRO

KUALA LUMPUR: “Macam-macam kami ingin buat dengan wang kemenangan ini. Selepas wang itu dibahagikan, kami akan memenuhi niat masing-masing,” kata ahli kumpulan Sepah selepas diumumkan sebagai Maharaja Lawak musim pertama, kelmarin.

Sepah yang dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nadri Zainal Abidin membawa pulang hadiah wang tunai RM350,000 berserta trofi.


Bagi Shahmira atau Shuib, kemenangan kumpulan Sepah adalah ketentuan illahi.

Malah, Shuib menjelaskan semua itu ada rezeki anak yang dikandung isterinya, Siti Sarah.


“Alhamdulillah, semua ini pemberian tuhan. Terus terang, saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Begitupun, saya cukup bersyukur.


“Mungkin, ini rezeki anak kami. Sebab itu, duit kemenangan ini akan saya gunakan untuk membeli rumah yang lebih selesa dan memulakan perniagaan.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya dan isteri masih belum sempat berbincang perniagaan apakah yang akan kami lakukan. Insya-Allah, bila sudah ditetapkan saya akan memberitahu peminat,” katanya.


Niat itu turut dikongsi oleh Mamat atau Mohd Noor Murad. Walaupun belum berkahwin, Mamat bercita-cita mahu memiliki sebuah rumah di Kuala Lumpur.

“Itu adalah impian saya sejak dulu. Ketika kecil, saya lihat abang dan kakak masing-masing mempunyai hidup mereka sendiri. Jadi, saya bertekad untuk berhijrah.