BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Jun 05, 2011

Sambungan Bagi Filem-Filem Barat Yang Belum Dibuat

Forest Gump 2: Gump and Co
Dalam sambungan filem Forest Gump yang kedua ini, Forest Gump dikatakan akan berlari merentas masa. Sepanjang pelarian ini, Forest Gump akan terlibat secara tidak sengaja dalam peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah dunia seperti pemusnahan Tembok Berlin, menangkap Saddam Hussein semasa operasi Desert Storm, dan bertemu dengan Tom Hanks di Oscars.

Gladiator 2: Maximus Resurrection
Maximus yang dibunuh dalam filem Gladiator yang pertama, lakonan Russell Crowe, akan dibangkitkan semula oleh Dewa-Dewa Roman dan menjadi kekal abadi. Maximus hidup selama-lamanya, dan terlibat dalam peperangan di Perang Dunia Kedua, dan akhirnya bekerja di Pentagon.