BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, April 20, 2008

Mudah.Com.My: Iklan Percuma Untuk Rakyat Malaysia - Tertakluk Pada Terma Dan Syarat



Anda ingin mengiklankan barangan anda di internet, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya? Terdapat satu perkhidmatan pengiklanan menerusi mudah.com.my yang khusus untuk rakyat Malaysia! Panduan mengiklan menerusi internet juga disediakan di dalam laman web ini.


Kenapa anda mesti menggunakan mudah.com.my?

Anda sebagai rakyat Malaysia tentu mahu mencari pelanggan, pembeli atau penyewa yang terdekat dengan anda. Semakin dekat, semakin mudahlah anda mencari penyewa rumah, pembeli kereta, kerja kosong, jawatan kosong, tutor dan sebagainya.

Anda mahu mencari pembekal. Anda mahu mencari tutor untuk mengajar anak anda. Anda mahu mencari rumah untuk disewa. Anda perlukan kereta dan mahu membeli kereta terpakai. Anda juga boleh menggunakan mudah.com.my.

Anda ada kepakaran menjahit. Anda mahu orang tahu anda bersedia mengambil upah menjahit baju. Anda boleh gunakan mudah.com.my.


Mulakan Iklan: 3 Langkah Mudah Mengiklan

Terdapat tiga langkah mudah untuk menghantar iklan anda ke mudah.com.my iaitu:

  • LANGKAH 1: Pilih negeri atau tempat sasaran di mana iklan anda mahu disiarkan. Terdapat 13 negeri dan 1 wilayah iaitu Kuala Lumpur setakat ini. Katakan anda mahu mengiklan rumah sewa untuk orang-orang di sekitar Johor sahaja, maka pilihlah Johore.
  • LANGKAH 2: Klik Insert Ad untuk meletakkan iklan anda. Anda akan mendapati paparan e-borang pengiklan seperti berikut:


  • LANGKAH 3: Isikan butir-butir diri anda sebagai pengiklan seperti nama, nombor telefon, kategori iklan, alamat e-mel, alamat tempat tinggal, keterangan produk atau perkhidmatan atau barang yang dimahukan. Anda juga boleh memasukkan beberapa gambar yang berkaitan dengan iklan anda seperti hasil kerja, produk dan sebagainya. Letakkan juga harga untuk barangan tersebut. Selepas selesai mengisi, anda boleh melihat iklan anda dengan klik pada butang Preview the ad. Pihak mudah.com.my memeriksa iklan anda, dan dalam lingkungan 2 jam, iklan anda akan disiarkan.




Inilah Peluang Paling Mudah Untuk Mengiklan Di Internet!

Sememangnya mudah! Untuk maklumat lanjut, segera ke laman web mudah.com.my atau klik di sini. Mudah.com.my sentiasa menunggu anda!