BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, April 10, 2008

Kisah Sebenar Keluarga Sufiah Yusof - The Truth Of Sufiah Yusof Family

This is the truth about Yusof family. Do you want to know the truth from the tongue of the real family? Do you want to know the truth about the learning method used by Sufiah Yusof an her siblings? Do you want to know who is the real teacher, that made these prodigies? Stop reading other media. Seek the truth about them in this official website of Halimaton Yusof and her families:

your only resource about the Yusof family

Adakah anda sudah bosan dengan momokan media mengenai Sufiah Yusof? Tidak semua perkara yang disampaikan oleh pihak media mengenai kaedah pembelajaran yang diterima oleh Sufiah Yusof dan adik-beradiknya itu betul. Terdapat fakta yang telah dieksploitasi oleh sesetengah pihak media sehingga menyebabkan ramai antara kita menyangka, Sufiah Yusof dan adik-beradiknya terpaksa melalui cara yang sukar untuk belajar Matematik.

Adakah perkara ini berlaku kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahu memyembunyikan kaedah sebenar kerana bimbang akan lahir lebih ramai prodigi dari kalangan anak-anak berketurunan Malaysia? Mari, mari kita sebarkan kebenaran supaya kelak keluarga Halimaton Yusof akan dibela, dan kita akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

Laman blog di bawah ini adalah dihasilkan oleh salah seorang adik beradik Sufiah Yusof, iaitu Iskander. Anda akan tahu bahawa segala usaha Halimaton untuk membentuk anaknya menjadi orang yang berguna dan bagaimana semua itu dimusnahkan oleh bapanya. Halimaton adalah ibu yang sebenarnya, yang paling banyak berjasa, tetapi media telah mengaburi pandangan mata kita semua dengan mengatakan si bapa yang merepek itu sebagai orang yang menjadikan Sufiah dan adik-beradiknya sebagai orang yang berjaya.

Sekiranya anda benar-benar mahukan kebenaran. Berhentilah daripada mencari laman web lain. Laman web di bawah ini adalah rujukan rasmi anda.

sumber rujukan rasmi mengenai keluarga Yusof