Tragedi Shilpa Lee Jelmaan Genius Matematik - Khusus Buat Romantis Selatan
Shilpa Lee adalah genius Matematik, yang dahulunya sangat dikenali dengan satu nama yang lain. Dia adalah seorang wanita yang sangat bijak. Malangnya pendidikan yang diterimanya tidak seimbang. Manusia perlu seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan emosi. Nilai-nilai moral dan kemanusiaan tidak diberikan kepada wanita ini. Beliau berakhir di lembah hina, menawarkan badan dengan harga 130 pound sejam.
Romantis Selatan, lihatlah, bagaimana seorang yang bijak di dalam Matematik pun tidak dapat lari daripada penderitaan hidup. Dia diberikan bakat, tetapi pendidikan yang diperolehinya tidak seimbang.
Betapa pentingnya pendidikan yang seimbang. Moral dan kemanusian perlu ditekankan. Dihayati dan mesrakan kepada genius-genius yang merupakan aset intelektual negara. Agama tidak boleh dipisahkan daripada intelektual.
Betapa maju pun tamadun sesuatu bangsa, biar betapa ramai pun pelajar yang mendapat A di dalam peperiksaan, Anugerah Dekan setiap semester atau Kelas Satu dalam pengajian di universiti, tidak ada maknanya apabila moral, kemanusiaan dan agama diabaikan.
Tragedi Shilpa Lee, dahulunya seorang genius Matematik yang mengharumkan nama Malaysia, berakhir dengan satu kesilapan. Di mana kita, untuk membawa manusia seperti ini kembali kepada kebenaran?
Manusia harus diberi peluang untuk kembali kepada kebaikan. Shilpa Lee telah terhukum dengan penghinaan di sebalik keagungan kecerdasan logik matematik yang dianugerahkan kepadanya. Ternyata, kecerdasan intrapersonal Shilpa Lee berada di tahap yang sangat rendah, jauh lebih rendah berbanding orang-orang lain yang memiliki kecerdasan logik matematik yang biasa atau lemah.
Romantis Selatan, lihatlah. Di dunia ini tidak segalanya sempurna. Kita harus bergantung pada yang satu. Kelaparan itu harus di atasi. Barangkali Shilpa Lee mengisi perutnya yang lapar dengan trauma masa silam. Adakah kerana dia tidak melihat peluang untuk memanfaatkan bakatnya untuk mencari wang? Atau dia tidak tahu mencipta peluang?
Romantis Selatan, bakatmu harus dihargai baik-baik. Kamu memiliki bakat dalam bidang-bidang yang lain. Kembangkan bakat ini, semoga terhindar daripada penderitaan seperti Shilpa Lee.
Tetapi Shilpa Lee itu perlu dibawa kembali ke jalan yang benar. Dia mesti diberi peluang. Setiap manusia ada melakukan kesilapan. Suatu hari nanti Shilpa Lee akan kesal dengan kesilapannya dan kembali ke dunia gemilang. Kita berharap, tetapi berharap sahaja cukupkah?
Shilpa Lee, bakat yang saudari miliki adalah luar biasa. Gunakan bakat saudari untuk mencari wang. Kembangkan kecerdasan spatial dan verbal saudari. Teguhkan kecerdasan intrapersonal saudari.
Amiene Rev telah pergi. Dia berasa sangat sedih. Mimpi-mimpi yang dilihatnya dahulu rupa-rupanya adalah jeritan pertolongan daripada seseorang. Sekarang sudah terjawab persoalan ini. Setiap malam dia diganggu dengan mimpi daripada seorang wanita yang konon-kononnya bijak dan pandai dalam ilmu matematik. Shilpa Lee inilah, wanita yang dimaksudkan.
Wanita adalah maruah lelaki. Wanita adalah maruah lelaki. Wanita adalah maruah lelaki.
Ingat kata-kata ini, Shilpa Lee. Kembalilah pada dirimu yang asal. Setiap manusia memiliki peluang, selagi dia masih diberi nyawa. Shilpa Lee... peluang masih ada. Cukuplah menghukum dirimu.
Nota: Al-Fatihah buat Allahyarham Yusni Jaafar yang meninggal dunia kerana kegagalan hati kira-kira pukul 2.30 pagi di Hospital Selayang, pada 1 April 2008.
|