BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, April 03, 2008

Kisah Orang Lapar

Kisah Orang Lapar
Hakcipta (C) Amiene Rev 2008

Ini kisah orang lapar
Hari ini makan daun
Sudah jadi vegetarian
Esok pula makan kertas
Sudah jadi orang gila

Ini kisah orang makan daun
Tapi dia bukan kambing
Jauh sekali seekor lembu
Bukankah sudah diberitahu,
yang ini kisah orang makan daun?

Jika dia kambing atau lembu,
kenapa esok pula dia makan kertas?
Adakah kambing sukakan kertas?
Adakah lembu sukakan kertas?

Orang kata Bush bodoh
sebab Iraq diserangnya
Bush = Semak
Sebab itu dia suka menyemak

Apa beza Bush dengan kambing?
Apa beza Bush dengan lembu?
Tak sama sebab Bush itu orang,
tapi adakah dia orang?
Dia makan daunkah?
Dia makan kertaskah?

Dia lapar darah
Dia makan darah

Bush mana ini?
Entah, tak baik mengata orang.
Mana tahu esok lusa Tuhan buka pintu hati dia?
Esok-esok Bush masuk Islam,
baru satu dunia kecoh.

Doa-doakanlah,
agar Bush pun masuk Islam.

Ini kisah orang lapar.