BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, April 30, 2008

Koleksi Lirik Lagu Patriotik Melayu 3

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


-0-


Sukom 98 (Bersatu Selamanya)
ROY / Kumpulan Koir Kebangsaaan

Menjelang detik kebenaran
Bagai burung terbang bebas
Kita menuju kegemilangan
Di mata dunia kenali kita
Dari arus impian ketaman kebenaran
Kilauan obor membakar
Suci penuh kasih

( korus )
Bersatu hati masa menyaksi
Di puncak maya kitakan bersama
Di persada pentas dunia
Selamaya kita di sana (2X)

Berdiri teguh seiringan
Bersemangat gabung tenaga
Kita menuju kegemilangan
Di mata dunia kenali kita
Bersama menghayati
Detik kebenaran
Kilauan obor membakar
Suci penuh kasih


-0-


Tegakkan Bendera Kita
Sudirman (S Atan / Sudirman Hj. Arshad)

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita


-0-


Setia

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara


-0-


Mentera Semerah Padi
M. Nasir

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi


-0-


Pahlawanku
(Yusoff B)

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang


-0-


Perwira
Sharifah Aini

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

( ulang dari 1 )


-0-


Di Hari Penghabisan

Di hari penghabisan
Waktu di pelabuhan
Air mata berlinang
Sedih ku meninggalkan
Kawan-kawan ku sayang

Tak dapat ku berkata
Hanya bersalam mesra
Sungguh terasa hiba
Kalau akan berpisah
Tak tertahan airmata

( korus )
Kerana persahabatan
Telah erat di hati
Tapi apakan daya
Ku mohon diri

Lantaran ayah ibu
Telah rindu menunggu
Aku pulang dahulu
Namun tetap ku nanti
Semoga jumpa lagi