BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Disember 31, 2009

Sajak Dialog Dengan Iblis

Dialog Dengan Iblis
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Iblis
katakan kepadaku sebabnya
kau pernah mentaati Tuhan
tetapi kau derhakainya
kerana Adam

Kau diam

Iblis katakan kepadaku sebabnya
kau pernah berdendam
dengan Adam
dan kami sekalian keturunannya

Kau diam

Sesungguhnya
fitnahkan bila aku mengatakan
kau iblis
suka melihat kejatuhan manusia?

Kau diam

Rabu, Disember 30, 2009

Masalah Anda: Anak yang Lemah Dalam Pelajaran

Surat Pembaca: Anak lelaki saya sangat lemah dalam pelajaran. Keputusan PMR 2009 adalah seperti berikut:
  • A English
  • B Matematik
  • B Bahasa Melayu
  • B Pengetahuan Agama
  • C Kemahiran hidup
  • C Geografi
  • D Sains
  • D Sejarah
  • E Arab
Saya ingin minta pandangan, untuk ke tingkatan 4 ini, apakah subjek yang patut anak saya ambil berdasarkan kemampuannya.

Dia adalah satu-satunya anak saya. Sebagai anak tunggal, saya inginkan yang terbaik untuknya. Saya tahu dia tidak secemerlang anak rakan-rakan saya. Tetapi masih belum terlambat bagi anak saya. Terima kasih.
Maklum balas Amiene Rev: Anak anda mempunyai keputusan yang bagus dalam sesetengah subjek tetapi kurang bagus atau lemah dalam sesetengah subjek yang lain. Keputusan Matematik anak anda agak baik, tetapi anak anda lemah dalam sains, bidang yang mungkin sesuai dengannya ialah aliran perdagangan.

Kebiasaannya, semasa di tingkatan 4, pihak sekolah dengan kerjasama pihak kaunselor sekolah akan melakukan streaming untuk para pelajar yang bakal memasuki tingkatan 4 berdasarkan keputusan PMR. Streaming adalah proses untuk menentukan aliran akademik (pakej jenis-jenis subjek) yang sesuai untuk diambil oleh para pelajar tersebut. Kebiasaannya pakej yang ditawarkan di sekolah harian biasa adalah aliran sains, aliran perdagangan dan aliran kesusasteraan.

Anda boleh membuat temujanji dengan kaunselor sekolah anak anda, dan meminta panduan daripada kaunselor. Saya galakkan anak anda mengambil ujian personaliti, ujian aptitud dan sebagainya. Pihak kaunselor sekolah biasanya memiliki maklumat yang lebih berkenaan hala tuju akademik anak anda.

Bagi sesetengah pelajar, mereka mungkin rasa aliran yang mereka ambil semasa di tingkatan 4 tidak sesuai dengan kebolehan mereka, maka untuk kes seperti ini juga, elok diajukan kepada kaunselor. Biasanya selepas menemui anak anda, kaunselor akan memutuskan sama ada anak anda memiliki kelayakan, berminat atau pun tidak dalam aliran akademik yang bakal diambil. Kaunselor akan menulis surat pertukaran aliran untuk anak anda.

Sekian, terima kasih.

E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu.

Sajak 18 Kematian Dalam Seruan

18 Kematian Dalam Seruan
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Aku meminta
cukup 40
tidak lebih 40
dalam seruanku

Dan orang datang mendengar
satu demi satu mati
sehingga 18 kematian
berbaki 22

Lalu kutegaskan
cukup 22
tidak lebih 22
dalam seruanku

Isnin, Disember 28, 2009

Adab Menghormati Tetamu

Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik.
Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud: "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!'', Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu!" (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: "Silakanlah makan." (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27).
Hakikatnya, amalan menghormati tetamu bukan saja menunjukkan ciri-ciri perilaku terpuji, malah berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:
  • Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis
  • Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.
  • Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.
  • Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.
  • Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.
  • Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.
  • Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.
Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu." (Surah al-Furqaan, ayat 67).
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu." (Hadis riwayat Bukhari).
Keadaan ini adalah bagi mengelak perasaan terbeban tuan rumah. Amalan yang pada awalnya dikira sebagai amalan yang mulia, tetapi jika ia berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, ia dikhuatiri akan menimbulkan suasana tidak selesa malah boleh menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.

Dalam konteks yang lebih besar lagi, rakyat sebuah negara yang diiktiraf sebagai antara negara Islam contoh, seharusnya kita rakyat Malaysia sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada khalayak yang berkunjung ke negara ini.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang di negara ini. Sifat ringan mulut memberi bantuan apabila diajukan soalan oleh tetamu negara dan disertakan dengan senyuman adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia.

Sesungguhnya tetamu mengundang rahmat daripada Allah s.w.t ,menghilangkan dosa penghuni rumah dan menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan tetamu menurut tuntutan Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).
Sumber: Harian Metro

Sajak Tamu Empat Bulan

Tamu Empat Bulan
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Hari ini aku datang
kau berikan aku hidangan
semewah-mewahnya
kerana aku tetamu
alasanmu

Esok aku datang lagi
kau berikan aku hidangan
semewah-mewahnya
kerana aku tetamu
perlu yang terbaik
alasanmu lagi

Lalu aku nekad datang setiap hari
kau berikan aku hidangan
semewah-mewahnya
kerana aku tetamu
dan engkau tuan rumah
yang menjaga maruah
alasanmu lagi

Lalu aku nekad
jadi tetamu selama empat bulan
datang setiap hari ke rumahmu
tanpa henti

maka adakah kedatanganku membebankanmu?
dan pemergianku melegakanmu?
kerana aku tetamu
perlukan yang terbaik
dan engkau tuan rumah
yang menjaga maruah

Ahad, Disember 27, 2009

Sajak Bicaralah Dengan Lidahku

Bicaralah Dengan Lidahku
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Harus aku sampaikan
setiap perkataanku
sedangkan tidak ada satu pernyataan
membenarkan aku
berucap
bersyarah
memberitahu
kalian semua

Sehingga aku menerima sinar-Mu
sehingga aku menerima pengampunan-Mu
sehingga aku menerima kalam-Mu
dan kitab itu kubaca

dan seruan itu
pasti harum
dengan bicara lidahku
diterima
dengan tiada penentangan

Sabtu, Disember 26, 2009

Sajak Dia Begitu Ramah Terhadapmu

Dia Begitu Ramah Terhadapmu
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Dia begitu ramah kepadamu
Si kaya diminta mengeluarkan zakat
Si miskin diberi kebebasan
mahu terima atau pun tidak

Dia begitu ramah terhadapmu
kamu si miskin
bebas
dia si kaya
wajib memberimu zakat
sama ada suka
atau tidak suka

Dia, Tuhan
begitu ramah terhadapmu

Jumaat, Disember 25, 2009

Sajak Seketul Batu Di Tengah Jalan

Seketul Batu Di Tengah Jalan
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Kata dukun
jika aku mahu hati gadis itu
aku harus tidak bersolat
40 hari 40 malam

Kata dukun
jika aku mahu hati gadis itu
aku harus meninggalkan kebaikan
40 hari 40 malam

Kata dukun
jika aku mahu hati gadis itu
aku harus tidak menyebut
nama Allah

dan syaitan akan bersekongkol denganku
mencipta jampi dan sumpah
mengikat hati gadis itu untukku

namun pada hari ke 40
aku melihat batu di tengah jalan
lalu kualihkan ke tepi jalan
maka terbatallah segala jampi
maka terbatallah segala sumpah
lerailah ikatan hati gadis itu terhadapku

lalu aku tertanya-tanya
jika satu kebaikan dapat meleraikan
39 hari penuh kejahatan

bagaimana pula satu pahala
dapat menyelamat aku dari api neraka?

ketika itu aku sedar
kasih sayang-Mu
Allah Tuhanku

Khamis, Disember 24, 2009

Sajak 77 Batang Lilin

77 Batang Lilin
Karya: Amiene Rev (C) 2009

77 batang lilin ini
kunyalakan dengan nama Allah
Tuhanku
Tuhanmu
Tuhan kami

77 batang lilin ini bersinar
seolah-olah cahaya iman
menyinari kegelapan

Rabu, Disember 23, 2009

Sajak Keluar Dari Cubaan Ini

Keluar Dari Cubaan Ini
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Aku sakit dan miskin
berikan aku sekuntum doa
untuk aku amal
agar dapat keluar
dari cubaan ini

Ini doaku untukmu:
Jadilah perompak
Maka jadilah aku perompak

dan ketua perompak mahu membunuh
disuruhnya aku pergi membunuh
aku takut azab Allah

Aku tidak mahu membunuh
orang ini tidak berdosa
perompak inilah kaki pembunuh

Kupenggal kepalanya
ketua perompak
dan kemudian budiku dibalas
dengan emas

Selasa, Disember 22, 2009

Sajak Siapakah Engkau

Siapakah Engkau
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Siapakah engkau
anak muda?
berbaju compang-camping
datang ke masjid ini
mengiringi kami
membaca ilmu
selekeh sekali

Siapakah engkau
orang tua?
berbaju compang-camping
meminta-minta
di depan pintu
memohon belas
selekeh sekali

Aku anak muda
cuma belajar surah Al-Fatihah
demi keampunan Tuhan
untuk bapaku
di luar sana

Isnin, Disember 21, 2009

Sajak Wang Emas Ini Dosaku

Wang Emas Ini Dosaku
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Aku menabur budi
dengan izin Allah
Hasilnya masa depan
harapan orang tua

Aku berjasa
kerana rahmat Allah
Hasilnya pembangunan
dan kemajuan bangsa

Kemudian datang orang
dengan keping-keping wang emas
katanya untuk balas jasaku

Aku menitis air mata
wang emas ini dosa
kerana aku tidak impikan balasan
cuma kuinginkan maruah diri
kasih sayang
dan keredhaan Allah
di akhirat nanti

Ahad, Disember 20, 2009

Sajak Ketika Itu Aku Sedang Berpuasa

Ketika Itu Aku Sedang Berpuasa
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Ketika itu aku sedang berpuasa
aku menuju ke medan perang
aku cari jalan kesyahidan

Perutku berkeroncong
pemikiranku masih kosong
kerana niatku berpuasa
ke jalan Allah

Ketika itu aku sedang berpuasa
aku menuju ke medan perang
lapar dan dahaga
mengiringi perjuangan

Aku ganti setiap cungap nafas
dengan zikrullah
aku tukar setiap lapar dan dahaga
dengan puji-pujian terhadap-Mu

Tuhanku
Tuhan kami
Moga puasa ini diterima rahmat-Mu
berkatilah kami
dalam perjuangan ini

Sabtu, Disember 19, 2009

Cinta 1 - Amiene Rev

Cinta 1
Karya: Amiene Rev (C) 2009

Ada pun cinta itu
sukar beralih arah
kerana cinta itu
kasih

Cinta
satu bentuk emosi
tersirat di dalamnya
nilai kasih

Cinta
wujud tanpa dipinta
berputik tanpa baja
cuma kasih

Cinta
pemergiannya amat menyakitkan
tanpanya hidup ini hening
tanpa kasih

Cinta
adakalanya zalim
mangsa atau penganiaya
kerana kasih?

Jumaat, Disember 18, 2009

In Memory Of Haloscan - Haloscan Meninggalkan Dunia Blogger Dengan Bermaruah

Haloscan dinaik taraf ke Echo
Disqus dan Intense Debate alternatif baru
Haloscan is being upgraded.
You need to take action by Jan 02, 2010
Good Bye Haloscan. You're the best. You're very sporting.

Haloscan sudah mengumumkan perkhidmatan komentar percuma untuk blog akan ditamatkan. Para blogger yang mengguna perkhidmatan komenter percuma Haloscan kini boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan dengan Echo (Haloscan versi baru), atau mengucapkan selamat tinggal kepada Haloscan.

Haloscan tidak begitu zalim, mungkin ada kata-kata manis daripada para pembaca yang ingin anda kenang dan eksport bersama-sama sebagai cenderahati peringatan untuk diri anda. Haloscan kini membenarkan para pengguna untuk mengeksport komen-komen yang diterima sebelum ini untuk dipindahkan ke mana-mana perkhidmatan komentar baru.

Sebelum ini, fungsi eksport komentar ini cuma boleh digunakan oleh pengguna premium atau pengguna berbayar. Namun, memandangkan Haloscan mempunyai perikemanusiaan, setiap pengguna Haloscan boleh memindahkan data lengkap dokumentasi komentar sebelum ini seperti lokasi penghantar komen (boleh dikesan menerusi sistem pengesanan atau penyiasatan penghantar oleh itu sebarang identiti pengirim komen boleh dikenalpasti dengan mudah biarpun pengirim menggunakan identiti samaran), IP Address, nama, teks, no. contact dan sebagainya untuk disimpan sebagai rujukan.

Sekarang, terdapat dua perkhidmatan komentar percuma yang boleh digunakan untuk menggantikan Haloscan. Kedua-duanya dikatakan memiliki fungsi yang sama seperti Haloscan iaitu:
Walau bagaimana pun, saya tidak berminat untuk bertukar ke sistem baru buat masa ini, kerana saya mahu melihat sendiri penamatan perkhidmatan komentar percuma Haloscan yang penuh bersejarah.

Ini juga bermaksud sebarang pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini untuk ruangan "Tanya Sama Amiene Rev" tidak akan dapat dijawab kerana soalan-soalan yang dihantar menerusi komen itu akan lenyap bersama-sama dengan Haloscan.
Sebab itu dulu saya suruh hantar pakai e-mel. Saya awal-awal lagi mengarahkan pembantu-pembantu saya untuk tidak mengirim apa-apa soalan yang dihantar menerusi komentar kerana penyertaan tersebut dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi peraturan permainan. Kakakaka...

Khamis, Disember 17, 2009

Melihat Tahun Baru

Tahun Baru sudah pun menjelma. Kemunculan tahun baru ini mengundang idea kepada saya untuk menyambung novel blog Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT. Sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak menulisnya.

Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Melihat Tahun Baru
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Tahun baru sudah menjelma. Hati saya tiba-tiba sayu mengenangkan kehidupan saya pada tahun lalu. Saya suka mengajar. Saya suka melihat anak didik saya menjadi pandai. Tidak cukup dengan itu, saya mengajar pelajar-pelajar dari kelas lain pula pada waktu lapang. Apabila pulang ke rumah saya rasa sangat penat, tetapi puas hati kerana dapat mengajar mereka.

Keseronokan saya mengajar pelajar-pelajar saya tentang ilmu matematik tidak lama. Selepas tamat peperiksaan PMR, saya dapati ada pelajar-pelajar dahulunya tahu menghormati guru, mula bersikap lupa diri, bongkak, sombong, biadab, kasar, tidak mengenang budi, sanggup mempermain-mainkan guru, mengarah-ngarah guru dan memperbodoh-bodohkan guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Ada pula yang merayau-rayau ke sana ke mari. Bagi segelintir mereka, pelajar yang duduk di dalam kelas, adalah penakut. Mereka yang suka-suka merayau di luar kelas adalah berani. Malah lebih teruk, ada pula yang berani mempersendakan kawan-kawan yang mematuhi peraturan.

Sejak itu saya mula terfikirkan sesuatu. Saya dapati mereka tidak tahu berterima kasih sepenuhnya. Mereka mungkin ada mengucapkan terima kasih dengan mulut, tetapi tidak dengann hati. Hati mereka tidak tulus. Hati mereka tidak jujur. Mereka seolah-olah memperalat guru-guru mereka untuk menjadi lebih pandai, mengutip faedah daripada guru-guru mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri. Golongan pelajar seperti inilah yang membuatkan saya agak fobia untuk mengajar pelajar-pelajar di luar waktu kelas lagi.

Selama ini saya berharap pelajar-pelajar ini mendapat kemudahan untuk cemerlang dalam pelajaran dengan adanya kelas atau sesi tuisyen percuma yang saya berikan. Selalu juga saya beli buku-buku baru khusus untuk mencari teknik yang lebih mudah untuk mereka. Semuanya percuma. Masa saya, wang saya, penat lelah saya, cita-cita yang saya korbankan, segala-galanya demi kasih sayang saya kepada pelajar-pelajar ini. Saya gembira apabila melihat peningkatan dan kecemerlangan dalam diri pelajar-pelajar yang saya ajar. Saya semakin lemah, tetapi semangat saya menyebabkan saya kembali segar untuk terus mengajar mereka. Hakikatnya tenaga badan saya semakin haus. Badan guru semakin lemah, semata-mata mahu mendidik anak muridnya supaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Namun kegembiraan itu digantikan dengan perasaan kesal dan kecewa apabila ada pelajar yang mula berubah sikap, menjadi kurang ajar. Sejak itu saya takut untuk mengajar kelas tuisyen lagi. Saya termenung panjang. Air mata saya mengalir sekali-sekala. Pada waktu malam, kekecewaan itu menyerang sehingga ke dalam mimpi-mimpi saya. Saya datang ke sekolah dengan hati yang luka. Saya sangat kecewa. Saya cuba pendam kekecewaan dan kekesalan saya terhadap racun yang diberikan oleh pelajar seperti itu.

Kasih sayang saya terhadap pelajar-pelajar saya mengatasi segala-galanya. Saya menegur dan terus menegur. Air mata saya mengalir pada malam hari mengenangkan betapa sakitnya hati seorang guru apabila diperlaku begitu biadab, diaibkan, dipermain-mainkan oleh pelajar yang pernah diajar dan diberi dorongan supaya terus belajar. Dorongan, sokongan moral, ambil berat, dan tunjuk ajar selama ini menjadi sia-sia.

Sejak itu saya mula sedar betapa membentuk akhlak, sikap hormat-menghormati, tahu mengenang budi dan keikhlasan jiwa adalah lebih penting berbanding mengajar ilmu akademik seperti matematik. Jiwa yang suci lebih penting berbanding kepakaran dalam bidang matematik.

Pelajar-pelajar ini mungkin mendapat A dalam Matematik, tetapi adakah akhlak mereka juga begitu. Adakah mereka akan menjadi orang yang fikirkan tentang kebajikan orang lain, mengutamakan kepentingan orang lain? Saya kecewa kerana selama ini saya mengajar matematik, tetapi tidak menekankan aspek kebajikan. Saya tahu, hakikatnya tanggungjawab mengajar erti mengenang budi ini sepatutnya telah diajar oleh ibu bapa mereka. Namun, tidak semua ibu bapa sedar kepentingan ini. Atau mungkin anak mereka terlalu keras hatinya?

Sejak itu saya mula menekankan aspek moral. Saya tidak mahu lagi lihat pelajar yang saya ajar menjadi kurang ajar dan biadab pada kemudian hari. Sejak itu saya semakin teguh mempercayai kenapa agama lebih penting daripada segala-galanya. Rohani itu sangat penting.

Untuk tahun baru ini saya berazam untuk mengutamakan moral, rasa hormat pelajar terhadap guru, dan seumpamanya. Saya tidak mahu lagi lihat seekor iblis lahir hasil daripada tunjuk ajar saya. Iblis, kerana mereka cuma pandai dan mahir dalam ilmu dunia, tetapi tidak memiliki hati yang bersih, dan keikhlasan yang sejati dalam menegakkan kebajikan manusia.

Keinsafan mula hadir di dalam diri ini. Pelajar-pelajar perlu diajar untuk menghargai pemberian orang lain. Tidak kira dari segi material, atau pun ilmu.

Rabu, Disember 16, 2009

Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Di Stesen Minyak - Punca Maut dan Cedera Parah

Mungkin ramai yang belum percaya atau merasai pengalaman mencemaskan di stesen minyak. Mungkin kerana ramai yang tidak menggunakan telefon bimbit di stesen minyak. Sungguh berbelit ayat seperti ini. Sekian sahaja ayat-ayat yang berbelit-belit, dan marilah membaca petikan berita di bawah:
Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas
Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu. - Bernama

Buang susu segar ke dalam parit

Susu segar keluaran Dairy Farm dibuang ke dalam parit begitu sahaja. Sungai susu dikatakan mengalir di syurga, kini sudah wujud di dunia ini. Ada pula pekerja-pekerja yang mengambil kesempatan menadah susu yang dituangkan ke dalam parit itu untuk diminum. Apakah perasaan lembu-lembu betina apabila melihat susu mereka dibuang begitu sahaja? Alangkah bagusnya jika susu-susu tersebut didermakan kepada anak-anak yatim dan keluarga-keluarga miskin. Beringat-ingatlah Fidaf, kalau kita tolong orang, Tuhan akan tolong kita balik. Sedikit kemudahan yang kita berikan kepada orang, Tuhan akan beri kemudahan berkali-kali ganda kepada kita. Tak sepatutnya Fidaf buat begini. Rezeki yang lebih patut disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Berita seperti ini memang menyedihkan. Terbayang wajah-wajah lembu. Kasihan sungguh lembu-lembu. Terbayang wajah-wajah pekerja. Hentikan perbuatan tidak berperi kemanusiaan seperti ini.
Buang susu segar ke dalam parit
www.kosmo.com.my

ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.

Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.

Syed Muhd. Alwi

Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.

Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000.

Tindakan protes membuang susu ke dalam parit tu mengundang rasa sedih bukan sahaja kepada Pengarah Urusannya, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah tetapi juga para pekerja yang melihat keringat mereka menjadi sia-sia dan masa depan menjadi samar-samar.

Semalam, Fidaf meneruskan lagi tindakan protes dengan membuang 16,500 liter susu segar ke dalam parit dengan Syed Muhd. Alwi berteriak bahawa mereka bukan sekadar membuang susu tetapi juga punca rezeki.

Beliau mendakwa pihaknya serta pengeluar susu tempatan lain semakin tersepit dan tidak lagi dapat menandingi bekalan susu import yang menguasai 95 peratus pasaran.

Selasa, Disember 15, 2009

Amalkan budaya nasihat

Pada masa kini budaya nasihat-menasihati semakin kurang dilihat, sebaliknya budaya umpat-mengumpat semakin berleluasa. Artikel yang tertulis di dalam KOSMO baru-baru ini sesuai dijadikan rujukan.

Amalkan budaya nasihat
Sumber: kosmo.com.my

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Ukelele YouTube Boy 5 Years Old Playing Ukelele


Budak Jepun berusia 5 tahun ini mula bermain ukelele sejak berusia 4 tahun.


2000 - Hari Pertama

Diari Lama Seorang Mahasiswa
Sebuah Karya Amiene Rev (C) 2009

Sahabatku, tahun itu tahun pertama aku menjejakkan kaki ke situ. Aku temui ramai rakan-rakan baru. Aku senang hati, apabila semua orang menegur aku. Pada ketika itu aku melihat bayang-bayang guru, tetapi aku percaya itu bukan dia. Aku melihat guru sedang duduk di atas sebuah kerusi, tersenyum puas hati, melihat aku kini sudah berjaya menjejakkan kaki ke medan mahasiswa.

Sahabatku, ini pertama kali, aku berada di sebuah kota metropolitan. Besar. Luas. Penuh dengan macam-macam hiburan. Penuh dengan macam-macam ajaran. Senior sering kali berpesan, jangan mudah percaya apa yang orang lain ceritakan. Di sini banyak tipu helah. Di sini ada ramai orang yang suka memperalatkan orang lain. Ada agenda bawah tanah. Ada agenda konspirasi. Ada mata duitan. Aku tidak peduli semua itu. Aku cuma percaya pada diri aku sahaja.

Sahabatku, hari pertama ini, aku mendaftarkan diri. Gambar aku diambil, dan di belakangku ada latar merah. Sekejap sahaja, aku sudah mendapat kad matrikku. Aku di bawa melihat suasana di ruang kolej. Sebuah bilik lengkap dengan segala kemudahan. Betapa mudahnya hidup seorang mahasiswa.

Kemudian, kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus. Rupanya sangat-sangat indah. Ada tasik yang luas dengan burung-burung bangau putih berterbangan. Ada padang rumput yang luas seperti permaidani hijau. Tanah-tanah berbukit tinggi, dan ada pula bangunan-bangunan berukiran tradisional, dengan bentuk atap yang unik di atas bukit-bukit hijau itu. Pohon-pohon besar berdaun rimbun, dahannya menjalar sehingga meneduhi jalan-jalan tar kelabu. Inilah universiti. Inilah menara gading. Aku sudah menjejakinya. Aku seorang budak kampung, bergelar pelajar terbaik di sekolah, salah seorang pelajar terbaik di Kota Bharu, Kelantan, yang namanya sampai ke luar negeri, kini bergelar pelajar universiti. Mahasiwa. Maha. Siswa.

Adakah budak kampung seperti aku layak untuk berada di sini? Aku merenung langit. Aku nampak wajah-wajah guru sedang tersenyum. Aku tahu, ini bukan khayalan. Aku sememangnya sudah berada di universiti secara rasmi. Ketika itu, aku sangat bersyukur. Sangat, bersyukur.

Isnin, Disember 14, 2009

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Kaedah atau teknik melukis Potret Mona Lisa
dengan menggunakan perisian MS Paint.


Orang kata, kalau mahu jadi desainer yang hebat, gunalah perisian yang hebat-hebat. Namun, pernah dengar kata-kata, sehebat mana pun sebilah pedang itu adalah bergantung kepada orang yang menggunakannya. Contohnya, kenapa Itachi kalah di tangan adiknya, Sasuke, sedangkan Itachi memiliki ilmu mata Mangekyou Sharingan yang amat ditakuti dalam bidang Ninjutsu? Ini kerana adiknya, Sasuke lebih pakar dalam penggunaan mata Sharingan biasa sehingga mampu mengalahkan pengguna mata Mangekyou Sharingan. Saksikan kehebatan pelukis MS PAINT ini.

Ahad, Disember 13, 2009

Semak Keputusan PMR 2009 Online Result dan Koleksi Pendapat Orang Ramai Berkenaan Generasi Muda Hari Ini

Cara-cara menyemak keputusan PMR secara online adalah mudah. Anda cuma perlu melayari internet. Untuk melayari internet, pastikan anda pergi ke kafe siber berdekatan atau pasang sendiri talian internet di rumah. Anda juga boleh mendapatkan kemudahan hotspot dan wireless internet untuk memeriksa result PMR anda. Cukup mudah bukan? Benda yang mudah jangan disusah-susahkan. Malu. Malu kalau tak tahu berdikari.

Keputusan PMR akan keluar sekitar bulan Disember seperti kebiasaannya. Jika tahun 2008 ia keluar pada 30 Disember 2008, maka bagaimana pula dengan keputusan PMR 2009? Adakah ia akan keluar pada tahun 2010? Anda tentu boleh berfikir sendiri. Takkanlah nak berdikari untuk berfikir sendiri pun tak tahu?
Keputusan PMR 2009 akan keluar pada 24 Disember 2009. Bekas calon PMR 2009 boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Calon persendirian PMR pula akan mendapat keputusan PMR menerusi pos.
Entri ini ditulis untuk menggambarkan sikap kebanyakan budak zaman sekarang yang cetek pemikirannya. Berfikir singkat. Budak macam ini memang banyak ditemui sekarang ini. Adakah pembaca termasuk dalam golongan ini. Mudah sahaja, jika pembaca rasa marah, geram terhadap tulisan dalam entri ini, maka siapa termakan cili dialah yang terasa pedasnya. Kenapa pula nak marah kerana kata-kata ini tidak ditujukan kepada mereka yang bukan dalam golongan yang hendak diceritakan di dalam tulisan ini? Tulisan ini bertujuan menggambarkan budak-budak masa kini yang manja, tak pandai berdikari, tak sedar diri, suka menyusahkan orang lain, suka meminta-minta tanpa rasa segan, suka mengarah-ngarah, suka mengkritik kemudahan percuma seperti "kenapa beli kerusi macam ni?", "kenapa bas ada sebuah saja.", "kenapa beli air mineral, belilah air Coca Cola ke, apa class air mineral?", "ala, ini aje?","terima kasih sebab ajar saya, lepas ni tolong hantar ke e-mel saya boleh, malaslah nak salin." dan sebagainya seperti diadukan oleh ramai golongan yang telah membantu mereka. Memang tak sedar diri golongan muda tersebut. Semua nak mudah.

Zaman sekarang ini memang ramai budak suka belajar secara makan suap? Semuanya tiru atau salin sahaja. Ada yang tiru dan salin dari internet, ada yang salin dan tiru daripada kawan. Ada yang cikgu dia yang bagi tiru. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang. Kalau meniru dan menghafal cara-cara menjawab soalan peperiksaan PMR dan kemudian mendapat keputusan PMR yang baik, apa gunanya? Itu bukan kepintaran semula jadi. Itu bukan kebijaksanaan semula jadi. Itu tandanya tak pandai berfikir. Itu tandanya gagal berfikir.

Pelajar yang mendapat keputusan PMR yang bagus tetapi tidak pandai berfikir akan berakhir dengan kehancuran. Rata-rata pelajar mahu 'straight to the point', mahu makan suap, mahu menyusahkan orang dengan meminta bantuan orang tanpa rasa malu atau rasa segan. Memang muka tak malu. Tahu mengarah saja. Memang jenis anak manja. Anak emak. Atau istilah tepatnya, jenis budak hingusan.

Spesies manusia yang menjijikkan seperti ini semakin bertebaran di muka bumi. Golongan tua dan dewasa pula ada juga yang tak betul. Ala-ala-ala comelnya budak ni, tak apalah, kasihan nak marah-marah dia, nanti emosi dia tertekan. Ambil la, tak kisahlah biar aku yang tolong printkan kerja kursus dia. Esok mama bagi kat sayang ye?

Mama, mama dah print ke belum kerja kursus Ain? Mama buat cantik-cantik tau. Nanti Ain dapat A, Ain sayang Mama. Begitulah jijiknya pernyataan seorang anak terhadap ibunya sehingga ibunya pula yang terpaksa buat kerja kursus untuk anaknya. Kemudian anak tersebut dapat 8A dalam keputusan PMR, si ibu bangga. Anak aku dapat 8A sebab aku yang tolong. Ho! Ho! Ho!

Kemudian ada satu cerita lagi. Hm... tengok aku dapat A untuk kerja kursus aku. Pandainya aku. Hebatnya aku. Padahal, kerja kursus tu ditiru dari internet. Macam tu pun ada juga yang bangga. Memang cetek pemikiran manusia-manusia itu.

Kemudian ada satu lagi pelajar. Hm. Aku dulu bodoh amat dalam Matematik Sekarang aku dapat A. Hebatnya aku. Cikgu, kau boleh blah. Kau dah tak ada apa-apa lagi untuk aku. Kau nak makan dekat kedai aku, bayar! Betapa jijiknya pelajar yang tidak mengenang budi seperti ini. Inilah antara spesies-spesies paling jijik yang pernah ditemui atau didengari di dunia zaman sekarang ni.

Pada zaman ini, pengaruh buruk dari luar negara dapat ditiru dan dilihat di kaca televisyen. Watak-watak biadab dan kurang ajar dijadikan hero di sesetengah drama, televisyen.Katanya, untuk memberi pengajaran. Katanya untuk dijadikan sempadan, supaya manusia yang menonton filem itu insaf. Insaf? Betul-betul jadi ke? Tidak. Konon-kononnya mewakili suara golongan yang memberontak supaya difahami. Masalahnya, golongan ini nak kita faham mereka, tetapi adakah mereka tak nak faham kita. Mereka parasit.

Satu lagi contoh yang tidak betul ialah membawa mat rempit pergi ke kutub utara. Itulah engkau, orang suruh merempit, engkau tak nak. Engkau suruh kita orang pergi masjid. Sekarang tengok, ada orang nak sponsor kita orang pergi luar negara, pergi kutub utara. Tak ke famous tu! Menyesal kau sekarang ek? Kau keputusan PMR baik pun tak ada orang nak sponsor. Maklumlah kau orang kampung. Mak bapak kau tak pandai nak cari sumber bantuan kewangan. Mak bapak kau pun bodoh jugak. Tengok mat rempit, baguskan dapat pergi ke kutub utara. Ada sponsor pulak tu.

Aku malas belajar. Kat sekolah dulu aku tak nak belajar. Boleh kaya jugak? Aku nyanyi. Aku masuk rancangan realiti. Aku jadi kaya. Aku dapat hadiah. Aku dapat peminat. Famous aku. Mana ada produser nak buat rancangan TV yang best-best macam rancangan realiti akademik. Kau tengok aja rancangan yang macam kuiz pengetahuan tu, yang macam nasyid-nasyid tu, semua rendah aje hadiahnya. Kau tengok rancangan nyanyian, ada yang tawar satu juta tau? So, buat apa nak belajar pandai-pandai.

Begitulah antara kata-kata yang pernah didengar. Tidak kira rancangan TV, atau pun media, kini nampaknya lebih banyak menyokong ke arah hiburan. Tak kurang kini pengaruh kuasa hiburan dalam mencipta kekayaan diperluaskan pula kepada kanak-kanak kecil menerusi rancangan realiti yang khusus untuk budak-budak.

Hebat betul dunia masa kini. Malas belajar tak apa. Hafal lirik lagu, pandai nyanyi dah boleh hidup. Ada seorang ibu pening, sebab anak dia nak jadi penyanyi, tak nak belajar dah. Habis keputusan PMR dia pun dah teruk, duduk pulak kelas belakang. Dia apa lagi, terpengaruh dengan kawan-kawan dialah. Ada ramai budak-budak yang kat kelas belakang tu, bukannya datang sekolah nak belajar, tapi kacau orang nak belajar.

Cikgunya? Cikgunya penakut. Takut nak rotan budak. Takut. Sekarang ni kan undang-undang dah memanjakan budak-budak. Budak-budak tak boleh kena rotan sangat, tak boleh kena marah sangat, tak boleh kena cubit, tak boleh kena tampar, tak boleh kena tepuk. Takut dah cikgu-cikgu sekarang ni. Penakut. Budak kena buang pun dapat masuk sekolah balik. Lagi besar kepala jadinya, kebal. Kena buang pun dapat ambil SPM. Bila ambil SPM lepas geram, jatuhkan nama baik sekolah, datang exam keluar awal. Biar keputusan SPM jatuh. Biar sekolah tu kena kaw-kaw kena kritik sebab peratus lulusnya jatuh. Astagfirulahalazim.

Begitulah antara petikan cerita-cerita yang didengar tentang budak-budak zaman ini. Biasalah, inilah detik permulaan kehancuran tamadun manusia. Tanda-tanda kehancuran dah nampak. Terang-terang dah nampak. Siapa tak nampak, dia buta. Buta hati.

Sekian tulisan berunsur teguran dan sindiran. Jangan marah, kerana orang yang berfikir singkat, biadab dan bodoh sahaja akan berasa marah kerana apa-apa kritikan di atas ditujukan kepada golongan tersebut sahaja. Gaya menulis kali ini di luar kebiasaan kerana banyak menggunakan bahasa percakapan. Realitinya, itulah cakap-cakap manusia hari ini yang pernah didengar sama ada menerusi perbuatan atau tumpang dengar. Maklumlah tuan punya statement duduk tak jauh dari kedudukan penulis. Penulis merekodkan sebagai satu renungan, supaya langkah-langkah untuk memperbaiki kesilapan dapat dilakukan.

Sabtu, Disember 12, 2009

Universiti Taylor Lakeside Sungguh Cantik

Rupa universiti tersebut sungguh cantik.
Ia bukan universiti tukang jahit.
Ia adalah Universiti Taylor.
Terdapat tasik yang cantik.
Bagaikan resort tetapi ia bukan resort.
Ia adalah universiti.
University Taylor.

105 Borrowed Words

Love In The Star
by Amiene Rev (C) 2009

wind blows
hearts no longer understand peace
grain meteor falls
hit earth
in insisting
love is not eternal
liver abiding in prison
love behind the idle
pierce the soul that hard
I tried to phone
he said he had moved
 
it hit my past
it looks like broken shells
I saw trees of soul
very valuable
I need to attract stars
with radar to detect true love

safer


image from readwritepoem.org

Poem 93: Lighthouse

Lighthouse
By Amiene Rev (C) 2009

There is one lighthouse
guide in the dark
misty smokey ocean

There is one ship
sail in  the dark
misty smokey ocean

There is one man
standing in the dark
misty smokey ocean

There is a shark
swimming in  the dark
misty bloody ocean

Stomach full
lighthouse never lighted
The ship had sank

One Lyric

One
Lyric by Amiene Rec (C) 2009

This is one dedicated song
to the one that I love so much
You're in my thought
always the one that in my heart

This is one dedicated song
to the one that I love so much
You're in my heart
always playing on my thought

You
One
Me
One
Together...
we become one

This lyric is written by Amiene Rev as it is inspired by Head or Tails Home blog.

If You're Bore Or Doesn't Have Idea - Try This

Resepi Ayam Goreng Tepung


 Hari Sabtu. Hari ini ramai orang keluar bersiar-siar. Ada juga yang menghabiskan masa untuk berehat-rehat di rumah. Ada pula yang mencuba resepi baru. Apa kata kali ini, kita belajar memasak? Resepi ini mungkin akan melariskan jualan ayam goreng tepung di gerai-gerai di tepi jalan atau di pasar malam. Percaya atau tidak, cubalah dahulu.
2 sudu makan paprik
1 sendok makan onion salt
1 sudu teh celery salt
1 sudu teh rubbed sage
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 teaspoon ground allspice
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh daun basil, dilumatkan
1 sudu teh daun marjoram, ditumbuk halus
Cara-cara penyediaan bahan:
  1. Campur semua bahan di atas  ke dalam bekas kecil yang boleh ditutup dengan kedap seperti tupperware.
  2. Goncangkan tupperware yang berisi bahan-bahan masakan tersebut supaya bahan-bahan dapat bersebati. Bahan-bahan masakan ini akan dapat disimpan lama selagi tidak terkena sinaran cahaya matahari, panas atau lembab.
  3.  Campurkan 4 sudu teh sebatian di atas dengan 1 cawan bunga dan 1 sudu teh garam.
  4.  Letakkan bahan-bahan di atas semuanya dalam bekas plastik. Campurkan ayam dan gaulkan ayam tersebut.
  5. Goreng, tiriskan di atas kertas tuala, dan hidangkan.

Mohd Norman Mohamed Salleh Dicari - Ibu Kandungmu Merinduimu. Carilah Ibumu Dan Dapatkan Keredhaan Di Akhirat

Kali ini saya ingin menyebut nama Mohd Norman bin Mohamed Salleh yang berusia sekitar 29 tahun (pada tahun 2009) yang sedang dirindui oleh ibunya. Wahai Mohd Norman Mohamed Salleh, sekiranya anda masih hidup di muka bumi ini, carilah ibumu, sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu. Mohd Norman Mohamed Salleh, jika anda membaca petikan berita di bawah ini, ketahuilah, betapa ibumu merinduimu. Apakah budi dan jasa seorang anak, selain mengubati kerinduan ibunya? Ketika ini ibumu amat memerlukan kehadiranmu. Carilah dia kembali. Wahai Mohd Norman Mohamed Salleh, kembalilah kepada ibumu. Sesungguhnya kamu bukan anak yang derhaka. Kamu dipisahkan, dan kini kamu mampu untuk menghubung apa yang kamu hilang. Magic-magic in the world, temukan kembali Mohd Norman Mohamed Salleh dengan ibunya.
Ibu rindu anak dipelihara keluarga angkat
Rujukan: http://www.hmetro.com.my (Jumaat - 11 Disember 2009)

KUANTAN: “Saya merayu suami isteri yang mengambil adik sebagai anak angkat menghubungi saya segera kerana ibu bapa kami uzur dan merinduinya,” kata peniaga makanan, Rosnawati Mohamad, 44.

Rosnawati dari Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini, berkata ibunya sering menyebut nama adiknya, Mohd Norman, 29, dan merindui sejak diserah kepada keluarga angkat ketika berusia empat hari.

Ibunya, Zaharah Jusoh, 64, menghidap darah tinggi manakala bapanya, seorang nelayan, Mohamed Salleh, 62, buntu memikirkan untuk menemui anaknya.

“Malah, sejak kebelakangan ini terutama ketika Aidilfitri, ibu sering menangis terkenangkan adik yang sempat dinamakan Mohd Norman yang masih belum ditemui hingga kini.

“Kami tidak tahu wajah sebenar adik kerana tidak berpeluang menatap wajahnya sejak lahir.

“Tambah menyedihkan apabila tujuh adik-beradik kami yang lain meninggal dunia dan Mohd Norman langsung tidak mengetahuinya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Anak kelapan daripada 16 beradik, Mohd Norman diambil sebagai anak angkat pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Sallehudin dan Salmah yang tidak mempunyai anak selepas tujuh tahun berkahwin.

Ketika itu, Sallehudin yang berasal dari Negeri Sembilan bertugas sebagai pemandu tentera di Bengkel Unit 4 Briged Mekanis, Batu 10, Kuantan dan alamat terakhirnya di 303, Tingkat 4, Kuarters Rumah Kelamin kem berkenaan.

Katanya, kali terakhir ibu menatap wajah Mohd Norman ketika berusia 20 hari di rumah keluarga angkatnya itu, namun ketika berkunjung kali kedua selepas habis berpantang, keluarga berkenaan sudah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Rosnawati, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki Mohd Norman termasuk menyiarkannya di radio dan televisyen, namun belum menampakkan hasil.

“Lebih kurang sebulan lalu, saya bersiaran secara langsung menerusi slot Fitrah Kasih di RTM 1 tetapi kemungkinan keluarga Sallehudin tidak mengikutinya menyebabkan usaha ini masih gagal.

“Ibu bukan sengaja menyerahkan adik kepada orang lain tetapi kerana kesusahan hidup, dia terpaksa berbuat demikian,” katanya.

Lirik Lagu Dadah Jahanam

Dadah Jahanam
Lirik Oleh: Amiene Rev (C) 2009

Jahaman punya dadah
Oyea Oyea
Jahanam punya dadah
Oyea Oyea

Rakus! Tarbus! Berambus!

Jahanam punya dadah
Oyea Oyea
Jahanam punya dadah
Oyea Oyea

Khianat! Laknat! Tak berkat!

Jahanam punya dadah
Oyea Oyea
Jahanam punya dadah
Oyea Oyea

Lagi jahanam sama pengedar dadah
musuh nombor satu perosak manusia
syaitan bertopeng menghasut anak muda
gantung sampai mati hukuman dunia!

Jahanam punya dadah
Oyea Oyea
Jahanam punya dadah
Oyea Oyea

NOTA KAKI:
lirik lagu ini adalah cetusan kemarahan terhadap dadah musuh negara
belia benci dadah


Jumaat, Disember 11, 2009

Geng Jurnal - Apa Sudah Jadi?


Hari ini saya buka Geng Jurnal. Saya tengok ada ucapan tahun baru. Wah, awalnya? Tidak. Wah, lewatnya? Ucapan "Selamat Tahun Baru 2008" terpapar dengan jelas di muka depan laman www.jurnal.biz. Saya semak forumnya.  Saya temui kata-kata ini:
forum geng jurnal berehat sebentar. banyak sangat masuk entri porno. dah macam web lucah pulak. uhuks. - mie
Saya klik pula di bahagian DIREKTORI. Keluar pula ayat sebegini:
"tiada http://www.jurnal.biz/"
Saya diam. Geng Jurnal dulu besar pengaruhnya dalam menghubung kesemua blogger-blogger di Malaysia. Kini, laman web Geng Jurnal sunyi sepi. Saya terasa ada angin bertiup. Saya terdengar seretan daun-daun kering di atas tanah. Saya terasa ada debu-debu hinggap pada bahu saya.

Saya tinggalkan laman bersejarah yang pernah saya ulas dalam E-Zine Amiene Rev tidak lama dahulu. Semua orang tentu sudah semakin sibuk. Saya juga sibuk. Saya tidak sempat beri tumpuan terhadap E-Zine Amiene Rev edisi terbaru sejak beberapa bulan dahulu. Tahun demi tahun, ada peningkatan dalam hidup ini. Tanggungjawab, semuanya makin bertambah. Apa yang utama diutamakan. Apa yang sekunder disekunderkan. Apa yang akhir, diakhirkan. Akhirat? Akhirat bagaimana?

Lirik Lagu Jenguk Dahulu - Amiene Rev

 Jenguk Dahulu
Lirik Oleh: Amiene Rev (C) 2009

Jenguk dahulu
tuliskan aku kisah ini
ratapan hati memungkiri janji
tenggelami diri di haluan kiri

Jenguk dulu
Jenguk dahulu
hari ini berulang lagi

Jenguk dulu
Jenguk dahulu
hari esok tak tahu lagi

Pulangkan kami
hari silam kami
harga diri kami

Pulangkan kembali
masa depan kami
selidiki hayat kami

Jenguk dulu
masa silam kami
Jangan cepat persalahkan diri
Jenguk dahulu
masa depan kami
Jangan cepat menghukum orang

Jenguk dulu
Jenguk dahulu
hari ini berulang lagi


Jenguk dulu
Jenguk dahulu
hari esok tak tahu lagi

Khamis, Disember 10, 2009

Kerajaan Malaysia Belanja RM30 Sehari Untuk Seorang Pendatang Tanpa Izin

Alangkah bagusnya jika nilai RM30.2 juta itu digunakan kerajaan untuk menampung keperluan pembangunan moral generasi muda rakyat Malaysia yang rata-rata masih cenderung untuk merugikan duit kerajaan. Kos yang digunakan untuk menanggung perbelanjaan sehari bagi seorang Pati pula ialah RM30. Baik sungguh kerajaan Malaysia. Betapa pemurahnya kerajaan Malaysia. Syabas! Syabas! RM30 atau nilai tiga puluh ringgit untuk seorang pendatang tanpa izin bukan satu nilai kecil. Sebulan, sudah RM900.

Berdasarkan nilai mata wang Malaysia pada hari ini, nilai perbelanjaan untuk makan minum yang biasa bagi seorang rakyat Malaysia, khususnya yang tinggal di sekitar bandar-bandar besar adalah seperti berikut:
Sarapan Pagi = RM4
Makan Tengah Hari = RM6
Makan Malam = RM6
Secara purata, untuk makan minum, kos perbelanjaan makanan harian individu ialah RM16. Kos ini meliputi sepinggan lengkap hidangan untuk satu-satu waktu dan minuman. Sudah pasti, bukan air paip. Kos RM16 ini meliputi sebarang air berperisa.

Rata-rata pendatang tanpa izin terdiri daripada golongan yang tidak bersekolah, tidak tamat bersekolah dan kurang berjaya dalam pelajaran. Barangkali mereka hidup miskin hingga tidak mampu menyara yuran sekolah atau sememangnya mereka malas belajar semasa di sekolah. Melihatkan pada jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing sama ada yang datang dengan izin atau pun secara haram, satu rumusan dapat dibuat di sini bahawa pendatang asing ini berpelajaran rendah dan mungkin merupakan pelajar bermasalah semasa di sekolah.

Pendek kata, duit kerajaan Malaysia habis begitu sahaja untuk dibelanjakan secara percuma kepada warga asing yang bermasalah ini. Datang ke Malaysia mendatangkan masalah. Tidak tahu melintas jalan, merompak, mencuri, lanun, membunuh, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, berambut panjang dan melepak di merata tempat, memotong barisan semasa beratur menaiki bas awam dan sebagainya. Semua ini, adalah kisah benar sama ada dibaca di dalam akhbar atau dilihat di depan mata.

Apa yang dapat disimpulkan di atas, kalau seseorang itu malas belajar, maka mereka akan menyusahkan kerajaan, dan menyusahkan orang ramai. Kerajaan Malaysia sangat baik kerana tidak menghantar golongan muda di Malaysia yang bermasalah ini ke negara-negara jiran untuk bekerja.

Kerajaan Malaysia belanja RM30 sehari untuk seorang pendatang tanpa izin. Namun ada media-media di negara jiran begitu agresif menghentam Malaysia. Sedar atau tidak di sini, kerajaan siapa lebih teruk? Rakyat negara siapa lebih teruk? Apa pun, pendatang tanpa izin berhak untuk hidup dan memperbaiki gaya kehidupan mereka. Tetapi apa gunanya jika mereka dapat menyara hidup tapi masih membuat onar di negara orang! Apa yang kerajaan negara mereka lakukan selama ini? Ternyata kerajaan negara mereka lebih teruk berbanding kerajaan Malaysia? Media-media di negara mereka buta sehingga sanggup mengutuk Malaysia. Buka matalah media-media asing yang kuat mengutuk kerajaan Malaysia selama ini. Rakyat di negara mereka jauh lebih teruk, kerajaan mereka jauh lebih teruk dan tidaklah begitu bertanggungjawab sehingga menimbulkan masalah kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia. Kalau betul kerajaan Malaysia teruk, kenapa rakyat di negara mereka lebih tertarik untuk datang ke negara ini? Ada yang sanggup tukar kerakyatan pula. Negara siapa lebih teruk? Kenapa rakyat mereka lari ke negara ini? Jawablah sendiri.

Negara Malaysia banyak bersabar kerana dibuli dan dianiayai oleh negara-negara lain yang tertentu. Semoga negara Malaysia akan terus aman makmur dan mampu menghadapi cabaran dengan lebih baik dan bahagia. Semoga Malaysia dijauhi daripada sebarang bencana alam dan wabak penyakit. Amin.

CEBISAN KATA-KATA: Ramai lagi pesakit kronik di Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada nilai RM30.2 juta itu. Tidak lupa juga anak-anak yatim dan ibu tunggal di Malaysia. Masih ada rakyat Malaysia yang terpaksa tinggal di dalam rumah buruk tanpa bekalan air dan elektrik. Teringat kisah seorang ibu tunggal (warga Malaysia) yang tabah menyara tujuh orang anak di sebuah rumah buruk tanpa sebarang bekalan air dan elektrik. Golongan seperti ini lebih layak menerima RM30 sehari berbanding pendatang tanpa izin yang banyak menyusahkan negara. RM30 juta... RM30 juta...
KUALA LUMPUR: Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM30.2 juta untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal mereka bagi tempoh 2007 hingga 2009, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata jumlah itu digunakan untuk menampung kos pengusiran seramai 154,729 orang Pati.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM30 sehari bagi seorang Pati yang ditahan di Depot Imigresen.

"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah meliputi kos harian dan kos rawatan sahaja. Kos ini tidak termasuk kos perubatan.

"Manakala, kos bagi urusan pengusiran Pati ke negara asing iaitu udara, laut dan darat pula adalah di bawah tanggungjawab kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai) di Parlimen di sini mengenai kos pengendalian Pati yang ditahan dan siapa yang menanggung kos pengembalian ke negara asal mereka.

Mohsin Fadzli juga mahu tahu bilangan Pati yang telah ditahan untuk tahun 2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan tempoh seseorang itu ditahan.

Abu Seman berkata, jumlah keseluruhan bilangan Pati yang ditahan di Depot Imigresen seluruh negara bagi tempoh tersebut ialah seramai 248,939 orang.

Beliau berkata, sebelum seseorang Pati itu dihukum dan kemudian diusir ke negara asal, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Sementara.

Katanya, Pati yang ditahan adalah tertakluk kepada urusan pemeriksaan, identifikasi, siasatan dan dakwaan oleh pegawai-pegawai imigresen.

"Setelah Pati tersebut disiasat dan dikenakan hukuman (dipenjarakan atau dikompaun atau kedua-duanya sekali), Pati berkaitan kemudiannya akan diusir ke negara asal mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata tempoh penahanan seseorang Pati ditahan turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti dokumen perjalanan Pati, tiket kapal terbang dan pengesahan oleh pihak kedutaan. - Bernama

Penagih Punca Ragut - Antara Kambing Dan Peragut

Kambing yang sedia kita tahu adalah binatang yang tidak berdosa. Kambing tidak meragut beg tangan wanita. Kambing tidak menagih dadah. Manusia? Ada manusia yang ketagih dadah. Ada manusia yang meragut beg tangan wanita dan nenek tua. Terkutuk sungguh manusia itu. Jadi, siapakah yang lebih mulia? Kambing yang tidak berdosa atau manusia yang meragut beg tangan wanita? Bagaimana pula dengan kambing yang ego seperti yang diceritakan oleh kartunis Bawang dalam majalah Ujang sekitar awal tahun 2000 dahulu? Sesungguhnya isu ragut kini telah menjadi satu isu negara. Peragut-peragut kini semakin dajal menimbulkan kecelakaan di jalan raya dan di laluan pejalan kaki. Di mana-mana. Peragut. Di situ. Peragut. Di sana. Peragut. Di padang, kambing meragut rumput.

Gambar menunjukkan seekor kambing yang tidak berdosa
sedang meragut rumput.


Keterangan gambar: Betapa tidak berdosanya kambing ini meragut rumput. Betapa bahagianya kambing ini meragut rumput. Kenapa peragut tidak meragut rumput? Kenapa? Mari kita renung-renungkan fakta di bawah ini:
Penagih dadah yang semakin bertambah dengan lima penagih baru dikesan setiap hari menjadi punca kes ragut sehingga meragut nyawa, sukar dibendung.

Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, 70% kes ragut di Malaysia dilakukan oleh penagih dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyatakan selagi ada penagih dadah, selagi itu akan ada jenayah ragut.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin semalam memerintahkan seorang tertuduh kes ragut membaca dengan suara kuat laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai kematian seorang mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd. Khadla’din.

Sumber: Utusan Malaysia
Isu peragut di jalanan semakin kuat kedengaran. Bukan lagi laungan strategi politik untuk mengalihkan isu-isu berkenaan pengaruh individu dalam pilihan raya. Isu ragut kini isu nasional. Penagih dadah perlukan duit. Penagih dadah dipandang serong. Penagih dadah sukar mencari kerja. Kadangkala ada penagih dadah yang malas mencari kerja. Ada juga penagih dadah yang pernah bekerja tetapi dibuang kerja. Oleh kerana masyarakat tidak menerima lagi kebanyakan pekerja yang didapati positif menagih dadah, maka penagih dadah menjadi penganggur yang tidak terhormat, dan seterusnya hidup dengan menagih dadah. Saya, bersimpati besar, dengan golongan seperti ini.

Atas dasar itu, adalah elok sekiranya para penagih dadah pergi mengubati diri di Pusat Serenti atau di mana-mana pusat pemulihan dadah. Nescaya, mereka tidak perlu lagi meragut beg tangan orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang yang tidak halal bagi memenuhi nafsu ketagihan mereka terhadap dadah.

Dadah merosakkan akal. Apabila saraf otak telah rosak, maka pemikiran pun tidak lagi waras. Lalok. Memalukan. Mengaibkan. Dadah musuh durjana. Dekati dadah membawa padah. Semasa di sekolah dahulu, kerap kali guru lukisan memberi tugasan melukis poster berkenaan anti-dadah. Di sekolah juga ada Kelab Anti-Dadah. Malah Mawi juga ada melaungkan kata-kata "Belia Benci Dadah!" semasa di pentas Akademi Fantasia dahulu.

Setiap hari, bilangan penagih dadah bertambah sebanyak lima orang. Sebulan ada lebih kurang tiga puluh hari. Maka, 150 orang penagih dadah dihasilkan secara tidak sengaja dalam masa satu bulan. Penagih dadah tidak dilahirkan menerusi hubungan seks. Bak kata, bukan salah ibu mengandung. Penagih dadah dilahirkan menerusi pengaruh kawan, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Setahun ada 12 bulan. 12 darab dengan 150 sudah menjadi 1800 orang penagih dadah. Itulah yang jadi kalau tidak mahu dengar nasihat ibu bapa. Emak dan ayah pesan jangan bergaul dengan orang yang bukan-bukan, degil. Sekarang sudah terpengaruh dengan dadah, apa nak jadi?

Kos untuk memulihkan penagih dadah akan meningkat. Katakan 1800 orang dadah setiap tahun berjaya ditangkap dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah atau ke pusat Serenti. Berapa banyak perbelanjaan dibazirkan untuk memulihkan penagih dadah? Ada pula penagih dadah yang setelah dilepaskan keluar dari pusat-pusat pemulihan, mereka kembali menagih dadah kerana bergaul dengan kawan-kawan lama. Apa boleh buat, kawan-kawan mereka yang masih terlepas di luar sana sudah rosak akal fikirannya. Dadah telah merosakkan saraf otak yang menjadi tunjang penjana idea dan pemikiran logik lagi bernas. Dadah menjadikan fantasi menjadi semakin hebat sehingga mampu menakluki realiti.

Penagih dadah meragut beg tangan orang lain kerana ketagihan dadah. Di Malaysia tidak ada akademi dadah. Jadi, sudah pasti penagih dadah ini menjadi penagih dadah bukan kerana undian rakyat Malaysia. Penagih dadah ini menjadi peangih dadah kerana pengaruh kawan. Ini berbalik semula kepada kepentingan mengajar adab kepada manusia. Apa pun gejala yang berlaku di negara ini, semuanya mestilah berbalik kepada soal moral dan perikemanusiaan. Soal mengenang budi dan jasa. Soal menghormati orang lain. Jika anak menghormati ibu bapa, jika anak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa, maka pastilah si anak itu akan mendengar cakap ibu bapa. Ibu bapa kata jangan bergaul dengan budak menagih dadah, maka anak yang tahu mengenang budi pasti akan akur. Bagaimana pula kalau ayah atau ibu pun penagih dadah? Si anak sebagai seorang yang dilahirkan oleh ibu, perlu membalas jasa kesusahan ibu mengandung dan keperitan ibu melahirkan anak dengan membawa ibu bapanya kembali ke jalan yang benar.

Rabu, Disember 09, 2009

Virtual Keyboard and Piano - Piano and Keyboard Keys and Chord

VIRTUAL KEYBOARD - PIANO

Virtual Keyboard - Piano Online adalah satu laman web yang menarik. Anda bukan sahaja sekadar mampu mengklik pada kekunci-kekunci keyboard yang tertera di skrin komputer anda, tetapi anda juga boleh menggunakan kekunci-kekunci pada papan kekunci anda untuk menggantikan kekunci keyboard atau piano tersebut.

Contohnya kekunci A, B, C, D, E, F, G, H, J, K, L dan sebagainya mewakili kekunci CDEFGABC manakala huruf W, E, T, Y, U, O dan P masing-masing mewakili C#, D#, F#, G#, Bb dan sebagainya.

KB Mall Runtuh - Panduan Keselamatan Di Escalator

KB Mall runtuh. Begitulah laungan khabar-khabar angin mengenai KB Mall. Malah ada pula yang menokok tambah berita sehingga menjadi lebih dahsyat. KB Mall Runtuh, 40 orang mati! Itulah khabar angin paling teruk yang saya dengar mengenai cerita-cerita rekaan berkenaan KB Mall runtuh. Hakikatnya, KB Mall tidak runtuh. Cuma ada sedikit bahagian atas KB Mall telah roboh akibat dirempuh sebuah kereta bernombor dot dot dot 3210 yang dipandu oleh orang dari Besut, Terengganu. Kasihan.

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Tragedi kematian dalam kemalangan yang dinamai orang sebagai KB Mall Runtuh boleh dikurangkan risikonya sekiranya pengguna escalator tidak berada dalam kedudukan yang berlabel hijau seperti di atas. Bahagian yang dilabelkan hijau, iaitu kedudukan bahagian sisi dalam escalator boleh dikosongkan sebagai laluan ekspress.


Laluan escalator selalunya dibahagikan kepada dua bahagian. Kebiasaannya pengguna yang tertib atau beradab akan mengosongkan salah satu bahagian escalator untuk memberi laluan kepada pengguna-pengguna yang kecemasan atau ingin cepat naik atau ingin cepat turun tanpa menunggu tangga escalator tiba ke destinasti naik atau turun.

Sikap sesetengah pengguna yang tidak memberi laluan kepada pengguna yang ingin cepat kadangkala mengecewakan. Bukan sahaja mereka melambat-lambatkan pengguna yang ingin cepat, tetapi sekiranya tragedi seperti di KB Mall berulang lagi, maka merekalah orang yang berisiko untuk ditimpa kecelakaan. Sebenarnya perkara ini sudah lama saya perhatikan berlaku di KB Mall dan di sesetengah tempat yang lain. Kebanyakan pengguna escalator sering membolot kedua-dua sisi di satu-satu laluan escalator dan apabila ditegur oleh pengguna yang mahu cepat, barulah mereka mahu membuka laluan. Sempat lagi berangan-angan di atas escalator. Jarang sekali saya lihat ada pengguna yang terfikir adanya pengguna lain yang hendak cepat. Harap maaf, tak semua orang ada banyak masa lapang untuk berkhayal atau 'blur' di atas escalator.

Laluan escalator memiliki ruang yang terhad, oleh itu bagi pengguna escalator yang berhemah dan berakal, sepatutnya mereka sedar akan kepentingan untuk mengosongkan salah satu sisi escalator yang sedang mereka naiki seperti gambar yang disertakan di atas.

Nampak seperti remeh, tetapi beringat-ingatlah, kerana walaupun remeh, tindakan bertanggungjawab dengan mengosongkan satu sisi escalator (disarankan mengosongkan sisi bahagian dalam escalator) mungkin dapat meningkatkan peluang terhindar dari kecelakaan yang serius. Remehkan? Saya tak pasti berapa orang pembaca yang akan mengikut saranan ini selepas membacanya. Atau mungkin mereka sudah biasa beradab dan memiliki tertib tanpa perlu diajar, boleh fikir sendiri. Atau mungkin mereka tak terfikir pun hal ini dan keras kepala untuk terus membolot kedua-dua sisi di laluan escalator?

Mungkin teguran saya ini agak pedas tetapi apa yang saya tulis kali ini adalah kerana rasa tidak puas hati saya dengan sikap sesetengah pengguna escalator yang sering saya lihat suka membolot kedua-dua sisi escalator tanpa pernah terfikir untuk mengosongkan satu sisi bagi kegunaan kecemasan atau laluan ekspress. Namun, sepatutnya pengguna escalator boleh fikir sendiri perkara ini. Sebab akan sentiasa ada pengguna yang mahu cepat. Melainkan, mereka tidak pernah menggunakan escalator, atau pertama kali menggunakan escalator atau pun mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak kecil yang kebiasaannya belum faham erti tanggungjawab.

Maaf ya, kalau ada yang terasa. Semoga tragedi KB Mall menjadi iktibar buat pengguna-pengguna escalator. Mungkin papan tanda berkenaan mengosongkan satu sisi laluan di KB Mall boleh dipasang.

Untuk kes kemalangan akibat rempuhan pula, besi-besi penghadang yang kuat perlu dipasang di sekitar kawasan yang berisiko untuk dirempuh kenderaan, bagi mengurangkan kuasa pelanggaran dan seterusnya mengurangkan risiko kenderaan jatuh dari lubang angin seperti yang telah berlaku di KB Mall. Dan lagi satu, harap dapat sediakan jejantas. Saya pelik kenapa di kebanyakan jalan sibuk di Kelantan tidak ada kemudahan jejantas? Jawablah sendiri.

Isnin, Disember 07, 2009

Kejayaan Dunia Dan Dosa Menganiayai Orang Lain

Saya diberitahu oleh seorang kawan lama mengenai tingkahlaku segelintir kakitangan kerajaan yang menjawat jawatan pembantu am rendah dan kerani kerajaan yang sangat tidak memuaskan. Kebiasaannya urusan-urusan seperti gaji, elaun dan sebagainya diuruskan oleh golongan ini. Hakikatnya jawatan mereka adalah lebih rendah berbanding kakitangan kerajaan yang lain seperti guru atau pun pensyarah. Namun, disebabkan merekalah orang yang bertanggungjawab menguruskan soal gaji terutamanya, maka ada di kalangan mereka yang menjadi besar kepala. Pada pandangan mereka ini, mereka berkuasa dalam menentukan cepat atau lambatnya kemasukan gaji atau elaun bagi kakitangan yang menjawat jawatan atau gred yang lebih tinggi daripada mereka.

Golongan ini silap. Mungkin benar, kerana kelulusan mereka cuma sekadar sijil, menyebabkan mereka tidak mampu berfikir secara lebih bijak. Mereka lupa maksud tanggungjawab atau mungkin mereka jahil tentang tanggungjawab.

Mungkin mereka rasa mereka boleh menganiayai atau menyeleweng sedikit daripada tanggungjawab dengan melambat-lambatkan hak seseorang untuk menerima gaji, elaun, kenaikan pangkat, pengesahan jawatan dan sebagainya, tetapi mereka tidak tahu bahawa perbuatan mereka itu pertamanya akan menyusahkan orang lain, dan keduanya mereka berdosa dan harus mencari alasan yang sesuai sebelum diseksa di akhirat kelak.

Menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan amanah atau lebih tepat tidak bertanggungjawab serta menzalimi orang lain sememangnya satu dosa. Dosa ini menjadi berkait-kait. Contohnya seorang kakitangan kerajaan tidak dapat mengirimkan wang untuk ibu bapanya, atau perbelanjaan sekolah anak-anaknya atau untuk tujuan-tujuan perubatan dan kebajikan keluarga yang lain. Bagaimana seorang pembantu am rendah atau kerani itu boleh menebus dosanya selepas melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut?

Ada juga pembantu am rendah atau kerani yang berasa seolah-olah dirinya berkuasa atau orang penting apabila ada kakitangan kerajaan yang perlu terikat seperti meminta pengesahan tandangan dan sebagainya daripadanya. Secara logiknya, itu adalah satu tanggungjawab dokumentasi untuk memudahkan penyemakan atau pembuktian pada masa akan datang. Namun kerana ceteknya pemikiran segelintir kakitangan am rendah menyebabkan mereka tersalah anggap bahawa itu sebagai satu lambang kuasa dan kemegahan bagi diri mereka.

Saya bersimpati dengan golongan pembantu am rendah yang berfikiran seperti ini. Mereka mungkin kabur atau tidak tahu maksud tanggungjawab yang sebenarnya. Catatan dosa tetap wujud. Mereka lupa, tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka itu sangat besar. Maka jika mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan penganiayaan kepada kakitangan lain, maka hukuman akhirat sedang menanti. Ketika itu barulah ada yang menangis dan menyesal kerana jahil dalam membezakan antara tanggungjawab dengan kuasa. Kuasa manusia tidak sama dengan kuasa Tuhan. Kuasa manusia bermaksud tanggungjawab. Semakin besar kuasa, semakin besar dosa yang harus dipikul jika mereka menyalahgunakan kuasa tersebut.

Ahad, Disember 06, 2009

Testing Psychic Ability - Ramalan Kematian Di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Sebuah kereta jatuh dari bangunan-bangunan bercantum. Tingkat paling tinggi. Merempuh dinding rendah ziggurat. Darah terpercik. Jatuh di depan gua. Kematian. Kematian. Lokasi mirip KB Mall.

Meninggalkan Banglo Usang - Catatan Rintis Terakhir

Pertama. Aku akan meninggalkan banglo yang aku diami ini dalam beberapa hari lagi. Kajian tentang Elven Grid Path telah sampai ke tahap akhir. Kos penyelidikan yang memakan nilai berjuta-juta pound dan euro. Satu projek yang cuma menjadi satu igauan dalam komuniti fatamorgana dunia. Teknologi yang belum dapat direalisasikan dalam arkib saintis manusia. Teknologi pra-campuran. Teknologi dan tradisi.

Kedua. Bunyi enjin keretapi semakin jelas. Putaran roda besi keretapi menggesel besi-besi landasan keretapi semakin terasa kuat getarnya. Ini adalah satu keberangkatan.

Ketiga. Adakah aku akan mengucapkan selamat tinggal? Tidak. Masih terlalu awal untuk itu. Aku akan berada di sini beberapa hari lagi. Kerana misi ini ada kesinambungannya.

Malam tadi aku menghubungi Dr. Z. Kini beliau mengurus di jabatan sarjana. Kami berborak panjang. Saya mendapat tahu, En. N yang sentiasa aku lihat online di Facebook, masih berada di New Zealand untuk menyudahkan Ph.Dnya. Sememangnya dunia ini terasa kecil, dengan setiap orang seolah-olah dekat, satu negara, pada pandangan mata siber. Kebenarannya, mereka berada jauh berjuta-juta kilometer dari sini.

Aku mula diganggu mimpi tentang bangunan-bangunan bercantum lagi. Katanya, kita semakin hampir. Portal Dimensi tidak memerlukan teknologi untuk dibuka. Iris yang menutupinya boleh dibuka dengan syarat yang satu.

"Adel Amar Estel"

Number 192: Weird

Weird
Lyric Originally Created by Amiene Rev (C) 2009

It is weird
Howdy how
so weird

When you do nice thing
people talk bad thing
it is weird

When you do bad thing
people like it so much
it is weird

It is weird when you wrote something
and people read stalky
way
Oh yea oh yea oh yea
La la la la la la
(singer must jump as high as high when they come to this part)

Oh that weird!
Oh yea oh yea oh yea

LISTEN TO ORIGINAL MP3 BY AMIENE REV (the music composer)
only for lucky person

Sabtu, Disember 05, 2009

Proposal Dimensi - Catatan Emmanuel Satum Chaud - Pengembaraan Amiene Rev

Dublin, Ireland. Dublin, segala-galanya tentang seni. Mungkin, tidak dapat menandingi Kota Kesusasteraan Edinburgh. Namun, Dublin tetap kaya dengan seni dan kastil yang indah. Lupakan tentang laluan perjalanan yang ditutup salji. Segala-galanya menjadi mudah. Misteri tentang Elven Path semakin hari semakin dapat dibongkarkan. Penemuan Grid Elven Path yang tertulis dalam tiga dialek Elvish iaitu Quenya, Sindarin dan Silvan yang menunjukkan pemecahan partikel alam semesta, merujuk kepada kewujudan dinasti yang mengawal pintu dimensi. Seperti yang pernah disebutkan dalam manuskrip kuno Annon Nosse Chebin. Grid Elven Path adalah landasan awal yang menghubung manusia dahulu kala dengan dunia Elf. Di dunia ini barangkali disebut juga sebagai Portal Dimensi.

dimensions:
depth = 134356;
latitude = 7 ;
longitude = 13345 ;
variables:
float depth(depth) ;
depth:units = "kilometer" ;
depth:positive = "up" ;
float latitude(latitude) ;
latitude:long_name = "Latitude, positive north" ;
latitude:units = "degrees_north" ;
latitude:standard_name = "latitude" ;
float longitude(longitude) ;
longitude:long_name = "Longitude, positive East" ;
longitude:units = "degrees_east" ;
longitude:standard_name = "longitude" ;
float Vp(depth, latitude, longitude) ;
Vp:long_name = "AK135 P wave velocity" ;
Vp:valid_range = 5.9f, 13.7f ;
Vp:units = "kilometer sec^-1" ;
float Vs(depth, latitude, longitude) ;
Vs:long_name = "AK135 S wave velocity" ;
Vs:valid_range = 0.f, 7.3f ;
Vs:units = "kilometer sec^-1" ;
float density(depth, latitude, longitude) ;
density:long_name = "AK135 density" ;
density:valid_range = 2.40f, 13.1f ;
density:units = "gram centimeter^-3" ;
data:

depth = -0.000, -20.000, -20.000, -35.000, -35.000, -77.500, -120.000, -165.000, -210.000, -210.000, ... -6320.290, -6371.000;

latitude = -90.0, -60.0, -30.0, 0.0, 30.0, 60.0, 90.0;

longitude = 0.0, 30.0, 60.0, 90.0, 120.0, 150.0, 180.0, 210.0, 240.0, 270.0, 300.0, 330.0, 360.0;

Vp = 5.8000, 5.8000, 5.8000, 5.8000, 5.8000, 5.8000, 5.8000, 5.8000, ... 11.2622;

Vs = 3.4600, 3.4600, 3.4600, 3.4600, 3.4600, 3.4600, 3.4600, 3.4600, ... 3.6678, 3.6678;

density = 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, 2.4490, ... 13.0122;
}


netcdf tomography_m2.nc {
dimensions:
y = 86; // (has coord.var)
x = 70; // (has coord.var)
Depth = 101; // (has coord.var)
variables:
float Vp(Depth=101, y=86, x=70);
:units = "km/s";
:long_name = "P wave velocity";
:missing_value = -9999.0; // double
:coordinates = "lat lon";
:grid_mapping = "TM";
int TM;
:_CoordinateTransformType = "Projection";
:grid_mapping_name = "transverse_mercator";
:scale_factor_at_central_meridian = 1.0; // double
:longitude_of_central_meridian = 138.97; // double
:latitude_of_projection_origin = 36.05; // double
:_CoordinateAxisTypes = "GeoX GeoY";
float y(y=86);
:units = "km";
:_CoordinateAxisType = "GeoY";
:long_name = "y coordinate of projection";
float x(x=70);
:_CoordinateAxisType = "GeoX";
:units = "km";
:long_name = "x coordinate of projection";
float Depth(Depth=101);
:units = "km";
:_CoordinateAxisType = "Height";
:_CoordinateZisPositive = "up";
float lat(y=86, x=70);
:units = "degrees_north";
:long_name = "latitude coordinate";
:standard_name = "Latitude";
:_CoordinateAxisType = "Lat";
float lon(y=86, x=70);
:units = "degrees_east";
:long_name = "longitude coordinate";
:standard_name = "Longitude";
:_CoordinateAxisType = "Lon";

Note that this has only one parameter, Vp;

netcdf AK135_3D_global_grid {