Makanan Semula Jadi Ikan Semasa Bercuti
Minggu depan saya akan kembali ke salah sebuah makmal penyelidikan saya di Malaysia. Pihak dari pusat penyelidikan saya yang bertempat di luar negara telah memberi kebenaran kepada saya untuk terus berada di Malaysia, memandangkan isu H1N1 yang masih belum reda. Saya bercadang untuk pulang ke kampung selama beberapa hari sebelum kembali ke makmal. Oleh itu, saya perlu mencipta makanan semula jadi untuk ikan-ikan Betta saya. Plankton merupakan sumber makanan semula jadi yang penting untuk ikan. Saya membeli Bettas Holiday Food Block For Tropical and Goldfish atau Blok Makanan Ikan Betta Semasa Tuan Punya Ikan Bercuti yang ada dijual di kedai-kedai binatang kesayangan.
Kehadiran tumbuhan-tumbuhan air, karbon teraktif dan blok peneutralan di dalam tangki ikan Betta saya telah berjaya mewujudkan suasana aman di dalam tangki ikan Betta saya. Ikan-ikan Betta kelihatan gembira dan tidak lagi berasa stres atau tertekan dengan adanya tumbuh-tumbuhan air, bungkusan karbon teraktif dan blok peneutralan yang membantu mewujudkan pemandangan dan kualiti air yang baik di dalam tangki ikan. Berdasarkan keadaan ini saya merumuskan, apabila stres dihilangkan, ikan-ikan tidak akan bersikap agresif atau defensif, maka kedamaian di dalam tangki ikan Betta akan dapat diwujudkan.
Catatan Guru Matematik dan ICT - Kestabilan Antara Jaguh-Jaguh Matematik
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Sepanjang masa cuti sekolah ini, saya telah membekalkan bahan-bahan latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan NR, YS dan IS dalam subjek Matematik. Saya menanda kertas-kertas ujian untuk kesemua pelajar saya yang berjumlah 620 orang (enam ratus dua puluh orang pelajar). Saya dapati ada peningkatan antara 1 hingga ke 2.5 ganda bagi setiap pelajar yang saya ajar.Idea penulisan novel blog saya kali ini dipengaruhi oleh Bettas Holiday Food Block. Oleh itu saya kini mewujudkan watak seorang guru yang suka memelihara binatang atau ikan. Memandangkan saya memelihara 19 ekor ikan Betta yang terdiri daripada 11 ekor ikan Betta betina dan 8 ekor ikan Betta jantan, maka saya menggunakan dua blok makanan ikan semula jadi untuk diletakkan di dalam tangki air ikan Betta saya sepanjang ketiadaan saya di sini. Makanan ini mengandungi bahan-bahan seperti gypsum, free dried tubifex, brine shrimp, daphnia, mosquito larvae selain membantu mencuci dan meneuralkan isi kandungan air tangki ikan saya selama sepuluh hari.
YS muncul sebagai pelajar terbaik dalam kelasnya. Hakikatnya, NR merupakan pelajar paling bagus, tetapi ketinggalan 7.5 mata berbanding YS. Ini membuktikan bahawa bakat bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi sikap dan usaha merupakan faktor-faktor terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang.
Sementara itu, seorang guru di sekolah saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa mencari ketam. Oleh itu, saya telah membantu memberi makan ikan-ikan dan kura-kura peliharaannya di sekolah. Guru tersebut bercuti selama satu bulan kerana sebelah kakinya tercedera.
Semalam, saya telah menyediakan bekas tumpangan untuk ikan-ikan guru tersebut untuk dibawa pulang ke rumah. Ini kerana cuti sekolah sudah bermula, dan ikan-ikan tersebut tidak boleh ditinggalkan di bilik guru. Bilik guru akan berkunci, dan ikan-ikan tersebut pasti akan kelaparan selama tujuh hari. Justeru, langkah membawa pulang ikan-ikan tersebut ke rumah adalah satu langkah yang amat baik.
Sementara itu, hari ini seorang pelajar yang juga merupakan seorang pengawas telah jatuh pengsan. Seperti seorang guru yang jatuh pengsan di tangga tempoh hari, pelajar ini juga jatuh pengsan di tangga. Seorang pengawas perempuan berlari mencari saya dan memberitahu saya mengenai adanya pelajar pengsan.
Saya bergegas mendapatkan pelajar perempuan tersebut, dan meminta pelajar-pelajar perempuan membantu mengangkat pelajar perempuan tersebut. Saiz badannya yang agak kecil dan kurus memudahkan pelajar tersebut diangkat. Saya juga meminta seorang pelajar perempuan berbangsa India untuk pergi ke kantin dan meminta sebotol air mineral daripada makcik kantin.
Memandangkan kelas saya akan bermula sebentar lagi dan saya pula perlu mengedarkan kertas ujian di dalam kelas, saya menyerahkan tugas tersebut kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Saya juga meminta seorang pelajar untuk mencari guru bertugas pada minggu itu atau guru kesihatan untuk mengendalikan kes ini.
Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi, dan saya meminta kerjasama beberapa orang guru dan pengawas untuk membantu membuat rondaan di sekitar bangunan sekolah sebelum waktu persekolahan tamat. Ini kerana kes-kes vandalisme berkebarangkalian akan berlaku pada waktu pulang. Kebiasaannya pelajar-pelajar dalam kategori nakal, ADHD atau bermasalah akan melakukan kerosakan, melempar cat atau tepung ke mana-mana bahagian bangunan sekolah untuk menunjukkan rasa merdeka.
Syukurlah kawalan ketat yang dilakukan oleh guru dan pengawas memberikan hasil yang baik. Tidak ada sebarang kejadian vandalisme berlaku. Pelajar nakal tidak berani bertindak apabila mendapati kawalan keselamatan dan tingkah laku yang dilaksanakan oleh skuad pengawas dan guru adalah dalam keadaan yang amat baik.
Kehadiran tumbuhan-tumbuhan air, karbon teraktif dan blok peneutralan di dalam tangki ikan Betta saya telah berjaya mewujudkan suasana aman di dalam tangki ikan Betta saya. Ikan-ikan Betta kelihatan gembira dan tidak lagi berasa stres atau tertekan dengan adanya tumbuh-tumbuhan air, bungkusan karbon teraktif dan blok peneutralan yang membantu mewujudkan pemandangan dan kualiti air yang baik di dalam tangki ikan. Berdasarkan keadaan ini saya merumuskan, apabila stres dihilangkan, ikan-ikan tidak akan bersikap agresif atau defensif, maka kedamaian di dalam tangki ikan Betta akan dapat diwujudkan.
|