Lebih Hitam Daripada Dakwat Cina
Ikan Betta saya kini adalah sebanyak 19 ekor. 8 ekor ikan Betta jantan dan 11 ekor ikan Betta betina kini hidup dengan agak harmoni di dalam satu tangki yang sama. Saya telah menjalankan kajian untuk membolehkan ikan-ikan Betta ini hidup dalam keadaan harmoni.
Pertama, saya perlu memastikan kebanyakan ikan Betta yang saya pilih dari kedai ikan adalah dari jenis yang sukakan privasi dan tidak suka mencabar atau mengacah ikan Betta yang lain. Pilihan terbaik ialah Crown-Tailed, kecuali ikan Betta betina.
Kedua, ikan Betta yang paling kuat dan handal mestilah dari jenis Crown-Tailed. Dengan cara ini, ia dengan mudah dapat menundukkan ikan Betta dari jenis Veil-Tailed yang terkenal angkuh dan tamak di daerah (tangki ikan saya) ini.
Pada mulanya ketiga-tiga ikan Betta jantan murahan dari jenis Veil-Tailed mahu menunjuk samseng di dalam tangki, tetapi dengan mudahnya mereka ditundukkan oleh dua ekor ikan Crown-Tailed Betta jantan yang baru saya beli itu. Dengan ini, keamanan di dalam tangki ikan saya telah berjaya diwujudkan.
Ikan Veil-Tailed Betta yang paling samseng di dalam tangki ikan saya ialah Dakwat Cina. Warnanya biru kehitaman dan sangat beremosi. Walaupun sudah dikalahkan oleh ikan-ikan Betta jantan yang lain, dia masih tidak mahu mengalah dan mahu bertarung. Oleh sebab saya tidak dapat menjaga dan meleraikan Dakwat Cina daripada bergaduh dan dikalahkan oleh ikan Betta jantan yang lain, maka saya terpaksa mengasingkan Dakwat Cina buat seketika.
Walaupun besar harapan saya kini agar kesemua ikan Betta jantan dapat memilih pasangan hidup sendiri secara bebas, namun Dakwat Cina telah merosakkan hasrat saya. Selepas mengurung Dakwat Cina, saya dapati keadaan di dalam tangki ikan semakin aman.
Saya mengurung Dakwat Cina di dalam penjara ikan selama beberapa minit sebelum melepaskannya semula. Sebaik-baik sahaja dilepaskan, Dakwat Cina pun kembali berkeliaran di dalam tangki ikan dalam keadaan yang keliru.
Dakwat Cina kembali mencari musuh lamanya. Namun sekali lagi, Dakwat Cina dikalahkan. Saya terpaksa meleraikan Dakwat Cina daripada terus memburu musuhnya. Dakwat Cina telah mengalami kerosakan sirip yang teruk. Namun selepas beberapa kali ditewaskan, barulah Dakwat Cina dapat menerima hakikat bahawa dirinya adalah paling tidak handal di dalam tangki itu.
Kini, Dakwat Cina berdiam diri sambil bermuhasabah diri. Refleksi kendiri merupakan satu aktiviti peribadi yang sangat penting buat Dakwat Cina. Kini setelah hampir satu jam berlalu, Dakwat Cina sudah mampu hidup dengan agak harmoni di dalam tangki ikan saya. Masalah pergaduhan antara ikan-ikan Betta saya sudah pun berakhir.
Sebagai ganjaran di atas inisiatif Dakwat Cina dan ikan-ikan Betta yang lain untuk berubah sikap dan berkelakuan baik di dalam tangki ikan saya, saya telah mengurniakan dua set tukun tiruan yang diperbuat daripada beberapa biji botol air mineral yang dikerat secara adil.
Dengan ini, sudah terdapat tiga set tukun tiruan di dalam tangki ikan saya. Ikan-ikan Betta jantan dan betina kini sudah boleh bermain sorok-menyorok dan tidur dengan lena di dalam tukun-tukun tiruan yang saya hadiahkan kepada mereka. Maka, saya juga sudah boleh tidur dengan lena. Tidak ada lagi mimpi ngeri.

Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Tiga Pelajar Dibuang Sekolah
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Biarpun beban tugas saya telah semakin kurang dengan ketiadaan tiga orang pelajar di bawah jagaan saya di sekolah ini, saya tetap berasa sedih. Sebelum ini saya ditugaskan untuk menjaga ketiga-tiga pelajar bermasalah ini. Pelajar-pelajar bermasalah ini yang juga merupakan pelajar paling samseng di sekolah ini, tetap mampu mendengar kata-kata dan arahan saya. Pun begitu, mereka sering menimbulkan masalah kepada guru-guru yang lain. Apa boleh buat, saya hilang kata-kata. Pada hari yang sama, saya mendapat serangan jantung semasa mengajar di dalam kelas. Rupa-rupanya naluri saya telah berdetak, telah menghidu berita yang menyedihkan ini lebih awal daripada mata dan telinga saya. Kini, saya tidak ada pelajar jagaan lagi. Namun, kehilangan ketiga-tiga orang pelajar jagaan saya ini telah berganti dengan berpuluh-puluh orang pelajar yang mahu belajar Matematik. Ini, barangkali, adalah penawar untuk saya.Saya melepaskan kesemua ikan Betta yang diasingkan sebelum ini bersama-sama dengan ikan Betta betina dan dua ekor ikan Betta jantan dari jenis Crown-Tailed yang saya nilai sebagai jaguh baru di dalam tangki ikan saya itu.

|