Kereta Sporty Perak - Kereta Sporty Baru Saya Bermula Bulan Depan
Pihak kewangan dari pusat penyelidikan telah meluluskan bonus untuk tahun ini. Dengan itu, hasrat saya untuk memiliki kereta sporty perak ini telah menjadi kenyataan. Pada pertengahan musim panas ini, kereta sporty perak ini akan menjadi milik saya. Pun begitu, kereta sporty hitam saya masih menjadi kenderaan rasmi saya di Malaysia. Bezanya, kereta sporty perak ini akan saya gunakan sepanjang saya berada di luar negara atau senang kata, kenderaan rasmi saya semasa saya berada di luar negara yang memerlukan stereng pemanduan di sebelah kiri. Tak perlu lagi mengangkut kereta naik kapal apabila perlu bertugas di luar negara.
HARGA KERETA:
RM370,000 termasuk insurans
RM370,000 termasuk insurans
SPESIFIKASI KERETA:
NISSAN 370Z
ENJIN:
VQ37VHR 3,696cc DOHC 24 injap V6
Variable Valve Event and Lift (VVEL)
KUASA MAKSIMUM:
332 hp : 7,000 rpm.
TORK MAKSIMUM:
365Nm : 5,200 rpm.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Enam beg udara, ABS empat roda,
EBD dan BA.
TAYAR CADANGAN:
ContiSportContact 2
245/40 ZR19 98Y
NISSAN 370Z
ENJIN:
VQ37VHR 3,696cc DOHC 24 injap V6
Variable Valve Event and Lift (VVEL)
KUASA MAKSIMUM:
332 hp : 7,000 rpm.
TORK MAKSIMUM:
365Nm : 5,200 rpm.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Enam beg udara, ABS empat roda,
EBD dan BA.
TAYAR CADANGAN:
ContiSportContact 2
245/40 ZR19 98Y
Kedua-dua buah kereta yang berada di dua benua ini akan memudahkan saya untuk bergerak dengan lebih bebas tanpa bergantung kepada pemandu peribadi. Kereta kebebasanku, bergerak pantas di jalan kejayaan dan kedamaian. Mengatur hidup dan aura peribadi.
|