The Best Book For Mathematics and Additional Mathematics Revision - SPM Level
Suatu hari ada beberapa pengunjung bertanya kepada saya, buku rujukan atau buku ulangkaji apakah yang paling bagus untuk anak mereka mempelajari Matematik atau Matematik Tambahan? Maka di sini saya menyenaraikan buku rujukan Matematik atau Matematik Tambahan yang terbaik untuk tahun 2009 untuk dibeli dan dijadikan buku ulangkaji untuk para pelajar. Entri kali ini adalah dalam kategori Ulasan Buku Akademik
Selaras dengan novel blog saya yang berjudul Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT, saya perlu mengkaji lebih mendalam ciri-ciri seorang guru Matematik. Tidak kira pensyarah Matematik atau cikgu Matematik, kedua-duanya adalah pendidik juga. Berdasarkan maklum balas kaji selidik dan penelitian terhadap bahan pengajaran di salah sebuah sekolah elit yang merintis ke arah 1S0 9001:2008, yang juga merupakan sekolah kajian saya, saya dengan ini mengiktiraf buku Strategic Practice Mathematics Form 4, Strategic Practice Mathematics Form 5, Strategic Practice Additional Mathematics Form 4 dan Strategic Practice Additional Mathematics Form 5 sebagai buku ulangkaji terbaik untuk mengulangkaji subjek Matematik dan Matematik Tambahan tingkatan empat dan lima bagi tahun 2009. Oleh itu, entri saya kali ini adalah khas untuk mengulas buku-buku akademik ini.
Kelebihan buku Strategic Practice Mathematics and Additional Mathematics adalah susunan set latihannya yang diatur secara peringkat demi peringkat. Pada peringkat permulaan, soalan-soalan yang dikemukakan adalah senang dengan panduan menjawab soalan. Kemudian, panduan menjawab soalan dikurangkan sedikit demi sedikit. Dengan cara ini, pelajar akan dapat membina keyakinan dan seterusnya semakin berminat untuk mempelajari satu-satu topik Matematik atau Matematik Tambahan.
Salah satu ciri menarik dalam buku Strategic Practice Mathematics dan Strategic Practice Additional Mathematics ialah bagi setiap set latihan yang dikemukakan, akan terdapat nota ringkas yang dapat membantu pelajar mengulangkaji sendiri topik-topik Matematik dan Matematik Tambahan di rumah. Bentuk-bentuk latihan pula dipelbagaikan. Soalan-soalan disusun dari aras senang ke aras paling sukar.
Isi kandungan buku Strategic Practice Mathematics dan Strategic Practice Additional Mathematics juga difokuskan terhadap bentuk soalan peperiksaan SPM. Terdapat beberapa klon soalan SPM bagi setiap bab dan topik. Sekiranya pelajar rajin mengulangkaji topik-topik Matematik, saya yakin akan ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan dan gred pencapaian pelajar.
Kesimpulannya, buku Strategic Practice Mathematics dan Strategic Practice Additional Mathematics sesuai dijadikan bahan rujukan guru-guru untuk merancang isi kandungan pengajaran dan modul aktiviti pembelajaran di sekolah.

Strategic Practice Mathematics and Additional Mathematics Series
Education/Academic Book Review by Amiene Rev (C) 2009

|