BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Jun 30, 2008

Adakah Anda Cenderung Menggunakan Kedua-dua Belah Bahagian Otak?

Soalan-soalan kali ini akan menentukan sama ada anda adalah seorang yang cenderung menggunakan kedua-dua belah bahagian otak, otak kiri dan otak kanan semasa berfikir.
  • Semasa mempelajari sesuatu, adakah anda lebih suka mempelajari sesuatu secara menyeluruh terlebih dahulu berbanding hanya mempelajari lebih banyak fakta?
  • Adakah anda sangat menonjol dalam membuat dan menyelesaikan teka teki (puzzle) dan maze?
  • Anda anda mudah untuk membayangkan sesuatu objek secara 3 dimensi, memusingkannya, dan melihat objek tersebut dari pelbagai sudut secara bayangan minda dengan baik?
  • Adakah anda tergolong lambat berkembang atau lambat menyerlah (late bloomer)?
Sekiranya jawapan anda lebih banyak YA, maka anda adalah termasuk di dalam golongan individu yang menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan otak kanannya.


Ikuti entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008. Sudahkah anda membaca entri-entri berkaitan otak kiri dan otak kanan di dalam blog ini, sebelum ini (mengikut tarikh yang dinyatakan)?

Ahad, Jun 29, 2008

Before You Go Suicide, Read This As A Good Bye

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Jumaat, Jun 27, 2008

Parodi Cerita Seram Siri 2


Tengkorak Di Atas Kubur
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

Siri Parodi Cerita Seram, Insya-Allah akan disiarkan pada setiap minggu, selagi saya terdaya. Saya mohon para pembaca supaya tidak mencetak rompak karya dan tulisan saya yang dipaparkan di dalam blog ini. Jika suka jangan cetak rompak, jika tak suka pun janganlah cetak rompak. Sekiranya anda terlanjur melakukan kesilapan menerbitkan karya atau tulisan saya di mana-mana tempat, sila sertakan pautan atau alamat web atau blog ini iaitu http://dukeamienerev.blogspot.com di tempat yang terdapatnya karya saya. Terima kasih.



Begini ceritanya...

Ketika itu malam kelam. Aku dan kawan-kawan menyeberangi lautan malam yang serba seram. Ya, macam lautan malam ini sebab angin sangat kuat. Songkok kawanku yang bernama Ahmadul Irfi Al-Alawiyah terbang ditiup angin kencang.

"Oh, Songkokku terbang!" Jerit Ahmadul Irfi Al-Alawiyah. Pelik ya, namanya ada tanda sengkang.

Ahmadul Irfi terus mendapatkan songkoknya. Sementara itu, aku dan seorang kawanku yang lain iaitu, Isnin Aedul Kamis menunggu di bawah sepohon kemboja. Bau harum pokok kemboja mengingatkan aku bahawa kami sekarang berada di tepi sebuah kawasan perkuburan yang gelap, berasapkan embun dan kabus, pada malam sekitar jam 11.

"Oh, kepala terbang! Oh, rambutnya panjang!" Tiba-tiba aku terdengar suara Ahmadul Irfi. Tidak jelas. Siulan angin kencang menyebabkan kami tidak dapat mendengar suara Ahmadul Irfi dengan jelas. Cuma terasa seram sejuk ke tulang sumsum kerana sapaan angin dingin.

"Aaa, apa dia kata?" Aku bertanya.

"Kapal terbang agaknya," duga Isnin.

"Tetapi agak aneh ya, kenapa kapal terbang, selepas itu rambut panjang?" Aku mula menganalisis keganjilan maklumat yang samar-samar diterima itu.

"Agaknya ribut taufan," duga Isnin lagi.

"Kapal terbang dan ribut taufan. Kedua-dua perkataan ini logik," ujarku.

"Lari! Lari! Aku ternampak kepala terbang, rambutnya panjang!" Jerit Ahmadul Irfi.

"Astagfirulahazim. Kenapa begitu pelik perkataanmu Irfi. Tahyul semua itu," terang-terang aku menegur Ahmadul Irfi.

"Betul. Aku tidak menipu! Ini bukan dusta. Bukan juga 'cobaan'!" Wajah Ahmadul Irfi memaparkan kejujuran. Aku mulai percaya. Aku percaya Isnin Aedul Kamis juga mempercayai kata-kata Ahmadul Irfi. Mustahil dia dusta. Dia sahabat kami. Sahabat tidak akan membohongi sahabatnya yang lain.

Krak! Krakak! Krak! Krakak! Kami terdengar bunyi seakan-akan gigi berlaga. Seolah-olah bunyi ranting patah pun ada juga. Bunyi itu datang, ya Allah, dari kawasan perkuburan!

Kami melihat sekitar perkuburan. Kelihatan kepala-kepala tengkorak menjelma di atas kubur.

"Lihat, di sana ada tengkorak!" Jerit Isnin Aedul Kamis sambil menunding jari kanannya ke arah kawasan perkuburan.

"Iya, aku nampak," jawabku. Kami bertiga saling-pandang memandang.

"Apa kita mahu buat sekarang?" Isnin terpaku, ternganga mulutnya semasa menutur persoalan yang agak kurang bijak itu.

"Apa lagi, mari kita lari!" Aku dan Ahmadul Irfi serentak memberi pendapat. Kami segera berlari.

Sedang kami berlari, kami ternampak Wak Sunan sedang bersiul-siul riang sambil mengayuh beca tuanya. Apa ini, mengayuh beca di tengah malam?

"Wak lari wak, di sana ada tengkorak!" Jeritku kepada Wak Sunan yang masih leka mengayuh pada malam hari yang gelap.

"Apa mahu takut? Jika tengkorak aku tidak takut. Jika burung wak-wak, ha, itu aku takut," ujar Wak Sunan, bersendaloka.

Mendengar jawapan itu, kami terus berlari. Amaran sudah diberi, terpulanglah kepada Wak Sunan mahu mendengarnya atau tidak.

Esok hari, satu kampung heboh. Wak Sunan hilang. Hilang dan terus hilang hingga ke suatu tarikh yang tak dapat ditentukan.

SEKIAN.
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com


SENDALOKA PENULIS CERITA SERAM: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Kisah seram parodi ini (yang kurang asam parodinya ini) ditulis oleh Amiene Rev. Untuk membaca lebih banyak cerita seram segeralah ke laman blognya. Oh, cepatnya anda sampai? Saya tak terdengar bunyi klik pun. Teknologi memang hebat, ya?

Rabu, Jun 25, 2008

Bandaraya Jules Verne - France dan Amiens

Di Perancis, terdapat sebuah bandaraya yang dikenali dengan nama Amiens. Di sinilah terdapat kehidupan seorang penulis novel fiksyen sains terkenal iaitu Jules Verne. Di sini juga terdapat sebuah restoran ikan dan sayur kukus yang terkenal, iaitu Le Quai. Mungkin saya akan ke Perancis untuk melihat sendiri betapa orang Perancis menghargai bahasa bangsa mereka sendiri.

Jules Verne banyak menghasilkan novel-novel yang mencetus pemikiran baru dalam penciptaan teknologi berasaskan hukum sains. Di dalam filem Back To The Future, ada kisah mengenai seorang saintis yang merentas masa, lalu bercinta dengan seorang gadis kerana kedua-duanya memiliki minat yang mendalam terhadap hasil-hasil penulisan Jules Verne.

Kesudahannya kedua-duanya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Seorang diberi nama Jules, dan seorang lagi diberi nama Verne.

Selasa, Jun 24, 2008

Panduan Menjadi Juara Akademi Fantasia - Siri 2


Jangan Jadi Watak Murahan

Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Saya ingin maklumkan kepada semua pembaca bahawa artikel dalam siri Panduan Menjadi Juara Akademi Fantasia ini ditulis berdasarkan pemerhatian saya sendiri (Amiene Rev) mengenai Akademi Fantasia. Sebarang penciplakan atau siar semula tanpa izin tidak akan dimaafkan. Lebih-lebih lagi apabila tidak ada disertakan kredit hakcipta bagi penulis asal iaitu saya (Amiene Rev) di bahagian sumber rujukan.

Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu "Jangan Jadi Watak Murahan" kalau mahu jadi Juara Akademi Fantasia.

Salah satu sifat yang boleh membuatkan seseorang pelajar Akademi Fantasia itu sering mendapat undian yang rendah biarpun dirinya berbakat, adalah dari segi pergaulan sosialnya yang boleh menimbulkan rasa meluat di kalangan para pengundi.

Sifat apakah yang menyebabkan seseorang peserta Akademi Fantasia itu dibenci atau tidak popular di kalangan pengundi. Ya, sifat 'gedik', atau menggoda. Sifat tidak setia atau mudah beralih arah kepada pelajar lain selepas kehilangan seorang pelajar.

Saya bagi gambaran berikut sebagai contoh:

Balakis adalah seorang gadis yang suka mendekati Alfian. Dia didapati sangat rapat dengan Alfian dan tidak begitu rapat atau dingin dengan peserta lain. Suatu minggu, Alfian tersingkir. Selepas ketiadaan Alfian, barulah Balakis mula bergaul dengan seorang pelajar yang lain pula. Katakan Udin. Dalam kes ini, Balakis dilihat sebagai seorang yang mendekati sesuatu kerana faktor kepentingan untuk diri sendiri.

Balakis tidak mendekati Udin sebelum ini. Selepas ketiadaan Alfian, tiba-tiba sahaja dia rapat dengan Udin. Kebanyakan pengundi tidak boleh menerima kenyataan ini, dan akan menganggap Balakis sebagai seorang yang mudah bertukar-tukar pasangan atau teman. Tidak setia.

Dalam kes ini, biarpun Balakis berbakat, tetapi kerana sikap "ada emas, kayu dilupakan, tidak ada emas, baru kayu dihargai" itulah menyebabkan api kemarahan pengundi semakin marak dan Balakis sudah pasti tidak akan menjadi juara.

Dalam dunia nyata pun, kalau anda berlaku sedemikian rupa, orang pun tak suka.

Isnin, Jun 23, 2008

Adakah Anda Seorang Yang Sangat Cenderung Menggunakan Otak Kiri?

Menjadi seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan.
  • Adakah anda lebih mudah mengingati wajah seseorang berbanding namanya?
  • Adakah anda lebih suka memasang sesuatu perabot pasang siap (yang belum dipasang) secara sendiri (cuba jaya atau mengikut logik akal sendiri) tanpa merujuk kepada panduan pemasangan yang sedia ada?
  • Adakah anda lebih mudah untuk berfikir dan memfokuskan kepada sesuatu idea apabila dalam keadaan sendirian berbanding berada di dalam kumpulan?
  • Adakah anda lebih cenderung mengingati objek atau gambar berbanding nama, sebutan atau perkataan?
Sekiranya semua jawapan anda adalah YA untuk soalan-soalan di atas, maka anda adalah seorang yang sangat cenderung menggunakan otak kiri.


Ikuti entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008.

Sabtu, Jun 21, 2008

The Lessons I’ve Learnt about Blogging


My Life As A Blogger - Series 1
The Lessons I’ve Learnt about Blogging
Originally Written by Amiene Rev (C) 2008

There are many lessons I can get from blogging. I become a blog reviewer last two years and from that I learn many best thing about career, life, skills and many more.

01. There is a way to solve our problem
Most people have something to share. Anxiety. Sadness and Sorrow. Opinion. Problem. I found that blogging is such one good way to share our problem. You tell something that put your emotion down. Someone from unknown place will become your angel. This is true thing. But, before that, I recommend you to go and write comment on other blogger's post first so they will get your blog link.


02. It is the most powerful way to spread our stand
Do you have very very great great opinion about one issue? You should understand that blog somehow faster than a bullet. You got cross over the local public media. With a blog, you can gain your own fan and follower, if you have very accurate facts to give speeches in your blog. Write down your entry, blame someone, praise someone and see what kind of reaction you will get.


03. It is the best way to full your fantasy of being popular person
Ever heard about one hot chick named Sister Furong Jijie. I wonder why there still exist the word Sister instead of only using Jijie? Furong Jijie or Sister Lotus was once the most popular ever exist girl who succeed in becoming a very popular person around her country, China. Her popularity are well-known and once involve the goverment. Wow! Do you still underestimate the power of blog?


04. Blog is a one way for you to understand other
Sometimes, letters written by pen, type by keyboards are different than words spell out by our tongue, teeth and mouth. You can said it, but with your heart, you move your hand and act. It is something like you kill a person and say, I'm sorry I don't mean it. Or you slap your girlfriend or your boyfriend face and then you said, "Oh, my God,". Your mouth can't said it but your heart, your feeling can motivate your arms, fingers and any other part of your body to act for something. It is common thing, we can say blogger's pieces of words and the real person is differ. We have fantasy on what we are. Because of this, you can see what a person understand about him or herself by reading they writing styles. Whatever they can't talk, they write it on their blog. It is a pure nature. You fear of something, your body hair goes straight but you won't say a word.


05. Blog is one of the most powerful political weapon
If you're a politician, it is a stupid thing you don't have a blog. Barrack Obama himself is the writer of the best hit books; Dreams from My Father and The Audacity of Hope. Writing is about black and white, proof. Saying is a repeating and somehow it annoying our ears. If you read something, you can take a rest from reading.


06. Blog is one of the best way to promote and sell your product.
Blog is a unique weapon but still not stand on it's own. You can use their extended tools such as YouTube.com, Imeem.com, Cbox.com and many more to increase the interaction and understanding about what you're going to sell to your prospect. Just type words like buy a house and then you got many title about how to buy a good house for your family? Cheap house to rent and anything. If you are self-publisher of your very own books. You can start your internet book store buy making a blog.


07. Blog design is simple and everbody love it!
Believe or not, one day people will start to read news in a form of a blog. Blog is interactive. If a media give a shit to a fact for one news to fool people, you can blame the media in the blog and show the truth, give some link so next time when other visitor come to read the news, they see the link and they click on the link and then they got different perspective, different reason, different facts and proofs about the news. See, how democratic the world is when blog is taking over this world. No more sweet candy news of fool to our people.


08. Make money with your blog with just type some words!
Blog is truly a money maker tool from heaven to home. You write and you got money. You spend your time writing something and still, you can get money. With many advertisement widgets for blog, which pay you some penny and cents and ringgits and dollar or scam you out there! You can make money with your blog!


09. Enemies and friends are now global
If you involve to far in a blog world, going to strengthen your opinion about some issue. You got a problem, kid. You will uprising the angers of some reader and else they become your allies. Politician issues, religion issues, enviromental issues and many more, is something something you must take care about. When you start writing, if you're have good traffic for you blog, there must be a chance for you to make friend or foe.


10. Crazy about gain traffic to your blog is really crazy!
Do you know that when there are many people come to you blog, your blog will be loading slow and that will cost you money. So it is a good thing if you're in business and want to attract or focus on one group of people in same category. For example you're an internet book seller, so write about books, your books, the benefit and issue related to your book theme. Else, you will get some punk who just making noise at your blog.


11. Good way to become an online educator
Are you a teacher? Are you a lecturer or researcher or a tutor? If you're true heart or true born teacher, why not use your blog to write something relate to your teaching subject? Do you realize how many kids around the world use the internet to find some good facts or answer to their homework or experiment? Do you realize some pupils in your class cheating in essay writing by copying some free material from the internet? Internet is a scary thing, as it is good to be use for education purpose. Wikipedia, is one of the most popular internet tools for youngster. It is a fact.


12. Blog is one good way to improve your skills and confident in writing
I normally write in Malay. Yea, Malay is my language here. Guys, girls, I am Malaysian. So if you found some bad bad grammars, misspelling or anything not good in my writing, I don't really care as long my message can be understand. I do have confident in my writing so, we just write as we talk. Typing the word as fast as we talk. We gain confident. And so, the skills.


13. Internet Addict
Who ever fall into the world of blogging, should curious about their internet habits. Do you ever feel something like worried about you got no idea to write for today's post? Do you ever feel something like guilty if you do not post anything for yesterday. Do you care about people comment you and you didn't answer? Do you think that it is not a perfect life if you can't log into your blog account for 24 hours? You sure got internet addict. Beware, my friend. Beware my 'kawan'. This should be the last lesson you should get from the internet.

This is a series of My Life As A Blogger written by Amiene Rev.

Jumaat, Jun 20, 2008

Demokrasi: Air Dilawan Dengan Minyak


Demokrasi:

Air Dilawan Dengan Minyak
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Air dan minyak
mustahil bercampur

Aku tidak suka politik
Politik sungguh kotor

Air pembersih
membasuh segala kotoran
Minyak si yang degil
melekat, mengotori pakaian

Air dan minyak sama-sama cair
dan janji-janji turut cair
kerana minyak sudah melawan air
dan minyak dan air mustahil bercampur

Rakyat umpama kain putih
dan air melembabkannya
dan minyak mengotorinya

Air dan minyak mustahil bercampur
Apabila air dilawan dengan minyak
terbukti politik itu sungguh kotor

Politik itu sungguh kotor.

Blog Panduan Menulis Skrip Drama dan Filem Bersama Zaini Kosnin


Hari ini saya menemui satu laman blog yang menarik. Laman blog ini kepunyaan seorang penulis bebas dalam pelbagai bidang penulisan. Penulis tersebut dikenali sebagai Zaini Kosnin, seorang OKU yang menulis skrip untuk telemovie seperti Impian Zanita dan Takbiratul Ihram yang bakal disiarkan di Astro tidak lama lagi.

Mana-mana penerbit yang memerlukan skrip drama atau filem, bolehlah menghubungi beliau menerusi e-mel dan no. telefon beliau yang boleh didapati di blognya.

Beliau memperturunkan ilmu dalam bidang penulisan skrip, dan sesiapa yang berminat bolehlah ke laman blog beliau di:


Sementara itu saya juga tertarik dengan sebuah laman blog yang dikenali sebagai Bicara Skrip. Laman web ini sedang mengumpul blogger-blogger yang juga merupakan penulis skrip. Menarik sungguh perkembangan ini. Perkara asas yang ingin saya tahu daripada para penulis skrip ini adalah mengenai hakcipta sesuatu karya penulis skrip. Bagaimanakah hakcipta skrip drama atau filem yang ditulis oleh seseorang penulis skrip itu dapat dikekalkan biarpun karyanya sudah diterbitkan oleh penerbit drama televisyen atau penerbit filem. Blog tersebut boleh diakses menerusi laman blog berikut:

Parodi Cerita Seram - Siri 1


Hantu Siling Berambut Panjang
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Cerita ini ditulis khusus untuk para peminat blog Amiene Rev. Setiap minggu akan terdapat satu cerita baru. Jadilah pembaca pertama yang membaca cerita ini dan menangilah hadiah berupa habuk dan debu yang boleh dikutip di tempat sendiri. Sokongan anda sangat dihargai. Jangan lupa muat turun Majalah Digital Amiene Rev yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi blog ini.

Budak itu bercerita kepadaku. Ketika itu dia berada di tingkatan satu. Waktu itu, sudah tengah malam, sekitar pukul 12 ketika kisah ini berlaku. Budak itu cuba tidur, tetapi dia tidak dapat tidur. Dia cuba berdengkur, tetapi tidak mengantuk juga. Dia cuba minum susu panas, tetapi tidak dapat tidur juga. Oh, ya, susu panas itu dibuatnya sendiri menggunakan air panas yang tersimpan di dalam termos. Semua asrama ada cerek elektrik dan oleh itu jangan kata dia mencuri masuk ke kantin atau dewan makan sekolah untuk memasak air.

Dia kata, malam tu dia dengar ada bunyi benda berjalan-jalan dekat atas siling dalam bilik asrama. Dalam asrama tu ada enam orang sahaja. Semua tengah tidur lena, tetapi budak ini, iaitu budak itu tidak dapat tidur lena. Dia ketakutan. Dia pun menyanyi. Kemudian dia ketawa secara solo.

"Ha! Ha! Ha!" Dia berasa dirinya agak berani sedikit selepas ketawa dengan agak kuat.

"Hi! Hi! Hi!" Satu suara kedengaran.

Budak itu berasa takut. Oh, ya. Awak rasa budak ni lelakikah atau perempuankah? Dia budak perempuanlah.

Budak perempuan itu berasa takut. Dia pun ketawa semakin kuat.

"Ha! Ha! Ha! Keluarlah engkau jembalang syaitan! Penunggu dari gunung dan banjaran! Dari Titiwangsa hingga ke Gunung Fuji, jangan harap aku akan takut kepadamu!" Jerit budak perempuan itu dengan ganasnya. Dia takut tetapi dia tetap tidak mahu mengalah.

"Hi! Hi! Hi!" Suara itu ketawa lagi. Kali ini, lebih ngeri.

Budak perempuan itu semakin takut. Dia pun memberanikan dirinya sekali lagi lalu berkata, "Hi! Hi! Hi! Banyak cantik? Kalau masuk Akademi Fantasia awak ingat boleh menang. Suara garau, 'pitching' awak lari. Ton suara awak tak sampai. Awak tak menghayati makna ketawa. Awak patut tersingkir malam ini!"

Adapun, bagaimana kita tahu yang hantu juga memiliki hasrat untuk masuk ke Akademi Fantasia. Tiba-tiba suara itu semakin kuat. Kedengaran bunyi ketuk-mengetuk di atas siling asrama. Budak perempuan itu memandang ke atas. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada wajah hantu berambut panjang di atas siling.

"Haiya, siapa yang solek muka awak? Hantu, awak patut pakai pencuci muka. Muka awak banyak menggerutu. Buruk." Budak perempuan itu begitu berani mengutuk wajah hantu yang berada di dinding.

"Kurang ajar. Awak tahu tak, seburuk-buruk wajah aku, aku tetap makhluk ciptaan Tuhan. Tak baik awak menghina rupa paras aku. Malaslah aku nak main dengan awak," lalu hantu itu pun berlalu pergi dengan wajah yang kecewa.

Budak perempuan itu berasa sungguh gembira kerana berjaya menghalau hantu tanpa menggunakan khidmat bomoh atau pawang. Dia juga tidak perlu memakai kalungan bawang. Hantu sudah tidak ada.

Namun, malam selepas itu, dia diuji lagi. Ketika budak perempuan itu hendak melelapkan matanya, ketika itulah dia mendengar bunyi ketawa yang sungguh kuat dari bumbung. Budak perempuan itu terbeliak matanya apabila melihat bukan satu, tetapi berbelas-belas ekor kepala hantu berambut panjang muncul di siling asrama. Setiap wajah yang menggerutu itu memancarkan sepasang mata berwarna merah saga bercahaya dengan gigi-gigi tajam yang berwarna kuning dan berkarat, juga lidah panjang yang sengaja dijelir-jelirkan ke kiri, dan ke kanan.

Budak perempuan itu sangat takut lalu menjerit, "Hantu Tak Gosok Gigi!!!!!!!!!"

"Eeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Raungan itu bergema ke seluruh pelosok asrama dan menyebabkan unggas-unggas malam berterbangan lari sambil melatah dan memaki hamun tuan punya jeritan kerana menyebabkan mereka semua terkejut beruk.

SEKIAN.

SUMBER ASAL: http://dukeamienerev.blogspot.com


Sekiranya awak berminat untuk mengirimkan cerita ini kepada kawan, pastikan awak menyertakan sumber asal blog ini. Janganlah awak menjadi ahli neraka dengan menciplak, memplagiat atau menyebarkan cerita ini tanpa memenuhi kehendak penulis asal, ya? Saya tulis ni untuk blog saya, bukan untuk bagi orang lain senang-senang nak ciplak, plagiat atau salin semula dalam blog dia orang (dan lebih teruk memadamkan sumber asal iaitu tidak menyertakan nama penulis dan alamat blog ini.).

Khamis, Jun 19, 2008

Penubuhan Persatuan Penerbit Kecil dan Kebaikannya Kepada Semua


Persatuan Penerbit Kecil
dan Manfaatnya Kepada Semua
Pencadang: Amiene Rev
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com
Untuk Perhatian: Para Penerbit Kecil

NOTA: Entri ini terdiri daripada dua komen yang dipos ke blog Universiti Terbuka PTS.

Komen 1:

Apabila penerbit-penerbit kecil bergabung di bawah satu persatuan khusus untuk penerbit kecil, dan berpakat untuk menubuhkan rangkaian kedai buku bersiri khusus untuk buku-buku penerbit kecil sahaja (penerbit mendapat privilege dan keistimewaan dari segi keahlian, manakala penerbit besar perlu memberi diskaun lebih tinggi sedikit) maka ketika itulah penerbit-penerbit buku dapat bergerak dengan lebih selesa.

Rangkaian kedai-kedai buku penerbit kecil, kalau dikira untuk PTS sahaja sudah ada pelbagai produk dan pelbagai sasaran pembeli.

Saya menanti kewujudan rangkaian kedai buku penerbit-penerbit buku kecil ini. Permulaannya, persatuan penerbit kecil membuka dan menyewa tapak-tapak perniagaan kecil, dan cawangan-cawangannya makin bertambah, berkembang semakin besar ke seluruh negara.

Disebabkan ahli persatuan penerbit kecil adalah bukan satu, maka usaha promosi dilakukan oleh semua ahli mengikut syarat keahlian (promosi global melibatkan tema-tema buku yang perlu diiklankan setiap bulan) maka para pembeli buku boleh mengetahui jenis-jenis buku yang dikeluarkan mana-mana penerbit dengan mudah, mengetahui lokasi kedai-kedai buku penerbit kecil dan sebagainya.

Zaman penerbit-penerbit kecil bersatu menubuhkan rangkaian ‘Kedai Buku Penerbit Kecil) adalah zaman kesyukuran bagi penerbit-penerbit kecil.

Ditambah lagi dengan “Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil” yang juga merupakan salah sebuah organisasi di bawah Persatuan Penerbit Kecil, maka para penerbit kecil kini memiliki akses kepada dua perkara penting:

1. Peluang dan kemudahan mengedarkan buku terbitan masing-masing menerusi Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil. Setiap ahli Persatuan Penerbit Kecil layak menggunakan kemudahan untuk mengedar dan memasarkan buku-buku ke kedai-kedai buku Penerbit Kecil menerusi Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil.

2. Peluang dan kemudahan mendapatkan tapak untuk menjual buku (dilakukan oleh pihak Kedai Buku Penerbit Kecil). Kumpulan Pengedar/Buku Penerbit kecil berperanan menerima dan menjual mana-mana buku terbitan penerbit kecil yang menjadi ahli Persatuan Penerbit Kecil.

Saya menunggu kewujudan

Persatuan Penerbit Kecil dengan dua struktur major:
1. Kedai Buku Penerbit Kecil
2. Kumpulan Pengedar/Buku Penerbit Kecil

Penerbit-penerbit buku adalah tunjang belakang kepada pemasaran dan pengedaran ilmu dari para penulis kepada umum. Kumpulan Pengedar dan Kedai-kedai Buku adalah kaki dan tangannya. Menerusi Persatuan Penerbit Kecil, para penerbit adalah lebih sebagai otak, mata atau mulut, manakala Kedai Buku adalah Tangan dan Bakul yang menjual ilmu, dan Pengedar Buku adalah kaki yang berjalan mencari pelanggan.

Semoga penubuhan Persatuan Penerbit Kecil ini memberi rahmat kepada semua penerbit dan penulis, khususnya para penerbit kecil yang bermasalah dalam mengedarkan buku terbitan masing-masing.


Komen 2:

Jadi, apakah kelebihan dan kemudahan yang ada apabila Persatuan Penerbit Buku Kecil diwujudkan dengan dua struktur major iaitu Rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil dan Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku-buku Penerbit kecil?

1. Peluang pekerjaan yang lebih banyak dan kemudahan untuk memilih lokasi tempat kerja terdekat di mana-mana rangkaian kedai buku Penerbit Kecil. Contohnya, Pekerja A pada mulanya bekerja di cawangan 1 yang berlokasi di Shah Alam. Dia berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Johor Bahru. Dia boleh meminta untuk ditukarkan dari Shah Alam ke Johor Bahru. Dengan ini, tenaga kerja mahir yang sedia ada boleh dipindah tanpa perlu ada kehilangan pekerja berpengalaman kerana rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil adalah luas.

2. Mudah untuk meninjau pasaran buku yang menguntungkan dan memenuhi keperluan pembaca. Disebabkan Persatuan Penerbit Kecil menguruskan sendiri pengedaran dan pemasaran buku-buku ahli-ahli mereka, maka mereka akan mudah mendapatkan data-data jualan buku dan keuntungan buku menerusi laporan oleh kedua-dua struktur major.

3. Salah satu sumber modal adalah daripada yuran keahlian dengan ini masalah modal boleh dikurangkan.

4. Bermatlamatkan perjuangan dalam mencapai usaha-usaha tertentu, apabila Persatuan Penerbit Kecil menetapkan garis panduan buku-buku yang boleh diedar dan dijual menggunakan kemudahan dua struktur major seperti:

a. Memperjuangkan penggunaan bahasa (apabila ada syarat-syarat berkaitan dikenakan. Contohnya, buku-buku yang menggunakan struktur ejaan yang tidak menepati ejaan standard tidak boleh diedar dan ditempatkan di mana-mana rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil).

b. Pendidikan moral menerusi bahan bacaan (syarat-syarat buku-buku yang diterbitkan mestilah memaparkan mesej yang bermakna; boleh diteladani dan meningkatkan ilmu para pembaca).

5. Peluang ilustrator, desainer, editor dan lain-lain staf penerbitan untuk mendapat peluang tugasan atau kerjasama tidak terhad kepada satu-satu penerbit sahaja. Menerusi Persatuan Penerbit Kecil, penerbit-penerbit yang tersangat kecil boleh meminjam perkhidmatan rekabentuk kulit buku, penyuntingan isi kandungan dan ilustrator dalaman daripada staf-staf penerbitan dari penerbit lain yang juga merupakan ahli-ahli dalam Persatuan Penerbit Kecil.

Banyak lagi kelebihan Persatuan Penerbit Kecil kepada penerbit, penulis dan masyarakat umum. Jadi sekiranya ada usaha ke arah menubuhkan Persatuan Penerbit Kecil, pasti kebaikan dan manfaat daripada persatuan ini dapat dinikmati semua.

Rabu, Jun 18, 2008

Walaupun Sudah 50 Tahun Merdeka, Bahasa Melayu Masih Berperang


Bahasa Percakapan Harian
Dalam Penulisan Cereka

Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

Nota Futuristik dan Realiti: Amiene Rev adalah lulusan universiti dalam bidang Sains, Sains Komputer, Multimedia, Pendidikan, Psikologi dan Matematik di sebuah universiti ternama di rantau Asia. Beliau juga menceburi bidang Muzik, Sains Sukan, Literasi Sastera, Rekabentuk, Pengurusan, Pentadbiran, Kaunseling, Kerjaya dan Motivasi. Beliau tidak gemar melibatkan diri dalam dunia politik kepartian walaupun politik itu wujud di mana-mana sahaja. Dunianya penuh dengan pemikiran pelbagai rupa dan disiplin, juga terlibat dalam aktiviti seni bela diri secara rohani, emosi dan jasmani. Seorang yang 'determine' dan ditestimoni sebagai seorang yang mampu berfikir mengikut Aras Semut dan Aras Helang oleh seorang penerbit berjaya. Dianggap sebagai Middle-Brain oleh sesetengah golongan intelek, beliau berharap untuk mengetengahkan bakat-bakatnya dalam pelbagai bidang supaya dapat memberi manfaat kepada sekalian manusia dan juga menyedarkan dirinya yang masih berstatus hamba dan masih jauh dari sempurna. Astagfirullahalazim.


Hayakallah buat sekalian manusia,

Hari ini, awak berpeluang menonton rancangan televisyen yang bertema 'Bersemuka dengan Media' yang ditayangkan di televisyen. Awak tertarik dengan komen-komen SMS yang disiarkan di bahagian 'subtitle'.

Ada idea dan pendapat yang dihasilkan dengan menggunakan Bahasa SMS, kerana faktor ruang input SMS yang kecil. Lalu awak pun mengambil sedikit masa pada malam ini untuk memperkatakan mengenai isu bahasa dan penglibatannya di dalam perbincangan intelek.

Bahasa Melayu Rendah merupakan bahasa percakapan yang masih diluluskan dalam karangan-karangan berbentuk cereka, cerpen dan drama. Contohnya, jika dalam Bahasa Melayu Tinggi kalian menggunakan perkataan 'hendak' maka dalam Bahasa Melayu Rendah pula kalian menggunakan perkataan 'nak'.

Namun awak mendapati wujudnya pesona terhadap kehidupan apabila Bahasa Melayu Rendah digabungkan dengan Bahasa Melayu Tinggi. Awak mendapati ada pesona emosi, sikap dan kepelbagaian apabila awak membaca karya-karya yang diadun dengan istilah-istilah dalam bahasa asing seperti Arab, Perancis, Amerika, United Kingdom, China dan sebagainya.

Jadi bagaimana awak boleh menafikan peranan Bahasa Melayu Rendah di dalam menghidupkan satu-satu watak. Penggunaan jenis-jenis bahasa tertentu itu sendiri menunjukkan catatan kehidupan pada masa tertentu. Pengaruh budaya dan bahasa percakapan dalam membentuk penulisan-penulisan generasi bagi satu waktu atau zaman tertentu.

Namun awak juga berasa betapa pentingnya cereka dijadikan sebagai satu alat penting untuk mendidik dan membudayakan generasi masa kini dan akan datang supaya menghormati bahasa. Bahasa percakapan dan bahasa perbincangan intelektual nyata berbeza. Kalian tidak bercakap seperti kalian menulis. Semasa kalian menulis, tatabahasa kalian, istilah-istilah yang kalian gunakan, struktur ayat dan imbuhan digunakan dengan cara yang terhormat. Sebaliknya semasa bercakap, kalian menggunakan Bahasa Melayu Rendah.

Dua situasi yang berbeza, iaitu penggunaan Bahasa Melayu Tinggi semasa menulis dan penggunaan Bahasa Melayu Rendah semasa mengolah bahasa percakapan memungkinkan ramai penulis novel memilih Bahasa Melayu Rendah sebagai rencah utama dalam penulisan cereka mereka. Bahasa yang kelihatannya lebih hidup, sesuai dengan jiwa watak-watak yang tidak semestinya berperanan sebagai golongan intelek.

Namun, usaha sesetengah penerbit untuk merealitikan Bahasa Melayu Tinggi sebagai bahasa percakapan di dalam karya-karya cereka khususnya untuk kanak-kanak, awal remaja dan remaja adalah sesuatu yang baik juga. Karya dewasa pula bagaimana? Cereka yang berunsur intelek pula bagaimana?

Wah, perlukah ada sekatan dalam berkarya? Perlukah Bahasa Melayu Tinggi memainkan peranan seratus peratus dalam cereka? Bagaimana pula sekiranya watak utama atau antagonis atau bibi Mary di dalam satu-satu cereka itu merupakan watak yang tidak terpelajar? Perlukah mereka mengucap kata-kata di dalam Bahasa Melayu Tinggi?

Merealitikan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi di dalam karya-karya sebegini pada masa ini adalah satu peperangan. Perang, kerana kalian memaksa penulis dan pembaca untuk menerima Bahasa Melayu Tinggi sebagai realiti percakapan. Pun begitu, adakah kalian lupa bagaimana 'perang' ini wujud seawal skrip-skrip filem olahan seniman agung tanah air kalian, dan sekali lagi 'perang' ini dicetuskan dalam majalah-majalah kartun tempatan apabila pembaca didedahkan dengan bahasa 'slanga' dan sedarjah dengannya?

Perang bahasa sudah meletus. Tidak cukup dengan 'perang saudara' di dalam Bahasa Melayu, iaitu perang antara Bahasa Melayu Tinggi dengan Bahasa Melayu Rendah, dengan Bahasa SMS, dengan Bahasa Rojak, Bahasa 'Slanga', 'Manglish' dan lain-lain kalian juga dikejutkan dengan cetusan perang antara bahasa tempatan dengan bahasa asing dalam dunia pendidikan kalian.

Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

Selasa, Jun 17, 2008

Panduan Menjadi Juara Akademi Fantasia - Siri 1


Elakkan Sifat Tunjuk Pandai

atau Rasa Diri Sudah Jadi Superstar
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Sebagai seorang peserta Akademi Fantasia, anda perlu tahu Akademi Fantasia adalah sebuah rancangan realiti di mana para peserta yang terpilih bukanlah peserta yang hebat-hebat. Akademi Fantasia bukanlah seperti Malaysian Idol, Gangstarz dan seumpamanya yang sememangnya khusus untuk mereka yang sedia berbakat. Saya melihat bagaimana Ramli MS mencipta Akademi Fantasia sebagai sebuah akademi. Bakat bukan perkara utama dalam Akademi Fantasia tetapi, kegigihan, sifat hormat-menghormati, tekun belajar, jujur dan ikhlas dalam menghiburkan para pengajar, pengkritik dan penonton merupakan perkara penting yang perlu disempurnakan oleh para pelajar Akademi Fantasia.

Tips-tips yang ditulis oleh saya (Amiene Rev) ini juga barangkali sesuai untuk rancangan realiti selain Akademi Fantasia juga. Semoga apa yang saya tulis ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang bercadang menyertai apa-apa rancangan realiti TV. Saya juga berharap janganlah ada sesiapa yang menciplak artikel-artikel saya, tidak menyertakan sumber asal (iaitu kredit kepada saya selaku penulisnya). Saya tak tahulah sebab apa ada orang suka ciplak-menciplak ni. Hormatlah hakcipta penulisan orang lain ya? Tapi takkanlah sebab ada orang ciplak penulisan saya, saya pun merajuk tak nak menulis lagi. Itu tak patut berlaku sebab seekor penciplak, satu blog ditinggalkan terus sebab merajuk. Hormat penulis asal ya? Tak mahu ada ciplak-ciplak lagi ya?

Berbalik kepada topik asal: Anda adalah pelajar. Jika anda berbakat, tonjolkan bakat anda selaku anda seorang pelajar, selaku anda seorang murid yang berusaha gigih untuk memenuhi kehendak tugasan yang diberikan.

Keyakinan itu perlu ada, tetapi jangan tonjolkan diri anda sebagai seorang yang memandang rendah tugasan diberikan (walaupun anda memang berbakat).

Stacy, seorang pelajar Akademi Fantasia yang memiliki bakat yang hebat tetapi imejnya merendah diri. Saya rasa Stacy merupakan pelajar wanita paling menonjol dari segi bakatnya setakat ini dan saya juga tahu Stacy ada pengalaman dalam Gangstarz.

Perhatikan 'trademark' Stacy. "Wah, terlebih sudah!"

'Trademark' yang digunakan oleh Stacy ini menunjukkan dirinya sentiasa beringat-ingat supaya tidak berlebih-lebihan dalam menonjolkan diri semasa membuat persembahan. Hasilnya kita lihat semua persembahan Stacy boleh dikatakan seimbang, semula jadi dan asli. Saya tidak nampak sebarang tindakan yang dibuat-buat melainkan yang asli sahaja daripada Stacy.

Barangkali, pencipta dan penulis lirik lagu "Aku Stacy" sedar akan sifat semulajadi yang ada dalam diri Stacy semasa membuat persembahan, maka mereka mencipta lagu yang diberi judul "Aku Stacy!"

Memang tepat sekali! Lagu ini mencerminkan Stacy sebagai Stacy, seorang yang berbakat besar dalam bidang hiburan, boleh menari, boleh menyanyi, tetapi memiliki sifat sederhana dan tidak berlebih-lebihan dari segi kata-kata atau pun tindakan kelakuan.

Ini, memang ciri-ciri Juara. Tidak hairan juga kenapa Toi boleh bertahan sehingga ke pertandingan akhir, sebab Toi juga ada ciri-ciri bersahaja.

Pendek kata, bakat memungkinkan anda layak ke final, tetapi ingat, anda adalah peserta Akademi Fantasia yang perlu memenangi hati pengundi. Anda perlu ada sifat bersahaja dan bersederhana seperti Stacy, Toi dan juga Mawi.

Jumpa lagi dalam Siri ke-2 Panduan Menjadi Juara Akademi Fantasia pada masa akan datang!

Isnin, Jun 16, 2008

Adakah Anda Seorang yang Lebih Cenderung Menggunakan Otak Kiri?

Menjadi seorang berkecenderungan otak kiri atau berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang berkecenderungan otak kiri atau berkecenderungan otak kanan.
  • Adakah anda pernah mengalami kehilangan pendengaran akut?
  • Adakah anda pernah memotong label yang terdapat pada baju?
  • Adakah anda lebih selesa berpakaian yang dibuat daripada kain atau bahan yang lebih lembut berbanding pakaian yang dibuat daripada kain atau bahan yang kasar?
  • Adakah anda merupakan seorang yang tidak suka untuk menonjolkan diri?
  • Adakah semasa diminta mengeja sesuatu perkataan, anda seolah-olah dapat melihat perkataan tersebut di minda, atau menyebutnya berdasarkan apa yang anda dengar (secara phonetic)?
Sekiranya jawapan anda lebih banyak YA untuk soalan-soalan di atas, maka anda adalah seorang yang lebih cenderung menggunakan otak kiri.


Ikuti
entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008. .

Ahad, Jun 15, 2008

Guided By Dreams

When you read this, then you knew that I am practicing my English here. It took me weeks to come with this English entry. I seem to be busy for days and weeks so I make some automatic posting schedules earlier. Today, I have some free time to contribute a prompt related to Sunday Scribblings Blog.

Some people might think I am a freak. But I am not a freak because I can have these premonitions. Because some person do. It was said, during the ages of Lord, Duke and Duchess, that there were many kings, queens, emperors, prince, princess and wise men, also magi, dream about their future and interpret the dream to prepare for any challenge happening in future.

It make no different. I did not believe in my dream. If it going to be happen that let's be it. I suppose to walk my days like others. So we have nothing to worry about. As long as we, people, man, so called human beings, make good things everyday, contribute good things everyday, and live as living intellectual, kind and obedient creature of God, then we should not worry about the future. When we die, we die in harmony.

So, should we, people relate ourselves to be guided by the dreams? No. What can we do when it happened in our dream that it is to be something like Holocaust, when the Big Nose people pictured and post in the newspaper? When the Nazi killed more than one millions Jews as told in the Anne Frank? Now it is in museum.

What we should do when we saw in our dream or perhaps Bill Gates saw it in his Microsoft's Paper Spreadsheets software’s about the nine eleven things to be happened?

Or if it about Stephen Hawkings sight about the nebula and big bang theory? Or if it is something about the union of Syiah and Sunnah followers?

If it something we see in the dream, it is not about how important is the dream to guide us, but how is we react to settle the issue before, or when or after it happened to us. We are not easily said, we are guided by dreams. We decided ourselves because we're all selected person by God. We know what we should do. Do you?

I said, "Do you?"

Jumaat, Jun 13, 2008

Petua Mudah Tidur - Masalah Susah Lena

Apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam, pelbagai masalah akan timbul terhadap dirinya. Sebelum Thomas Edison mencipta mentol lampu (tahun 1880), manusia selalunya tidur sekitar 10 jam sehari.

Antara petua untuk memudahkan anda tidur lena pada waktu malah hari ialah:
  • Mendisiplinkan diri dengan jadual waktu tidur yang seragam.
  • Elakkan aktiviti senaman sekitar lima atau enam jam daripada masa tidur.
  • Jauhkan diri daripada mengambil sebarang bentuk kafein, nikotin atau alkohol.
  • Elakkan diri daripada makan makanan yang memberi kesegaran pada tubuh badan pada waktu malam.
  • Elakkan tidur pada waktu petang atau selepas waktu Asar.
  • Tenangkan diri sebelum masuk tidur dengan melakukan aktiviti seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang berirama perlahan.
  • Sekiranya selepas melakukan perkara-perkara di atas, anda masih belum tidur. Jangan bimbang kerana kebimbangan akan menyebabkan anda semakin susah untuk tidur. Cuba buat perkara-perkara lain yang boleh membuat diri anda mengantuk, contohnya membilang biri-biri melompat pagar dan sebagainya.

Rabu, Jun 11, 2008

Hakcipta Karya Sastera

SOALAN: Adakah syarikat, organisasi atau badan-badan tertentu untuk mendaftarkan hakcipta pengkarya bagi karya sastera?

JAWAPAN: Setiap karya sastera asli, yang ditulis oleh warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia, akan mendapat perlindungan secara automatik. Tida ada organisasi, syarikat atau badan khas ditugaskan untuk tujuan pendaftaran hakcipta.

Penerbit sama sekali tidak berhak mengatakan karya yang seorang penulis yang diterbitkan penerbit itu sebagai hakcipta penerbit melainkan penulis menjual hakcipta karya tersebut kepada penerbit. Oleh itu penulis dinasihatkan supaya tidak menjual apa-apa karya sastera kepada penerbit untuk mengelakkan penyesalan tidak berkesudahan seperti yang pernah menimpa beberapa orang penulis dan pengkarya terkenal sebelum ini.

Setiap karya yang kita tulis, walau pun tidak mendapat perhatian penerbit berkemungkinan akan menjadikan kita jutawan. Terdapat banyak peristiwa yang mengujakan di mana manuskrip-manuskrip penulis-penulis novel baru ditolak oleh ramai penerbit dengan pelbagai alasan seperti, buku ini tidak akan laris di pasaran, buku ini tidak dapat menarik ramai peminat, buku ini tahyul dan sebagainya yang kemudiannya, menjadi buku terlaris di pasaran. Contoh kisah seperti ini ialah, buku Harry Potter karangan Puan Rowling.

Oleh itu jangan sesekali terperangkap dengan muslihat penerbit yang berkata, "Buku awak ni kalau dijual, mungkin tak untung. Tak laris. Tapi saya nak tolong awak, apa kata awak jual hakcipta buku ini kepada saya. Saya bayar awak RM5000."

Dan, tiba-tiba buku yang telah dijual hakcipta itu diterbitkan dan laris di pasaran pula, penerbit dapat RM50,000 dan si penulis cuma mendapat RM5000. Apa cerita? Sebenarnya, menerusi royalti yang berterusan, si penulis boleh mendapat keuntungan royalti setiap tahun sehingga melebihi RM50,000. Setiap karya penulis umpama satu pelaburan. Sekiranya si penerbit tidak lagi mahu menerbitkan karya tersebut, penulis boleh menerbitkan karya tersebut di penerbitan lain pula atau menerbitkannya sendiri. Penulis boleh mendapat keuntungan lagi.

Terdapat beberapa undang-undang hakcipta yang boleh digunakan dalam melindungi karya sastera semua penulis, antaranya:

  1. Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332)
  2. Konvensyen Berne
  3. Perjanjian TRIPS (Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights)

Isnin, Jun 09, 2008

Adakah Anda Seorang yang Sangat Berkecenderungan Menggunakan Otak Kanan?

Menjadi seorang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan.
  • Adakah anda adalah seorang yang dapat bercerita mengenai seseorang individu dengan baik?
  • Adakah orang lain juga menganggap anda sebagai seorang individu yang mudah membaca seseorang dengan baik?
  • Adakah anda memiliki tulisan tangan yang buruk?
  • Adakah anda semasa zaman kanak-kanaknya, lambat dapat berjalan atau lambat menguasai pergerakan badan yang lain.
  • Apabila anda berada di suatu lokasi yang baru, adakah anda mudah untuk mengenal pasti jalan ke sesuatu tempat (tidak mudah sesat)?
Sekiranya anda menjawab YA untuk setiap soalan di atas, maka tidak syak lagi, anda adalah seorang yang sangat cenderung untuk menggunakan otak kanan. Anda barangkali adalah pengguna otak kanan yang tulen.

Adakah anda juga menulis dengan menggunakan tangan kiri (kidal)? Ada sesetengah orang berpendapat sekiranya anda adalah seorang yang kidal, anda juga mungkin merupakan seseorang yang cenderung menggunakan otak kanan.


Ikuti
entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008. .

Ahad, Jun 08, 2008

Mengatasi Isu Kenaikan Minyak Dengan MyGreenOil?

Image credit to www.mygreenoil.com

MyGreenOil is a unique formula of high-quality natural esters. It is non-toxic, non-hazardous and free of carcinogens. The unique natural esters in MyGreenOil is made up of 100% plant quintessence, it is not derived from petroleum and is biodegradable. Laboratory tests confirm that MyGreenOil is clean and safe upon ignition, reducing emissions without adding any of its own components to the exhaust and is 99.999% ash-less upon combustion.

Appearance : Pale Yellow to Golden Yellow if undyed.
Boiling Point : Over 200ºC at 760mm HG Pressure.
Flash Point : > 149ºC.
Specific Gravity : 0.86 at 25ºC.
PH : 7.0
Toxicity : None Toxic.
Hazardous Chem : None Hazardous.
Odor : Fruity.
Solubility in H2O : Negligible at room temperature.
Flammability : None Flammable.
Ash Content : <>

Ini adalah satu kejutan, di mana dengan penggunaan minyak berasaskan pertanian ini sebagai sumber bahan api, maka penjimatan petrol boleh berlaku. Saya mengetahui mengenai MyGreenOil ini menerusi satu risalah kecil. Berdasarkan risalah itu saya mendapati jumlah jarak perjalanan akan dapat ditambah sehingga sekitar 100-200 kilometer lebih jauh apabila MyGreenOil digunakan. Harga minyak petrol semakin naik, mungkinkah ini alternatif untuk pengguna kenderaan berenjin petrol?

Sabtu, Jun 07, 2008

Mimpi Hari Kiamat Dua Malam Berturut-turut

Entri ini ditulis berminggu-minggu lebih awal, dan akan disiarkan di dalam blog ini pada tarikh yang ditetapkan mengikut fungsi scheduled yang terdapat di dalam sistem penerbitan entri Blogger.


Bermimpi Bencana Alam Maha Dahsyat Melanda Bumi

Saya dilanda mimpi mengenai bencana alam, seolah-olah hari kiamat sudah tiba, dua malam berturut-turut. Mimpi ini menyebabkan saya berasa sedih dan murung. Namun pada masa yang sama juga timbul seperti suatu kesedaran yang baru di dalam diri saya.

Saya melihat angin taufan seperti ribut pasir bergulung-gemulung seperti roda melanda pohon-pohon kurma dan kelapa sawit. Orang ramai bertempiaran lari kerana bimbang akan terbang nyawa diragut angin ganas itu. Bunyi siulan angin itu sendiri seperti dengusan haiwan pemangsa yang ganas. Semua orang berlari meredah hutan mencari tempat yang selamat.

Saya melihat bumi bergegar seolah-olah gempa bumi sedang berlaku. Tanah mulai retak dan dari tanah-tanah itu keluar gas-gas panas yang mampu melecurkan kulit dan daging. Rekahan dan jurang menenggelamkan ramai orang jatuh ke dalam tanah. Manusia-manusia dipisah-pisahkan sesama mereka.

Saya juga melihat dari dalam tanah itu keluar makhluk-makhluk yang tinggi-tinggi dan besar-besar. Merayau-rayau mencari mangsa. Seperti bayangan asap, bayangan habuk dan api.

Langit seolah-olah sudah runtuh. Sesekali turun meteor dari langit dan menghempas dalam kadar yang banyak, berderap-derap dengan bunyi hentaman dan letupan yang memekakkan telinga, mencetuskan rasa seram seperti teriakan bayi dan orang tua yang seram. Batu-batu bertaburan.

Saya menemui satu kawasan perumahan. Lalu bersembunyi di dalam rumah itu. Kebetulan lalu beberapa orang anak murid saya dan saya berasa gembira dan bersyukur kerana mereka terselamat. Kami sama-sama bersembunyi. Perasaan sungguh sedih dan sayu kerana memikirkan orang-orang tersayang yang lain menusuk ke jiwa. Hiba.

Tiba-tiba saya melihat ada beberapa kumpulan orang berkumpul di satu tempat. Seolah-olah memegang lilin yang bercahaya. Saya lalu mengekori kelompok manusia ini dan mendengar perbincangan mereka mengenai kemurkaan alam.

Saya dipinta menyampaikan sesuatu. Saya lalu bersuara mengatakan bahawa segala kemusnahan alam ini berpunca daripada manusia sendiri. Manusia yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Manusia yang menyebabkan bumi ini semakin panas. Kiamat sudah hampir. Dunia ini sudah sampai ke penghujungnya. Kita, tingkah laku kita sendiri adalah petanda dunia semakin sampai ke hari penamat usianya. Saya berkhutbah panjang seolah-olah saya bukan lagi saya.

Sedar sahaja dari tidur, saya segera mengingati mimpi ini. Pada malam pertama saya bermimpi, saya masih lagi dalam kebingungan. Pada malam kedua, saya seolah-olah menerima ilham sehingga mampu pula berkhutbah di dalam mimpi itu. Setiap kali mengenangkan mimpi itu, saya seolah-olah mahu mengubah pelbagai perkara dalam dunia ini, supaya bencana alam seperti di dalam mimpi itu tidak berlaku.

Teringatkan peristiwa tsunami tempoh hari, saya bermimpi kira-kira sebulan lebih awal sebelum peristiwa sebenar berlaku. Semuanya seperti di dalam mimpi. Saya cuma berharap itu sekadar kebetulan. Tetapi kebetulan yang terlalu kerap menyebabkan saya berasa agak bimbang dengan kedua-dua mimpi ini. Apa yang akan terjadi dalam beberapa minggu lagi? Saya bimbang. Saya sangat takut tetapi tidak ada orang yang dapat memujuk saya supaya tidak takut. Cuma Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.


Jumaat, Jun 06, 2008

Nilai-nilai Kreatif, Imaginatif dan Estetika dalam Bahasa SMS

Nilai-nilai Kreatif, Imaginatif dan Estetika dalam Bahasa SMS
Penulis/Pengkaji: Amiene Rev (C) 2008

Sepanjang saya mengkaji bahasa SMS, saya mendapati, bahasa SMS ini memiliki nilai-nilai yang sedemikian rupanya:

Kreatif
Saya anggap Bahasa SMS ini kreatif kerana ia merupakan satu pembaharuan dalam evolusi bahasa. Bahasa pada masa akan datang barangkali akan wujud sebagai satu simbol, di mana huruf vokal sudah boleh diabaikan dalam struktur-struktur ejaan baru.

Imaginatif
Saya anggap Bahasa SMS ini imaginatif kerana ada ejaan yang dicipta menggunakan simbol-simbol yang juga diilhamkan daripada huruf dan nombor. Contohnya, perkataan 'tidak' diwakili dengan tanda pangkah yang menggunakan huruf 'x'. Penggunaan emotikon yang dijelmakan daripada huruf-huruf juga merupakan satu bentuk bayangan mengenai apa yang penulis itu rasa. Gabungan satu atau dua huruf sahaja sudah boleh memberitahu apa yang penyampai mesej itu rasa. Contohnya perasaan gembira boleh diwakili oleh simbol (",) atau :D yang seolah-olah menunjukkan seseorang itu tersenyum atau suka. Perkataan-perkataan yang dieja menggunakan Bahasa SMS adalah sesuatu yang boleh diimaginasikan secara langsung daripada objek sebenar menerusi simbol-simbol dan huruf-huruf.

Estetika
Bahasa SMS juga merupakan satu seni dalam menulis atau mengeja sesuatu perkataan. Cuba teliti struktur ejaan Jawi, struktur tulisan Cina, dan Jepun. Ada perkataan yang diwakili oleh simbol-simbol tertentu. Saya teringat dalam satu novel grafik Ma Weng Seng (juga disebut Ma Wing Sing) yang terkenal iaitu Pedang Setiawan, perkataan 'Juara' itu lahir dengan menggabungkan perkataan 'Pedang' dan 'Awan'. Dua perkataan baharu, apabila digabungkan membentuk satu perkataan baru yang memberi maksud yang langsung tidak berkaitan dengan dua perkataan sedia ada. Perkara yang hampir sama juga berlaku dalam struktur bahasa SMS.

Perkataan '10sen' misalnya terdiri daripada gabungan dua perkataan iaitu 'ten' dan 'cent'. Dalam konteks ini perkataan '10sen' adalah gabungan bahasa Inggeris (ten - angka 10) dan Melayu (sen - nilai mata wang) untuk membentuk perkataan baru iaitu 'tension' .

Ini menunjukkan setiap huruf atau simbol yang digabungkan untuk membentuk satu-satu perkataan dalam Bahasa SMS memiliki nilai keindahan yang tersendiri yang barangkali dikaburi dengan imej pemberontakan terhadap struktur ejaan bahasa. Suatu pembaharuan yang mungkin memiliki nilai-nilai yang berpengaruh dan popular terhadap golongan tertentu.


Persoalan dan kebarangkalian
Adakah kemungkinan ketiga-tiga nilai di atas merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi remaja untuk terus menggunakan bahasa SMS? Bahasa SMS barangkali bukan sekadar bahasa pemberontakan jiwa remaja, atau bahasa yang lahir daripada arus teknologi sistem pesanan ringkas, tetapi juga merupakan satu cara untuk remaja menggunakan kreativiti masing-masing. Adalah tidak dapat dinafikan barangkali wujud perasaan bangga di kalangan remaja itu sendiri kerana dapat menggunakan bahasa SMS.


NOTA: Jurnal kajian mengenai Bahasa SMS di atas adalah lahir daripada pengalaman dan pemerhatian saya sendiri (Amiene Rev) dan bukanlah suatu kajian yang mendalam. Saya akan menulis catatan-catatan saya mengenai bahasa SMS pada masa akan datang.

Khamis, Jun 05, 2008

Bahasa SMS Di Dalam Blog: Remaja Memberontak Menerusi Bahasa?

Bahasa SMS Di Dalam Blog: Remaja Memberontak Menerusi Bahasa?
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Bahasa SMS dan ejaan-ejaan yang melanggar struktur ejaan bahasa yang sebenar kini semakin menguasai dunia kita. Penggunaan bahasa SMS di dalam blog kadangkala menimbulkan rasa gusar di kalangan individu tertentu mengenai masa depan ejaan perkataan-perkataan di dalam Bahasa Melayu. Persoalannya adakah kewujudan bahasa SMS ini merupakan satu cara meluahkan rasa memberontak di kalangan remaja kita?

Jika diteliti, bahasa SMS sebenarnya memiliki kebaikan dan keburukannya. Kebaikan bahasa SMS ialah dapat menyampai sesuatu maklumat dengan lebih banyak di dalam ruang kotak SMS yang terhad selain dapat menjimatkan nilai kredit telefon bimbit seseorang.

Bahasa SMS juga merupakan satu cara efektif untuk mencatat nota atau maklumat penting dengan pantas dalam satu-satu minit mesyuarat, temubual atau di dewan kuliah bagi para pelajar, wartawan dan setiausaha.

Keburukan bahasa SMS pula ialah struktur ejaannya didapati tidak menghormati ejaan sebenar dan seolah-olah memaparkan sifat memberontak, inginkan kebebasan, ingin lari daripada peraturan bagi golongan tertentu. Medan siber yang terkenal dengan kebebasannya bukan sahaja, kewujudan blog sebagai suara rakyat, di mana rakyat bebas menerbitkan pandangan sendiri, dan mencuba memaparkan sesuatu yang mungkin tidak akan diluluskan oleh media-media cetak dan elektronik yang dimiliki oleh syarikat-syarikat tempatan

Bahasa SMS juga seolah-olah mencerminkan seseorang itu tidak memiliki banyak masa untuk menulis blog atau lebih teruk, malas hendak menulis tetapi mahu juga meluahkan sesuatu di dalam blog.

Penggunaan bahasa SMS juga menyukarkan pengguna internet untuk mencari atau merujuk sesuatu di dalam blog tersebut. Sekiranya penulis blog ada maklumat umum atau penting untuk disampaikan kepada umum, penulis blog digalakkan menulis dengan menggunakan ejaan yang betul. Sesetengah bahasa SMS tidak menggunakan singkatan yang seragam dan ini kadangkala boleh menimbulkan salah tafsiran di kalangan pembaca tertentu.

Penggunaan bahasa SMS di dalam blog juga menyebabkan penterjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris menerusi perisian atau laman-laman penterjemah tertentu tidak dapat dilaksanakan. Ini menyebabkan maklumat yang tertulis di dalam sesebuah blog itu lebih terfokus dan hanya untuk rujuan si penulis blog itu sahaja dan tidak bersifat mesra pengunjung; tidak bersifat universal.

Ada pendapat yang mengatakan bahasa SMS cenderung digunakan oleh golongan remaja. Ini barangkali benar. Didapati penulis-penulis blog di bawah usia 30 tahun cenderung menggunakan bahasa SMS. Golongan dewasa pula nampaknya lebih menghormati bahasa dengan menggunakan struktur ejaan yang betul semasa menulis. Barangkali faktor kematangan dan kesedaran terhadap kepentingan bahasa kepada generasi akan datang telah mengubah mereka menjadi lebih berkesedaran dalam menerbitkan satu-satu perkataan di dalam tulisan blog masing-masing.

Struktur ejaan bahasa SMS sememangya tampak serasi dengan jiwa kebudak-budakan seorang remaja. Apabila kita melihat dan membaca satu-satu perkataan yang dieja dengan menggunakan bahasa SMS seolah-olah mencerminkan sifat nakal, manja, berpusat kendiri dan kebudak-budakan si penulis. Bahasa SMS juga mencerminkan betapa rendahnya nilai menghargai bahasa dalam diri penulis tersebut. Adakah wajar kita membendung penggunaan bahasa SMS?

Adakah benar bahasa SMS merupakan satu bentuk pemberontakan remaja menerusi bahasa? Mari kita perhatikan perkembangan penulisan blog anak-anak remaja pada hari ini, tahun lalu, atau beberapa tahun yang lalu untuk dibandingkan dengan cara penggunaan bahasa di dalam blog mereka pada masa akan datang? Jawapan akan diperolehi pada masa itu.

Saya mencadangkan agar diadakan kajian yang mendalam mengenai bahasa SMS dan kaitannya dengan moral sesuatu bangsa agar pelbagai persoalan dan pernyataan yang dicetuskan dalam esei ini akan dapat dijawab pada kemudian hari.

Rabu, Jun 04, 2008

Sudah Terbit: Edisi 1 - Majalah Digital Amiene Rev - Free E-Zine

Rekabentuk Kulit Majalah Digital Amiene Rev - Edisi 01


Sampel isi kandungan E-Majalah Amiene Rev


Sample of Amiene Rev's Free E-Zine First Edition

Format fail Majalah Digital Amiene Rev ini adalah PDF - Acrobat Reader. Anda perlu muat turun dan 'install' perisian Adobe Acrobat Reader untuk membaca fail PDF ini. Majalah Digital Amiene Rev adalah percuma. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini.


Nama fail bagi Majalah Digital Amiene Rev ialah ez_amiene_rev_01.pdf. Untuk muat turun sila klik kanan (right click) dan pilih 'save as' atau 'save target as' atau 'save link as' pada pautan di bawah:

Muat Turun: ez_amiene_rev_01.pdf

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara-cara menghantar karya ke penerbitan Majalah Digital percuma Amiene Rev, sila klik di sini.

Exoskeleton Iron Man Kini Realiti - Amerika VS Jepun

HAL Eksoskeleton ciptaan CYBERDYNE (Jepun)
Photo: Courtesy of the CYBERDYNE Inc./Corbis


Iron Man adalah adiwira ciptaan Stan Lee sekitar tahun 60'an untuk komik Marvel. Jika kita sedar, idealogi orang-orang seni selalunya akan direalisasikan oleh orang-orang sains. Kreativiti dan logik mencetuskan teknologi yang dicipta berdasarkan hukum sains dan fizik.


HAL: Eksoskeleton Jepun (keluaran CYBERDYNE)

Teknologi eksoskeleton CYBERDYNE ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak Jun 2004. Fungsi utamanya adalah untuk membantu para doktor dan pakar terapi fizikal, selain membantu dalam kerja-kerja mengangkat barang berat. Eksoskeleton ini memiliki berat 23 kilogram, menggunakan bateri 100 AC dan boleh bertahan selama 5 jam.

Bermula Oktober 2008, CYBERDYNE akan mengeluarkan 500 unit eksoskeleton HAL setahun.


XOS: Perang atau Bahagia?
Kini teknologi eksoskeleton bukan lagi suatu igauan, sebaliknya sudah direalisasikan dalam dunia nyata. Mungkin ada yang beranggapan kewujudan eksoskeleton ini akan mencetus perang manusia super, tetapi dari sudut yang lain, eksoskeleton ini juga merupakan satu berita gembira bagi mereka yang lumpuh. Eksoskeleton juga akan dapat membantu ahli bomba untuk mengalihkan objek-objek berat sama ada di lokasi kebakaran, di lokasi gempa bumi atau di lokasi kemalangan.

Rex Jameson, seorang jurutera, telah menguji kekuatan eksoskeleton XOS, ciptaan Jacobsen ini dengan mengangkat bar angkat berat sekitar 91 kilogram beratus-ratus kali tanpa berasa penat. Selain itu dia juga telah menggunakan eksoskeleton ini untuk berlari, bermain bola sepak, mendaki tangga sambil mengangkat beban sekitar 68 kilogram tanpa rasa penat.

Raytheon Sarcos, sebuah syarikat robotik kini bekerja selama dua tahun untuk ketenteraan Amerika di bawah kontrak bernilai 10 juta Dolar Amerika.


Eksoskeleton ciptaan Stephen Jacobsen
Photo: Courtesy of Raytheon Company

Selasa, Jun 03, 2008

Pak Arab Sungguh Menepati Janji - Spageti Sepinggan RM4

Entri ini ditulis berminggu-minggu lebih awal dan dijangka akan tersiar di blog ini pada tarikh yang sekian-sekian.


Terkenang Semasa Dulu: Spageti Sepinggan Empat Ringgit Sahaja

Sebelum ini, Pak Arab ini pernah berkata kepada aku,"Next time when you come here, SMS me what you want to eat and I'll prepare for you. When you come here, your dinner is ready. Take my phone number."

Dan, kemudian suatu hari aku melakukan seperti yang dipintanya. Apabila aku datang ke gerai, aku mencarinya. Didapati spageti belum siap.

Orang Arab itu serba salah. Dia memeriksa telefon bimbitnya. Didapati ada mesej aku. Sebenarnya telefon bimbitnya tidak ada bersamanya ketika itu, oleh itu dia tidak tahu ketibaan SMS aku.

"I will prepare for your dinner." Dia bergegas ke dapur, memasak spageti. Air mukanya muram sahaja. Barangkali dia tidak puas hati kerana gagal menunaikan janji.

Dia menghidangkan sepinggan besar spageti yang aku rasa cukup untuk tiga orang. Dia memohon maaf kepadaku kerana kesilapannya.

Semasa aku hendak membayar, dia menyatakan harganya sekitar empat Ringgit Malaysia sahaja. Spageti yang boleh mencecah nilai sekitar dua puluh ringgit kini berharga sekitar RM4.

Ternyata, orang Arab yang berasal dari Iraq ini sangat menepati janji. Malaysia patut berurusniaga dengan orang Arab dari Iraq. Ini suatu pelaburan besar dan baik kerana orang Arab sangat menjaga maruah dan janjinya.

Aku juga sebelum ini pernah mendengar kisah seorang Arab di Malaysia, seorang pensyarah yang meminta seorang pemandu teksi supaya datang ke kediamannya setiap pagi untuk menghantarnya ke tempat kerja. Suatu hari dia bangun lambat, dan selepas lama menunggu, si pemandu teksi pun berlalu pergi. Orang Arab itu bangun dan didapati teksi tidak ada, lalu dia menelefon teksi yang lain. Pemandu teksi itu gagal menghubungi orang Arab itu.

Keesokan harinya orang Arab itu bangun awal dan menelefon pemandu teksi itu. Dia meminta maaf kepada pemandu teksi itu dan memberikan wang tambang untuk dua hari. Lihat betapa amanahnya orang Arab.

Malaysia harus mempelbagaikan urusniaga dengan orang Arab. Janji orang Arab bukan sebarang janji. Mereka boleh dipercayai. Pegangan dan pendirian mereka terhadap Islam, cukup kuat.

Janji itu maruah.

Isnin, Jun 02, 2008

Anda Berkecenderungan Otak Kanan Atau Otak Kiri?

Menjadi seorang berkecenderungan otak kiri atau berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang berkecenderungan otak kiri atau berkecenderungan otak kanan.
  • Adakah anda berpendapat, anda harus menyukai guru yang mengajar anda supaya anda mendapat prestasi yang baik di dalam kelas?
  • Adakah anda jenis yang mudah beralih tumpuan (mengelamun)?
  • Adakah anda seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek semasa cuba menyelesaikan masalah yang baru?
  • Adakah anda seorang yang pantang menyerah sebelum kalah berbanding orang lain?

Sekiranya anda lebih banyak menjawab YA, maka anda adalah seorang yang lebih cenderung ke arah penggunaan otak kanan. Sekiranya anda lebih banyak menjawab TIDAK, maka anda adalah seorang yang lebih cenderung ke arah penggunaan otak kiri.


Nantikan
entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008. .

Ahad, Jun 01, 2008

Tips Merakam Video Beruk yang Terkejut Beruk

Entri ini ditulis berminggu-minggu lebih awal, dan akan disiarkan di blog ini mengikut tarikh yang dirancang berdasarkan fungsi 'scheduled' di dalam sistem Blogger. Sekiranya entri ini tidak tersiar sila maklumkan kepada saya supaya saya dapat 'pelekung' kepala Blogger, tetapi bagaimana anda tahu bahawa entri ini tidak akan tersiar sekiranya anda tidak dapat membacanya?

Tips Merakam Video Beruk yang Terkejut Beruk

Di sini tempat aku berjoging ini terdapat satu kawasan hutan yang agak tebal. Terdapat banyak haiwan liar seperti monyet liar, rusa liar, ular, burung bangau, burung belatuk, babi hutan dan ada juga orang yang mengakui pernah melihat seekor harimau. Barangkali, seekor anak harimau atau lebih tepat, kucing yang berupa seperti harimau.

Setahu aku, haiwan liar yang boleh jadi sangat menakutkan di sini ialah sekumpulan anjing liar yang akan bertebaran di jalan raya pada waktu malam, ketika kabus dan embun mula bertindak secara aktif. Tak pernah pula aku terserempak dengan mana-mana Pak Belang atau Encik Ghazali bin Bunari di sekitar kawasan ini.

Sekumpulan monyet liar yang turun di tepi jalan pada waktu petang sentiasa menarik perhatian aku. Awas, jika anda datang ke tempat ini seorang diri. Monyet-monyet liar atau lebih tepat beruk liar, mungkin akan menyapa anda pada waktu anda hendak pulang. Semasa mendaki bukit, mereka semua ini tidak pula kelihatan tetapi semasa hendak pulang, sesiapa pun tidak dapat lari lagi daripada bertembung dengan mereka semua.

Berikan beruk ini sekeping cermin. Jangan bagi cermin sekeping tanpa, nanti luka tangan monyet-monyet ni. Letakkan cermin itu di satu kawasan yang berdekatan dengan mereka dan sediakan apa-apa kamera untuk merakam reaksi monyet.

Biarkan seketika dan pasti akan ada beberapa ekor monyet yang alim beruk menghampiri cermin tersebut. Pastikan kamera video anda sudah bersedia. Salah seekor akan mengambil cermin itu dan ‘valla’, anda sudah dapat merakan aksi beruk terkejut beruk. Sekiranya anda seorang guru bahasa atau pensyarah bahasa, maka jadikan rakaman video ini sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi mana-mana topik yang berkaitan.

Sekian, tips untuk hari ini.