Surat Pembaca: Ibu Saudara dan Sepupu Busuk Hati
Sudah lama saya tidak membalas surat pembaca. Terdapat beratus-ratus surat pembaca yang belum saya balas. Ada surat yang saya tidak mahu balas langsung kerana penghantar surat tersebut menggunakan ejaan atau Bahasa SMS yang memang mencemarkan imej bahasa orang-orang Malaysia. Penggunaan huruf besar, huruf kecil, 'di' jauh dan 'di' dekat agak ketara dalam surat pembaca ini, namun saya anggap pembaca bernasib baik kerana hari ini 'mood' saya agak baik untuk membalas surat pembaca. Berikut adalah surat yang terpilih untuk hari ini:
Saudari Insan Malang,
Mengugut dan buli adalah satu jenayah. Saya dapati saudari telah dibuli, didera secara mental, dan diugut pula oleh pihak emak saudara dan sepupu saudari. Saya meminta saudari bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ugutan dan ancaman daripada antagonis dalam hidup saudari. Sebarang ugutan, SMS yang saudari terima daripada sepupu saudari itu boleh digunakan sebagai bukti. Terpulanglah kepada kebijaksanaan atau kebodohan yang menjadi ikutan saudari untuk menangani masalah seperti ini.
Mengenai hal perkahwinan. Bagus juga jika saudari bernikah dahulu dan bersanding kemudian. Mas kahwin amat murah dan bernilai berbelas sen sahaja, jika saya tidak tersilap. Apabila saudari sudah menjadi isteri orang dan kekasih saudari sudah menjadi suami saudari, maka sepupu saudari tidak boleh berbuat apa-apa melainkan dia rela menjadi madu atau isteri nombor dua.
Saudari adalah insan teraniaya. Doa saudari sangat mustajab. Terpulanglah kepada kebijaksanaan atau kebodohan yang bakal saudari ikuti untuk menggunakan kelebihan saudari dalam kedudukan saudari sebagai insan teraniaya. Hamba Allah yang bijaksana pasti akan berdoa yang menguntungkan diri sendiri di dunia dan di akhirat, selain meminta untuk digagalkan sebarang cubaan khianat, jahat dan zalim oleh orang lain ke atas dirinya.
Saya doakan kebahagiaan dan ketenteraman dalam hidup saudari. Salam hormat.
Yang benar,
Amiene Rev
Surat Pembaca: Ibu Saudara dan Sepupu Busuk Hati
Saya berusia 22 tahun. Penuntut IPTA. Saya sekarang sedang mengalami masalah tekanan keluarga. saya tiada tempat untuk mengadu masalah saya kerana saya tingal bersama nenek dan mak saudara saya. Ayah saya sudah lama meninggal dunia. Manakala ibu pula, berkahwin lain dan tidak menjaga saya semenjak saya masih kecil lagi. Jadi, saya terpaksa menumpang di rumah nenek dan mak saudara dari kecil lagi. masalah saya sekarang, mak saudara saya adalah seorang yang busuk hati. Dia tidak sukakan saya semenjak saya kecil lagi kerana saya menumpang hidupnya. Saya selalu dihina, difitnah dan bermacam-macam lagi olehnya. tambahan pula, sekarang ini, anak perempuannya yang sebaya dengan saya juga turut membenci saya. Malah, anak perempuannya itu sering mengganggu kekasih saya. Menyebabkan pada satu masa, kesabaran saya hilang dan saya telah menghantar mesej kepadanya supaya jangan ganggu kekasih saya lagi. Tetapi, dia telah naik angin dan bermacam-macam ugutan yang saya terima daripadanya. Malah, sekarang kawan-kawan lelakinya juga turut mengugut saya. Saya rasa takut sangat kerana saya dapat tahu bahawa kawan-kawannya adalah gengster termasuk mat rempit. Sekarang ini, mak saudara saya juga turut memarahi saya. Jadi, saya terpaksa menyembunyikan diri pada masa sekarang. ini kerana keselamatan saya dalam bahaya kerana saya sudah tiada tempat bergantung lagi. Saya fikir langkah paling selamat untuk saya adalah berkahwin dengan secepat mungkin dengan kekasih saya itu supaya saya selamat di sampingnya. Adakah tindakan saya ini wajar?
Insan Malang
Surat Balasan Daripada Amiene Rev: Laporkan Kepada Pihak Berkuasa
Saudari Insan Malang,
Mengugut dan buli adalah satu jenayah. Saya dapati saudari telah dibuli, didera secara mental, dan diugut pula oleh pihak emak saudara dan sepupu saudari. Saya meminta saudari bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ugutan dan ancaman daripada antagonis dalam hidup saudari. Sebarang ugutan, SMS yang saudari terima daripada sepupu saudari itu boleh digunakan sebagai bukti. Terpulanglah kepada kebijaksanaan atau kebodohan yang menjadi ikutan saudari untuk menangani masalah seperti ini.
Mengenai hal perkahwinan. Bagus juga jika saudari bernikah dahulu dan bersanding kemudian. Mas kahwin amat murah dan bernilai berbelas sen sahaja, jika saya tidak tersilap. Apabila saudari sudah menjadi isteri orang dan kekasih saudari sudah menjadi suami saudari, maka sepupu saudari tidak boleh berbuat apa-apa melainkan dia rela menjadi madu atau isteri nombor dua.
Saudari adalah insan teraniaya. Doa saudari sangat mustajab. Terpulanglah kepada kebijaksanaan atau kebodohan yang bakal saudari ikuti untuk menggunakan kelebihan saudari dalam kedudukan saudari sebagai insan teraniaya. Hamba Allah yang bijaksana pasti akan berdoa yang menguntungkan diri sendiri di dunia dan di akhirat, selain meminta untuk digagalkan sebarang cubaan khianat, jahat dan zalim oleh orang lain ke atas dirinya.
Saya doakan kebahagiaan dan ketenteraman dalam hidup saudari. Salam hormat.
Yang benar,
Amiene Rev
E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Pastikan ejaan anda betul, dan tulislah seperti karangan yang mendapat A dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu. Surat yang tidak mematuhi kehendak penganjur, masih berdegil menggunakan Bahasa SMS langsung tidak akan dilayan atau dibalas.
|